Oleh: Rossem
Tanggal 29 September 1969, dengan seragam hijau, rifle dan benet
telanjang, seperti pokok kelapa saya
berdiri tegak di bawah panas terik matahari pagi, tak bergerak, bibir
dihinggapi lalat dibiarkan. sabar menahan jijik. Sebagai seldadu perang, begitu
kami diajar terutama ketika menyambut ketua negara. Tun Abdul Razak Hussain (Allahyarham) berdiri diatas terak warna putih tanpa bumbung yang begerak
perlahan, memeriksa perbarisan tamat latihan di padang kawad, Ulu Kinta, Perak.
Itulah pertama kali saya melihat wajah Perdana Menteri Malayisa, Tun Abdul Razak
Hussain dari jarak tak sampai empat meter.
Kesihan bercampur sedih melihat wajah Perdana Menteri kedua Malaysia
yang cengkung kurus. Tun Abdul Razak mengambil alih tugas sebagai perdana
menteri Malaysia daripada Tunku Abdul Rahman Putra secara mendadak disebabkan
berlaku tragedi 13 Mei. Yang terpikul dibahu Tun Razak ketika itu ialah memulihkan
ketenteraman awam. Keperitan, kesusahan ditanggung Tun Razak memimpin rakyat
yang masih truma dengan tragedi 13 Mei sehingga kesihatannya merosok, tampak kurus dan cengkung, berbeza dengan sebelumnya
pernah saya lihat lewat foto dan suratkhabar sedikit gemuk berisi. Tun Razak kemudiannya disahkan mengidap penyakit
Leukimia. Penyakit itu mengakhiri hidup pada 1976. Al fatehah, semoga ruhnya bersama orang-orang
beriman dan beramal solih.
Tun Abdul Razak mewakili Parlimen Pekan. Kekosongan itu diisi
oleh putera Allahyarham, Najib Razak pada 1976 yang memenangi pilihan raya
kecil ketika usia masih muda. Usia Perdana Menteri Malaysia ke lima sekarang genap 63 tahun. Beliau lahir 23 Julai 1953. Bermakna
Sudah 40 tahun beliau berada dalam gelanggang
politik tanah air. Dari ketua pemuda Umno (1987), Menteri Besar Pahang
ke 12 (1982-1986), akhirnya menjadi
perdana menteri dan presiden Umno (2009) hingga sekarang.
Tindakan popular beliau ialahmenghapuskan Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat
(EO), selain berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan. Namun kepopularaannya dicalarkan
dengan pelbagai skandal silih berganti. Pembunuhan Altantuya Shaariibuu,
pembelian kapal selam scopion. Namun
tuduhan beliau terlibat tak dapat dibuktikan mahkamah.
Tuduhan yang paling mengemparkan ialah saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ)
Amerika Syarikat terhadap 1MDB. Menyebabkan sejumlah aset yang dimiliki penama-penama yang
disebutkan dirampas kerajaan Amerika Syarikat, melibatkan pembelian kapal
layar, hotel dan jet, lukisan oleh Van Gogh dan Monet dan juga filem Hollywood.Pelukis abad ke 18, Vincent Van Gogh lahir 30 Mac 1953. Sebuah muzium dikenali sebagai Van Gogh Museum terdapat di Amsterdam, Belanda. Baru-baru ini seorang sahabat, penyair, Drama Muhamad berkunjung ke muzium tersebut di Amsterdam dan membawa pulang sebuah buku “Van Gogh” dihadiahkan kepada saya. Lukisan Van Gogh melangakui zaman. Takjub dengan karya Abad ke 18 sudah ada orang bisa melukis begitu rupa. Lebih takjub lagi Rizal Aziz dapat membelinya. Ada wang semua boleh jadi. Kata Perwira Mat Gila dalam majalah satira populah Gila-Gila dulu.
Kenyataan
DOJ itu dibacakan Loretta E. Lynch tanggal
20 Julai. DOJ mendakwa lebih AS$3.5 bilion telah diseleweng daripada 1MDB
sepanjang beberapa tahun. Antara
individu yang menimbulkan tandatanya dan disebut banyak kali ialah 'Malaysian
Official 1'. Siapa “Malaysian
Official 1”?
Reaksi
rakyat Malaysia berbeza. Pandangan yang diberi pun berbeza. Pandangan saya mudah tetapi tak popular,
dalam situasi api kemarahan sedang marak tiba-tiba disirami air; Jangan percaya
seratus peratus setiap dakwaan yang
datang dari Amerika Syarikat. Contoh mudah; dulu negara kuasa besar itu
mendakwa Iraq (Saddam Husain) membangun serta memiliki senjata merbahaya
nukliar, seluruh dunia mempercayainya. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
mengirim team mencari bukti, namun senjata nukliar yang dikatakan terdapat di
Iraq tak ditemui. Episod berakhir dengan serangan tentera Amerika dan sekutu ke
atas Iraq.
Di era Datuk
Seri Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia, tampak jelas sekarang
ialah “kuasa” parti oposisi berada pada tahap lemah. Barisan oposisi pecah beratakkan. Menghakiskan keyakinan rakyat akan kemampuan
barisan oposisi menggantikan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara. Apakah perpecahan
oposisi ini disebabkan kebijaksanaan Najib bermain catur politik pecah dan
perintah.
Kalau dahulu,
Almarhum Tun Abdul Razak Hussain berjaya
memujuk PAS menyertai BN dan PAS bersetuju. Umno di bawah Najib dilihat semakin
“mesra” dengan PAS khususnya Presiden Parti Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Apakah
Umno-PAS akan mengulangi sejarah lama, tunggu dan lihat!
Sebarang pertanyaan call/whatsapp ke +6282246311483
ReplyDelete#bomoh #bomohsiam #bomohmelayu #bomohpelaris #bomohhangtuah #bomohthai
#bomohminyakdagu #santauangin #bomohhangtuah #kingpower #bomohtepukbantal #bomohmalaysia #singapura #cinta #selingkuh #bercerai #berpisah #sihir #santau #pelindungdiri #gay #keluarga #penang #kelantang #selangor #kekasih #pakcik #minyakpenunduk #ilmupenunduk #pelarisniaga