Tuesday, December 13, 2011

Pesta Hina Hukum Hudud

Oleh: Rossem
Isu hudud memakin panas setelah reda beberapa minggu. Lebih membahang bila wujud klip video berjudul Sembang Rakyat yang sedang tersebar di dalam internet lewat Youtube yang jelas menghina perundangan Islam khususnya hukum hudud. Klip video 10 minit itu mempertikaikan keberkesanan hukum yang telah disyariatkan Allah SWT sebagai undang-undang.

Sembang Rakyat dibikin seperti sperti sebuah drama, lokasinya dalam kedai kopi, beberapa orang dari pelbagai kaum termasuk pelakon wanita mengambil bahagian. Dibikin menggunakan kepakaran teknologi pembuatan klip vedio yang terancang. Ia cepat tersebar lewat facebook.

Siapa dibelakang pelecehan terhadap hukum Allah itu? Kita tak mahu menuduh sesiapa, hanya menunggu tindakan pemerintah Malaysia, lebih tepatnya UMNO mengambil tindakan terhadap pembikinan dan penyebaran klip vedio tersebut. Kalau pemimpin UMNO berani memprotes kartunis Denmark kerana melukis kartun menghina Rasulullah saw dalam akhbar Jyllands Posten suatu masa dulu, kenapa mereka berdiam diri bila pelecehan yang sama terhadap Islam di negara ini dibiarkan tanpa tindakan.

Jika dalam isu penghinaan Lagu Negaraku, UMNO dan NGO-NGO mereka akan cepat melatah, berteriak marah-marah kepada yang mengeluarkan kenyataan yang kononnya bersifat menghina negara. Tapi hukum Allah di hina mereka membisu seribu kata.

Semua pihak dari penerbit, pelakon, penulis skrip dan juga penaja akan bertanggungjawab di hadapan Allah SWT di atas penghinaan yang mereka lakukan yang amat terang sekali menuturkan dialog yang boleh menjejaskan akidah.

Tapi seringnya pemimpin UMNO tak akan mengambil tindakan, sebaliknya mengunci mulut mereka daripada mengulas isu yang menghina Islam seperti itu. Dan sekiranya ini realitinya, maka jangan marahkan umat Islam yang beriman, bila umat yang sering dihina ini nantinya menuduh UMNO dibelakang tabir pembikinan klip vedio itu.

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek juga semakin galak menghina hukum hudud. Sejak isu hudud dibangkit semula November 2011, sudah dua kali mengeluarkan kenyataan menghina hukum Allah. Dalam satu kenyataannya yang terbaru, dia menyifatkan pelaksanaan hukum hudud akan membawa kepada kemusnahan ekonomi Malaysia serta merupakan hukum undang-undang yang zalim.

Dia mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Sing berdebat tercara terbuka dengannya seputar hukum tersebut dan kewajaranya dipraktikan di Malaysia.

MCA berani mempersenda hukum hudud kerana mereka tahu pemimpin tertinggi UMNO juga menolak undang-undang tersebut. Seperti kata Exco Penerangan Kerajaan Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Dato’ Hassan; Agama bukan persoalan utama UMNO, sebab itulah mereka berdolak dalik dengan pelaksanaan hukum hudud dan dilihat bersubhat dengan MCA menolak dan menghina hukum agama mereka sendiri.

Banyak NGO Islam yang melahirkan rasa tak senang dengan sikap Chua Soi Lek, kerana terus membangkitkan isu hudud yang tampak sudah reda. Chua memanaskan kembali isu sensitif mungkin untuk dianggap sebagai satu-satunya juara penentangan hukum Allah di bumi Malaysia sesudah DAP reda lantaran faham dengan undang-undang hudud. . Tindakannya juga lebih kepada bertujuan untuk meraih populariti politik terutama dari masyarakat non-Muslim menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mendahului NGO Islam mendesak Presiden MCA supaya membatalkan hasratnya untuk berdebat dengan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Seterusnya memohon maaf tercara terbuka kepada umat Islam yang beriman di atas ketelanjuran lidahnya menghina Islam. Kerana kenyataannya hanya bersifat tohmahan, prejudis dan tidak langsung disandarkan kepada sebarang fakta atau perangkaan emprikal yang boleh menjustifikasi dakwaaannya.

MCA sebuah parti komponen Barisan Nasional. UMNO adalah induknya, atau dengan bahasa mudahnya, UMNO merupakan abang kepada adek-adeknya. Tapi seringnya adek-adek tak pedulikan abangnya. Mungkin kerana mereka menilai abangnya lemah, giginya sudah tanggal, tak boleh mengigit lagi.

Malah ada dari di kalangan umat Islam yang beriman berpendapat, UMNO sengaja membiarkan MCA memperlekehkan hukum Islam dengan tujuan tertentu, natijahnya mereka juga tak sukakan hukum itu dilaksanakan di Malaysia.

Monday, December 5, 2011

Tukang-Tukang Lawak Pun Balik Kampung

Oleh: Rossem
Dewan Merdeka, gedung PWTC kembali sepi. Wajah-wajah bengis, serius, terkadang senyum dan ketawa terbahak-bahak sudah angkat kaki. Pemimpin yang silih berganti berdiri di restrom, berteriak-teriak sambil mengenggam penumbuk sudah kembali ke kampung masing-masing. Tukang-tukang tepuk tangan yang ribuan jumlahnya memenuhi dewan keramat pusaka bangsa yang tersergam megah juga sudah pulang ke kawasan masing-masing untuk merealisasikan pesan-pesan yang disampaikan pimpinan sepanjang empat hari perhimpunan.

Ikut pulang ialah tukang-tukang lawak yang didatangkan khas dari seluruh negara untuk menghibur para perwakilan dengan aksi lawak yang mencuit hati. Sebahagiannya adalah veteran-veteran yang sangat pakar dalam bidang komidian. Sesiapa yang melihat gelagak dan mendengar lawak mereka dari atas penras pasti ketawa sampai keluar air mata. Termasuk rakyat jelata yang menonton lewat skrin televisyen di rumah masing-masing.

Yang bijak berpantun, akan berpantun, yang berbakat puisi, berdiklamasi puisi, yang bergelar ustaz, membaca ayat-ayat suci al-Quran dan hadis Nabi saw. Pantun, puisi, seloka dan petikan ayat-ayat al –Quran serta hadis Nabi saw itu disediakan di rumah masing-masing, melalui proses penghafalan berminggu-minggu sebelum datang ke perhimpunan.

Laungan “Hidup UMNO! Hidup Melayu!” bergema seluruh dewan. Dapat didengar sehingga ke rumah-rumah rakyat seluruh negara melalui televsyen dan radio. Berdiri bulu roma Pak Ngah, Pak Lah, Tok Senik, Mak Jah dan Mek Jenab bila mendengarnya. Bangsa Melayu belum mati. Demikian kesimpulan mereka.

Laungan “Hidup UMNO dan Hidup Melayu” diucapkan bersekali dengan tangan dijulang tinggi, membentuk penumbuk, simbol keberanian dan keperkasaan, sebagai tanda tingginya semangat perjuangan untuk memartabatkan bangsa dan agama Islam.

Tapi di luar dewan, di lokasi perumahan di kota-kota besar dan desa-desa, rakyat jelata tidak melaungkan kata-kata keramat itu, sebaliknya menjerit “Turunkan Harga Barang...” . Rakyat sangat menderita dengan kenaikan harga barangan keperluan yang berlaku tanpa ada usaha untuk menurunkanya dari pemerintah. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna seperti tidak sedar penderitaan rakyat ini.

Tarif elektrik yang tinggi dan khabarnya akan naik lagi. Harga petrol yang amat membebankan pengguna. Kenaikan barangan asas itu tak cukup dengan pemimpin hanya memberi jawapan; kita sudah beri sabsidi.

Rakyat Kelantan perlu berubah, seru salah seorang perwakilan dari Kelantan. Menurutnya PAS sudah menyeleweng dalam perjuangannya kerana mengikut telunjuk DAP sehingga sanggup menggugurkan dasar parti itu untuk membentuk negara Islam dan menggantikannya dengan negara berkebajikan.

Dalam kesepakatan bersama mengenai pelaksanaan undang-undang hudud antara PAS, PKR dan DAP di Kuala Lumpur ( 29 September 2011), DAP memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003, dan menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud. Justeru tidak timbul lagi soal DAP menentang pelaksanaan hudud.

Sebaliknya, sesama pemimpin UMNO sendiri bertelingkah pendapat tentang hudud. Hukum Islam itu tidak akan dilaksanakan di Malaysia. Hudud belum sesuai dilaksanakan dan pelbagai lagi rasional yang mengambarkan tidak bersetuju hudud di praktikkan di negara ini keluar dari lisan para pemimpin tertingginya.

Belum lagi diambilkira pendirian komponen Barisan Nasional iaitu MCA dan Gerakan yang terang-terang menghina hukum hudud. Jika dilaksanakan hukum hudud, negara tidak akan maju, pelabur lari dan sebagainya.

Faktanya ialah, PAS tidak sekali-kali mengikut telunjuk DAP seperti dakwaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Mustafa Mohamed.

Sepanjang Perhimpunan Agung UMNO berlangsung, para pemimpinnya hanya bercakap soal perjuangan bangsa, disamping meminta rakyat mengenang jasa UMNO yang menunjangi sejarah pembentukan negara sejak 1946 dan membawa transformasi serta kejayaan besar hingga memakmurkan semua kaum di Malaysia.

Tiada pemimpin yang bercakap tentang dosa dan pahala, syurga dan neraka. Menyuruh rakyat berbuat makruf kerana balasannya syurga, dan jangan berbuat mungkar kelak

dihumban ke dalam neraka.
Tak pernah kita mendengar pemimpin UMNO bercakap seperti itu. Setiap kali berjumpa rakyat hanya pembangunan yang mereka janjikan, sedangkan pembanguan itu berupa kewajipan pemerintah untuk dilaksanakan kepada rakyat. Negara mana sekalipun di dunia ini, hatta komunis menyediakan pembangunan untuk rakyat mereka.

Berbeza dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat,
setiap kali beliau menyampaikan ucapan, tanpa mengira siapa khalayak, di dewan muktamar, masjid atau di mana saja, diperingatkan oleh beliau, pertama-tama ialah dosa pahala, syurga dan neraka.

Kita sudah melalui enam Perdana Menteri sejak merdeka, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussain Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang Datuk Seri Najib, namun tiada seorang pun dikalangan enam Perdana Menteri itu yang bercakap kepada rakyat tentang dosa pahala, syurga neraka, buat baik masuk syurga, buat jahat dihumban ke dalam neraka.

Hanya Tuan Guru, sejak mula mengambilalih pentadbiran Kerajaan Negeri 1990 sehingga sekarang tak jemu-jemu mengingatkan rakyat tentang dosa pahala, syurga neraka, kebahagian hidup di dunia dan kebahagian di negeri akhirat.

Rakyat Kelantan khususnya amat bertuah kerana mendapat seorang pemimpin dan ketua kerajaan seperti Tuan Guru yang sentiasa mengingatkan kita hakikat hidup sebenar di muka bumi ini, disamping pembanguan material yang juga kita nikmati seperti di negeri-negeri lain.

Sunday, November 20, 2011

RM100, PRU Ke 13 dan Kelantan


Oleh:Rossem
Mat Ya tersenyum lebar saat saya menyapanya suatu tengah hari yang redup di musim tengkujuh. “Dari mana?” “Dari sekolah” katanya, ringkas. Dan saya pun diam, tak memberi respons, namun setelah memerhatikan mimik wajah serta lirik matanya seperti ada sesuatu yang mahu disampaikan, justeru saya tidak terus beredar, sebalik menunggu bibir mulutnya yang sedang bergerak-gerak seperti mulut lembu mengunyah rumput itu mengeluarkan madah.

“Datuk Seri Haji Najib, beri tiga ratus” tutur Mat Ya. Bibir mulutnya berbunga senyum. Lebar senyumannya selebar jambatan kedua merentasi Sungai Kelantan dari Kota Bharu ke Pasir Pekan yang sedang dalam pembinaan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN), dan tentunya senyum bangga Mat Ya tengah hari itu kerana dapat wang dari kerajaan UMNO/BN.

“Wang apa Mat Ya?” saya bertanya. “Wang bantuan untuk murid-murid sekolah” jawab Mat Ya. “Kenapa sehingga RM300?” Hairan, setahu saya peruntukan untuk murid-murid sekolah seperti diumumkan dalam Bajet 2012 baru-baru ini cuma RM100.

“Anak-anak saya yang bersekolah seramai tiga orang, jadi RM300.” Tambahnya.

“Wang itu bukan Haji Najib punya, juga bukan UMNO / BN punya, itu wang kerajaan. Wang kerajaan itu wang rakyat” saya memperbetulkan persepsi seputar “wang” itu yang mungkin Mat Ya tersalah menerima penjelasan yang disampaikan orang-orang tertentu yang berkepentingan politik sewaktu menyampaikan ucapan pada majlis penyerahan bantuan di dewan sekolah tempat anak-anaknya belajar pagi itu.

Dan memang benar, salah seorang yang berucapkan pada majlis itu memberitahu ibu bapa yang hadir bahawa wang sebesar RM100 itu ialah pemberian daripada kerajaan UMNO/BN yang sangat prihatin. “Inilah kerajaan yang seharusnya tuan-tuan dan puan-puan pilih pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti, bukan puak yang satu lagi itu. Baru nak bercakap pasal Negeri Berkebajikan, walhal kita, UMNO/BN sudah berpuluh-puluh tahun menabur kebajikan untuk rakyat”

Mengumpulkan ibu bapa dalam sebuah dewan sekolah atas nama majlis pemberian wang bantuan murid -murid merupakan satu lagi kebijaksanaan UMNO/BN di zaman pentadbiran Haji Najib. Ibu bapa tanpa mengira fahaman politik, kaum dan agama terpaksa hadir, dan sebelum diagih-agihkan wang, diasakkan dengan motivasi berbaur politik kepartian tertentu terlebih dahulu. Justeru mahu atau tak mahu, telinga para hadirin tak terlepas daripada menangkap pesan-pesan khusus meskipun sebahagian tak disukainya.

Saya terus bertanya Mat Ya. “Bagaimana reaksi orangramai yang hadir, bila hal-hal kepartian seperti itu disebut-sebut?” “Majoritinya tampak gelisah, tapi tetap menunggu, kerana wangnya belum lagi diberikan” kata Mat Ya.

Acara yang bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 tenghari itu menurut Mat Ya, ramai dikalangan ibubapa berungut kerana majlis tidak berakhir dengan jamuan nasi gulai kawah seperti lazimnya bagi warga Kelantan yang sangat menitikberatkan soal makan minum bila tiba waktu makan tengahari. Pantang datuk nenek orang Kelantan, kalau dijemput ke sesuatu majlis sehingga waktu tengahari tak dijamu makan tengahari.

Berbeza dengan majlis anjuran PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan yang diperintah PAS, pihak penganjur pasti tumbangkan seekor atau dua ekor lembu mengikut jangkaan kehadiran orangramai, dimasakan gulai kawah dan dijamu untuk makan tengahari. Yang hadir pun senang hati dan tak berungut.

Demikian budaya orang Kelantan. Berkebajikan tak semestinya dengan wang, bahkan dengan nasi gulai kawah juga. Kerana itu PAS diterima majoriti rakyat Kelantan kerana mereka bijaksana dalam memahami hati nurani rakyat Negeri Serambi Mekah.

Jamuan nasi juga melambangkan bahawa dalam diri penganjurnya bebas dari sifat keegoan dan sombong. Tua muda, miskin kaya, pemimpin dan yang dipimpin sama-sama makan nasi gulai kawah dengan pinggan kertas pakai buang. Semua itu diambilkira dan dinilai rakyat Kelantan.

Kadang-kadang kerana keegoan, hal-hal yang remeh dan temeh seperti ini terlepas pandang. Mungkin dalam hati sang panganjur, beri RM100 sudah memadai, justeru mereka merasakan tak perlu lagi menyediakan jamuan makan tengahari ala kadar. Namun, situasi dan kondisi di Kelantan tetap tak sama dengan tempat lain. Di Kelantan pangajur harus menyantuni publik sekali lipat dari negeri lain, jika UMNO/BN mahu menambat hati orang Kelantan.

Selanjutnya saya bertanya beberapa orang terutama pendukung PAS yang datang menerima wang bantuan anaknya; bagaimana pandangan politik selepas menerima bantuan Kerajaan Pusat itu? Jawapannya. “ Jangan menyangka kami boleh dibeli dengan material. Kami menerimanya kerana itu hak kami, dan mengundi juga hak kami. Kami bebas memilih parti mana yang disukai pada PRU Ke 13 nanti”.

Saturday, November 12, 2011

Allahyarham Kamalruzaman yang saya kenal


Oleh: Rossem
Dua hari sebelum kembali ke Rahmatullah, sering saya berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dengannya seputar kerja. Saat menerima berita kecelakaan jalan raya yang meragut nyawanya, sms itu belum delete, justeru saya terkejut amat sangat bahkan seperti tidak percaya khabar duka yang diterima selepas pulang solat Jumaat, 11 November 2011 benar-benar satu realiti.

Allahyarham, sebelum berangkat ke Kuala Lumpur sibuk menyiapkan dokumen yang dijadikan poster yang menarik mengenai tuntutan royalti minyak yang akan diserahkan
kepada Perdana Menteri di parlimen 11 November.

Poster petikan ucapan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdul Razak ketika menjawab pertanyaan YB Lim Kit Siang di Dewan Rakyat tanggal 12 November 1975.
Antara Intinya ialah “Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut yang dijual PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya”.

Poster itu juga memuatkan petikan ucapan Menteri Besar Kelantan (1976-1990), Dato’ Haji Mohamad Yaacob, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Kasitah Gaddam (4 April 1989) dan Perdana Menteri Malaysia sekarang, Datuk Seri Haji Najib di Dewan Rakyat (4 November 2009).

Selanjutnya, Allahyarham mahukan poster itu dimuatkan dalam laman iklan akhbar Sinar Harian. Kebetulan saya penyalaras ruang iklan yang beli Kerajaan Kelantan melalui Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri. Iklan berbayar, satu muka surat itu terbit dua kali seminggu iaitu setiap Ahad dan Khamis, edisi Timur.

Allahyarham benar-benar mengharapkan saya dapat memuatkan poster itu mengikut tarikh yang yang sama dengan hari penyerahan Amanat Tun Razak di parlimen pada 10 November 2011.

“Saya dah sent tadi. Pak Rossem dawnload. Terima kasih” beritahunnya melalui sms setelah saya memintanya mengirim artwork poster yang sudah siap direkabentuk.

Seterusnya ia menyambung “Ya, 10 November saja, kita nak nasional sebab kita mahu semua rakyat Malaysia tahu pasal ucapan Tun Razak. Itu pun kalau Sinar Harian berani publish. Kalau Sinar Harian tak berani, harap Pak Rossem ejas ayat-ayat mana yang depa tak selesa, bagi depa selesa..Terima kasih”

Saya memberitahunya bahawa harga iklan akan berganda jika untuk edaran nasional, hal ini perlu maklumkan lebih dahulu kepada Pengarah Urusetia Penerangan, minta kebenarannya.

Allahyarham membalas sms saya “ Ambo dah tanya Ustaz Man (pengarah), boleh tak untuk keluaran 10 Nov sahaja, di upgrade jadi nasional dan colour. Dia setuju, Pak Rossem boleh ejas ke untuk 10 Nov itu?”

Komitmen Allahyarham tentang kerja sangat tinggi. Harapannya agar Amanat Tun Abdul Razak tersebar luas, dapat dibaca dan diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia memang satu usaha yang sangat mengagumkan.

Dan saya telah tunaikan permintaan Allahyarham. Iklan seperti yang dimintanya telah terbit dalam Sinar Harian tanggal 10 November, walaupun pada mulanya tak diluluskan untuk siaran oleh editor akhbar tersebut, namun setelah puas merayu dan campurtangan Pengarah Urusetia Negeri dengan melakukan sedikit perubahan, akhirnya dimuatkan.

Maka benarlah seperti diungkapkan bossnya, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ Haji Husam Musa “Semua urusan tuntutan royalti telah diurus oleh Allahyarham dengan baik dan penuh amanah demi untuk kesejahteraan rakyat Kelantan”

“Allahyarham seorang pegawai saya yang amanah, jujur, rajin berusaha terutama dalam tuntutan royalti. Dia yang banyak menyelidik, mencari bahan bukti dan memang dia wira.”

Kamaruzaman Haji Abdullah, 31, Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Kelantan, YB Dato’ Haji Husam Musa meninggal dunia dalam tugas sewaktu dalam perjalan pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, selepas menghadiri majlis penyerahan 'Amanat Tun Razak' kepada perdana menteri di parlimen berhubung tuntutan bayaran royalti minyak.

Friday, November 4, 2011

Padang Arafat dan cinta Adam Hawa bersemi


Jika ada orang bertanya
Di planet bumi ini di mana tempat paling mengembirakan.
Jawapannya Mekah dan Madinah di musim haji.
Kenapa tidak di tempat lain?
Di tempat lain gembiranya berbeda
Seperti mimpi tak bermakna

Tidak di dua kota suci ini
Melihat fotonya saja
Air mata mengalir tanpa disedari
Seberkas kenangan akan terlahir.
Meskipun bertahun-tahun berlalu.
Terasa seperti baru semalam

Kemuncak ibadah haji ialah di Arafat
Aku masih ingat 6 tahun dulu
Sewaktu menjadi tetamu haji
Manusia berpakaian ihram
Bergerak dalam saf yang besar
Melewati tanah gersang berbukit gondol
Dengan satu matlamat - menyahut panggilan Ilahi

Arafat melambangkan awal kehidupan manusia di bumi
Di dalam satu riwayat Nabi Adam a.s dikatakan
Setelah turun ke bumi bertemu dengan Hawa di Padang Arafat
Di tanah gersang ini mereka saling berkenalan.

Adam turun ke bumi kerana diusir dari syurga
Ia mengingkari perintah Allah. Kenapa?
Bukankah hidup di Syurga berbantalkan kemewahan, kenikmatan
Ada sesuatu yang diinginkan Adam a.s di Syurga
Yang tak bisa diperolehinya
iaitu berkasih sayang dengan Hawa
Kerananya Adam sanggup meninggalkan Syurga
Sebagai gantinya Allah SWT meletakkannya dalam dunia
Yang penuh dengan penderitaan, ketamakan, pembunuhan

Itulah awal kehidupan manusia (Adam)
Yang memiliki keinginan suka memberontak
Adam diusir daripada Syurga. Ia kesepian.
Sedang dunia adalah penjara bagi dirinya
Ia menerima hukuman terhadap pemberontakannya
Lalu bertaubat dan taubatnya diterima Allah SWT.

Apakah hubungan haji dengan semua ini?
Haji melambangkan pertaubatan manusia
Termasuk kesedaran dirinya yang mencakup perasaan terasing dan terbuang
Sebagai akibatnya timbullah tekad untuk “kembali” kepada Allah.

Peralihan “Adam yang berada di syurga”
Menjadi “Adam yang berada di dunia”
Merupakan pencerminan dari karekter dan tingkah laku manusia pada zaman sekarang. Suka memberontak, agresif dan sering terjebat dengan bujukan syaitan dan wanita.

Percikan cinta yang pertama sekali dalam pertemuan Adam dengan Hawa
Menyebabkan mereka saling memahami.
Itulah petanda pertama dari pengetahuan!
Adam mengetahui isterinya mempunyai jenis kelamin yang berbeza
Tapi mempunyai naluri yang sama dengan dirinya

Adam bertemu dengan Hawa (yang memiliki jenis kelamin yang berbeza)
Mereka bertukar pendapat dan akhirnya saling memahami
Kehidupan “individual” mereka berakhir dengan terciptannya sebuah keluarga
Keluarga kecil itu kemudian menjadi besar dan terus membesar
Hari ini anak cucunya memenuhi setiap ruang muka bumi

Ibadat haji menjadikan diriku banyak berfikir tentang kebesaranMu
Ibadat haji tidak sekadar rukun, sebaliknya tersirat makna
Jika mahu ditulis seputar makna dan falasafahnya
Pasti tak akan habis dan pena kekeringan dakwat

Sesungguhnya berada di dua kota suci Mekah dan Madinah
Mengerjakan haji, pasti meninggalkan kesan yang mendalam
Setiap dilakukan sarat dengan falasafah bagi mereka yang mengetahuinya.


Rossem
5 November 2011

Tuesday, November 1, 2011

Mahdi Akif: Umat Islam Wajib Bela Palestina!


Oleh: Rossem
Walaupun beberapa ia menyebut letih karena kurang istirahat dan melakukan perjalanan panjang, mantan Mursyidul Am Al Ikhwan al Muslimun Mesir, Dr, Muhammad Mahdi Akif mengaku bangga datang ke Kelantan Malaysia. Tokoh gerakan Islam yang pernah dijatuhkan hukuman mati oleh penguasa Mesir, Jamal Abdul Nassir ini baru saja datang di Malaysia, menghadiri undangan pemerintah kerajaan Kelantan.

“Perjalanan dari Mesir ke Malaysia yang mengambil waktu lama, dan sebelum ke Kota Bharu telah menghadiri Ijtimak Tarbawi 2011 anjuran Pemuda PAS serta memberi ceramah di beberapa masjid di Kuala Lumpur, namun semangat untuk berkunjung ke Kelantan sangat tinggi, seperti juga tingginya semangat Islam warga Kelantan,” ujarnya.

Menurut Akif, keinginan berkunjung ke Kelantan dan bertemu Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kenalannya Ustaz Yahya Osman justeru telah cukup lama.

Bagi generasi muda Muslim sekarang yang tak sempat bertemu atau mengenali dari dekat Hasan Al –Banna (yang meninggal 12 Februari 1949), Dr Muhammad Mahdi boleh jadi “bayangan” atau copi-paste kepada tokoh terkemuka gerakan Islam itu, karena keduanya adalah sahabat seperjuangan dan hidup sezaman.
“Siapapun yang ingin mengenali Syeikh Hasan Al-Banna maka dampingilah Syeikh Dr Muhammad Mahdi, di sana ada persamaannya,” tutur Ustaz Asri yang menterjemah ucapan Syeikh Muhammad Mahdi Akif dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu.

Dalam paparannya, ia bercerita mulai terlibat dengan gerakan Al Ikwan al Muslimun sejak tahun 1940-an. Kemudiannya memegang berbagai jabatan kepemimpinan sehingga dilantik sebagai Mursyidul Am yang ke 7, jabawatan tertinggi dalam gerakan Islam itu.

Lewat kata-katanya yang bersemangat, beliau menggajak umat Islam seluruh dunia berpegang kukuh dengan tali Allah SWT dan berwaspada setiap masa dari musuh-musuh Islam yang sentiasa mengintai untuk memusnahkan Islam.
Menurutnya, apa yang terjadi di Somalia, Iraq, Afghanistan adalah angkara permainan jahat musuh-musuh Islam, katanya.

“Paling penting adalah; sama-sama kita fikirkan tentang umat Islam di bumi Palestina yang sekian lama dizalimi rejim Zionis-Israel. Sekarang saudara-saudara kita dari Hamas sedang berjihad. Banyak sudah yang gugur syahid dan banyak lagi akan menyusul. Ingatlah, perjuangan Palestina bukanlah untuk hanya rakyat Palestina tapi untuk ummah. Justeru kita semua, walaupun di mana anda berada, wajib membantu mereka,” tegasnya.

Menyinggung tentang Pemilu pertama yang bakal diadakan di Mesir selepas kejatuhan rejim Husni Mubarak, Syeikh Dr Muhammad Mahdi menyinggung Pemilu di mana hampir 550 kursi parlemen akan diperebutkan.

Ikhwanul Muslimin, gerakan oposisi yang paling berpengaruh pada masa Mubarak, akan berjuang untuk memperoleh kira-kira separuh kursi parlemen dalam pemilihan mendatang melalui Partai Kebebasan dan Keadilan. Partai itu telah memperingatkan pihak pemerintah untuk tidak menangguhkan pemilihan, yang kelompok-kelompok sekular telah anjurkan karena mereka takut kelompok Islam yang diorganisir lebih baik itu akan merebut kursi-kursi.

Seperti diketahui, Dr Muhammad Mahdi Akif pernah dijebloskan ke penjara oleh rezim Husni Mubarak dengan tuduhan berencana mengulingkan pemerintahan. Ia dipenjara 20 tahun pada Agustus 1954 saat usianya 26 tahun.

Tahun 1996 sekali lagi ia dijeblos ke dalam penjara karena dituduh berkomplot manjatuhkan pemerintahan Presiden Anwar Sadat. Kali ini ia dipenjara selama tiga tahun.

23 tahun, bukan waktu pendek. Namun baginya, seperti dinyatakan kepada ribuan jamaah PAS yang hadir mendengar amanatnya di Balai Islam, Kota Bharu tanggal 31 Oktober 2011 kemarin, “ Kami tahu, kami adalah dipihak yang benar, justeru kami bangga walaupun masuk penjara.”

Lahir tanggal 12 Juli 1928 di Mansyurah, Mesir, usia Muhammad Mahdi kini mencapai 83 tahun. Meski demikian fisiknya tampak masih gagah. Pidatonya bersemangat dan mantap, dengan vokalnya yang baik, sehingga mengejutkan jamaah yang hadir mendengar pada malam itu.

Saturday, October 22, 2011

Muammar Gaddafi berjuang sehingga ke titisan darah terakhir

Oleh: Rossem
Muammar Gaddafi pada awal kekuasaannya di Libya, sesudah mengulingkan pemerintahan Raja Sanusi pada 1977 disanjung seluruh dunia, menjadi hero terutama di negara-negara umat Islam dan Dunia Ketiga, kerana keberaniannya mengatakan “no” kepada Amerika Syarikat.

Kelantangannya mencabar Amerika dan Barat ketika itu disebabkan negara komunis seperti Uni Sovet berdiri dibelakangnya. Setelah Uni Sovet runtuh singa Afrika Utara itu bagaikan tercabut taring.

Ketika tentera Rusia menaluki bumi Afghnistan dan melakukan kezaliman ke atas umat Islam di sana, Libya menyebelahi Rusia.

Dan satu pertanyaan tiba-tiba muncul di penjuru hati; berapa banyakkah bantuan yang pernah diberikan Libya untuk membantu rakyat Palestin?

Gaddafi sosok yang taksub dengan sistem sosialis gayanya sendiri. Sistem itu dijadikan sebagai dasar pemerintahan negara Libya.

Ketaksudban yang mendalam membuatkan beliau tampak tidak bersahabat dengan Islam. Selama pemerintahannya beliau menghumban ke penjara ribuan ulama dan pemimpin gerakan Islam, bukan hanya dikalangan Ikhwanul Muslimin Libya, tetapi ulama dan pemimpin lain yang ingin menegakkan kebenaran dan keadilan.

Ternyata Gaddafi memang tidak berminat dengan Islam. Buku Hijau (kitabul akhdar) yang diperkenalkan 1977 yang menjadi panduan pemerintahannya sangat mengelirukan. Ditulis sendiri oleh beliau tanpa sepatah perkataan pun menyebut nama Allah SWT, Rasulullaah saw dan al- Quran serta hadis. Persepsinya pada Islam tersangat rendah. Bahkan dalam Buku Hijau muka surat 130 bab sukan, Gaddafi mengungkapkan: Sesungguhnya sukan itu samalah seperti solat.

Walaupun demikian tidak dinafikan, banyak pertubuhan-pertubuhan Islam di seluruh dunia yang dibantu olehnya dengan material dan latihan. Membiayai membangun masjid-masjid, gedung-gedung dan sebagainya.

Juga membantu gerakan-gerakan pemisah di negara yang umat Islam menjadi minoriti, tapi itu berlaku pada tahun-tahun awal pemerintahannya. Mungkin disebabkan tindakannya itu makanya Gaddafi sangat dibenci Amerika Syarikat dan Barat sehingga menganggapnya sebagai lelaki gila dan harus dibunuh.

Menganggap dia “gila” juga memang ada kewajaranya, kerana tidak ada pemimpin dunia yang waras sanggup menggunakan pesawat pengebom untuk mengebom rakyatnya sendiri yang melakukan demonstration di lapangan. Namun Gaddafi sanggup melakukannya dengan alasan pengkhianat-pengkhianat itu adalah anjing Amerika.

Kerana kezaliman kepada rakyatnya sehingga di luar batas-batas kemanusian, makanya ulama terkenal, Dr Syeikh Yusof Al-Qaradhawi menyeru sesiapa juga termasuk tentera Libya supaya membunuh Gaddafi. Kata-kata sang ulama itu tidak dipengaruhi Amerika dan Barat tapi dalam konteks hukum Islam, bahawa Gaddafi sudah sewajarnya dibunuh.

Tanggal 20 Oktober 2011, kata-kata ulama itu menjadi realiti- Gaddafi mati di tangan rakyatnya sendiri di tempat persembunyiannya terakhir, iaitu di Sirte. Menurut laporan Gaddafi ditahan dan dibunuh ketika cuba melarikan diri dari kampung kelahirannya selepas berminggu-minggu bertahan dari kepungan NTC.

Benar seperti pernah diucapkannya sewaktu awal penentangan rakyat terhadapnya: Saya akan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir. Sekarang kata-kata itu menjadi kenyataan - mati di tanah airnya sendiri. Padahal kalau Gaddafi mahu melarikan diri ke luar negara juga boleh, tapi ia memilih untuk mati sebagai pahlawan.

Friday, October 21, 2011

Shah Kirit Kakulal Govindji dai’ gigih


Shah Kirit bin Kakulal Govindji. Aneh sekali nama itu. Seringnya di Malaysia, apabila seseorang memeluk Islam, harus menukar nama ayahnya kepada Abdullah. Namun Shah protes “Tak ketemu pun nas dari al-Quran mahupun Hadith Shahih yang mewajibkan seseorang yang memeluk Islam harus menukarkan nama ayah kepada Abdullah” ujar Shah.

“Saya dilahirkan sebagai seorang Islam, tapi ibubapa saya telah membesarkan saya sebagai seorang Hindu”. Lagi-lagi Shah membikin khalayak kaget. “Anda jangan terkejut dengan ungkapan saya. Bukankah Islam mengajari kita bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan dalam kondisi fitrah Islam, tapi ibubapalah yang mencorakkan mereka menjadi Nasrani, Yahudi, Majusi, Hindu, Buddha mahupun sebagai seorang Free Thinker”. Kata Shah.

Sesekali bicara Shah bersulam humouris. Satu jam terasa sangat singkat. Tutur katanya lancar. Bahasa Melayunya fasih meskipun beliau seorang India.
Pria 40an, asal Kuala Lumpur itu kini menjadi dai sepenuh masa setelah berhenti kerja dengan Saaba Media. Dakwahnya melangkaui perbatasan Malaysia sehingga ke luar negara, antaranya Indonesia, Thailand, Qatar dan lain-lain.

Sepanjang menjadi dai kurang lebih 15 tahun setelah memeluk Islam, pelbagai ragam manusia ditemui. Ada yang senang menerima kebenaran dan sebaliknya. Namun yang paling sukar ialah mengajak keluarga sendiri memeluk Islam. “Saya berusaha sedaya upaya menyakinkan bapa saya yang sudah tua akan kebenaran Islam. Setiapkali berdebat dengan beliau saya menang, bahkan beliau sendiri mengakui akan kebenaran Islam berdasarkan hujah yang saya sampaikan. Namun saya gagal meguasai hati nurani beliau. Ia tetap berkeras tak mahu memeluk Islam. Saya sedar yang memberikan hidayah itu Allah SWT. Saya cuma menyampaikan”.

“Bapa saya akhirnya meninggal dalam agama Hindu. Sebelum meninggal, saya memberitahunya agar berpeganglah kepada agama Hindu yang asal yang mengatakan Tuhan itu satu. Beliau mengatakan; ya!” Ujar Shah.

Sebelum itu, Shah Kirit mengakui, lantaran pernikahan dengan seorang wanita muslim justeru ia memeluk Islam. Saat mula ia menyampaikan hal tersebut kepada karyawan di kantor agama mereka kemudiannya mentertawakan. “ Apa sih. Mahu memeluk Islam kerana perempuan?” tanya mereka sinis.

Shah menjawab “Apakah memeluk Islam kerana perempuan itu menjadi satu kesalahan”. “Tak salah” jawab salah seorang dari mereka dengan sedikit lembut.

“Memeluk Islam kerana mahu menikah tidak salah. Mungkin itu Qada dan Qadar. Allah SWT sudah tentukan seseorang itu mendapat hidayah-Nya lewat pernikahan. Yang menjadi kesalahan ialah sesudah memeluk Islam justeru tidak mahu belajar dan tidak mahu beramal dengan Islam.

Ikut bersalah juga ialah masyarakat Islam yang tidak mahu membimbing atau membantu mualaf.”
“ Non-Muslim memeluk Islam kerana pernikahan justeru ramai. Itu salah umat Islam sendiri kenapa tak mahu berdakwah kepada mereka sehingga bertemu pasangan”. Kata Shah.
Selanjutnya Shah berujaran: Alhamdulillah, hari ini kita sadar bahawa Islam bukanlah milik orang-orang Arab atau Melayu sahaja tapi untuk seluruh umat manusia. Malangnya kita umat Islam hari ini telah lalai dari tanggung-jawab yang diamanahkan Allah SWT kepada kita untuk menyampai dakwah Islam kepada yang belum menerima Hidayah.
Allah SWT mencela golongan seperti ini dalam Surah Al-Baqarah 2:140 “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan” Nauzubillah, janganlah kita termasuk dalam kelompok ini.
Allah SWT memberikan penghormatan kepada umat Islam di dalam surah Ali Imran 3:110 “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia”
Kita pun senang mendengarkan ayat ini. Namun lupa bahawa setiap penghormatan itu datang bersama tanggung-jawab. Lagi besar penghormatan, maka lagi beratlah tanggung-jawab yang harus dipikul. Tanggung-jawab yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada umat Islam yang melayakkan kita di gelar “sebaik-baik umat” juga disebut dalam ayat yang sama; “(Kerana) kamu menyuruh membuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah” . Ini bermakna kita harus menjadi masyarakat amar maaruf nahi munkar, iaitu melakukan dakwah kepada non-Muslim sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam secara serentak.
Allah SWT mengatakan di dalam surah Al-Ikhlas 103:1-3 “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabaran dan berpesan-pesan dengan kebenaran, bermakna melakukan amal maaruf nahi munkar, yakni melakukan dakwah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam. Ayat ini jelas menunjukkan tanggung-jawab melakukan dakwah bukan tugas ustaz, imam atau deptmen Agama saja tapi adalah tanggung-jawab setiap umat Islam.
Di dalam Khutbah terakhir, Rasulullah saw telah bertanya kepada para sahabat. Apakah telah ku sampaikan pesanan Islam? dan para sahabat pun serentak menjawab; Ya Rasulullah! Kau telah sampaikan. Maka Rasulullah saw seterusnya memerintahkan mereka; sesiapa yang hadir di sini, sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir. Para sahabat pun faham akan perintah Rasulullah saw lalu keluar dari negeri Arab menyampaikan dakwah Islamiah. Maka Islam telah pun sampai ke negeri Cina, India, Sepanyol dan seterusnya ke Indonesia, Malaysia. Alhamdulillah, sahabat-sahabat dulu tidak ada sikap macam kita iaitu hanya mahu bercerita tentang Islam sekiranya ada yang bertanya tetapi sebaliknya telah bertebaran kepelbagai pelusuk dunia dalam menyampaikan syiar Islam.
Di dalam Shahih Bukhari jilid 4 hadith 667 diriwayatkan dari Abdullah Ibn Amr bahawa Rasulullah saw telah bersabda “Sampaikanlah walau satu ayat”. Kita tidak perlu dapatkan Phd atau ijazah atau menjadi ustaz / ustazah dalam menyampaikan dakwah Islam. Walaupun kita tahu satu ayat dalam al-Quran, kita boleh menyampaikannya. Sebagai orang Islam, kita tahu lebih dari satu ayat. Sekurang-kurangnya kita tahu ˜La ilaha ilallah”, maka sampaikanlah ia.
Dewasa ini dunia sudah berubah menjadi materialistik. Setiap perkara yang dilakukan mesti ada ganjaran atau keuntungan. Allah SWT mengajak kita berniaga dengan_Nya dalam Surah As-Saff 61:10-11 “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan hartabenda dan diri kamu”.
Bila berniaga kita harus tahu peratusan keuntungannya. Keuntungan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah 2:261 adalah “Bandingan (derma) orang-orang yang belanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya”. Yakni setiap satu biji benih tumbuh menjadi tujuh ratus biji benih. Didalam bahasa perniagaan, ini adalah keuntungan yang tidak kurang dari 70,000%! Mana ada perniagaan lain di dunia ini yang menjamin 100% pulangan keuntungan sehingga 70,000%?
˜Master key” untuk melakukan dakwah kepada non-Muslim sudah diterangkan dalam Surah Ali Imram 3:64 “Katakanlah (wahai Muhammad): ˜Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dan kamu, iaitu kita semua tidak sembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan-Nya suatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”.
Untuk mencari kalimah-kalimah yang bersamaan antara kita dengan mereka, maka kita hendaklah mengkaji kitab mereka (bukan untuk beriman) untuk mencari ayat-ayat yang menjurus kepada tauhid. Sekiranya diperingkat permulaan kita hanya menggunakan al-Quran dan Hadith sahaja mungkin non-Muslim tidak percaya atau tak yakin kerana mereka belum beriman kepada al-Quran. Sekiaranya kita menggunakan Bible maka orang-orang Kristian terpaksa menerimanya. Berikut adalah beberapa hujah-hujah yang boleh kita gunakan dari Bible terhadap orang-orang Kristian:
My Father is greater than [John 14:28]
My father is greater than all [John 10:29]
…I cast out devil by the spirit of God… [Matthew 12:28]
…I with the finger of God cast out devils… [Luke 11:20]
I can of mine own self do nothing: as I hear, I judge: and my judgment is just; because I
seek not my own will, but the will of the Father which hath sent me. [John 5:30]
…and the word which ye hear is not mine, but the Father which sent me. [John 14:24]
Shama Israelu Adonai Ila Hayno Adonai Ikhad.
Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord. [Mark 12:29]
Apabila kita mulakan dakwah kepada orang-orang Hindu, adalah lebih baik sekiranya kita mulakan dengan konsep ketuhanan dalam Islam yang terdapat dalam Surah Al-Ikhlas “ Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa; Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tiada diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya”
Selanjutnya, kita bisa diskusikan mengenai ayat-ayat yang ada persamaan didalam kitab-kitab mereka contohnya Veda, Upanishad, Purana, Maha Bharata, Ramayana dan yang paling popular dikalangan orang-orang Hindu adalah Bhagavad Geeta. Berikut adalah beberapa contoh yang boleh kita gunakan:
Those whose intelligence has been stolen by material desires surrender unto demigods and follow the particular rules and regulations of worship according to their own natures. [Bhagavad Gita 7:20]
Ekam evadvitiyam
He is One only without a second [Chandogya Upanishad 6:2:1] 1
Na casya kascij janita na cadhipah.
Of Him there are neither parents nor lord. [Svetasvatara Upanishad 6:9] 2
Na tasya pratima asti
There is no likeness of Him [Svetasvatara Upanishad 4:19] 3
Na samdrse tisthati rupam asya, na caksusa pasyati kas canainam.
His form is not to be seen, no one sees Him with the eye.
[Svetasvatara Upanishad 4:20] 4
Na tasya pratima asti
There is no image of Him [Yajurveda 32:3] 5
Shudhama poapvidham
He is bodiless and pure [Yajurveda 40:8] 6
Andhatama pravishanti ye asambhuti mupaste
They enter darkness, those who worship the natural elements (Air, water, fire, etc.).

They sink deeper in darkness, those who worship sambhuti (created things; table, chair, idol etc.). [Yajurveda 40:9] 7
Brahma Sutra of Hinduism:
Ekam Brahm, dvitiya naste neh na naste Kinchan
There is only one God, not the second;
Not at all, not at all, not in the least bit.

Namun, saat kita menyampaikan dakwah kepada nom-Muslim, paling penting ialah mengambil kira nasihat yang diberikan oleh Allah SWT di dalam Surah An-Nahl 16:125 “ Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik”.

Adakah kita menggunakan hikmat kebijaksanaan dan menasihatkan yang baik dan lemah lembut saat menyampaikan dakwah Islamiah kepada non -Muslim? Jarang sekali. Seringnya bila ada orang bertanya mengenai Islam, jawaban yang lazim diberikan adalah; Dalam Islam kita mesti solat lima kali sehari, Bulan Ramadhan mesti puasa satu bulan dari pagi sampai senja, tak bisa makan atau minum, mesti bayar zakat, tidak boleh makan babi, minum arak, harus potong anunya bagi lelaki (kitan), pergi masjid harus pakai songkok, kopiah dan kain sarung, kalau pergi solat hari raya mesti pakai baju Melayu (seolah-olah solat itu tidak sah tanpa memakai baju Melayu!) dan bermacam-macam lagi.

Kata Shah lagi “ saya perhatikan bahawa kita sebenarnya lebih banyak meMelayukan seseorang daripada mengIslamkannnya. Kita memberikan gambaran seolah-olah Islam ini satu agama yang sangat menyusahkan umatnya”.

“Seharusnya, pada langkah pertama kita jangan terlalu tekankan soal fikah (halal dan haram). Yang harus diutamakan adalah tauhid, apabila iman seseorang mualaf itu sudah mantap barulah kita sampaikan bab fikah secara beransur-ansur ikut kemampuan individu. Bila iman sudah kukuh di hati, seseorang itu akan mengerjakan perintah Allah tanpa perlu disuruh, InsyaAllah”. Kata Shah.

“Marilah kita laksanakan tanggung-jawab yang diamanahkan Allah SWT yakni menyampaikan dakwah kepada non-Muslim. Jangan lagi memberikan alasan. Ingatlah Firman Allah dalam Surah At-Taubah 9:24 “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-oramg yang fasik (derhaka)”.
Alasan-alasan sering kita degar diucapkan oleh mereka yang tak mahu atau sengaja menangguh-nangguhkan kerja dakwah ialah:

1. Tunggulah saya pandai “ sampai bila-bila pun kita tidak akan pandai sekiranya kita tidak cuba dari sekarang. Sampaikanlah walau satu ayat.

2. Negara kita negara majmuk, sensitif untuk melakukan dakwah – di zaman Nabi Muhammad s.a.w. terdapat tidak kurang dari 360 suku kaum. Hal ini tidak sedikit pun menghalang Rasulullah saw dari menyampaikan da’wah kepada kaum Musyirikin ketika itu, malahan baginda telah berjaya menyatu padukan semua kaum dibawah panji Islam!

3. Agama ini urusan peribadi, jangan masuk campur urusan orang lain “ Dalam Islam menjadi tanggung-jawab setiapMuslim mencampuri urusan orang lain apabila ia melibatkan soal akidah, amal maaruf nahi munkar.

Selanjutnya Shah Kirit memeberi sketsa, bayangkanlah suatu hari, anda berwisata bersama keluarga di sebuah pergunungan. Bila sampai ke puncak yang paling tinggi, kita pun menghamparkan tikar dan mula menjamu selera bersama-sama dengan keluarga.
Saat itu, tanpa diduga, anak kita berusia dua tahun berlari-lari sampai ke hujung tebing; didepannya terdapat jurang yang amat dalam. Anda sebagai ibu bapa tentu cemas bukan? Di sebelah anak kita berdiri seorang lelaki gagah. Tapi lelaki itu tidak cuba menghulurkan tangannya untuk menyelamatkan anak kita, walhal ia upaya.
Akhirnya anak kita terjatuh ke dalam gaung dan mati. Kepada lelaki itu wajarkah kita mengucapkan terima kasih kerana tidak mencampuri urusan orang lain? Tentu tidak!. Sebaliknya kita akan menyalahkan lelaki itu kerana tak mahu menolong anak kita, dengan mengatakan lelaki itu seorang yang kejam.

Tahukah anda, sebenarnya orang Islamlah yang memegang watak lelaki kejam tadi. Kita banyak kenalan dari kalangan non-Muslim di sekitar kita, tapi kita tak pernah membuka mulut untuk menyampaikan mesej Islam. Kita biarkan sahaja mereka mati dalam kondisi kafir. Di akhirat nanti mereka akan mengadu kepada Allah SWT. Dan menarik kita sama-sama masuk neraka, nauzubillah. Apakah alasan yang akan kita berikan pada Allah SWT ketika itu?

Friday, October 14, 2011

Dunia semakin hodoh –Pak Samad


Oleh: Rossem

Usianya 76 tahun, namun semangat perjuanganya seperti mengalahkan orang muda. Masih upaya berdiri di pentas dalam tempoh lama kerana menyampaikan bait-bait puisi yang mengetarkan jiwa pendengar dan penghayat seni sastera. Atau mendengar ceramahnya yang memukau.

Ayat-ayat yang digunakan saat menyampaikan ceramah sukar untuk membezakan, apakah ia sedang berpuisi atau berceramah, kerana bahasa yang digunakan adalah bait-bait puisi juga. Hal demikian disebabkan ia dewasa dalam bahasa, makan minumnya adalah bahasa, tidur baringnya adalah bahasa, berjalan berdiri adalah bahasa, apalagi disaat di pentas di depan khalayak- pastinya persoalan bahasa ditekankan. Pendek kata, meniti usia dari muda sehingga sekarang kehidupannya adalah bahasa Melayu.

Di pentas separa politik seperti di Balai Islam, Kota Bharu, kelmarin, tiga kali diberikan kesempatan untuknya berbicara. Pertama mendiklomasi puisi berjudul “Dari Dinding Dewan” dan kedua, “Dari Dinding Madarasah”. Di sila-sila keduannya diberikan masa untuknya berucap ( sesi menjawab soalan). Namun ucapannya juga semacam sedang mendiklamasikan puisi, sarat dengan kata-kata puitis. Sesekali humoris.

Sebenarnya ia sedang marah. Sudah lama ia marah. Dan memang patut pun ia marah. Namun marahnya kepada pemimpin UMNO/ BN berbeda dari orang lain marah. Perbedaannya kerana ia bijak bermain bahasa sehingga ungkapan marahnya tidak menampakkan “seteruk” kata-kata sang pemidato dari kelompok politikus.

Rupanya bahasa puitis punya kekuatan tersendiri bila sang bicaranya memiliki kekuatan rohani yang kental, biarpun fizikal tampak sedikit berkurang lantaran usia. Sang Sasterawan Negara itu berjaya memukau khalayak lewat mesej yang sangat jelas yang disampaikan.

Khalayak memenuhi dewan, suatu hal yang tak diduga kerana malam itu (14 Oktober 2011) acaranya bertembung dengan perlawanan sepakbola antara Kelantan- Terengganu di Stadium Sultan Muhamad Ke IV, Kota Bharu yang jaraknya kurang lebih satu kilometer.

Kerana perlawanan itu, justeru moderator Bicara Rakyat (Forum Rakyat) YB Dato’ Wan Abdul Rahim, seorang kaki bola, sering memberhentikan acara bahkan saat Sasterawan Negara berucap juga dibuat pengumuman, memberitahu keputusan sepak bola yang diterimanya lewat handphone/ facebook, dari masa ke semasa.

Keputusan terakhir yang disampaikan ialah 2-2. Namun khalayak di dalam dewan sebenarnya tak pedulikan keputusan perlawanan sepak bola, mereka lebih terfokus kepada mesej yang mahu disampaikan para panelis, selain Sasterawan Negara Dato’ A. Samad Said, Exco Kanan Kerajaan Kelantan, YB Haji Husan Musa dan puteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izah Anwar.

“Sewaktu dalam ASAS 50 bersama teman-teman seperti Allahyarham Osman Awang, Allahyarham Kris Mas, Mashuri SN, saat itu usia saya baru belasan tahun atau duapuluhan tahun. Saya mengidamkan dunia yang cantik. Saya khayalkan dunia ini seperti itu, tapi sampai usia saya mencerceh 76 tahun hari ini, dunia bukan semakin cantik sebaliknya semakin hodoh dan bodoh” ujarnya.

ASAS 50 atau lengkapnya Angkatan Sasterawan 50. Ditubuhkan di Singapura 6 Ogos 1950, ialah pertubuhan sebelum merdeka yang paling besar sumbangannya kepada perancangan dan perkembangan bahasa Melayu.

“Yang menggusarkan saya bila melihat pemimpin Malaysia selama lima dekad dikuasai kaum bangsawan, tak ada dari kaum bawahsawan. Mereka itu saat berkumpul untuk sarapan pagi cakap orang putih. Tak pernah merasai kesusahan seperti dirasai rakyat.
Kalau nampak susah pun, itu pura-pura. Mengayuh basikal dan naik bas. Semua itu lakonan” Kata Pak Samad.

Selanjutnya Pak Samad berujaran sepintas lalu tentang sejarah kemerdekaan “ Tunku Abdul Rahman Putera bukan seorang pejuang kemerdekaan, sebaliknya seorang penyambut kemerdekaan. Pejuang kemerdekaan sebenar ialah Dr. Burhanuddin Al- Helmi, Ahmad Bostaman, Mat Indera dan lain-lain, tapi olehkerana tokoh-tokoh itu tak disenangi Inggeris ditangkap dan akhirnya yang menganjung Inggeris ditabalkan sebagai bapak kemerdekaan.

Wednesday, October 12, 2011

Keharmonian Masyarakat Majmuk:Pengalaman Kelantan


Oleh:Rossem

Seminar " Keharmonian Masyarakat Majmuk: Pengalaman Kelantan” di PCB Resort (8 Oktober 2011) sangat menyentuh hati nurani. Sesiapa yang hadir, pasti dapat merasakan dan mengetahui bagaimana pimpinan Kerajaan Kelantan yang diterajui ulama menyantuni pelbagai kaum di negeri Serambi Mekah sejak dulu sehingga sekarang. Membentuk menjadi satu masyarakat yang bersatu padu, hidup dalam suasana harmoni dan saling hormat menghormati, walaupun berbeza bangsa, agama dan adab budaya.

Perserta terdiri ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), dulunya dikenali sebagai Kelab Penyokong PAS, datang dari seluruh negara.

DHPP Perak antara paling ramai menghantar wakil. Termasuk Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional sendiri iaitu Ahli Parlimen Parit Buntar, YB Dr. Mujahid Yusof Rawa, sekaligus menjadi pembentang kertas kerja pada seminar bersejarah itu.

Peserta dari Johor, diketuai Ketua Wanita DHPP, Kumutha A/P Rahman, seorang peguam, pernah bertanding Dewan Undangan Negeri Johor atas tiket PAS pada PRU Ke -12. Pada seminar itu Kumutha sebagai pengulas wacana.

Selain itu dari Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis dan lain-lain. Sebahagiannya membawa bersama anak-anak mereka, datang ke bumi Serambi Mekah dengan semangat setiakawan yang berkobar-kobar dan keinginan bagikan tak tertahan-tahan untuk melihat dari dekat wajah pemimpin kesayangan mereka, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kegembiraan terpancar di wajah masing-masing sebaik Tuan Guru melangkah masuk ke dewan seminar jam 2.40 petang. Timbalan Pengerusi DHPP, N Balasubramanian memeluk Tuan Guru sebagai tanda hormat. Peserta lain berebut untuk bersalaman.

Manusia asal dari Adam

Julung kali, Tuan Guru menjadi panelis Bicara Eksklusif “Realiti dan Pengalaman Kelantan: Bukti Keharmonian Masyarakat Majmuk” bersama dua orang pengulas yang dijemput khusus iaitu seorang dari kaum India, Profesor Viveka Sri A. Rajaratinem, asal Kelantan adalah Setiausaha Agong SOKMO, dan penulis bebas Law Chee Fang, juga asal Kelantan.

Tuan Guru sebagai panelis terakhir pada sesi terakhir petang itu, bermukadimah dengan membaca ayat al-Quran, bermaksud “Wahai sekalian manusia bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga membiakkan dari keduannya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu” (al-Quran. Surah 4 an-Nisaa’, Ayat:1)

Ayat tersebut sering dibaca Tuan Guru terutama di hadapan non-Muslim untuk mengingatkan bahawa kita semua adalah dari bapa dan ibu yang satu iaitu Adam dan Hawa. Membiak sehingga berbilion jiwa memenuhi setiap pelosok planet bumi. Olehkerana tinggal dalam geografi yang berbeza, maka warna kulit juga turut berubah, ada putih, sawo matang dan hitam. Ada India, Cina, Melayu dan Siam seperti yang kita saksikan hari ini; kata Tuan Guru.

Tuan Guru juga menyentuh tentang keharmonian masyarakat majmuk di Kelantan sehingga menarik perhatian Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew saat berkunjung ke Kelantan 14 Jun 2009 dengan memuji cara rakyat majoriti negeri ini menyantuni minoriti. Demikian diberitahu Tuan Guru dalam Bicara Eksklusif.

Menteri Besar mengimbau kembali sejarah tragedi Mei 13 (1969) yang berlaku di Kuala Lumpur. Menurutnya, perbalahan kaum seperti terjadi di ibu negara itu tidak berlaku di bumi Kelantan yang waktu itu diperintah oleh PAS. Ini buka secara kebetulan tapi lebih kepada usaha Menteri Besar ketika itu, Dato’ Asri Haji Muda memanggil semua penghulu seluruh Kelantan ke JKR 10, memberitahu mereka; Kerajaan Kelantan tak mahu melihat walau setitis darah orang Cina tumpah di bumi ini atau sehelai bulu roma terlerai dari badan.

Sebagai tanda menghargai kaum Cina, Menteri Besar Kelantan mencadangkan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) supaya menamakan sebatang jalan di Kota Bharu dengan nama Cheng Ho atau Haji Cheng Ho, sempena nama ahli pelayaran terkenal China di zaman Maharaja Ming. Laksamana beragama Islam itu sepanjang siri pelayarannya ke seluruh dunia, membawa mesej keamanan dan persaudaraan sejagat. Ia sangat releven dengan misi yang kita bawa hari ini.

Ahli Jawatankuasa Penerangan, Pembanguan Maklumat, Sains dan Teknologi Kerajaan Kelantan, YB Dr. Mohamed Fadzli Dato’ Hassan yang menjadi moderator mengatakan: Kerajaan Kelantan yang ditadbir ulama sentiasa mendahului dalam setiap aspek yang terkait dengan pelbagai kaum.

“Ketika orang-orang Cina Muslim di Kuala Lumpur berusaha sedaya upaya untuk membina sebuah masjid berekabentukkan tradisi Cina di ibu negara, malangnya Kerajaan BN tak pernah berikan kebenaran, padahal biaya daripada saku mereka sendiri. Tetapi diketika yang sama, Kelantan berjaya membina sebuah masjid berkonsepkan seni bina Cina di Rantau Panjang, iaitu Masjid Beijing”.

Profesor Viveka Sri A. Rajaratiem berterima kasih kepada kepimpinan Tuan Guru kerana menurutnya: Non-Muslim di Kelantan hanya sekitar 5 peratus, tapi sepanjang sejarah, tiada sebuah pun rumah ibadat seperti tokong, kuil, wat dan gereja dirobohkan. Hal ini berbeza dengan negeri-negeri lain.

YB Dr Mohamed Fadzli kemudiannya menambah “Di negeri-negeri yang dimaksudkan itu bukan saja rumah ibadat non-Muslim dirobohkan, malah masjid juga turut dirobohkan seperti Masjid Kampung Bujal, Terengganu, surau Kampung Berembang, Ampang Jaya dan menutup Surau Al-Rahman, Shah Alam”’

Pengulas Law Chee Fang atau akrab dengan L.C Fang menyebut sebagai anak jati Kelantan, keharmonian hidup antara kaum di negeri ini sangat bermakna dan menjadi asset berharga. Beliau menceritakan tentang kondisi Pasar Pokok Pinang, Jalan Dato’ Pati. Di situ terdapat stesen teksi. Tempat lalu lalang. Medan Ilmu juga tak jauh dari situ.

Namun di pasar tradisi Cina itu, bebas menjual daging babi cara terbuka pada sebelah paginya. Tapi orang Melayu Kelantan boleh menerima kewujudan pasar seperti itu. “Sikap toleransi mereka sangat mengkagumkan” tutur Fang.

Tidak dibenarkan mencerca agama lain

Terdahulu, pada sebelah paginya, exco kanan, Dato’ Haji Husam Musa melontarkan mutiara ilmu yang sangat bernas dan informasi bermanfaat, sesuai dengan khalayak yang pelbagai agama pada sesi pembentangan kertas kerja pertama pembuka seminar.

“Agama adalah pilihan individu berdasarkan kemampuan berfikir manusia. Justeru adalah tidak lojik untuk memaksakan agama yang bertentangan dengan kemahuan individu” katanya.

Selanjutnya beliau menambah “ Dalam hal ini, Islam tidak membenarkan sama sekali mencerca tuhan agama lain atau menyakiti hati non-Muslim, disebabkan anutannya yang berbeza”

Islam mengajar setiap pemimpin menolong rakyat dalam kesusahan tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Hal ini menepati konsep yang diamalkan- Kelantan Negeri Berkebajikan. Khalifah Umar al-Khattab saat melalui sebatang jalan, bertemu seorang perempuan Yahudi, lalu perempuan itu bertanya sang khalifah “Sewaktu saya masih muda dan gagah, saya memberi cukai kepada pemerintah, sekarang setelah saya melewati usia tua , pemerintah tak pedulikan” Mendengar itu Umar terkejut, lalu menyuruh pegawai negeri memberinya bantuan.

Tak kurang hebatnya ialah pengulas kepada kertas kerja YB Haji Husam iaitu Dr Wong Chin Huat. Kata beliau; Islamisasi adalah satu istilah yang sangat menakutkan non-Muslim bahkan orang Muslim juga. Ketakutan itu sebenarnya disebabkan mereka belum memahami aspek Islamisasi itu, jika mereka faham pasti menyokong; contohnya perbankan Islam. Sekarang penyimpan paling ramai dalam pembankan Islam ialah non-Muslim kerana mereka melihat kaedah pembankan Islam itu lebih baik.

Pendakwah terkenal Sah Kirit kalakul Govendji yang menjadi pengulas kedua selepas Dr Wong bercerita tentang Kelantan. “20 tahun dulu sebelum memeluk Islam saya takut untuk ke Kelantan kerana gambaran negeri Serambi Mekah ketika itu sangat menakutkan, dengan orang Melayu yang majoritinya 95 peratus tentu mereka akan lakukan sesuatu yang buruk bila bertemu orang India. Tapi setelah saya datang dan dapati orang Kelantan paling baik.

Timbalan Pengerusi DHPP Malaysia, N Balasubramanian dalam ucapannya menyebut tentang hudud yang menjadi isu panas sekarang. “Saya menyokong pelaksanaan hudud kerana ia merupakan suatu undang-undang yang adil”.

Sementara Dr Mujahid Yusof Rawa ketika mengulas tentang hudud, katanya: Agama rasmi Malaysia ialah Islam sementara agama-agama lain bebas menjalankan agamanya. Justeru kalau non-Muslim dari sudut perlembagaan bebas menjalankan ibadat menurut agamanya, apa salahnya umat Islam mahu menjalankan suruhan agamanya. Hudud termasuk dalam perintah agama.

Suasana sepanjang hari itu sangat menyenangkan, terasa keakraban yang luar biasa. Kaum Melayu, Cina, India dan Siam duduk sebelah menyebelah sambil mendengar dengan penuh minat mesej yang disampaikan para pembentang kertas kerja dan pengulas-pengulas.

“Suasana seperti ini tak ada dalam BN, kerana masing-masing bercampur baur dalam kolompok masing-masing, tapi di sini lain” kata salah seorang peserta kaum India dari Perak kepada penulis.

Sunday, October 9, 2011

Hudud kembali gegarkan Kelantan


Oleh: Rossem
Bukan mudah mengumpul khalayak yang jumlahnya puluhan ribuan dalam sebuah stadium dengan hebohan yang amat terhad. Tanpa banyak kain-kain rentang dipasang di simpang-simpang jalan untuk memeberitahu orangramai, biasanya kehadiran pastinya mengecewakan penganjur. Namun sambutan majlis Himpuan Kesyukuran Hudud di Stadium Sultan Muhammad Ke -IV malam itu di luar dugaan. Kawasan padang sehingga tak nampak kehijauan rumput, sementara tempat duduk bertangga batu juga penuh.

Idea dari pemimpin untuk mengadakan program penting seperti itu juga datangnya seperti”kilat”. Namun, olehkerana para petugasnya PAS punya banyak pengalaman, seberat manapun tugas yang diamanahkan boleh dipikul. Empat atau lima hari sudah cukup untuk menterjemahkan arahan kepimpinan ke alam realiti.

Saya bertanya salah seorang yang hadir, kebetulan duduk bersebelahan “ Bagaimana anda mengetahui program malam ini?” jawab lelaki separuh usia itu “ lewat fecebook”. Rupanya keberkesanan media baru itu cukup hebat, mengatasi sepanduk atau media cetak. Patutlah pengendali facebook, twiter dan blog kini berkerjakeras menfaatkan media baru itu untuk tujuan perang saraf parti masing-masing.

Saya sudah lama tak melihat khalayak seramai malam itu memenuhi Stadium Sultan Muhamad Ke- IV, Kota Bharu, mendengar ceramah politik PAS (Pakatan Rakyat) kecuali waktu solat hajat dan munajat perdana menjelang Pilihan Raya Umum 2008. Maka malam 7 Oktober 2011 mencatat sejarah baru, kehadiran khalayak paling ramai sejak empat tahun, walaupun masih tak dapat menandingi 2008.

Tiga faktor menjadikan stadium penuh. Pertama kerana penceramahnya adalah pemimpin-pemimpin tertinggi PAS iaitu Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden parti Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pakar undang-undang Profesor Dr Aziz Bari. Kedua kerana isu yang dibicarakan ialah seputar hudud yang sangat ditakuti BN, sehingga MCA dan Gerakan mengugut mahu keluar Barisan Nasional jika UMNO ikut bersetuju dengan pelaksanaan hudud di Malaysia. Manakala sebab ketiga ialah, malam itu langit Kota Bharu sangat bersahabat. Hujan tak turun seperti malam-malam sebelumnya.

Hudud menjadi isu panas menggantikan isu Mat Indera yang dicetuskan Mat Sabu yang sudah reda. Bagi UMNO, hari hudud yang disambut kerajaan Kelantan setiap tahun boleh diolah untuk dijadikan isu yang dikirakan akan menguggat perpaduan Pakatan Rakyat (PR) terutama PAS dengan DAP, kerana menurut UMNO, pemimpin DAP juga tak bersetuju sekiranya PAS mahu melaksanakan hudud.

Tapi, bila UMNO membangkitkan isu hudud, dengan mencabar PAS supaya melaksanakan di Kelantan seperti disiniskan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad: Kenapa Kelantan tak laksanakan hudud?” Belum tentu dengan mengeksplotasikan isu itu perpaduan PR boleh goyah.

Meskipun umum mengetahui, pertanyaan Dr Mahathir adalah satu olah yang direncanakan bertujuan menjerat PAS. Andai PAS menjawab tak bersedia, pastinya para pendukung parti Islam itu akan memberi reaksi “kecewa” kepada PAS kerana tergelincir dari landasan perjuangan Islam dan jika mengatakan mahu melaksanakan, pasti akan memicu kemarahan rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP. Kerana parti itu realitinya tak bersetuju jika PAS mahu melaksanan hukum hudud di negara ini. UMNO mahu melihat situasi keharmonian antara PAS dan DAP akan cair menjelang PRU Ke-13.

Jerat ini sebenarnya jerat maut. Namun olehkerana sang mangsa merupakan kumpulan kancil yang pintar. Jerat itu sempat dihidu. Pada tengah malam, 29 September 2011 majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat bermesyuarat di Kuala Lumpur untuk berbincang dan membuat keputusan penting tentang isu hudud yang menjadi kontroversi.

DAP diwakili pengerusinya Karpal Singh, Datuk Seri Anwar Ibrahim -PKR dan PAS oleh Presiden parti iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, sementara Mursyidul Am Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak hadir. Beliau mewakilkan Datuk Takiyuddin Hassan mewakili negeri Kelantan. Negeri itu perlu ada wakilnya kerana persoalan hudud melibatkan negeri Kelantan.

Anwar Ibrahim yang menjadi pengerusi mesyuarat pertama-pertama mengingatkan; Andainya kita tersilap membuat keputusuan pada malam ini, maka harapan kita untuk ke Putrajaya hancur berkecai. Andainya malam ini kita gagal mencapai kata sepakat maka mesyuarat ini mesyuarat terakhir Pakatan Rakyat. Pilihlah antara dua, kehilangan rakan dalam PR atau bersedirian menghadapi PRU Ke -13.

Mesyuarat akhirnya membuat keputusan akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama disamping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud.

PAS bertegas mahu hudud dilaksanakan di Kelantan, akhirnya DAP memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat.

Keputusan itu sangat mengecewakan UMNO yang mengharapkan akan timbul perbalahan pendapat antara PAS dan DAP, namun berlaku sebaliknya.

Rakyat Kelantan kemudiannya menterjemahkan kegembiraan itu melalui Majlis Himpunan Kesyukuran yang di adakan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV dengan solat hajat dan Isya berjamaah.

Tuesday, October 4, 2011

Hudud menurut non-Muslim


Oleh:Rossem
Isu hudud antara isu paling panas sekarang dan mengundang ramai individu untuk memberi pandangan dan komentar. Tak ketinggalan dari kalangan non-Muslim seperti Alvaro Victor, seorang pelajar IPTA jurusan perubatan di Kuala Lumpur. Penganut Kristian asal Sabah ini menulis melalui facebooknya secara jujur dan berani.

Katanya “ Hukum hudud dan qisas hanya melibatkan penganut Islam, non-Muslim tidak terlibat, keculi mereka memilih untuk terlibat. Dalam kalangan Muslim juga mereka yang hanya dewasa dan sempurna akal saja terlibat, sementara kanak-kanak dan pesakit mental tidak terlibat. Itu pun hanya melibatkan beberapa perkara iaitu mencuri, merompak, menyamun, berzina, menuduh orang berzina, minum arak, murtad, membunuh (qisas)”.

Hukum hudud semestinya digunapakai dalam perundangan mana-mana negara Islam, persekitaran masa dan zaman mesti diselaraskan dengan hukum hudud, bukan hukum hudud yang diselaraskan dengan peredaran zaman.

Hukum yang diciptakan oleh Allah SWT tidak boleh diubah, kita ambil contoh kerajaan Malaysia dengan menepikan hukum hudud dengan alasan tidak sesuai dilaksanakan dalam masyarakat majmuk, itu pendapat salah. Adalah menjadi kemestian setiap negara Islam mengamalkan undang-undang Islam.

Hukum yang diciptakan Allah SWT sudah semestinya baik untuk hamba-Nya. Al-Quran dan hadis Nabi saw sesuai sepanjang zaman, Kalau ada yang mengatakan hudud belum sesuai, maka itu bermakna munafik dan terkeluar Islam sebagai agamanya. Demikian tegas Alvaro Victor.

Dalam hal yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Kerajaan Kelantan, YB Dr Mohamed Fadzli bin Dato’ Hassan menegaskan bahawa dua golongan yang tidak perlu takut kepada hudud. Pertama non-Muslim, kerana pelaksanaan hudud ini kepada orang Islam. Yang kedua adalah orang yang tidak mempunyai niat untuk melakukan jenayah hudud, kerana hudud adalah hukuman bagi para penjenah berat sahaja (melampui batas).

Bagi masyarakat Islam, hudud adalah hukum dari Allah SWT. Tidak boleh soal, sama ada kita boleh melaksanakannya atau tidak. Apa yang boleh kita bincangkan adalah bagaimana cara untuk melaksanakannya.

Dalam konteks Kelantan, sebelum Enakmen Hudud Kelantan diluluskan, ia telah dibincang dan dimaklumkan pada rakyat. Manakala penggubalannya dilakukan para pakar dalam dan luar Kelantan juga dari Universiti tempatan dan luar negara.

Friday, September 30, 2011

Rendahnya kualiti ceramah UMNO.


Oleh: Rossem
Suatu malam, dalam bulan Oktober 2011, di halaman rumah batu yang sederhana besar, di bawah cahaya lampu separuh terang, kurang lebih 30 orang berkumpul, sebahagiannya duduk di kerusi yang disediakan dan sebahagian berdiri. Sementara di luar- di pinggir jalan besar beberapa mobil dan speda motor dipakir rapi.

Acara bermula sekitar jam 9.45 malam. Pengerusi majlis menjemput tuan rumah berucap. Satu penghormatan buat tuan rumah kerana membenarkan rumahnya dijadikan tempat ceramah kelompok. Di sisi lain, sewajarnya ia diminta berucap, kerana selain sebagai tuan rumah, lelaki warga emas itu adalah ketua UMNO kampung Padang Tekukur yang sangat dihormati tua dan muda.

Ucapannya mantap dan bersemangat. Pertama-tama ia melahirkan rasa terharu yang tak terhingga atas kehadiran khalayak yang baginya sangat memuaskan hati. “Saya tak menduga kehadiran sebegini ramai, barangkali ini adalah tanda, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) nanti kemenangan akan berpihak kepada kita” ujarnya dengan penuh yakin.

Ceramah kelompok malam itu tujuannya lebih kepada agenda pelancaran jentera pilihan raya simulasi yang akan diadakah dua hari lagi, hal ini dinilai berdasarkan ucapan tuan rumah yang mengatakan “ Pilahan raya olok-olok atau simulasi ini bukan bertujuan untuk mengetahui kalah atau menang parti kita pada PRU 13 nanti, tapi lebih kepada latihan untuk menilai sejauh mana jentera parti kita berfungsi. Bilik gerakannya bagaimana? Perayu undinya bagaimana? Mobil untuk angkutan pengundi pula bagaimana?” beritahu tuan rumah kepada orangramai yang hadir.

Seusai tuan rumah memberi mukadimah, tibalah giliran penceramah yang diundang khas untuk berucap. Saya tak kenal sosok ini. Dengan emosional setinggi gunung, dengan semangat berkobar-kobar beliau menghentam PAS di depan khalayak yang hadir. Hal seperti itu bukan suatu yang pelik kerana PAS merupakan musuh politik nombor satu UMNO. Dan jangan terkejut, dalam politik Malaysia, Melayu lawan Melayu, Cina lawan Cina dan India lawan India. Begitulah kondisinya sejak dulu sampai sekarang.

Satu persatu diceritakan kelemahan pentadbiran kerajaan PAS Kelantan. Tentang wakil rakyatnya yang tak berpendidikan tinggi. Tak punya pengalaman sebagai pentadbir, bahkan disebut juga amat sedikit sekali wakil rakyat PAS yang benar-benar berpendidikan agama.

PAS yang sudah 21 tahun memerintah Kelantan dirujuk sebagai “pembangkang”. Daripada awal sampai akhir ceramahnya yang memakan masa kurang lebih satu setengah jam istilah itu yang digunapakai.

Jadi, kalau PAS yang memerintah disebut “pembangkang”, UMNO yang hanya mendapat enam kerusi itu apa statusnya?

Sikap pemimpin UMNO yang tak mahu mengaku parti mereka kalah di Kelantan menjadikan saya merasa malu ikut sama mendengar ceramah pada malam itu.

Saya tak mampu berbuat apa-apa, bahkan mahu mengundurkan diri juga tak bisa. Kerana rumah saya bersebelahan rumah tersebut. Justeru, mahu atau tak mahu, biarkan saja telingga menangkap apa saja yang dihemborkan lewat pengeras suara, lagi pun grantis.

Bila leterannya sampai kepada bab hudud, justeru saya jadi sedih. Dari liok litok lidah sang penceramah, satu gambaran yang jelas bahawa mereka lebih banyak menghantar sindiran kepada PAS, kerana parti Islam itu, 18 tahun dulu (25 November 1993) telah memperkenal dan meluluskan Kanun Jenayah Syariah (II) Negeri Kelantan. Dewan Undangan Negeri yang bersidang waktu itu sebulat suara meluluskan pelaksanaan hukum hudud, bahkan dua orang wakil rakyat dari UMNO juga mengangkat tangan memberi persetujuan.

Namun ditolak Kerajaan Pusat. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mengizinkan Kelantan melaksanakan hukum hudud walaupun Dewan Undangan Negeri telah meluluskannya.

“Ibarat orang lelaki, bercakap merata riti nak kahwin, tapi tak pernah menjadi, selidik punya selidik puncanya kerana tenaga batinya lemah. Begitulah dengan pemimpin PAS yang mentadbir Kelantan, cakap bergegar-gegar nak laksanakan hudud, tapi keupayannya dan kepakarannya tak ada.” Kata sang penceramah. Ia langsung tidak menyebut Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir melarang dari dilaksanakan, bahkan diugut dengan pelbagai ugutan.

Yang berceramah itu orang Islam. Dimulai dengan ucapan assalamualaikum, dipetiknya beberapa ayat al-Quran untuk menguatkan hujah , tapi bila sampai bab hudud lain nadanya. PAS yang menjadai sasaran.

Apakah wajar sebagai orang Islam bercakap seperti itu. Sedang tugas melaksanakan hudud terletak dibahu setiap individu Muslim tanpa mengira dari PAS atau UMNO.

Pelaksanaan hudud adalah lambang ketaatan seseorang pemimpin Islam terhadap hukum Islam dan agama Islam yang dianutinya. Justeru seharusnya setiap umat Islam tidak mempertikaikannya, sebaliknya berusaha, mencari jalan bagaimana perundangan itu bisa ditegakkan semampu mungkin.

Seperti kata Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat saat menyampaikan ucapan perasmian hari peringatan Hudullah di Balai Islam, Kota Bharu, (20 September 20110) “ Saya sifatkan golongan yang menolak, menghina dan mengenepikan syariat Islam khususnya hudud merupakan golongan yang jahil dan tidak mengetahui keindahan syariat Islam itu sendiri. Sekalipun mungkin mereka beragama Islam, tetapi Islam yang dianuti hanya di ruang yang terbatas tanpa didaulatkan sebagai undang-undang yang memerintah. Hakikatnya, menolak undang-undang syariah samalah ertinya dengan menafikan kebijaksanaan Allah SWT selaku Pentadbir alam ini. Kalaulah seorang warganegara yang berani mengkritik undang-undang negaranya sendiri boleh dianggap sebagai menghina dan mempersendakan undang-undang tersebut, maka lebih besar kesalahannya jika seorang Islam berani mengkritik undang-undang Islam sebagai ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan masa, orang ini bukan sahaja mencabar kebijaksanaan dan kekuasaan Allah SWT, tetapi boleh menjejaskan imannya sebagai seorang muslim.

Wednesday, September 21, 2011

Bicara sejarah masuk penjara


Oleh:Rossem
Sejarah ditulis sang pemenang, maka yang menjadi mangsa ialah yang kalah. Pemenang menulis semahu-mahunya, sementara yang kalah menulis sajak.

Dalam konteks sejarah kemerdekan Malaysia, yang menang ialah UMNO melalui tangan Tuaku Abdul Rahman Putera dan rakan-rakan seperjuangannya. Maka sejarah pun ditulis mengikut perpesktif mereka. Kelompok yang menang ini pastinya akan bolot dan mereka cipta sejarah yang menguntungkan mereka.

Golongan kiri yang lebih dulu memperjuangan kemerdekaan daripada UMNO diketepikan. Jasa dan pengorbanan mereka tersimpan rapi dalam lipatan sejarah dan menjadi rahsia umum, kerana golongan ini dianggap yang kalah.

Kenapa sesudah 54 tahun kemerdekaan berlalu, hanya baru sekarang ada suara berani menuntut agar sejarah kemerdekaan dikaji semula? Jawabnya kerana UMNO sudah lemah. Parti nasionalis Melayu itu telah mengalami zaman suramnya berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU) lalu dan jika mengalami kekalahan pada PRU ke 13 ini, maka bukan mustahil sejarah baru kemerdekaan Malaysia akan berubah wajah. Pemenang baru akan melakar sejarah baru mengikut perpesktif mereka.

Hal seperti ini bukan sesuatu yang mustahil. Sejarah bangsa apapun tak lari daripada kecacatan riwayatnya, hatta sejarah Islam. Khalifah Maauwiyah digambarkan sebagai tokoh yang jelek oleh musuh-musuhnya dari kalangan Syiah. Dan versi sejarah yang ditulis mereka seringnya sang khalifah pertama Bani Ummayiah itu digambarkan sebagai khalifah yang tidak adil, padahal beliau seorang khalifah yang berjasa besar dalam penyebaran Islam ketika itu.

Bahkan ahli-ahli sejarah pernah membicarakan mengenai peristiwa Ashabul Kahfi pada zaman Rasulullah saw. Berlaku pertikaian mengenai jumlah pemuda yang menjadi penghuni gua. Ada yang mengatakan jumlah mereka tiga orang yang keempat ialah anjingnya dan yang lain mengatakan lima orang yang keenam ialah anjingnya. Dan ada yang mengatakan jumlah mereka tujuh orang dan yang kelapan anjingnya. Sehingga Allah SWT berfirman “Katakanlah (hai Muhamad). Tuhanku lebih mengetahui berapa bilangan mereka sebenarnya. Sedikit jumlah orang yang dapat mengetahuinya” (Surah Khafi ayat:22).

Cerita pahlawan Melayu Melaka, Hang Tuah lima bersaudara juga tidak semuanya boleh diterima pakai. Hikayat yang ditulis itu lebih banyak kepada metos daripada yang sebenar.

Sejarah boleh berubah bila setiap kali menemui fakta baru. Perubahan juga berlaku disebabkan perubahan iklim politik sesebuah negara. Ketika itu taksiran baru sejarah akan dibuat berdasarkan fakta dan kehendak pemerintah yang baru.

Dalam konteks sejarah kemerdekaan Malaysia, fakta sejarah yang diterima 50 tahun lalu pastinya dimonopoli pihak tertentu sehingga pejuang kemerdekaan sebenar terpinggir. Nama-nama seperti Tok Janggut, Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Maharajalela dan generasi pejuang kemerdekaan berikutnya seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Bostaman, Dr Burhanuddin Al Hilmy, Ishak Haji Muhamad tidak pernah dikenang jasa mereka sepertimana diberikan kepada Tunku Abdul Rahman. Tokoh-tokoh itu tidak mendapat tempat sewajarnya dalam media pemerintah pada setiap kali sambutan ulangtahun kemerdekaan.

Sebaliknya media, misalnya televsyen memilih menyiarkan filem Sarjan Hassan atau Bukit Kepong. Kononnya filem itu dapat membentuk patriotisme kepada penonton, padahal filem Sarjan Hassan misalnya, satu pihak (hero-P.Ramlee) adalah yang menyebelahi Inggeris, sementara satu pihak lagi (dilakonkan Salleh Kamil), berkerja sebagai mata-mata Jepun. Kedua-duanya sama saja, bekerja dengan penjajah, iaitu Inggeris dan Jepun.

Aneh, bahkan boleh mengundang ketawa kita, rakyat yang berhujah tentang; apakah Mat Indera yang melawan Inggeris dengan menyerang rumah pasung Bukit Kepong -1950 seorang pejuang kemerdekaan atau seorang petualang. Walhal artikal mengenai Mat Indera yang dimuat dalam buku Pengukir Nama Johor yang kata pengantarnya ditulis Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menyebut; pembaca bebas menilai sendiri mengikut persepsi mereka; Mat Indera seorang pejuang kemerdekaan atau petualang. Ertinya tidak menjadi satu kesalahan bagi pembaca jika memilih salah satu dari dua soalan itu.

Mat Sabu telah memilih perkataan pertama yakni “pejuang kemerdekaan” seperti diucapkan beliau saat berceramah di Tasek Gelugur, Pulau Pinang. Kerana memilih itu, kontroversi pun timbul, beliau kemudiannya ditangkap dan dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Hanya Malaysia, satu-satu negara didunia, kes yang berhubung dengan sejarah dibicarakan di mahkamah. Sepatutnya, hal seperti itu dibawa ke pentas akademik untuk dibahas dan diselidiki, bukan ke mahkamah.

Thursday, September 8, 2011

Umat Islam harus manfaatkan turis

Oleh: Rossem
SUATU hari di gedung Musium Kesenian Islam yang lokasinya bersebelah Masjid Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Pengunjung hari itu agak ramai dari biasa. Selain warga lokal, turis juga tak ketinggalan datang untuk melihat banyak artifak Islam yang dipamerkan di gedung yang beraneka bentuk mirip bangunan di kota Samarkand, Taskent atau Asia Tengah di era kegemilangan Islam dulu.

Di lantai dua, kawasan pejalan kaki, tampak ramai turis dari Barat (bule) lelaki dan perempuan duduk bersila di lantai, karena tak disediakan kursi, sebagian berdiri. Dan setiap turis yang baru datang, bila melewati jalur itu pasti berhenti, bersama turis lain, duduk-duduk sambil melihat sesuatu, yang mungkin selama hidupnya tak pernah dilihatnya.

Saya memperhatikan keanehan ini dengan rasa ingin tahu; apa yang sedang diihat dan ditonton dengan begitu asyik sekali oleh para turis? Rupanya mereka ramai-ramai mengamati bacaan ayat suci al- Quran dan terjemahan dalam bahasa Inggris lewat layar LCD yang dipasang di pojok gedung tempat laluan utama pejalan kaki.

Saya perhatikan, ayat-ayat al-Quran (terjemahan bahasa Inggris ) yang menarik minat mereka adalah seputar kisah Nabi Isa as. Barangkali mereka kaget betapa kisah Nabi Isa as termuat dalam al-Quran, dan ceritanya lebih menarik dan bisa diyakini berbanding apa yang diceritakan dalam Injil.

Melihat pemandangan sepintas ini, kesimpulannya, orang-orang Barat sebenarnya punya keinginan besar untuk mengetahui tentang Islam. Banyak rahasia dari al-Quran yang mereka tidak tahu, karena seperti maklum, Islam sering menjadi momok kaum orientalis dan gereja sejak sekian lama, sehingga Islam bagi mereka suatu agama yang tak sesuai untuk semua zaman. Bahkan seolah dianggap sebuah agama yang menganjurkan teror.

Seharusnya umat Islam, mengambil manfaat dari kunjungan turis non-Muslim ke negara-negara umat Islam seperti Malaysia, Indonesia dengan menempatkan para da’i di lokasi-lokasi wisata atau tempat yang sering dikunjungi turis khususnya dari Barat.
Dan para da’i ini seharusnya dilatih khusus denagn cukup ilmunya --baik pertuturannya-- dapat menguasai bahasa-bahasa Barat, menyediakan brosur tentang Islam, insyaalah Islam bisa berkembang di Barat. Karena hal ini pernah dibayangkan pemikir Inggris lebih 40 tahun lalu, Sir George Bernard Shaw (The Genuine Islam,' Vol. 1, No. 8, 1936.)

“Jika ada agama yang berpeluang menguasai Inggris bahkan Eropa, hanya agama Muhammad. Dan saya yakin, 50 tahun dari sekarang, agama Muhamad akan menguasai Eropa.”

Realitas daripada kata-kata Bernard Shaw itu bisa dilihat di Barat sekarang. Angin perubahan bertiup kencang, agama Kristian mula ditinggalkan sedikit demi sedikit oleh penganutnya, sangat mengkhuatirkan pihak gereja adalah mereka yang memeluk Islam, mayoritas berpendidikan tinggi.

Berita yang dilaporkan hidayatullah.com (5 September 2011) berlaku di Belanda. Hanya 7 ribu dari 19 ribu gereja di negara itu masih dipergunakan sebagai tempat beribadah. Sementara sebanyak 12 ribu gereja lainnya berubah fungsi atau dijual untuk dijadikan pusat-pusat kebudayaan, gedung-gedung perniagaan.
Fenomena penutupan gereja atau gereja dijual tak hanya berlaku di Belanda, malah seluruh negara-negara di Eropa dan Amerika Serikat (AS).

Sunday, September 4, 2011

Kelantan Kehilangan Ulama yang disegani



Oleh: Rossem
Ayat-ayat suci al- Quran yang dibacanya begitu nyaring dan bertenaga. Sesiapa juga yang menjadi makmun, yang belum kenal suara atau melihat wajahnya, pasti akan mengatakan, lelaki yang sedang mengimamkan solat itu usianya sekitar 30an. Namun bagi mereka yang sudah kenal biasa dengannya, sosok yang bersuara merdu dengan vokal yang sangat bertenaga itu, sudah melewati usia sepoh.

Meskipun usianya sudah lanjut, namun saat berbicara dengan tetamu atau memberi kuliah kepada sentri, suaranya mantap, bersemangat dan menyakinkan. Percakapannya sarat dengan nasihat keagamaan tapi bersulam humor. Sesiapa yang berbicara dengannya, pasti tidak sedar, jarum jam bergerak begitu pantas, mendahului jangkaan.

Itulah Tuan guru Haji Hashim Abu Bakar, lebih akrab dengan panggilan Ayah Sin. Pada tanggal 30 Ogos 2011, jam 1.15 sore, saat umat Islam merayakan hari raya aidilfitri tokoh ulama tersohor itu kembali rahmatullah dalam usia 91 tahun di rumahnya di komplek Madarasah Ad-Daniah Balakariah Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan, kerana sakit tua.

Lahir pada 1920, di Kg. Pantai Johor, Alor Setar, Kedah, daripada keluarga ulama. Bapanya berasal dari Pattani yang berhijrah ke Kedah dan berkahwin dengan anak tempatan. Pada 1935, ketika usianya 12 tahun, ibu bapanya menghantar belajar di Darul Ulum dan di Masjidil Haram, Mekah. Antara gurunya ketika itu, ialah Syeikh Mohd. Yasin al Padangni, seorang ulama terkenal di Mekah asal Minangkabau, Indonesia, Syeikh Hassan Mashud dan Syeikh Muhamad Alawi daripada Maghribi.

Sekembalinya ke tanah air (1939), dia menyambung lagi pengajian secara tradisional di Madarsah Asyariah, Bagan Datok, Perak, selama setahun (1940). Semasa Jepun menduduki Tanah Melayu beliau kembali ke kampung kelahirannya di Kedah, sehingglah pada 1946. Setahun selepas tentera Jepun menyerah kalah, Haji Hashim berhijrah ke Kelantan. Ketika di Kelantan, dia mendalami lagi ilmu agama di Pondok Bunut Payung.

Antara rakan-rakan sepengajian beliau ketika itu, samada sewaktu di Mekah, mahupun di tanah air, ialah bekas guru di Maahad Muhammadi, Ustaz Haji Hasan Idris, iaitu anak Tok Guru Haji Idris, Bachok dan Tok Guru Ayah Kob, Machang, Kelantan.

Madarasah Ad-Daniah Bal-akariah atau nama popularnya Pondok Terosan, Pasir Tumboh, dibuka pada 1953 oleh dua orang ulama bersuadara, Haji Mustafa bin Abu Bakar dan adiknya Haji Abdul Aziz Abu Bakar. Ketika itu Ayah Sin menyambung sentri di pesantren tersebut. Minat beliau kepada pengajian Islam secara tradisional menjadikan dirinya sangat sinonim dengan suasana pesanteran.

Kebetulan, Almarhum mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Tok Guru Haji Abdul Aziz atau nama akrabnya, Tok Guru Ayah Jik, adalah adik ipar. Menurut haraki pondok Terosan, Ayah Sin merupakan murid paling kanan antara ribuan murid yang belajar di situ ketika itu. Justeru bila Tok Guru Ayah Jik meninggal dunia, maka kepimpinan pesanteran Pasir Tumboh diserahkan kepada beliau.

Ayah Sin, mula memimpin pesanteran pada 1987. Banyak perubahan dilakukannya sedikit demi sedikit, terutama membangunan pasarana. Masjid diperbesarkan, asrama-asrama moden untuk sentri setingi 5 lantai didirikan. Lengkap dengan kantin, kedai runcit dan lain-lain kemudahan, bagi menggantikan rumah-rumah kecil bebentuk pondok kayu yang sudah usang dan tidak teratur.

Hari ini, sesiapa yang berkunjung ke Pondok Terosan, akan terpegun dengan pembanguan yang dijalankan berbanding dengan sebelumnya.

Meskipun, sekolah-sekolah aliran agama dibangun di setiap daerah dan bandar dengan sistem pembelajarannya secara moden, namun kaedah pembelajaran agama secara tradisional seperti dipraktikkan di sini terus kekal.

Pondok Terusan upaya menarik minat ibu bapa untuk terus menghantar anak-anak mereka belajar. Sekarang terdapat seramai kira-kira 500 sentri daripada seluruh Malaysia, dan luar negara seperti Pattani (Thailand) dan Kemboja belajar di sini secara tetap, disamping ratusan lagi para pelajar yang mengikuti pengajian secara tidak formal, majoritinya warga tempatan.

Kerana jasa-jasa beliau dalam perkembangan agama Islam, khususnya dalam mempertahankan institiusi pondok tradisional untuk terus bediri sama tinggi dengan institiusi pengajian Islam secara moden, pada 2007 pemerintah Kelantan mencalonkan beliau sebagai Tokol Maal Hijrah 1428H bagi Negeri Kelantan.

Pada 2010, KDYMM Al Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V memperkenankan menganugerah gelaran Dato’ kepada beliau.

Ayah Sin yang mempunyai lima orang anak, dua lelaki dan tiga perempuan merupakan ulama yang disegani lagi dihormati. Beliau juga merupakan seorang yang zuhud. Sering dijemput untuk mengimamkan solat hajat perdana, yang dihadiri ribuan makmun, bila sesuatu kepentingan Islam cuba diinjak-injak oleh musuh Islam, seperti yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IX, Kota Bharu, suatu masa ketika beliau sihat dahulu.




Saturday, September 3, 2011

Meluruskan sejarah amat menyakitkan



Oleh: Rossem
Generasi Malaysia yang lahir selepas kemerdakaan rata-rata dilanda kecelaruan sejarah yang sangat membingungkan. Harus dimulai dari mana sejarah kemerdekaan itu?

Kerana yang didendangkan selama ini lewat radio, televisyen, mahupun coretan sejarah yang tertulis di lembaran kertas; kemerdekaan tanahair diperolehi lewat tangan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera dan teman-temannya pada 31 Ogos 1957. Maka sejarah kemerdekaan pun bermula daripada tanggal tersebut.

Sedangkan seperti umum mengetahui, Malaysia (dulu Tanah Melayu) dijajah oleh bangsa Barat selama hampir 500 tahun sejak Portugis menakluki Melaka 1511, diikuti dengan Inggeris sehingga 1957. Tempoh 500 tahun itu sangat panjang, apakah sepanjang tempoh itu bangsa kita tidak pernah melahirkan putera puteri pejuang kemerdekaan?

Dan sememangnya bangsa kita tidak pernah kemarau dengan tokoh yang berani mengangkat senjata melawan Inggeris. Nama-nama seperti Haji Hassan (Tok Janggut), Tok Ku Paloh, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Haji Abdulrahman Limbong, Dol Said, adalah nama-nama besar yang terjun dalam gelanggang perlawanan terhadap Inggeris. Malangnya mereka tidak ditempatkan diwilayah yang selayaknnya sebagai menghargai sumbangan sang perintis kemerdekaan itu.

Tahun 40an dan 50an, sederet lagi tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan lahir, seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Ahmad Boestaman, Ishak Haji Muhamad (Pak Sako). Tokoh-tokoh ini, disebabkan sejarah perjuangan mereka tidak sehaluan dengan semangat UMNO, lalu jasa mereka ditutupi dengan tirai hitam dari pengetahuan umum.

Walhal, mereka adalah perintis kemerdekaan sejati yang sebahagiannya pernah meringkuk begitu lama dalam penjara Inggeris, bahkan diantaranya ada yang syahid, seperti Tok Janggut. Namun tokoh-tokoh awal yang menyumbangkan keberanian yang tiada tolok banding ini bagaikan “orang asing” dalam pentas kemerdekaan Malaysia. Jasa mereka tidak pernah dikenang.

Umum tidak menafikan peranan Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj sebagai bapa kemerdekaan Malaysia. Sejarah tetap mengarap nama besar itu, tapi disebalik Tunku dan teman-temannya, tokoh-tokoh yang disebut itu jangan dipinggirkan, kerana generasi sekarang punya hak untuk mengetahui sejarah kental perjuangan sang pemberani itu, lama sebelum Tunku berperanan.

Kecelaruan minda kita semakin kusut bila setiap kali menyambut perayan ulangtahun kemerdekan, televisyen menayangkan filam, contohnya “Bukit Kepong”. Filem yang disutradara Jin Shamsuddin 1980an itu mengesahkan serangan pasukan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) ke atas balai polis Bukit Kepong.

Cerita sebenar disebalik serangan itu ialah, PKM yang memiliki kekuatan 200 seldadu, majoritinya Cina, diketuai orang Melayu, iaitu Mat Indera. Namun atas permintaan tertentu, untuk filem itu peranan Mat Indera dikecilkan dengan ketuanya digantikan dengan orang Cina. Mat Indera hanya sebagai peniup serunai (trumpet), namun kebaikannya masih dikekalkan, iaitu beliaulah yang mengarahkan supaya isteri dan anak-anak anggota polis keluar dari kawasan maut (tembakan) dengan signal kenyet mata supaya tidak menjadi mangsa peluru dari pasukannya.

Kejadian itu berlaku tahun 1950, iaitu 7 tahun sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan 31 Ogos 1957. Waktu itu Jalur Gemilang belum wujud. Yang berkibar di mana-mana di Malaysia ialah bendera Union Jack (Inggeris). Mat Indera waktu itu melawan penjajah Inggeris, sementara anggota polis pula bermajikankan Inggeris.
Timbalan Presiden PAS, Haji Muhamad Sabu mengejutkan ramai orang dari terlena bila dalam ceramahnya di Tasik Gelugor, Pulau Pinang, tanggal 21 Ogos 2011 menyebut Mat Indera sosok yang melawan Inggeris. Maka sesiapa juga, waktu itu yang melawan Inggeris dikatogerikan sebagai jahat, pengganas, walhal mereka berjuang menghalau Inggeris dari tanahair. Mereka mahu membebaskan negara dari penjajah Inggeris.

Kata-kata Mat Sabu itu menimbulkan kontroversi. UMNO mengambil kesempatan, mengeksploit isu. Serangan media pro kerajaan ke atas Mat Sabu pun bagaikan bertih di goreng.

Bagi saya, Polis Diraja Malysia (PDRM) tidak salah berbangga dengan keberanian anggota pasukannya mempertahankan balai polis tempat mereka bertugas. Seperti juga Angkatan Tentera Malaysia berbangga dengan keberanian Leptenan Adnan mempertahankan Changi, Singapura, dalam peperangan Dunia Kedua. Cuma sejarah itu harus dilurukan agar tidak miring sebelah, biarlah sejarah berjalan di atas fakta yang benar, agar generasi kini dan akan datang memahaminya dengan betul.

Sebaliknya, serangan bertubi-tubi media pro UMNO ke atas Mat Sabu rupa-rupanya membuka mata ramai rakyat Malaysia. Buku sejarah Malaysia pun laris dipasaran. Seperti serangan 11 September 2001 yang meranapkan Word Trade Centre New York. Oleh media Barat mengklimkan pengeboman itu dilakukan teroris dari kelompok Islam. Maka berebut-rebutlah orang Barat membeli al-Quran dan buku-buku Islam untuk mengetahui dengan mendalam tentang Islam. Itulah hikmah disebalik kontroversi yang diciptakan pihak tertentu.

Saya pun mencari info tentang Mat Indera lewat Wikipedia. Inilah secara ringkas info yang ditemui:

Ahmad bin Indera berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela, Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim.

Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor. Menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan berkhidmat sebagai seorang guru agama di Sekolah Agama Parit Setongkat, Muar.
Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan untuk memerdekakan tanahair daripada penjajah Inggeris.

Menjadi sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ketika itu dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Muhamad (Pak Sako). Beliau juga aktif dalam pergerakan Angkatan Pemuda Insaf (API).

Memilih masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerlia pada Juni 1948, kerana terpengaruh dengan perjuangan revolusi Indonesia menentang Belanda.
Beliau kemudiannya menjadi ketua gerlia Parti Komunis Malaya (PKM) ketumbukan Melayu khusus bahagian selatan iaitu daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Melaka.

Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerlia yang paling dikehendaki Inggeris apabila namanya dikaitkan dengan peristiwa serangan PKM ke atas balai polis Bukit Kepong yang mengorbankan ramai anggota polis.

Akibatnya, pihak Inggeris menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan Muhammad Indera. Pada 14 Oktober 1952, Muhammad Indera telah diperangkap oleh anggota Cawangan Khas Batu Pahat dalam satu perjumpaan di Kampung Seri Medan, dan beliau ditangkap.

Muhammad Indera kemudiannya menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam, 30 Januari 1953 di penjara Taiping. Keesokan hari, mayatnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping. (Sinar Harian, Sabtu, 3 September 2011-ms 2)