Monday, July 25, 2016

Hebat dapat beli lukisan Van Gogh




Oleh: Rossem

Tanggal 29 September  1969, dengan seragam hijau, rifle dan benet telanjang, seperti pokok  kelapa saya berdiri tegak di bawah panas terik matahari pagi, tak bergerak, bibir dihinggapi lalat dibiarkan. sabar menahan jijik. Sebagai seldadu perang, begitu kami diajar terutama ketika menyambut ketua negara. Tun Abdul Razak  Hussain (Allahyarham) berdiri diatas terak  warna putih tanpa bumbung yang begerak perlahan, memeriksa perbarisan tamat latihan di padang kawad, Ulu Kinta, Perak.  Itulah pertama kali saya melihat wajah  Perdana Menteri Malayisa, Tun Abdul Razak Hussain dari jarak tak sampai empat meter.

Kesihan bercampur sedih  melihat wajah Perdana Menteri kedua Malaysia yang cengkung kurus. Tun Abdul Razak mengambil alih tugas sebagai perdana menteri Malaysia daripada Tunku Abdul Rahman Putra secara mendadak disebabkan berlaku tragedi 13 Mei. Yang terpikul dibahu Tun Razak ketika itu ialah memulihkan ketenteraman awam. Keperitan, kesusahan ditanggung Tun Razak memimpin rakyat yang masih truma dengan tragedi 13 Mei sehingga kesihatannya merosok, tampak  kurus dan cengkung, berbeza dengan sebelumnya pernah  saya lihat lewat  foto dan suratkhabar sedikit gemuk berisi.  Tun Razak kemudiannya disahkan mengidap penyakit Leukimia.  Penyakit itu mengakhiri  hidup pada 1976.  Al fatehah, semoga ruhnya bersama orang-orang beriman dan beramal solih. 

Tun Abdul Razak mewakili Parlimen Pekan. Kekosongan itu diisi oleh putera Allahyarham, Najib Razak pada 1976 yang memenangi pilihan raya kecil ketika usia masih muda. Usia Perdana Menteri Malaysia ke lima sekarang  genap 63 tahun. Beliau lahir 23 Julai 1953. Bermakna Sudah 40 tahun beliau berada dalam gelanggang  politik tanah air. Dari ketua pemuda Umno (1987), Menteri Besar Pahang ke 12 (1982-1986), akhirnya  menjadi perdana menteri dan presiden Umno (2009) hingga sekarang.

Tindakan popular beliau ialahmenghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan   Darurat (EO), selain berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan. Namun kepopularaannya dicalarkan  dengan pelbagai skandal silih  berganti. Pembunuhan Altantuya Shaariibuu, pembelian kapal selam  scopion. Namun tuduhan beliau terlibat tak dapat dibuktikan mahkamah.
Tuduhan yang paling mengemparkan ialah saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat terhadap 1MDB. Menyebabkan sejumlah  aset yang dimiliki penama-penama yang disebutkan dirampas kerajaan Amerika Syarikat, melibatkan pembelian kapal layar, hotel dan jet, lukisan oleh Van Gogh dan Monet dan juga filem Hollywood.

Pelukis abad ke 18, Vincent Van Gogh lahir 30 Mac 1953.  Sebuah muzium dikenali sebagai Van Gogh Museum terdapat di Amsterdam,  Belanda. Baru-baru ini seorang sahabat, penyair, Drama Muhamad berkunjung ke muzium tersebut di Amsterdam dan membawa pulang  sebuah buku “Van Gogh”  dihadiahkan kepada saya. Lukisan Van Gogh melangakui zaman. Takjub dengan karya Abad ke 18 sudah ada orang bisa melukis begitu rupa.  Lebih takjub lagi Rizal Aziz dapat membelinya. Ada wang semua boleh jadi. Kata Perwira Mat Gila dalam majalah satira populah Gila-Gila dulu.  

Kenyataan DOJ itu dibacakan  Loretta E. Lynch tanggal 20 Julai. DOJ mendakwa lebih AS$3.5 bilion telah diseleweng daripada 1MDB sepanjang beberapa tahun.  Antara individu yang menimbulkan tandatanya dan disebut banyak kali ialah 'Malaysian Official 1'. Siapa “Malaysian Official 1”?

Reaksi rakyat Malaysia berbeza. Pandangan yang diberi pun berbeza.  Pandangan saya mudah tetapi tak popular, dalam situasi api kemarahan sedang marak tiba-tiba disirami air; Jangan percaya seratus peratus setiap  dakwaan  yang  datang dari Amerika Syarikat. Contoh mudah; dulu negara kuasa besar itu mendakwa Iraq (Saddam Husain) membangun serta memiliki senjata merbahaya nukliar, seluruh dunia mempercayainya. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengirim team mencari bukti, namun senjata nukliar yang dikatakan terdapat di Iraq tak ditemui. Episod berakhir dengan serangan tentera Amerika dan sekutu ke atas Iraq. 

Di era Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia, tampak jelas sekarang ialah “kuasa” parti oposisi berada pada tahap lemah.  Barisan oposisi pecah beratakkan.  Menghakiskan keyakinan rakyat akan kemampuan barisan oposisi menggantikan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara. Apakah perpecahan oposisi ini disebabkan kebijaksanaan Najib bermain catur politik pecah dan perintah.  

Kalau dahulu,  Almarhum Tun Abdul Razak Hussain berjaya memujuk PAS menyertai BN dan PAS bersetuju. Umno di bawah Najib dilihat semakin “mesra” dengan PAS khususnya Presiden Parti Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Apakah Umno-PAS akan mengulangi sejarah lama, tunggu dan lihat!




Tuesday, June 28, 2016

Pecat- Kenapa tak tunggu selepas raya?




Oleh: Rossem

Ketawa sendirin membaca tulisan dari buku Catatan Pinggir, Goenawan Mohamad yang ditulis tahun 2001 untuk majalah Tempo. Beliau memetiknya dari seorang sejarawan yang kurang terpelajar, katanya; Indonesia mempunya dua katogeri pemimpin negara. Katogeri pertama presiden yang menggemari barang yang hidup. Katogeri kedua adalah presiden  yang menggemari barang mati yang dibayangkan hidup.

Katogeri pertama ialah Sukarno, ia menyukai perempuan (hidup).  Soeharto menyukai sapi yang belum mati. Dalam katogeri kedua, Habibie, ia menyukai kapal terbang yang bisa terbang melayang-layang seperti burung. Abdulrahman Wahid atau Gus Dur menyukai  makam.  Makam adalah tempat persemadian orang yang sudah mati, tapi katanya , di makam itu, boleh memanggil ruh-ruh si mati.  
Saya tak tahu, apakah katogeri serupa berlaku ke atas pemimpin Malaysia. Sejarah hanya mencatatkan, Tunku Abdul Rahman bapak kemerdekaan, Mengemari sukan lumba kuda.  Lumba kuda dikaitkan dengan judi. Tun Abdul Razak Hussain bapak pembangunan. Rakyat miskin tak bertanah dibawa ke hutan, diberi sebidang tanah untuk dibangunkan rumah dengan  10 ekar tanah ladang. Hutan ditebang dan  dibersihkan,  ditanam dengan getah dan kelapa sawit. Akhirnya peneroka hidup senang dan sebahagiannya kaya raya. Tun Hussain Onn meninggalkan sejarah yang baik dan mulus. 

Tun  Dr Mahathir Mohamad sering bermimpi berada di kota New York, Paris, Tokyo. Dalam mimpi itu ia berjalan mundar mandir seorang diri di tengah-tengah  kota metropolitan  dengan mendongak ke atas, tak pernah ia melihat ke bawah. Yang tampak olehnya ialah bangunan tinggi mencercah  awan. Terjaga dari tidur,  teringat tanah kosong dan tanah setingan yang masih banyak terdapat di Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama lain. Beliau mendirikan bangunan di tanah kosong dan setingan menandingi bangunan-bangunan yang dilihat dalam mimpinya di negara-negara  maju.  Mimpinya menjadi kenyataan.

Kegemaran lain ialah menjatuhkan mereka yang tak didisukainya. Ia akan melakukan apa saja sehingga orang yang dibenci itu jatuh tersungkur. Sesudah bergelar mantan Perdana Menteri,  sifat itu terbawa-bawa.  Menyesali pengganti-pengganti yang dilantiknya sendiri  antara satu lagi sifat jelek yang tak  dapat dibuang. 

Teringat kisah seorang lelaki yang mengilai seorang perempuan, kegilaan yang  luar biasa, tepuk tangan sebelah, kerana perempuan langsung tak berminat dengan lelaki itu. Tidur si lelaki terganggu, wajah perempuan datang dalam mimpi dan igauan.  Dirayu dengan baik tak berhasil, dengan cara ugutan juga tak berhasil. Akhirnya cari bomoh pengasih. Malangnya tak menjadi. Si perempuan tetap dengan pendiriannya; tak menerima cinta lelaki itu.  Kalau lelaki itu bersandar kepada qadha dan qadar Allah. Cukup setakat itu. Barangkali jodohnya tak ada. Kalau dilakukan juga, khuatir termasuk dalam katogeri mereka yang melampaui batas. Allah sangat murka kepada hamba-hambaNYA  yang melampui batas.

Bagaimana dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi?. Mata terpejam pun dikatakan tertidur, ratu cantik menyentuh bahu dikatakan skandal, Tingkat 4 lebih berkuasa dari perdana Menteri . Nasib Pak Lah ialah kekuasaannya ketika media baru mula berkembang, rakyat pula mempercayai  blog dan wapsite.  Namun disebalik itu kebenaran tetap ada. 

Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri di zaman media baru menguasai masyarakat, kalau di zaman Pak Lah hanya  blog, email.  Sekarang lebih canggih dan pantas,  facebook, twitter, instagram, wahtsApp, youtube bisa diakses melalui telefon bimbit yang boleh dibawa ke mana-mana. Telefon bimbit  sekaligus  berfungsi sebagai kamera, bisa merakam foto dan video. Kotak dipunggah masuk ke dalam pewasat terbang pun sempat dirakam, kemudian menjadi viral di internet. RM2,6bilion masih belum ada jawapan yang menyakinkan rakyat. 

Politik Malaysia semakin menarik. Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Mukhriz Mahathir dipecat dari Umno, sementara Shafie Afdal digantung keahlian parti. Pemecatan itu diputuskan Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat di sela-sela  10 terakhir Ramadan, ketika umat  Islam beriman melipatgandakan ibadat mereka,   memburu ganjaran pahala yang dijanjikan Allah SWT, dan dalam  10 malam terakhir ada lailatur qadar, yakni malam lebih baik dari seribu malam. Mengapa mereka memilih tarikh pemecatan itu pada penghujung Ramadan tidak selepas adilfitri?

Reaksi awal ialah, ADUN Sulabayan dari BN, Jaujan Sambakong mengumumkan beliau keluar daripada Umno. Diikuti Pengerusi Tetap Umno Semporna, Datu Eranza Datu Saribu turut keluar parti bersama-sama dengan 19 ahli jawatankuasa dan akar umbi Umno Semporna. Parlimen Pagoh dan DUN Jerlun tunggu reaksi selanjutnya.



Monday, June 20, 2016

Mudah-mudahan egonistik sedikit berkurang




Oleh: Rossem

Kumpulan oposisi di Malaysia ibarat kereta tua terkandas di tengah jalan. Tak nampak di mana distinasi. Jalan sudah ditutupi  kabus tebal yang menghalang penglihatan, akhiranya bergeseran  dan  berlanggar sesama sendiri.  Supir atau pemandu kereta keluar dari kereta, menuding jari ,  menyalahkan satu sama lain. Masing-masing mendakwa mereka mengikuti arah yang betul. Egonistik  menebal dalam jiwa.

Kepada pengikut,   mereka bermotivasi dengan hujah-hujah yang lunak bersandar dalih-dalih kitab dan pengalaman masa lampau sehingga  bisa mencairkan pendengar terutama dari kalangan akar umbi. Pengikut akur  dengan apa sahaja yang diberitahu. 

Selaku ahli PAS saya pastinya merasa sedih atas kekalahan PAS di kedua-dua PRK iatu Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Tetapi selaku seorang ahli jamaah Islam, saya gembira dan bersyukur “DAP” tak menang dikedua-dua PRK itu. Kata Ustaz Mokhtar Senik . Ini hujah PAS mula-mula saya jumpa di facebook.  DAP juga yang kena!

 Kita bukan sekali kalah tetapi sudah berkali-kali. Kekalahan perkara biasa bagi kita. Kemenangan yang hakiki ialah di akhirat nanti. Ayat-ayat seperti itu sering kita dengar setiap kali PAS mengalami kekalahan  dalam pilihan raya dan dalam PRK ini ayat itu juga berulang. 

Pendokong PAS  mengangguk-angguk kepala tanda setuju dengan alasan dan hujah yang diberikan pemimpin mereka , seperti burung-burung mendengar khutbah hud hud di zaman Nabi Sulaiman as, kepala mereka pun terkulai, mereka mengerti betapa sulitnya sekepul debu untuk merenggangkan busur panah. Betapa sengsara pun,  memutuskan untuk menempuh jalan panjang, kendati pun tak  pasti berapa lama hatta ratusan tahun akan terus mengembara melintasi gunung dan lembah demi lembah dan sebahagian besar hidup mereka mengalir lalu diperjalanan itu. Mereka terpersona dengan nasihat Hud hud.

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar tak ubah seperti sukan gusti “WW  Wrestling Champion”. Tiga pengusti bertarung untuk mengalahkan dua pencabarnya. Ketika dua pengusti  saling bantai membantai satu sama lain lalu kedua-duanya pengsan, loceng berbunyi, pengadil mengangkat tangan pengusti yang seorang lagi sebagai juara.  Umno/BN menang dengan majoriti besar  ketika kedua-dual parti lawan, PAS dan Amanah bergelut sesama pembangkang  separuh mati

Hari kedua, pagi,  selepas keputusan diumumkan tadi malam, bertemu seorang kawan yang baru balik menyertai kempen PAS di Kuala Kangsar. Katanya dua kali beliau ke sana dalam tempoh 14 hari. Sedih melihat sebahagian tukang kempen PAS melontar kata-kata tak sepatutnya kepada  petugas –petugas Amanah,  antaranya;  berselongkol dengan DAP, pemecahbelah undi, walhal  Parti Amanah ada  hak untuk bertanding kerana Malaysia negara  mengamalkan demokrasi, sesiapa saja boleh menyertai pilihanraya kalau ada kemampuan dan cukup syarat.

Sebelum  penaman calon,  PAS awal-awal lagi sudah menutup pintu , tak mahu berunding dengan Amanah.  Nasib orang Amanah  sejak dulu dirundung malang. Ketika  dalam PAS, mereka tak disenangi  golongan ustaz, sehingga diwujudkan “Geng Ustaz”  bertujuan meminggirkan golongan ini.  Rupanya setelah golongan ini  keluar PAS dan membentuk parti politik baru, serangan tak juga berhenti, malah lagi agrasif. 

Keputusan dikedua-dua PRK itu  tidaklah memalukan Amanah. Sebagai parti yang usianya tak sampai setahun jagung, dengan cawangan yang sedikit,    jentera parti yang serba kekurangan mampu mendapat tempat kedua di Sungai Besar. Satu pencapaian yang besar berbanding parti-parti serpihan PAS yang pernah wujud sebelum ini seperti Islah, Akim dan Bebas Bersatu. Di Kuala Kangsar juga dapat mengutip undi sehingga 4,883 (PAS 5,684).  Ramai yang menduga, Amanah akan hilang diposit seperti ketika menyertai PRN Sarawak.

Diukur daripada  PRK Sungai  Besar dan Kuala Kangsar terbukti Amanah  bukan lagi parti yang layak untuk bahan “ejakan dan gelak ketawa” . Siapa yang dapat memberi jaminan, pada PRU ke 14 nanti tidak berlaku pertembungan tiga penjuru seperti yang berlaku itu.  Jika berlaku, hasrat rakyat yang mahu melihat BN tumbang hancur berkecai. Kemungkinan Kelantan juga terlepas dari gengaman PAS. 

Nasi sudah manjadi bubur. Amanah sudah masuk gelanggang. Sebaik-baik jalan, jangan tutup pintu rundingan, banyakkan  dialog dan perbincangan. Perbalahan antara PAS dan Amanah ialah perbalahan adek beradek. Amanah membawa diri kerana  adek beradek lain benci. Perbezaan pendidikan menjadikan mereka berbeza cara berfikir dan perbezaan itu sehingga tak dapat mengawal  emosi. Seperti juga dalam sebuah keluarga, sekiranya si abang bergaduh  dengan adeknya, si adek keluar rumah membawa diri, maka ayah jangan menampakkan diri menyebelahi si abang, sikap itu menambahkan kemarahan si adek.  Jalan terbaik  ialah ayah seharusnya pujuk si adek kembali ke rumah. Budaya orang Melayu, sekeras-keras mana hati sesorang kalau dipujuk, gosok belakang, dia akan mengalah dan pulang ke pangkuan keluarga. Si ayah hendaklah lontar jauh-jauh sifat egonistik yang menebal dalam dadanya. 

  Pencapaian Amanah itu diharapkan dapat membuka mata ramai orang dan kembali berfikir secara matang, Lupakan slogan parti politik matang yang dicanangkan.




Friday, June 3, 2016

Cawangan PAS pertama di Kelantan di Pasir Mas




Oleh: Rossem

Muktamar PAS kali ke 62 berlangsung di Putik, Kelantan dari tanggal 1 – 3 Jun 2016. Bermakna sudah 62 tahun usia parti Islam itu. Kalau pekerja kakitangan awam sudah  dua tahun pencen, tapi PAS sebuah parti politik dengan Islam sebagai landasan perjuangan  tak kenal erti  pencen. Ditubuhkan dalam bulan Ogos 1951.  Ustaz Othman Hamzah mencadangkan nama bagi gerakan Islam yang baru lahir  itu dengan  nama  Parti Islam Se Malaysia (PAS) .  Ustaz Othman Hamzah kembali ke Rahmatullah ketika sedang solat Maghrib, beliau tiba-tiba terbatuk  lantas  meberhentikan solat, isterinya ustazah Hayati Hassan, pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan menyaksikan detik-detik cemas yang berlaku terhadap suami tersayang. 

Telah kembali Ustaz Zulkiflee Muhammad,  telah menyusul Dr. Burhanuddin Helmy, telah diikuti oleh yang mengikuiti: Seperti ketentuan. Untuk semua yang mendahului, yang sentiasa dalam kenangan. Untuk  mereka yang masih berkelana di dunia yang fana ini, ku tulis buku ini. Cita-citaku hanya memperhambakan diri kepada MU, Tuhanku. Memang untuk itu aku dijadikan, patah dan terkulai, tapi bakal tumbuh dan tegak lagi. Tumbuh dengan nur Mu, Tuhanku, tegak dengan agamaMu, Tuhanku ampunilah kami. Allah tiada Tuhan melainkan Engkau. Maha suci Engkau yang mempunyai Kebesaran dan Kemulian.

demikian  ungkapan yang ditulis pengerak utama PAS di era Parti Islam itu  baru  bertatih, baru belajar  berjalan/ rebah, Ustaz Amaluddin Darus (Allahyarham), 22 September 1976 seperti saya kutip dari bukunya “Mengapa Saya Tinggalkan PAS” ( Ustaz Amaluddin Darus diakhir hayatnya kembali kepada PAS). 

Hidup ini sudah ditentukan. Selepas ketiadaan Dr. Burhanuddin , diganti pula yang lain.  Mohd Asri Haji Muda, Haji Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Mohd Nor, Tuan Guru Haji Abdul Aziz Nik Mat. Tokoh-tokoh hebat itu semuanya  sudah berpulang ke Rahmatullah. Yang hidup terus memimpin.  PAS sebagai parti politik tidak mati,  bahkan terus hidup subur  dengan kepimpinan baru silih berganti.

Kembali kepada sejarah PAS. Pada Ogos 1951 telah dengan rasmi tertubuhnya Parti Islam Se Malaya atau ringkasnya PAS (berdasarkan tulisan jawi) di Butterworth, Pulau Pinang.  PAS parti Islam kedua tertubuh dalam sejarah politik negara selepas Hizbul Muslimin (HM) . Parti Hizbul Muslimin  pembentukannya atas orongan Parti Kebangsaan Melayu Malaya. Usia HM  tak panjang . Inggeris bertindak. Pemimpin-pemimpin diberkas, dihumban ke dalam tahanan penjajah, menurut Inggeris,   parti Islam itu boleh mengancam kekuasaan Inggeris di Tanah Melayu.

Tahun 1951, bermulalah gerakan PAS di Tanah Melayu. Presiden (Yang Dipertua Agung) pertama Haji Ahmad Fuad, dengan jawatankuasa  kepimpinannya terdiri dari mereka yang masih ahli Umno.
PAS asalnya ditubuhkan di Pulau Pinang. Sekarang Pulau Pinang dengan Ketua Menterinya  Lim Guang Eng dari DAP.  Sebuah parti pelbagai kaum yang didominasi orang-orang Cina. Sebelum Muktamar PAS ke 61, DAP menjadi sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat. Kemenangan DAP di Pulau Pinang hakikatnya sewaktu PAS dan DAP masih menjalin kerjasama. Sekarang sudah beratakan. PAS kemudiannya menjadi parti politik blok ketiga.

Perjuangan PAS yang berlandaskan Islam   diterima rakyat  Kelantan. Sejak Malaya merdeka 1957, Umno /BN hanya memerintah Kelantan selama  12 tahun sahaja, selebihnya PAS. 

Kembali kepada nostlagia tahun 1950an di Kelantan.  Amaluddin Darus Saat bekerja di Pasir Mas sebagai anggota bomba, memperkenalkan PAS kepada masyarakat. Menurutnya; sebagai orang luar, langkah pertama memperbayakkan kawan, menggunakan pendekatan yang diajari Rasulullah saw iaitu memberi  salam kepada mereka yang dikenali atau tak dikenali di mana-mana saja bila bertemu. Masuk kedai kopi, pasar, kepada penjaul ikan, penjual sayur diucapkan “assalamualaikum”. Masing-masing kehairanan, kerana tradisi memberi salam bagi orang Kelantan pada zaman itu hanya dari pengemis / pemintah sedekah atau tok fakir.  Di jalan apabila beliau berselisih dengan lebai atau haji, lantas  memberi salam, salam tak dijawab, bahkan ditenung dengan sinis, kerana Amaluddin Darus bukan orang yang  mereka  dikenali.

Menurut Ustaz Amaluddin,  kedai-kedai  kopi di seluruh bandar Pasir Mas di masuki. Beliau memesan secawan teh, sementara menunggu teh tiba dan sementara menghabiskan secawan teh, kesempatan itu digunakan untuk  mempromosikan dan meperkenalkan PAS kepada orang ramai.  Cerita itu berlaku tahun 1952. 

Muktamar Agung PAS (dulu, Mesyuarat Agung PAS)  yang pertama diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang Ogos 1952. Dalam muktamar itu diadakan juga muzakarah ulama yang membahaskan isu-isu semasa ketika itu. Polemik  antara golongan kaum tua dan kaum muda sedang rancak.  Anggota-anggota yang memimpin  parti  majoritinya kaum tua, maka kaum tua menguasai keadaan.  Namun agenda  utama yang diputuskan dalam  muktamar pertama itu ialah menuntut kemerdekaan. Esoknya tersiar dalam akhbar, PAS memperjuangkan kemerdekaan. Hal ini memudahkan Amaluddin Darus memperkenalkan PAS kepada orang ramai dan mereka perlahan-lahan menerimanya. 

Julai 1953, PAS cawangan Pasir Mas ditubuhkan. Inilah cawangan PAS pertama  ditubuhkan di negeri Kelantan dan di Pantai Timur.  Pengerusinya  Encik Omar bin Yusof,  sementara Amaluddin Darus sebagai setiausaha. Berita tertubuhnya PAS cawangan Pasir Mas itu disiarkan dalam suratkhabar Utusan Melayu.  Diikuti cawangan PAS kedua di Kelantan ialah PAS cawangan Machang, ditubuhkan oleh  Haji Mohd Nor bin Haji Yusof  dan kawan-kawanya. 

Dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pasir Mas yang pertama, Ustaz Amaluddin Darus mengungkapkan “ Tugas kita ialah menghidupkan kembali ajaran Islam  dari yang sekecil-kecilnya yang di bawa Nabi Muhammad saw . Semoga Allah memberkati  dan menolong kita dalam menghidupkan ajaran yang lebih besar”. 

Jumlah ahli PAS meningkat dari masa ke semasa sehingga menceceh sejuta orang, namun pada Muktamar PAS ke 62, di Putik kelmarin,  Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan memberitahu, jumlah anggota parti Islam itu kini berkurangan sebanyak 200,000 selepas proses "pemutihan parti".