Kelantan, Dato' Haji Nassarudin Haji Daud dan
Pesuruhjaya PAS Sabah,Mohd Amiluddin Aling.
Dato' Haji Nassaruddin Haj Daud memerhati udang
Harimau di pasar ikan, Kota Kinabalu.
Kemiskinan tampak terserlah di Pulau Gaya
Tapi di seberang tanah besar, bangunan mewah tersergam megah.
Oleh: Rossem
Di sebuah warong kopi di Jalan Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu, sambil menghirup kopi panas,
seorang warga Sabah separuh usia berbisik;
katanya “ Sabah tidak lagi berstatus negeri termiskin di Malaysia, tempatnya kini diambialih Kelantan”. Seusai
berbicara, lantas ia tersenyum, kemudian jari telunjuknya menunjukkan ke arah Pulau
Gaya yang tebentang di seberang sana.
Kenapa Pulau Gaya? Warga Sabah itu lalu
menceritakan situasi dan kondisi Pulau Gaya yang majotiti penduduknya dibalut
kemiskinan tegar, rumah-rumah mereka dibina di atas permukaan air, menggunakan kayu dengan dinding ala kadar, cukup untuk berteduh dari panas matahari dan
basah hujan. Kanak-kanak yang kumuh bermain di jambatan yang besambung dari rumah ke rumah tanpa baju.
“Itulah gambaran kemiskinan di Sabah,
selain kawasan pendalaman dan pembukitan” katanya ringkas.
Penulis bersama Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan,
Dato’ Haji Nassaruddin Haji Daud, Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling,
Setiausaha Kerja Penerangan PAS Kelantan, Haji Wan Zulkifli Wan Muhamad dan
Puji dari KTV menyaksi sendiri kemiskinan itu dalam kesempatan ke Pulau Gaya tanggal
18 Mac 2012 dengan menaiki boat dari pengkalan boat di Kota Kinabalu.
Sementara di Kota Kinabalu, bangunan-bangunan tinggi dan
rumah mewah tersergam indah. Hotel tiga atau empat bintang siap sedia menyambut
turis. Anehnya, setiap turis yang datang, sama ada dari Barat atau Semenanjung
mereka pasti mengunjungi pasar Philipine yang lokasinya di tepi laut Jalan Faud
Stephen atau menaiki boat ke Pulau Gaya dengan tambang RM5 untuk melihat dari
dekat kehidupan rakyat yang dibalut kemiskinan tegar. Rupanya rakyat yang
miskin penyumbang besar kepada pendapatan negeri dalam bidang
pelancungan.
Tak dinafikan pembanguan fizikal negeri Sabah
rancak sekali. Rumah-rumah teres di taman-taman perumahan kadar harganya dua
kali lipat harga rumah di Kota Bharu, Kelantan. Justeru, hanya orang-orang kaya
saja mampu memilikinya.
Jurang antara orang kaya dengan orang miskin ternyata
terlalu jauh, ibarat lembu dengan kerbau. Hal ini berbeza dengan Kelantan,
kemiskinan Kelantan dilihat pada kerajaanya, sedangkan rakyat hidup senang, memiliki rumah batu, malah
setiap rumah terdapat sekurang-kurangnya sebuah kereta dan sebuah motosikal di
parker di laman rumah. Sedang Sabah, negerinya kaya, tapi majoriti penduduknya
miskin.
Hakikat yang tidak dinafikan, Kelantan sebuah negeri kaya, di perut bumi dan laut wilayahnya
terdapat minyak yang banyak dan telaga minyak itu sudah lama beroperasi, tapi hasil daripada pengeluaran
minyak telah dirompak pihak tertentu.
Olehkerana sang perompak sudah biasa merompak, justeru merompak hasil petroleum
Kelantan itu terasa bukan satu kesalahan moral atau dosa di sisi agama.
Lebih malang lagi bagi rakyat
Kelantan, sudahlah kena rompak, kemudian si perompak dengan megah mengatakan;
Kelantan negeri termiskin di antara negeri-negeri dalam Malaysia.
Teringat kata-kata Dr Edwin Bosi dari DAP yang berucap di
Majlis Ramah Mesra dan Kutip Dana PRU Ke-13 anjuran PAS Sabah di Kota Kinabalu 18
Mac 2012; Robin Hood lagi bermoral, dia merompak orang kaya untuk dibahagikan
kepada orang miskin. Sedangkan di Malaysia berlaku sebaliknya.
Dr Edwin Bosi
mengulas ucapan Speaker Dewan Undangan Ngeri Kelantan, Dato’ Haji
Nassaruddin Haji Daud yang berucap dengan lantang sebelum itu “ Kelantan negeri
termiskin kerana Najib tak bagi royalti minyak”
Selanjutnya Nassaruddin yang juga ADUN Meranti dengan sinis
mengatakan “ Perompak pun tak merompak orang miskin, tapi di Malaysia, di bawah Najib berlaku
sebaliknya, perompak merompak negeri miskin”
Sementara Sabah, seperti
umum mengetahui, memang kaya dengan
sumber alam, seperti minyak dan balak. Tapi majoriti rakyat di pendalaman dan di Pulau Gaya hidup dalam
kondisi kemiskinan tegar.
Melihat situasi ini,
Pengerusi PKR Sabah, Haji Ahmad Tamrin Haji Zaini berujaran “UMNO/BN telah
mencorakkan negeri ini sedemikian rupa dengan membahagi-bahagikan kekayaan Sabah kepada kroni-kroni dan membiarkan sebahagian rakyat
dimamah kemiskinan untuk tujuan dan kepentingan
politik mereka”.
Hakikatnya kemiskinan
Sabah tetap tidak berubah biarpun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
sewaktu berucap di Sabah Februari 2012 mengklimkan; rakyat Sabah sudah
boleh menarik nafas lega kerana kini
negeri Bawah Bayu ini tidak lagi dikatogerikan negeri paling miskin di
Malaysia, sebaliknya, Kelantan mengambilalih tempat Sabah sebagai negeri paling miskin di negara
ini.
Namun, pengisytiharan Najib itu disanggah oleh Pesuruhjaya
PAS Sabah, Mohd. Aminuddin Aling dengan mengatakan, adalah pembohongan semata-mata, yang hanya
bertujuan menyenangkan hati rakyat Sabah bagi
menghadapi Pilihan Raya Umum tak lama lagi. Realitinya kemiskinan
rakyat tetap tidak berubah.
No comments:
Post a Comment