Oleh: Rossem
Tak salah melontarkan pertanyaan demikian, kerana kita diajari bahawa yang dinamakan
mahkluk itu akan musnah, yang awal akan berakhir, yang hidup akan mati, yang
kekal abadi hanya Allah SWT.
Setiap yang berlaku seringnya Allah menghadirkan tanda-tanda
terlebih dahulu, sebelum hujan turun langit mendung, sebelum taufan Sunomo
menyerang pergerakan angin luar biasa di lautan lepas dikesan, sebelum manusia
menemui ajal, tanda-tanda tertentu pada badan dan tingkahlaku seseorang dapat diketahui bagi mereka yang arif.
Demikian sunahtullah!
Organisasi politik dan institusi pemerintah juga tak terkecuali, pasti akan tiba suatu
saat ajalnya tiba. Namun ajal tak datang secara tiba-tiba, sebaliknya menerusi proses
masa yang agak panjang. Ketika proses masa berjalan itulah menjelmanya pelbagai
tanda-tanda awal yang diperlihatkan Allah SWT bagi mereka yang berfikir bertujuan agar setiap
orang bersedia mencari alternatif lain
untuk menggantikan yang bakal hilang.
Lihat saja parti-parti dunia yang dulunya perkasa seperti
parti Kongres di India, parti Golkar di Indonesia, mereka memerintah puluhan
tahun, akhirnya kecundang di tangan parti-parti yang sebelumnya mereka anggap remeh seperti tikus melawan gajah.
Umno juga ibarat warga emas yang uzur, penyakitnya datang
silih berganti. Rakyat mengetahui penyakit yang dihidapi parti itu sudah lama ,
tetapi menjelang PRU 13 penyakitnya dapat dikesan satu persatu sehingga tampak
dengan jelas seperti doktor pakar melihat penyakit pesakit melalui mesin scan
atau x ry, wujud ketumbuhan di sana sini- parah sekali. Oleh Umno diusahakan
pelbagai ihktiar, diberi ubatan dan suntikan namun keberkesanannya
sangat tidak memberangsangkan.
Seperti juga pesakit, bila sudah sampai tahap kronik, ubat tidak lagi berguna, kondisi badan tidak dapat menerima
suntikan dan ubatan, bahkan makanan, minuman juga ditolaknya.
Dan ketika itu berkumpulah kaum keluarga, sanak saudara,
terutama waris terdekat untuk menyaksikan detik terakhir keberangkatan “orang
tuanya” pulang ke pesemadian dengan teriak tangis.
Analisis politik mengatakan;
kedudukan Umno/BN sekarang 50-50.
Natijahnya sebagai sebuah parti yang membentuk kerajaan, angka itu mengambarkan kelemahan yang ketara, bahkan
tidak pernah berlaku dalam sejarah 60
tahun Umno/BN memerintah Malaysia
diberikan kedudukan 50-50. Selalunya 70-30 atau kurang.
Sejak Malaysia
mencapai kemerdekaan, negara sudah 12 kali melalui proses pilihan raya umum. Pada kempen pilihan raya umum sebelumnya
kelompok oposisi yang belum benar-benar bersefahaman hanya sekadar meminta
pengundi mengundi untuk menjadi
pembangkang yang baik di parlimen. Kemudian pada PRU 12 meningkat setingkat lagi iaitu mahu menafikan majoriti dua pertiga dan ternyata berhasil.
Hanya baru kali ini (PRU 13) gabungan parti-parti oposisi yang lebih mantap mengklimkan mahu menduduki
Putrajaya, dan usaha ke arah
mencapai matlamat itu bermula beberapa tahun lalu, dan momentum itu terus kekal.
Perhimpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, sore 12
Januari 2013 menambahkan satu lagi bukti, rakyat benar-benar mahu melakukan perubahan
segera, dan jawapannya hanya dengan menumbang kerajaan Umno/BN.
Sehingga ada orang mengatakan; Pakatan Rakyat (PR) sekarang
ibarat kapal berada di muka kuala. Pelayaran melewati sungai yang berbengkok-
bengkok, kawasan yang cetek dan bongkah-bongkah batu serta air terjun yang berbahaya sudah diharungi dengan jayanya.
Umno/BN dilihat dalam kondisi cemas, namun kelengkapan perang mereka masih utuh, jentera perang masih upaya meneruskan bedilan hebat. Saban hari ada saja tembakan baru, isu
baru, malah isu lapok yang sudah basi seperti “Amanat Haji Hadi” pun digunakan, hanya sekarang sedikit reda kerana barangkali mereka tidak menjangkakan
senjata itu memakan Umno sendiri.
Generasi muda Umno barangkali tak tahu, “Amanat Haji Hadi” yang
didendangkan 31 tahun dulu bertujuan
untuk menyedarkan orang Umno/Islam ketika itu yang mengatakan sistem politik tidak terdapat dalam ajaran Islam.
Politik suku agama suku menjadi mainan
pemimpin dan pendokong Umno setiap kali berceramah. Hasilnya, sesudah
amanat yang kontroversi itu maka hari ini tiada lagi orang Umno berani
mengatakan politik suku agama suku.
Umum mengetahui, tugas menyampaikan dakwah bukan hanya terletak
di bahu PAS saja, seharusnya mufti-mufti dan alim ulama terutama dari Umno turut melakukannya, tapi mereka mendiamkan diri.
Sebaliknya bila Tuan Guru Haji Hadi Awang memberitahu tentang batas-batas iman dan kufur, dituduh
Haji Hadi sesat, bukan berterima
kasih.
Sesiapa terketut, batallah wududnya. Tiada siapa yang marah
dengan kata-kata itu. Semua mengakui jika terkentut mesti ambil semula
wudud, orang Umno boleh terima orang
PAS, PKR boleh terima, tapi bila mengatakan “ Sesiapa menghina hukum Islam,
batallan imannya” hanya orang PAS saja boleh terima, sebaliknya Umno menolak
dengan marah. Mengapa terjadi demikian?
No comments:
Post a Comment