Oleh: Rossem
Bicara Selbriti, sebuah program seni yang cukup terkenal di
Kelantan, terutama bagi kelompok anak-anak muda
yang meminati seni budaya.
Setiap kali diadakan di Balai Islam Lundang atau Kelantan
Trade Centre, Kota Bharu, pasti dewan yang kapalsiti kurang lebih tiga ribu orang itu penuh sesak
sehingga melimpah ke luar.
Berbentuk wacana, dengan menampilkan artis-artis yang dikenal
pasti memiliki ciri-ciri keterampilan yang sesuai dengan tuntutan Islam, dari aspek pakaian menutup aurat dan berjilbab. Juga aktiviti seni yang dimainkan seringnya bernafas Islami. Gabungan mantap
daripada unsur-unsur ini akhirnya membentuk sebuah kekuatan baru dalam usaha
menarik minat anak-anak muda ke arah
mendekati Islam mengikut jalur yang cocok dengan selera mereka, yakni hiburan.
![]() |
Rombongan bersama artis Oki Setiana Dewi, aktor Kholidi dan sutradara terkenal, Chaerul Umam di Jakarta. |
![]() |
YB Ahmad Baihaki Atiqullah bersama artis Cinta Suci Zahrana, Meyda Sefira |
Seperti kata sang akitek kepada pembangunan dan pengembangan Islam di Kelantan, Tuan Guru
Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan; berhiburan boleh, asal tidak bertentangan dengan Islam. Maka, program
Bicara Selbriti ini, suka atau tidak
suka, ia adalah sebahagian dari kerangka dasar yang digariskan
kepimpinan Kerajaan Negeri.
Dasar
dan falafasah yang dipraktikkan ini telah membuahkan natijah yang baik. Artis adalah
model buat anak-anak muda, ikon yang
mahu dicontohi mereka , justeru dengan menampilkan artis yang bernuasa Islami
di atas pentas, mendengar kisah-kisah perjalanan hidup mereka, penghijrahan
mereka dari tingkat laku yang non-Islami kepada Islami terutama kisah perubahan
spritual yang sangat menyentuh nurani,
anak-anak muda merasakan, mereka
juga harus ikut sama berubah!
Inilah matlamat penganjur HAI
sebenarnya.
![]() |
Artis Oki Setiana Dewi |
Umumnya, konsep hiburan yang digemari anak-anak muda
khususnya orang Melayu tidak hanya terbatas dalam ruanglingkup hiburan dari Malaysia saja.
Ia merentasi perbatasan negara sehingga ke Indonesia. Terj
adinya demikian
kerana dua bangsa ini adalah serumpun dengan memiliki persamaan bahasa dan budaya.
![]() |
Aktor Kholidi |
Faktor hiburan berasaskan keserumpunan bangsa ini bukan
hanya baru sekarang berlaku, ia terjalin
sejak zaman berzaman dan berterusan sehingga hari ini. Generasi dulu mengenali
aktor dan artis Indonesia
seperti Dicky Zulkarnain (Almarhum), W.D Muhktar, Ratno Timur, Sukarno M. Nor
(Almarhum) dan lain-lain, sementara kalangan artis pula seperti, Widiyawati, Rohayu
Afendi, Titek Puspa (sekadar menyebut beberapa nama). Dikalangan sutradara seperti Wim Umboh dan Teguh
Karya.
Sementara nama-nama penyayi seperti S. Affendy, Sam Saimon,
Alfian,
(sekadar menyebut beberapa nama)
sentiasa meniti dari bibir ke bibir generasi orang Melayu di Malaysia
dahulu.
![]() |
Menyampaikan cenderahati kepada sutradara Chaerul Um |
Mutakhir ini tampak lebih
menonjol. Stesen televsyen di Malaysia
seolah berlumba-lumba menayangkan filem-filem
atau sinatron Indonesia
secara bersiri bersilih ganti dengan penampilan aktor dan artis baru.
Antara filem paling popular
dan diminati ramai di Malaysia ialah
filem-filem yang diadaptasi dari novel
karya novelis
terkenal Inonesia, Habiburrahman
El Shirazy, Ayat-Ayat Cinta (2008), Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 (2009),
Dalam Mihrab Cinta (2010), dan terbaru Cinta Suci Zahrana (2012) belum lagi
ditayangkan di Malaysia.
![]() |
Meyda Sefira |
Habiburrahman El Shirazy bersama Chaerul
Umam (Sutradara) dan SinemArt Pictures sudah pun merilis filem berjudul Cinta Suci Zahrana dan
sudah pun ditayangkan di Indonesia pada
idilfitri lalu.
Filem yang juga diangkat dari novel Kang
Abik (sapaan akrab Habiburrahman El Shirazy) menceritakan tentang pencarian
Zahrana, seorang dosen yang lewat
menikah. Sosok Zahrana dilakonkan oleh artis Meyda Sefira yang juga ikut bermain dalam
filem Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 serta Dalam Mihrab Cinta.
Umum mengetahui, keseluruhan filem-filem yang diangkat dari Novel Kang Abik bernafaskan
Islami yang sangat sesuai dengan selera umum di Malaysia khususnya di Kelantan.
Tayangan khusus “Ketika Cinta Bertasbih”
di bawah pengajuran HAI pernah diadakan di Kota Bharu suatu masa dulu dan
sekarang sedang berusaha untuk menayangkan filem terbaru Cinta Suci Zahrana.
Novelis Kang Abik pernah bersilaturahim ke Kelantan dan bertemu
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,
demikian juga artis Ketika Cinta Bertasbih, Oki Setiana Dewi pernah dijemput mengambil bahagian dalam
program Bicara Selbriti anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dan kesempatan berada
di Negeri Serambi Mekah beliau bertemu
Tuan Guru. “Pertama kali aku datang ke Kelantan, lantas aku jatuh cinta pada
Tok Guru, seorang yang luar biasa, zuhud dan sentiasa merendah diri” Demikian
kata-kata keramat Oki saat membuka bicara pada malam Bicara Selbriti di dewan besar Kelantan
Trade Centre, Kota Bharu.
Kemudian disusuli dengan hero Ketika Cinta Bertasbih, aktor
Kholidi Ashadil Alam atau sering disapa Mass Azzam dijemput datang ke Kelantan
untuk program Bicara Selbriti siri berikutya. Kesempatan di Kelantan, beliau
juga bertemu Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Nik Mat. Kekaguman beliau kepada Tuan Guru sehingga sebuah sajak khusus
dicipta dan dibaca pada malam itu.
Yang belum berpeluang bersilaturahim ke Kelantan ialah sosok
penting disebalik pembikinan filem-filem Islami Indonesia iaitu sutradara terkenal
dan banyak pengalaman, Bapak Chaerul
Umam. Pada ucapan ringkas beliau yang disampaikan saat rombongan Kerajaan Kelantan
menemui beliau di Jakarta baru-baru ini, beliau menyatakan
keinginan yang sesungguhnya untuk datang ke Kelantan sekiranya diundang.
Ketua rombongan Kerajaan Kelantan diketuai Timbalan Exco
Penerangan, Pembangunan Matlumat, Sains dan Teknologi, YB Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah
melahirkan rasa terharu dan berterima
kasih di atas minat sang sutradara yang mendalam untuk datang ke Negeri Serambi
Mekah, melihat dari dekat kesuksesan Tuan Guru mentadbir negeri berlandaskan
Islam.
“Yang membezakan Kelantan dengan negeri lain ialah Kelantan
ditadbirkan seorang kyai (Tok Guru). Beliau memimpin rakyat mengikut tatacara
Islam. Selain pembangunan material, aspek spiritual amat ditekankan” Terang Ustaz Baihaki dalam
ucapannya.
Di Bandung, Ustaz Ahmad Baihaki dan rombongan bertemu dengan
Meyda Sefira, artis utama filem Cinta
Suci Zahrana. Artis berjilbab asal
Bandung yang tinggi lampai itu bersetuju
menerima undangan Kerajaan
Kelantan untuk hadir pada Program
Bicara Selbriti yang Insyaallah akan diadakan tanggal 30 November 2012 akan datang bergandingan
dengan panelis Ustaz Azhar Idrus, Azizul Husni, Haliza dan Amim Idris sebagai
moderator.
Kesempatan selama 3 hari di Bandung-Jakarta (21-24 Oktober
2012), rombongan dibawa melawat studio pembikinan
filem-filem adaptasi karya novelis Kang
Abit iaitu SinemArt Pictures di Jakarta Pusat. Disambut oleh Ibu
Lily seterusnya diberi taklimat ringkas seusai menonton sinopsis filem Cinta
Suci Zahrana.
Kemuncak kunjungan ialah majlis makam malam
bersama artis Oki Setiana Dewi, aktor Kholidi dan sutradara Chaerul Umam di
sebuah restoran masakan lokal di Jakarta
Pusat dan majlis berakhir dengan acara bertukar-tukar cenderamata.
Selain Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah turut bersama rombongan
ialah, Adun Jelawat, YB Abdul Aziz
Kadir, Adun Selising, YB Drs. Saiful Bahrin Mohamad, Pengarah Urusetia Penerangan
Kerajaan Kelantan, Ustaz Abdul Rahman
Yunus, Penolong Pengarah UPKN Mohd Azmi Nor dan
Rosidi Semail, pegawai Penerangan
Zon UPKN, Nor Hashimah Deraman dan pegawai-pegawai dari Unit Media Baru.
No comments:
Post a Comment