Monday, March 26, 2012

Kegigihan anak Kelantan membuka pondok di Sabah.



Oleh: Rossem
Menyusur jalan sempit dan berkelok dari pekan  Kota Belud  ke kampung Tamau terasa satu perjalanan  yang mengambil masa lama, walhal menurut yang membawa kami, Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminudin  Aling jarak antara pekan Kota Belud dengan kampung tersebut hanya lima kilometer. 

 Waktu itu hampir Maghrib, matahari sedang beredar, meninggalkan cahayanya yang samar-samar, namun masih  jelas panorama perkampungan yang indah dengan deretan rumah berbentuk panggung, diperbuat dari kayu dan bertiang tinggi sehingga melepasi ketinggian  sesiapa yang berdiri di bawahnya. Di bawah rumah  juga berfungsi sebagai tempat parker kereta. Rekabentuknya hampir menyamai rekabentuk rumah Kelantan zaman dulu.

 Penulis  tiba di kampung Tamau ketika azan Maghrib berkemundang dari masjid Pondok Fiidzilalil Quran yang dibina dari batu. Masjid itu sederhana besarnya,  sekaligus menjadi tempat pelajar pondok mentalaah pelajaran. Disebelah masjid terdapat sebuah rumah kecil, rumah  separauh batu dan separuh kayu itu adalah tempat tinggal ustaz yang bertugas sebagai guru mengajar santri.  150 meter dari rumah itu, agak besar sedikit, ialah  rumah kediaman mudir pondok Fiidzilalil  Quran.

 Saat berkereta ke pondok, saya tak  diberitahu siapa pendiri  pondok itu dan  saya juga tidak bertanya. Sangkaan saya pasti anak tempatan Kota Belud yang memiliki kesedaran tinggi betapa pentingnya pembelajaran Islam buat warga Muslim dari  suku  Bajau yang mendiami Kota Belud,  kerana di Negeri Bayu Bayu itu  seperti sedia maklum, kemarau dengan madarasah khususnya pengajian kaedah  pondok.

 Setelah usai solat Maghrib berjamaah, mudir pondok Fiidzilalil  Quran, Ustaz Salahuddin memberi taklimat ringkas kepada rombongan kami seramai lima orang, diketuai Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato’ Haji Nassaruddin Haji Daud,   mengenai sejarah terbinannya pondok Fiidzilalil  Quran di  dalam kamar pepustakaan dengan menggunakan LCD.  

 Dari situ baru tahu, rupanya sang mudir, Ustaz Salahudin, berasal dari Pulau Chondong, Kelantan. Sudah lebih 20 tahun bertugas sebagai guru sekolah Kementerian Pelajaran di Sabah. Kemudian mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya muslimah Kota Belud.  Pondok Filzilal Quran didirikan di atas tapak tanah milik isterinya dengan keluasan kurang lebih 3 ekar.

 Bagi orang Semenanjung, khususnya Kelantan, Kedah dan Terangganu, mendirikan pondok perkara biasa, namun bagi masyarakat Sabah adalah luar biasa. Ustaz Salahudin telah berbuat sesuatu yang luar biasa menurut persepsi orang Sabah. Beliau mengeluarkan dana dari poketnya sendiri membangun kompleks pondok lengkap dengan masjid, perpustakaan, dewan belajar dan asrama. 

Olehkerana beliau masih lagi terikat dengan tugas guru  Kementerian Pelajaran, seorang ustaz diambil untuk mengajar ilmu-ilmu Islam di pondok miliknya. Subjek dan sistem pembelajarannya sama seperti yang diajar di pondok-pondok  di negeri Kelantan.

 Sejak di buka dua tahun lalu, ramai ibu bapa warga Sabah mahu titipkan  anak-anak mereka belajar di sini, namun beliau hanya menerima setiap daerah  Sabah seorang atau dua pelajar, disebabkan tidak kecukupan  asrama dan kewangan belum kukuh. Namun sekiranya pelajar mahu juga belajar di sini, mereka dipelawa membina sendiri pondok kecil di atas tanah milik isterinya. Terdapat beberapa rumah kecil diperbuat dari kayu dibina sendiri oleh pelajar berhampiran asrama batu. Sekarang  hanya 25 orang pelajar belajar dan tinggal di asrama satu lantai.  

 Seperti sedia maklum, umat Islam  Sabah berdepan dengan misionari Kristian yang sangat aktif mengkristiankan penduduk pribumi Sabah. Misionari ini mendapat bantuan langsung dari luar negara. Sepanjang jalan, terdapat banyak gereja didirikan, dengan singnboard berukuran besar, walhal   kawasan itu perkampungan  umat Islam. Saya bertanya, siapa memberi bantuan mendirikan singboard gereja, kerana melihat keseragaman pada ukuran, tulisan dan warna setiap dijumpai. Kata mereka: Dari Australia!

 Sedang, menurut Ustaz Salahudin, umat Islam di Sabah bukan saja kekurangan dana, malah kemarau dengan ilmu-ilmu Islam, justeru bagaimana mahu melawan kelompok misionari ini?

 Kerana itu, maka hati nurani saya  terpanggil untuk mendirikan pondok pertama  di daerah Kota Belud. Alhamdulillah, sekarang sudah wujud, biarpun dalam kondisi daif. Saya mengharapkan, santri yang keluar dari Pondok Fiidzilalil  Quran selepas tamat pengajian  nanti akan pulang ke kampung masing-masing, seterusnya mendirikan pula pondok, kerana itulah saya  memilih pelajar mewakili  setiap daerah di Sabah, supaya kelak pondok akan di bina merata-rata  seluruh Negeri Bawah Bayu. 
                                         Pondok Pesantren Fiidzilalil Quran, Kota Belud, Sabah
                                         Mudir Ustaz Salahuddin (kanan), Ustaz Bahrom Ulum
                                         (Kiri).
                                         Speaker DUN Kelantan, Dato' Haji Nassaruddin Haji Daud
                                         menyampaikan tazkirah Maghrib kepada santri.

Malam itu, Speaker DUN Kelantan, Dato’ Haji Nassaruddin Haji Daud  yang mengetuai rombongan seramai lima orang diminta oleh mudir  memberi tazkirah dan motivasi kepada pelajar seusai solat Maghrib sehingga masuk waktu Insya,  sebelum beramai-ramai ke rumah mudir yang menyediakan makam malam dengan masakan Kelantan yang lazat.

  






Kelantan miskin kerana royalti minyak dirompak

Oleh: Rossem

Lumrah.  Orang kaya berkawan dengan orang kaya, orang miskin berkawan
dengan orang miskin. Orang kaya tak mahu bersahabat dengan orang
miskin kerana setiap kali berjumpa, diajak makan dan yang  membayarnya
si kaya. Tapi kalau orang miskin berkawan sesama miskin, masing-masing
 boleh bertolak ansur, hari  ini si miskin A  bayar dan besok giliran
si miskin B  pula yang bayar.

Miskin sesama miskin ada auranya,  mudah berputik   rasa “bersahabat”
dari dalam hati nurani secara spontan. Hal ini terjadi  disebabkan
pengalaman kemiskinan itu sendiri sentiasa mendepani  yang lain.

Justeru kedatangan penulis ke Sabah tanggal 18 Mac lalu disambut mesra
oleh teman-teman di Negeri Bawah Bayu, kerana hati kecil masing-masing
 merasakan, rakyat Sabah dan Kelantan punya nasib  yang sama,
berstatus  negeri termiskin diantara negeri-negeri dalam Malaysia.

Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kononnya membuat
sedikit “pembetulan”  sewaktu  lawatannya ke Sabah Februari lalu,
dengan  mengumumkan, rakayat Sabah  boleh menarik nafas lega kerana
Negeri Bawah Bayu itu kini  tidak lagi negeri paling miskin, tempatnya
diambilalih Kelantan,  namun kelakar Najib itu menjadi bahan ketawa,
bukan saja penduduk Sabah, bahkan penduduk Kelantan.

Atas faktor pengisytiharan  Najib itu telah mendorong saya dan
rombongan meninjau negeri  Sabah, mahu melihat dari dekat; apakah
benar penduduk negeri itu sudah memotong Kelantan satu kilometer ke
depan dari jarak kemiskinan paling bawah.

Hal yang sama juga berlaku di Kelantan, ada orang Johor, Selangor,
Melaka, Pulau Pinang  datang ke Kelantan semata-mata mahu melihat
kemiskinan negeri Serambi Mekah, adakah rakyatnya dapat makan nasi,
apakah tidurnya berbumbungkan langit.Ini  berlaku   setelah Najib
mengumumkan; Kelantan negeri termiskin di Malaysia menggantikan negeri
termiskin sebelumnya iaitu  Sabah.

Seminggu sebelum saya ke Sabah, rombongan penulis dari Shah Alam,
Selangor, datang ke Kelantan  diketuai Uthaya Sankar, ikut bersama
ialah  novelis terkenal yang sudah banyak menghasil novel Islami,
Rohani Deraman,   bloggers  dan facebooker.

Sebaik saja bertemu Uthaya, pertama-tama diberitahu  tujuan
kedatangannya ke Kelantan ialah mahu melihat  kemiskinan penduduk
negeri yang diperintah PAS, kerana Najib sudah menganugerahkan gelaran
baru bagi negeri  pimpinan  Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ini dengan
gelaran baru; negeri termiskin dalam Malaysia.

Saya  bertanya Uthaya Sankar; apa yang anda lihat di sini? “Saya tak
melihat kemiskinan di Kelantan, bahkan kondisi rumah warganya jauh
lebih baik daripada sesetengah negeri di Malaysia. Rumah di Kelantan
rata-rata dibina dengan batu, besar dan cantik. Kata Uthaya.
Seterusnya saya memberitahu rombongan dari Shah Alam itu, yang miskin
di Kelantan ialah kerajaan negeri, sedang rakyatnya tidaklah semiskin
seperti digambarkan. Kerajaan negeri miskin, disebabkan Pusat telah
merompak royalti minyak. Lima persen hasil minyak yang diperolehi dari
perut laut wilayah Kelantan tidak diberikan kepada yang berhak
mengikut perjanjian yang dimeteri di zaman Perdana Menteri Malaysia
kedua, Abdul Razak Hussain iaitu kerajaan Kelantan.

Pusat rompak  wang royalti,  kemudian dikatakan negeri Kelantan
termiskin dalam Malaysia. Suatu hal  tak  patut diucapkan  seorang
perdana Menteri. Konsep federalisme harus dikekalkan. Berbeza  parti
yang mentadbir Kelantan bukan penghalang royalti minyak disekat.
Berbeza parti adalah warna-warni sebuah demokrasi yang segar.

Berbalik kepada Sabah.  “ Jangan cuba membohongi orang Sabah,
kemiskinan rakyat tidak berubah, masih tetap seperti dulu” ujar
Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd. Aminuddin Aling bila ditanya tentang
tahap kemiskianan di Sabah.

Beliau lalu mengajak kami menaiki boat ke Pulau Gaya yang letaknya
bertentangan dengan Kota  Kinabalu untuk melihat sendiri sejauh mana
kemiskinan menerjah kehidupan penduduknya.

Boat laju yang memuatkan lima orang termasuk Speaker DUN Kelantan,
Dato’ Haji Nassaruddin Daud, Setiausaha  Peribadi Menteri Besar
Kelantan, Haji Wan Zulkifli Wan Muhamad dan  Puji dari KTV berlepas
dari pengkalan di Kota Kinabalu dan tiba di jeti masjid Arikob, Pulau
Gaya  kurang lebih 15 minit. Selepas menunaikan solat sunat masjid
kami beramah mesra dengan  warga di situ termasuk imam.

Sewaktu kami  beredar dari jeti, seorang warga yang berdiri di
jambatan kayu berbisik “ Kami penyokong PR” Terkejut mendengarnya,
kerana selama berada di perkampungan air itu langsung tak berbicara
seputar politik.

Sesiapa yang pertama kali melihat perkampungan warga yang dibina di
permukaan air laut pasti terkejut. Tiada rumah sedemikian di
Semenanjung. Melihat anak-anak yang kumuh tanpa baju bermain-main di
serambi rumah hati jadi luluh. “Ini betul-betul miskin. Bukan cubaan…”
keluh ku.

Sebaliknya,  di seberang sana, Kota Kinabalu, hotel-hotel mewah empat
dan lima bintang berdiri megah, siap menunggu  pelancong, domestik dan
luar negara. Kemudian pelancong -pelancong itu dibawa  melawat Pulau
Gaya untuk melihat rakyat Sabah yang dihimpit kemeskinan tegar.
Rupanya kemiskinan itu  menjadi produk yang menguntungkan pihak-pihak
tertentu.

Jurang antara kaya dan miskin di Sabah sangat ketara. Maka benarlah
seperti kata warga Sabah yang saya temui di Tawau dua hari sebelum
itu “ Rakyat Sabah miskin, yang kaya pemimpinnya”.

Friday, March 23, 2012

Sabah, Kelantan, kenapa miskin?

                                            Menaiki boat ke Pulau Gaya bersama Speaker DUN
                                            Kelantan, Dato' Haji Nassarudin Haji Daud dan
                                            Pesuruhjaya PAS Sabah,Mohd Amiluddin Aling.

                                         Dato' Haji Nassaruddin Haj Daud memerhati udang
                                         Harimau di pasar ikan, Kota Kinabalu.

                                         Kemiskinan tampak terserlah di Pulau Gaya
                                         Tapi di seberang tanah besar, bangunan mewah tersergam megah.

Oleh: Rossem

Di sebuah warong kopi di Jalan Tun      Fuad Stephen, Kota Kinabalu, sambil menghirup kopi panas, seorang warga Sabah separuh usia  berbisik; katanya “ Sabah tidak lagi berstatus negeri termiskin di Malaysia, tempatnya  kini diambialih Kelantan”.  Seusai  berbicara, lantas ia tersenyum, kemudian  jari telunjuknya menunjukkan ke arah Pulau Gaya yang tebentang di seberang sana.

Kenapa Pulau  Gaya? Warga Sabah itu lalu menceritakan situasi dan kondisi Pulau Gaya yang majotiti penduduknya dibalut kemiskinan tegar, rumah-rumah mereka dibina di atas permukaan air,  menggunakan kayu dengan dinding ala kadar,  cukup untuk berteduh dari panas matahari dan basah hujan. Kanak-kanak yang kumuh bermain di jambatan yang besambung dari  rumah ke rumah tanpa baju.  

“Itulah gambaran kemiskinan di Sabah, selain kawasan pendalaman dan pembukitan” katanya ringkas.

Penulis bersama Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato’ Haji Nassaruddin Haji Daud, Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling, Setiausaha Kerja Penerangan PAS Kelantan, Haji Wan Zulkifli Wan Muhamad dan Puji dari KTV menyaksi sendiri kemiskinan itu dalam kesempatan ke Pulau Gaya tanggal 18 Mac 2012 dengan menaiki boat dari pengkalan boat di Kota Kinabalu.

Sementara di Kota Kinabalu, bangunan-bangunan tinggi dan rumah mewah tersergam indah. Hotel tiga atau empat bintang siap sedia menyambut turis. Anehnya, setiap turis yang datang, sama ada dari Barat atau Semenanjung mereka pasti mengunjungi pasar Philipine yang lokasinya di tepi laut Jalan Faud Stephen atau menaiki boat ke Pulau Gaya dengan tambang RM5 untuk melihat dari dekat kehidupan rakyat yang dibalut kemiskinan tegar. Rupanya rakyat yang miskin  penyumbang  besar kepada pendapatan negeri dalam bidang pelancungan.

Tak dinafikan pembanguan fizikal negeri Sabah rancak sekali. Rumah-rumah teres di taman-taman perumahan kadar harganya dua kali lipat harga rumah di Kota Bharu, Kelantan. Justeru, hanya orang-orang kaya saja mampu memilikinya.

Jurang antara orang kaya dengan orang miskin ternyata terlalu jauh, ibarat lembu dengan kerbau. Hal ini berbeza dengan Kelantan, kemiskinan Kelantan dilihat pada kerajaanya, sedangkan rakyat  hidup senang, memiliki rumah batu, malah setiap rumah terdapat sekurang-kurangnya sebuah kereta dan sebuah motosikal di parker di laman rumah. Sedang Sabah, negerinya kaya, tapi majoriti penduduknya miskin.

Hakikat yang tidak dinafikan,  Kelantan sebuah negeri  kaya, di perut bumi dan laut wilayahnya terdapat minyak yang banyak dan telaga minyak itu sudah lama  beroperasi, tapi hasil daripada pengeluaran minyak telah   dirompak pihak tertentu. Olehkerana sang perompak sudah biasa merompak, justeru merompak hasil petroleum Kelantan itu terasa bukan satu kesalahan moral atau dosa di sisi agama.

Lebih malang lagi bagi rakyat Kelantan, sudahlah kena rompak, kemudian si perompak dengan megah mengatakan; Kelantan negeri termiskin di antara negeri-negeri dalam Malaysia.

Teringat kata-kata Dr Edwin Bosi dari DAP yang berucap di Majlis Ramah Mesra dan Kutip Dana PRU Ke-13 anjuran PAS Sabah di Kota Kinabalu 18 Mac 2012; Robin Hood lagi bermoral, dia merompak orang kaya untuk dibahagikan kepada orang miskin. Sedangkan di Malaysia  berlaku sebaliknya.  

Dr Edwin Bosi  mengulas ucapan Speaker Dewan Undangan Ngeri Kelantan, Dato’ Haji Nassaruddin Haji Daud yang berucap dengan lantang sebelum itu “ Kelantan negeri termiskin kerana Najib tak bagi royalti minyak”

Selanjutnya Nassaruddin yang juga ADUN Meranti dengan sinis mengatakan “ Perompak pun tak merompak orang miskin, tapi di Malaysia, di bawah Najib berlaku sebaliknya, perompak merompak negeri miskin”

Sementara  Sabah, seperti umum mengetahui,  memang kaya dengan sumber alam, seperti minyak dan balak. Tapi majoriti rakyat  di pendalaman dan di Pulau Gaya hidup dalam kondisi kemiskinan tegar.

Melihat situasi  ini, Pengerusi PKR Sabah, Haji Ahmad Tamrin Haji Zaini berujaran “UMNO/BN telah mencorakkan negeri ini sedemikian rupa dengan membahagi-bahagikan kekayaan Sabah kepada kroni-kroni dan membiarkan sebahagian rakyat dimamah kemiskinan untuk tujuan dan kepentingan  politik mereka”.

Hakikatnya  kemiskinan Sabah tetap tidak berubah biarpun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu berucap di Sabah Februari 2012 mengklimkan; rakyat Sabah sudah boleh  menarik nafas lega kerana kini negeri Bawah Bayu ini tidak lagi dikatogerikan negeri paling miskin di Malaysia, sebaliknya, Kelantan mengambilalih tempat  Sabah sebagai negeri paling miskin di negara ini.

Namun, pengisytiharan Najib itu disanggah oleh Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd. Aminuddin Aling dengan   mengatakan,    adalah pembohongan semata-mata, yang hanya bertujuan  menyenangkan hati rakyat Sabah bagi  menghadapi Pilihan Raya Umum tak lama lagi. Realitinya kemiskinan rakyat  tetap tidak berubah.

Rakyat Sabah menukar kerajaan perkara biasa

 Oleh: Rossem
Suatu pagi yang damai di Tawau, di sebuah kedai kopi di pojok kota, seorang tua sedang membaca koran Harakah dengan asyik. Wajah orang tua itu kemiripan Cina, benar atau tidak, tak pasti kerana wajah pribumi Sabah rata-rata mempunyai kemiripan Cina.

Orang tua berkaca mata dan berkulit cerah itu menatap muka depan Harakah agak lama, barangkali tertarik dengan headline keluaran hari itu seputar isu Shahrizat (Bukan Hanya Shahrizat). Mesin berfikirnya barangkali membayangkan bagaimana seorang Menteri kabinet Malaysia diberi pinjaman RM240 juta untuk mengurus ladang lembu, tiba-tba disalahgunakan dengan membeli kondo, tanah, restoran, kereta mewah, di dalam dan luar negara.

 Sedang diketika yang sama, warga Tawau hidup dalam kondisi miskin, kais pagi makan pagi. Memperjudikan nasib menjadi nelayan di laut Celebes dalam keadaan bahaya ancaman lanun yang berleluasa di wilayah itu sejak zaman berzaman.

 Di sebuah Masjid tua di tengah-tengah pekan Tawau, sepanduk memberitahu kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bertemu warga Tawau dalam acara Ramah Mesra Dengan Ulama dipasang megah di pintu pagar masjid berwarna hijau.

Warga Tawau yang melewati Jalan Stephen Tan pasti akan teruja dengan sepanduk yang mengkhabarkan akan kedatangan Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan di pekan Tawau dan akan memberi tazkirah Maghrib di sebuah masjid.

 Sepanduk dipasang di situ tanpa diganggu pihak-pihak tertentu, menunjukkan minat yang ditunjukkan warga Tawau kepada PAS yang dipimpin ulama sangat tinggi, tidak menampakkan permusuhan, sehingga tiada yang cuba menurunkannya.

Warga Tawau mengenali PAS melalui usaha yang dijalankan individu asal Semenanjung terutama guru-guru dan ustaz dari Kelantan, Kedah dan Terengganu yang mengajar di daerah ini. Sebahagian lagi adalah pekerja dan pengusaha ladang kelapa sawit juga asal Semenanjung.

Guru-guru dan ustaz-ustaz ini menjalankan kerja-kerja memperkenalkan PAS dengan berbekalkan kesabaran tanpa mempedulikan risiko, kerana sebagai guru harus berdepan dengan tindakan disiplin majikan, namun demi perjuangan mendaulatkan Islam melalui wadah PAS, diketepikan perasaan takut diambil tindakan, akhirnya PAS berjaya diterima di Tawau terutama penduduk yang tinggal di kawasan bandar.

Yang Dipertua PAS (YDP) Tawau, Muhamad bin Hussain, seorang pengusaha Sawit, asal Kedah. Setiausaha Nasir Che Ali juga asal Kedah. Ketua Penerangan Mohd Ghazali Mohd Daud, asal Kelantan, manakala Ketua Tarbiyah, Ustaz Abdullah, asal Bachok, Kelantan sudah berbelas-belas tahun bertugas di sini. Selebihnya warga tempatan.

Tawau adalah daerah pesisir pantai terletak bahagian timur Sabah. Dari pekan Tawau boleh dilihat dengan jelas Pulau Sebatik yang dikongsi bersama Indonesia. Pulau kecil itu dibelah dua, sebahagian milik Malaysia dan sebahagian milik Indonesia.

 Majoriti penduduk daerah ini adalah Islam dari suku Bugis, Jawa, Bajau, Suluk, Tidung, dan Kokos. Sementara orang Cina tinggal di pekan Tawau sebagai peniaga.

 Berbalik kepada tazkirah Tuan Guru di masjid Tawau yang tidak dapat dihadirinya disebabkan masalah kesihatan, kemudian tempatnya diganti oleh Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Dato’ Abdul Fattah Mahmood.

Sambutan pada petang itu di luar jangkaan dengan jamaah datang begitu ramai sehingga melimpah ke luar masjid Quba, Taman Wawasan.

 Isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak juga turut hadir ke Tawau.

 Senario ini mengambarkan PAS diterima baik di sini, tinggal lagi mereka kekurangan tenaga pengerak tempatan dan maklumat-maklumat terkini yang terbatas. Namun Kerajaan Kelantan tidak pernah melupakan mereka terutama kepada anak-anak Kelantan yang tinggal di Tawau, mereka bergabung dengan NGO yang diwujudkan kerajaan negeri iaitu Perakan. Antara fungsinya merapatkan persaudaraan sesama ahli dan seterusnya mengembangkan idea Kerajaan Negeri “Membangun Bersama Islam” ke Negeri Bawah Bayu.

Menurut YDP, Muhamad bin Hussain, rakyat Sabah menukar kerajaan adalah perkara biasa, dulu mereka berikan kepada USNO, kemudian Parti Berjaya, PBS dan kini UMNO/BN, justeru bukan mustahil kalau PRU Ke -13 akan datang bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat (PR).



 Lagi pun, di daerah Tawau ini berlaku pergolakan politik di kalangan parti kompunan BN. Ahli Parlimen Tawau dari SAPP, Chua Soon Bui keluar BN, sekarang Bebas. Salah satu pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri Sabah juga dari Tawau iaitu DUN Seri Tanjong, Jimmy Wong dari DAP. Justeru harapan PR memenangi kerusi di kawasan ini cerah.

Friday, March 9, 2012

Negeri Kelantan Seindah Namamu: Oki Setiana Dewi




Oleh: Rossem

Artis itu memulakan ucapan  dengan kata-kata yang sangat menyentuh hati nurani: Pertama kali aku datang ke Kelantan, lantas aku jatuh cinta pada Tok Guru, seorang yang luar biasa, zuhud dan sentiasa merendah diri.

Ribuan khalayak,  majoritasnya anak muda yang memenuhi gedung Kelantan Trade Centre (KTC) malam itu diam seketika  saat mendengar kata-kata yang dilontarkan artis cantik yang melakonkan peran Ustazah Ana dalam filem “Ketika Cinta Bertasbih” Oki Setiana Dewi.

 Khalayak sepertinya   terpukau bila sang artis pujaan mereka dengan suara penuh kelembutan   memuji negeri Kelantan dan Menteri Besarnya, Tok  Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Sekali pandang mungkin orang tersalah tanggapan,  apakah ia benar-benar seorang artis filem dan sinatron terkenal Indonesia, kerana  penampilannya  tidak seperti majoritas  artis-artis lain  yang sering mendedahkan aurat, sebaliknya Oki Setiana Dewi mengenakan jilbab labuh mentutupi sehingga paras dadanya.  Bertambah cantik dan ayu bila dipadankan dengan baju warna unggu yang dipakai malam itu.

“Oki memakai jilbab bukan disebabkan mahu  menghadiri acara “Bicara Selebriti” yang dianjurkan Kerajaan Negeri Kelantan, di Kota Bharu, tapi Oki memakai jilbab sejak usia 16 tahun dan sebelum berlakon filem” tutur Oki.

Ketika usianya 16 tahun   ia bertekad mahu menjadi seorang solehah , meskipun ia menyedari ilmu agamanya sangat minimum ketika itu. Namun telah tertanam dalam hati nuraninya satu perasaan bahawa perjalanan hidupnya kini menuju Allah SWT. Memakai kerudung adalah satu perintah agama,  untuk menjaga keselamatan wanita,  justeru tiada alasan untuk  muslimah mengingkarinya. 

Sehingga jika datang keinginan untuk melakukan hal-hal yang ditegah agama, ia teringat kerudung yang dipakainya, lantas tak jadi melakukannya. Kata Oki yang ketika itu tinggal di Batam, Riau bersama orang tuanya.

Namun memakai jilbab atau kerudung dalam usia muda pastinya banyak cabaran. Pernah orang bertanya, kenapa sih kamu pakai kerudung, bukankah itu pakaian Arab? Oki lantas menjelaskan, ini bukan pakaian Arab tapi pakaian Islam bagi muslimah. Beritahu Oki di acara bicara Selebriti malam itu.

Oki sejak dari kecil bercita-cita mahu jadi artis, namun setelah berubah ke jalan Allah dengan   memakali kerudung dalam usia 16 tahun, ia merasakan peluangnya untuk menjadi artis tertutup rapat. Cita-citanya harus dikuburkan  kerana mana ada direktor filem mahu mengambil wanita yang memakali kerudung sebagai artis. Lantas Oki bercita-cita pula mahu menjadi guru.
Selanjutnya,  kata Oki “Suatu hari, tanpa diduga,  terima telefon dari direktor filem. Kamu ditawarkan berlakon filem. Belum usai percakapan,  Oki beritahu, aku sekarang memakai jilbab. Mana bisa…Jawab direktor.  Bisa!”

Mendengar tawaran itu,  cita-citanya mahu jadi artis filem seperti hidup kembali.  Ia berlari ke musolla lantas  mengadu kepada Allah SWT. “Ya Allah, aku sekarang sedang berlari menuju-Mu. Manakala  rezeki  juga di tangan-Mu. Jangan persulitkan rezekiku lantaran jilbab ku ini. Namun paling penting, apakah dengan pekerjaan ku (rezeki) sebagai pelakon filem  kelak akan berpaling dari-Mu?

Oki diterima berlakon untuk filem “Ketika Cinta Bertasbih”  yang diangkat dari novel Islami terkenal hasih karya Habiburrahman El-Shirazy dan diberi peranan  sebagai ustazah Ana. Filem itu bukan saja diminati di Indonesia, bahkan Malaysia.

Menurut Oki, maklumbalas  yang diterimanya selepas publik menonton filem KCB, ramai remaja perempuan mula memakai kerudung. Ini adalah kesan positif yang diterima mereka lewat filem itu. Dan ini merupakan salah satu dari uslud dakwah. 

Mengakhiri  “Bicara Selebriti” Oki mendeklamasi sebuah puisi terkait dengan pengalamannya selama 4 hari di Kelantan dan kesempatan berjumpa dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz  Nik Mat di kediaman rasmi Tok Guru, di JKR 10. 
Negeri Kelantan Seindah Namamu
Tanah Serendah Sekebun Bunga
Negeri Tadahan Wahyu
Cik Siti Wan Kembang
Cukup indah namamu
Seindah negerimu
 Duhai
Wajahmu nan indah
Persis Jeddah
Yang pernah ku lewati
Taat menjunjug al-Quran
Teguh menggalas syariat
Yang tidak pernah goyah
 Tersentuh hati kudus ku
Lantaran aku di sini
Biar tidak pernah ku duga
Bertemu seorang ulama’
Yang dicintai rakyatnya
Lalu…
Kuntum rindu yang lama tersimpan
Terubat jua akhirnya
Biar sekelumit Cuma
 Beruntung rakyatnya
Menumpang teduh seorang ulama’
Yang lembut… tapi tegas beribadat
Yang pengasih…namun tidak goyah
Pada percikkan kealpaan dunia
 Pasti aku merindui mu lagi
Entah kapan bisa diubati
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu
Moga sejahtera selamanya
Memacu
Membangun Bersama Islam
Moga kita bertemu kembali
Selama berada di Kelantan, Oki juga meluncurkan buku novel terbaru beliau selepas  novel pertama Melukis Pelangi di Perpustakaan Negeri Kelantan. Manakala pada pagi Jumaat Oki menghadiri kuliah mingguan Tok Guru di Medan Ilmu, Kota Bharu.
Seperti kata moderator pada malam itu, pengacara undangan dari TV Hijrah, Amim Idris, Negeri Kelantan sejak dulu menjadi tempat artis-artis yang berhijrah kepada kehidupan lebih Islami meluahkan perasaan dan isi hati mereka untuk  dikongsi bersama bagi menghidupkan dakwah Islamiyyah dan memantapkan iman.

Tahniah penganjur khususnya YB Ustaz Ahmad Bhaiki Atiqullah.

Sunday, March 4, 2012

Mengunjungi komunitas umat Islam Guangzhou

 Oleh: Rossem

DI DINDING sebuah restoran China Muslim di Guangzhou, China,  tergantung sebuah potret seorang pemimpin Malaysia. Tokoh nasional Malaysia itu bergambar bersama pemilik  restoran Haji Abdullah. Menurut keterangan yang tertulis di bawah foto tersebut, foto direkam tanggal 5 Februari 2005 ketika pemimpin itu mengunjungi komunitas umat Islam di Guangzhou.

Keterangan lain yang ditulis pada foto itu selain bahasa China adalah bahasa Inggris; Partai Islam Semalaysia (PAS) spritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dan dicatatkan juga tanggal kedatangnya. Turut bergambar adalah Sekteratir Nik Aziz kala itu, Nik Azlan.

Restoran Abdullah adalah antara restoran makanan halal yang menghidangkan masakan dari wilayah otonomi umat Islam Xinjiang yang lezat,  menjadi pilihan utama  Muslim China dan pelancong Muslim dari seluruh dunia yang berkunjung ke Guangzhou. 

Siapapun yang menjamu selera di restoran yang terletak di Jalan Eighth Shaogmoa pasti dapat melihat potret Mursyidul Am dan Pemimpin PAS Kelantan merangkap Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Haji Abdul Aziz Nik Mat yang dilekatkan pada di dinding bangunan satu lantai itu.

Umat Islam di China khususnya di wilayah Guangzhou dan Shenzhen mudah dikenali dari pakaiannya. Sebagian besar menggunakan identitas Muslimnya dengan kopiah putih (untuk lelaki), sementara perempuan berjilbab atau minimum mengenakan kerundung ringkas pada kepala masing-masing.

Lelaki dan perempuan Muslim boleh dilihat sepanjang jalan utama di kedua kota ini. Mereka  menjual buah-buahan seperti limau dan sejenis manisan asal  Xinjiang, serta roti nan yang lezat. Untuk kemudahan mereka mendapatkan makanan halal, kedai-kadai  menjual daging lembu, ayam dan kambing juga banyak terdapat di sini.

Selama empat hari di Guangzhou dan Zhenzhen sempat menziarahi beberapa permukiman minoritas Muslim, antaranya kompleks masjid Saad Abi Waqass di Guangzhou, yang juga menempatkan makam yang dikatakan makam sahabat Nabi Shalallaahu 'Alaihi Wasallam (صلى الله عليه Ùˆ سلم)  , Saad Abi Waqass. 

Sejarah penyebaran

Menurut sejarah, penyebaran agama  Islam ke China adalah semasa Dinasti Tang dan Dinasti Song (pertengahan abad ke-7- 1279) oleh para pedagang Muslim Arab dan Parsi dengan menempuh Jalan Sutra. Hasil dari diplomasi dan aktivitas keagamaan di rantau itu maka  munculnya komunitas Hui di China (1271-1368) dan komunitas Hui ini sangat berpengaruh di China sehingga lepas beberapa dinasti, sehingga pada zaman pemerintahan Yuanzang yang berhasil menumbanghkan Dianasti Yuan, komunitas Hui mengalami mimpi buruk,  yakni dipaksa mengggantikan nama Arab-Islam dengan nama-nama China. Namun mereka tetap menyesuaikan dengan perkataan Islam seperti Abu diubah kepada Pu,  Shamsuddin, Alaudin  diubah kepada  Ding, Muhamad diubah kepada Ma dan sebagainya.

Muslim di China menyakini bahwa penyebaran Islam adalah hasil dari dakwah  salah seorang saudara Nabi Shalallaahu 'Alaihi Wasallam (صلى الله عليه Ùˆ سلم)  dari jalur ibu, yaitu Saad Abi Waqass. Ibunda Rasul, Aminah binti Wahhab, berasal dari suku yang sama dengan Saad, yaitu dari Bani Zuhrah. Diyakini, makamnya berada di Guangzhou (Kanton) yang hingga kini sangat dihormati. Saat penulis  mengunjungi permakaman itu, beberapa lelaki dan seorang perempuan sedang membaca al-Quran.

Sumber China abad ke -17 juga mengaitkan  kedatangan empat utusan Nabi Shalallaahu 'Alaihi Wasallam (صلى الله عليه Ùˆ سلم)  di China pada abad ke-7 sebagai awal mula masuknya Islam ke China. Empat utusan Nabi itu tiba di China untuk berdakwah semasa pemerintahan Wude dari Dianasti Tang. Utusan pertama berdakwah di Guangzhou sementara utusan kedua berdakwah di Yangzhou,  utusan ketiga dan keempat berdakwah di Quanzhou.

Makam-makam  mereka masih sangat dihormati oleh Muslim China, namun karena kurangnya  bukti-bukti, baik sarjana Muslim maupun sarjana China, maka diklaim itu menurut sebagian pihak dianggap sebagai legenda belaka.  Namun buku “A Brief Study of the Introduction of Islam to China” karya Chen Yuen, Islam pertama kali datang ke China sekitar tahun 30 H atau 651 M. Disebutkan, Islam masuk ke China melalui utusan yang dikirim oleh Khalifah Usman bin Affan (23-35 H / 644-656 M). Menurut catatan Lui Tschih, penulis Muslim China pada abad ke-18 dalam karyanya
“Chee Chea Sheehuzoo” (Perihal Kehidupan Nabi), Islam dibawa ke China oleh rombongan yang dipimpin Saad bin Abi Waqqas.

Bagaimana pun, tetap sulit menemukan dengan tepat dan konklusif tentang titik awal masuknya Islam ke China.

Selain ke kompleks Masjid dan makam Saad Abi Waqass, rombongan yang diketuai Sekretaris Penerangan PAS Kelantan, merangkap Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri (UPKN), Ustaz Haji Abdul Rahman Yunus singgah di Kompleks Masjid Menara Api (Masjid Huai Sheng) di pinggir kota Guangzhou. 

Masjid yang bina pada abad ke-15,  yaitu di zaman Dianasti Tang ini masih tampak elok dan tetap kekal seperti kondisi asalnya dengan menara tanpa disapu cat. Arsitektur bangunan keseluruhannya berasaskan arsitek tradisional China seperti pagoda.

Ikut sama rombongan ziarah umat Islam China adalah  Haji Muhammad Azmi Nor dan  Haji Rosidi Semail, Pegawai Penerangan Puan Nor Hashimah  Deraman, Chia Chuan Lai dan sebagian pejabat UPKN.

Foto:
         Masjid Menara Api, Guangzhou

Kisah pemimpin terdesak


Oleh: Rossem

Muammar Gaddafi di penghujung hidupnya,  sewaktu  diberkas saat melarikan diri di perbatasan Libya-Niger. Kepada  penentangnya  yang terdiri anak-anak muda,   dengan suara tersekat-sekat, beliau  merayu “ Wahai anak-anakku berhentilah  memukulku, beritahu padaku, berapa wang kamu  mahu. Sebut saja jumlahnya  akan ku berikan, kemudian  biarkan aku melepasi perbatasan  dengan selamat tanpa gangguan.”.

Gaddafi  menduga anak-anak muda itu akan menerima tawaran, sepertimana rakyat Libya sebelum ini menerima wang yang ditaburkan  kepada mereka sepanjang pemerintahnya kurang lebih 40 tahun. Namun pada hari itu berlaku sebaliknya.

Rakyat Libya, khususnya  anak-anak muda  menolak dengan keras tawaran wang, walhal kalau mereka  mahu, harga yang akan dibayar Gaddafi untuk menebus nyawanya dan menyambung kembali tali hayat pepemerintahannya adalah sangat  tinggi, sebuat saja, 2 juta Dollar, 10 juta Dollar atau 100 juta Dollar,  bahkan lebih dari itu, pasti ditunaikan.

Saat menawarkan itu, Gaddafi menjangka, rakyat Libya khususnya anak-anak muda yang menangkap beliau  masih berfikiran seperti sebelumnya, akan menerima ganjaran yang ditawarkan. Kerana kaedah mengumpan wang  sudah menjadi budaya negara dan sinonim dengan rakyat Libya,  sejak mengambilalih pemerintahan dari Raja Sanusi.

Rupanya  pada hari itu, disaat kekuasaannya diasak ke dinding, tika nyawanya diambang maut, Gaddafi baru tersedar dari mimpi yang panjang, bahawa wang sudah tidak berharga lagi. Wang tidak boleh menolong mempertahankan kekuasaan seseorang pemimpin, bahkan wang tak mampu lagi menyelamatkan nyawanya sendiri.

Hari itu, di  tanah gersang berpasir di selatan Libya, Muammar Gaddafi menemui ajal di tangan anak-anak muda yang memburunya sekian lama.

Namun, atas nama persaudaraan Islam, kita bersimpati dengan apa yang terjadi, tapi  realiti dan hakikat terbukti, bahawa  wang tidak boleh mempertahankan kekuasaan seseorang.

Hari ini di Malaysia, seorang pemimpin negara membeli hati rakyat dengan wang ringgit. Bermula tiga bulan lalu sehingga  sekarang masih belum selesai pembahagiannya kepada yang layak menerima.  

Pemberian  RM100, RM200,  RM500 dan  pelbagai lagi tawaran yang bernatijahkan   wang.  Tawaran itu meliputi  seluruh lapisan masyarakat, seperti murid sekolah, isi rumah  berpendapatan ke bawah RM3 sebulan,  kakitangan kerajaan, pesara, golongan  seniman dan lain-lain.

Kenapa sebelum ini tidak diagihkan pemberian seperti itu?.  Tentu ada sebabnya. Seperti juga Muammar Gaddafi tidak akan menawarkan wang berbilion dollar kepada anak-anak muda yang memburu dan mahu membunuhnya  sekiranya  beliau merasakan nyawa dan kekuasaannya masih selamat. Sebaliknya beliau melakukan demikian setelah menyedari kekuasaannya dalam kritikal. 

Apakah Presiden UMNO juga merasakan  kekuasaan UMNO/BN kini dalam kritikal?