Oleh:
Rossem
Menyusur
jalan sempit dan berkelok dari pekan Kota Belud ke kampung Tamau
terasa satu perjalanan yang mengambil masa lama, walhal menurut yang
membawa kami, Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminudin Aling jarak antara pekan Kota Belud dengan
kampung tersebut hanya lima kilometer.
Waktu
itu hampir Maghrib, matahari sedang beredar, meninggalkan cahayanya yang
samar-samar, namun masih jelas panorama perkampungan yang indah dengan
deretan rumah berbentuk panggung, diperbuat dari kayu dan bertiang tinggi
sehingga melepasi ketinggian sesiapa yang berdiri di bawahnya. Di bawah
rumah juga berfungsi sebagai tempat parker kereta. Rekabentuknya hampir
menyamai rekabentuk rumah Kelantan zaman dulu.
Penulis
tiba di kampung Tamau ketika azan Maghrib berkemundang dari masjid Pondok
Fiidzilalil Quran yang dibina dari batu. Masjid itu sederhana besarnya,
sekaligus menjadi tempat pelajar pondok mentalaah pelajaran. Disebelah masjid
terdapat sebuah rumah kecil, rumah separauh batu dan separuh kayu itu
adalah tempat tinggal ustaz yang bertugas sebagai guru mengajar santri.
150 meter dari rumah itu, agak besar sedikit, ialah rumah kediaman mudir
pondok Fiidzilalil Quran.
Saat
berkereta ke pondok, saya tak diberitahu siapa pendiri pondok itu
dan saya juga tidak bertanya. Sangkaan saya pasti anak tempatan Kota
Belud yang memiliki kesedaran tinggi betapa pentingnya pembelajaran Islam buat
warga Muslim dari suku Bajau yang mendiami Kota Belud, kerana
di Negeri Bayu Bayu itu seperti sedia maklum, kemarau dengan madarasah
khususnya pengajian kaedah pondok.
Setelah
usai solat Maghrib berjamaah, mudir pondok Fiidzilalil Quran, Ustaz Salahuddin memberi taklimat
ringkas kepada rombongan kami seramai lima orang, diketuai Speaker Dewan
Undangan Negeri Kelantan, Dato’ Haji Nassaruddin Haji Daud,
mengenai sejarah terbinannya pondok Fiidzilalil
Quran di dalam kamar pepustakaan dengan menggunakan LCD.
Dari
situ baru tahu, rupanya sang mudir, Ustaz Salahudin, berasal dari Pulau
Chondong, Kelantan. Sudah lebih 20 tahun bertugas sebagai guru sekolah
Kementerian Pelajaran di Sabah. Kemudian mendirikan rumahtangga dengan pilihan
hatinya muslimah Kota Belud. Pondok Filzilal Quran didirikan di atas
tapak tanah milik isterinya dengan keluasan kurang lebih 3 ekar.
Bagi
orang Semenanjung, khususnya Kelantan, Kedah dan Terangganu, mendirikan pondok
perkara biasa, namun bagi masyarakat Sabah
adalah luar biasa. Ustaz Salahudin telah berbuat sesuatu yang luar biasa
menurut persepsi orang Sabah. Beliau
mengeluarkan dana dari poketnya sendiri membangun kompleks pondok lengkap
dengan masjid, perpustakaan, dewan belajar dan asrama.
Olehkerana
beliau masih lagi terikat dengan tugas guru Kementerian Pelajaran,
seorang ustaz diambil untuk mengajar ilmu-ilmu Islam di pondok miliknya. Subjek
dan sistem pembelajarannya sama seperti yang diajar di pondok-pondok di
negeri Kelantan.
Sejak
di buka dua tahun lalu, ramai ibu bapa warga Sabah mahu titipkan anak-anak mereka belajar di sini, namun
beliau hanya menerima setiap daerah
Sabah seorang atau dua pelajar, disebabkan tidak kecukupan asrama
dan kewangan belum kukuh. Namun sekiranya pelajar mahu juga belajar di sini,
mereka dipelawa membina sendiri pondok kecil di atas tanah milik isterinya.
Terdapat beberapa rumah kecil diperbuat dari kayu dibina sendiri oleh pelajar
berhampiran asrama batu. Sekarang hanya 25 orang pelajar belajar dan
tinggal di asrama satu lantai.
Seperti
sedia maklum, umat Islam Sabah berdepan dengan misionari Kristian yang
sangat aktif mengkristiankan penduduk pribumi Sabah.
Misionari ini mendapat bantuan langsung dari luar negara. Sepanjang jalan,
terdapat banyak gereja didirikan, dengan singnboard berukuran besar, walhal
kawasan itu perkampungan umat Islam. Saya bertanya, siapa memberi
bantuan mendirikan singboard gereja, kerana melihat keseragaman pada ukuran,
tulisan dan warna setiap dijumpai. Kata mereka: Dari Australia!
Sedang,
menurut Ustaz Salahudin, umat Islam di Sabah bukan saja kekurangan dana, malah
kemarau dengan ilmu-ilmu Islam, justeru bagaimana mahu melawan kelompok
misionari ini?
Kerana
itu, maka hati nurani saya terpanggil untuk mendirikan pondok
pertama di daerah Kota Belud. Alhamdulillah, sekarang sudah wujud,
biarpun dalam kondisi daif. Saya mengharapkan, santri yang keluar dari Pondok
Fiidzilalil Quran selepas tamat
pengajian nanti akan pulang ke kampung masing-masing, seterusnya
mendirikan pula pondok, kerana itulah saya memilih pelajar mewakili setiap daerah di Sabah, supaya kelak pondok
akan di bina merata-rata seluruh Negeri Bawah Bayu.
Pondok Pesantren Fiidzilalil Quran, Kota Belud, SabahMudir Ustaz Salahuddin (kanan), Ustaz Bahrom Ulum
(Kiri).
Speaker DUN Kelantan, Dato' Haji Nassaruddin Haji Daud
menyampaikan tazkirah Maghrib kepada santri.
Malam
itu, Speaker DUN Kelantan, Dato’ Haji Nassaruddin Haji Daud yang
mengetuai rombongan seramai lima
orang diminta oleh mudir memberi tazkirah dan motivasi kepada pelajar
seusai solat Maghrib sehingga masuk waktu Insya, sebelum beramai-ramai ke
rumah mudir yang menyediakan makam malam dengan masakan Kelantan yang lazat.
:))))))))))))))))))))))))))))))))))))) ...suru buat d papar ba...
ReplyDeleteUntuk warga emas ada ka
ReplyDeleteMau mendapatkan pelayanan yang baik dan ramah???
ReplyDeleteModal Kecil bisa mendapatkan hasil yg luar biasa...
Untuk yang lagi galau, yang lagi bosan tidak tahu mau ngapain, tenang,,sekarang ada bett288.com yang akan menghibur kalian sekaligus mengisi hari-hari kalian dengan games" online yang pastinya tidak akan mengecewakan kalian deh...dan tentu nya juga masih banyak lagi bonus tiap bulan nya buruannn,,,,yuk ikutan gabung bersama 288betting.com
Tersedia berbagai game di dalamnya :
* Sportsbook
* Kasino
* Togel
* Poker
* Number Games
* Slots
Kunjungi Situs Kami !!
Dapatkan Bonus Rollingan TO Sebesar 0,5% / Hari
Bonus Referral Sebesar 20% Seumur Hidup
dengan minimal deposit hanya Rp. 20.000 dan minimal withdraw Rp. 50.000
Info lebih lanjut silahkan hubungi CS 24/7 melalui :
* Livechat
* Whatsapp : +855888278896
* Facebook : Stefanie Huang
Salam Sukses bett288.com
SITUS JUDI ONLINE TERPERCAYA DAN TERLENGKAP DENGAN PELAYANAN CS YANG RAMAH