Sunday, January 23, 2011

Setiakawan Malaysia-Indonesia diteruskan


Oleh: Rossem
Alam Melayu adalah wilayah di mana negara Indonesia dan Malaysia berada. Istilah Alam Melayu lebih popular di Malaysia, sementara istilah Nusantara lebih sinonim dengan Indonesia. Namun kedua-dua istilah itu pada asanya adalah sama. Agar tidak berbau Malaysia dan tidak berbau Indonesia maka aktivis hubungan setiakawan antara kedua negara yang berlangsung 15 Januari 2011, di rumah Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena), Kuala Lumpur, menyebutnya sebagai “Alam Melayu-Nusantara”.

Ahli panel pada forum itu ialah; Dosen Akademi Pengajian Melayu Universitas Malaya (UM), Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan dan Ahli Sosiologi Indonesia, Profesor Dr. Amri Marzali. Turut hadir ialah Ketua Satu Gapena, Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein. Sementara Prof. Dr Zainal Kling sebagai moderator.

Profesor Dr Amri sebagai panelis pertama memulakan diskusi dengan menyebut: Dalam konteks Alam Melayu-Nusantara tercetus hubungan persamaan sebagai “bangsa serumpun” antara Indonesia dengan Malaysia sejak zaman berzaman. Secara sosial-politik-ekonomi-kultural, sejak awal Semenanjung Melayu dan Sumatera sudah merupakan bagian yang integral. Raja Melaka berasal dari Sumatera (Palembang), Kerajan Riau-Johor kadang-kadag berpusat di Sumatera kadang-kadang di Semenanjung. Negeri Sembilan adalah cawangan kerajaan Minangkabau yang berpusat di Pagar Ruyung, Sumatera. Majoriti dari orang Melayu di Semenanjung adalah berasal dari suku-suku bangsa di Sumatera, khususnya Minangkabau, Kerinci, Palembang, Jambi, Mandailing, Melayu Sumatera dan Acheh. Juga dari Jawa dan Sulawesi (Bugis).

Malaya dijajah oleh British, sementara Indonesia oleh Belanda. Dalam mengeruk alam Melayu, British mendatangkan banyak tenaga buruh dari India dan China, sehingga pada suatu masa tertentu jumlah kedua “jentera ekonomi” penjajahan British ini pernah melampaui jumlah kaum Bumiputera.

Di Indonesia, perjuangan kemerdekaan ditujukan terhadap penjajah Belanda dan talibarutnya. Perang meletus. Dalam perang kemerdekaan itu (1945 -1949), banyak terjadi saling tolong menolong antara rakyat Melayu Semenanjung dan rakyat Sumatera, saling menyeberangi Selat Melaka, dan seludup senjata dan keperluan peperangan lain. Republik Indonesia mengistiharkan kemerdekaan tahun 1945. Dan 12 tahun kemudian, (1957) Malaya pula memperolehi kemerdekaan dari British.

Hubungan Indonesia dengan Malaya, setelah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, lebih banyak diwarnai oleh “perbedaan- pertentangan”. Ada dua factor utama yang berada di belakang keadan ini, iaitu faktor “Tunku Vs Soekarno” dan faktor “perang dingin antara kapitalis dan komunis dunia”.

Latar belakang sosial, kultural dan politik kedua tokoh ini, iaitu Tunku dan Bung Karno sangat berbeda. Tunku adalah anak Sultan Kedah dari perempuan Thai. Diasuh dan hidup senang dalam lingkungan istana, terdidik dalam sistem pendidikan dan budaya Inggeris. Mendapat ijazah undang-undang dari sebuah universitas di Inggeris. Tidak bergaul dengan rakyat dan berpandangan liberal.

Soekarno adalah anak seorang priyayi Jawa dengan seorang perempuan kasta tinggi Bali. Dari kecil hidup di tengah rakyat biasa. Dalam bidang politik dan agama diasuh oleh tokoh Syarekat Islam, Haji Omar Said Tjokroaminoto di kota Surabaya. Sejak masa studen sudah berjuang bagi kemerdekaan Indonesia.

Soekarno memandang Tunku sebagai seorang pangeran Melayu yang hidup di dalam camp penguasa kolonial. Tunku pula tidak senang dengan Soekarno yang hidup secara flamboyant tapi revolusioner, mencurigai kedekatan hubungannya dengan blok komunis (Russia-China). Merendahkan Indonesia yang dipimpinya terutama dalam sektor ekonomi. Keduanya berbeda secara sosial, kultural dan ideologi politik.

Perbedaan pendapat dan saling curiga-mencurigai itu, terutama setelah Tunku berhasrat menubuhkan negara federal Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Bung Karno memandang ini sebagai projek Nekolim Inggeris, bukan pemikiran asli dari Tunku. Indonesia meminta agara diselengarakan plebisit di Borneo Utara. Tapi ditolak oleh Tunku. Indonesia marah lalu melancarkan konfrontasi (1963-1966).

Hubungan baru dibangun oleh Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein dan Presiden ke dua Indonesia, Soeharto dalam bentuk yang lebih baik dan damai. Kongsep bangsa serumpun kembali bergema dengan lebih nyata. Apakah faktor yang berada di belakang persahabatan baru ini? Antara faktornya Razak-Soeharto dan Menteri Luar kedua-dua negara, Adam Malik-Ghazali Shafei, faktor Singapura keluar Malaysia, faktor Mei 1969 di Malaysia dan ekonomi.

Tun Razak di Indonesia terkenal sebagai keturunan Bugis, sementara Adam Malik dan Ghazali Shafei adalah masih berkerabat sebagai orang Mandailing. Dalam hal ini faktor semangat bangsa serumpun menjadi berperan. Sementara itu Ali Moertopo yang sama-sama dengan Soeharto adalah pemimpin-pemimpin tentera yang anti komunis.

Dalam zaman Tun Razak juga, Indonesia dan Malaysia menyelenggarakan kerjasama latihan militer: Malindo Samatha, Malindo Jaya, Malindo Mini dan Kris Kartika. Kerjasama dalam bidang pendidikan dan kebudayaan pun dipertingkatkan. Indonesia dan Malaysia muncul sebagai penaja organisasi ASEAN.

Selat Melaka pula diistiharkan sebagai perairan bukan-internasional tapi berada di bawah kawalan Indonesia dan Malaysia. Tidak seperti Tunku, Tun Razak tidak banyak menyimpan kecurigaan kepada Indonesia. Zaman pemerintahan Razak, adalah zaman kecemerlangan hubungan serumpun Indonesia-Malaysia. Dan polisi Tun Razak kemudiannya dilanjutkan oleh Perdana Menteri ketiga Malaysia, Tun Hussein Onn.

Pada zaman Tun Razak, Malaysia memjemput guru dan dosen dari Indonesia mengajar di Malaysia, terutama di Jabatan Pegajian Melayu bertujuan untuk mempertingkatkan kesusteraan Melayu. Antaranya yang terkenal ialah Sultan Takdir Alisjahbana.

Hubungan mesra kedua negara pada zaman Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia keempat) mulai agak terhakis. Ada faktor Mahathir berperan dalam penurunan taraf hubungan ini. Sedang Indonesia masih dalam kekuasaan Soeharto.

Mahathir adalah seorang pemimpin yang mempunyai karakter tersendiri. Di bawah kepimpinannya ekonomi Malaysia maju pesat dan secara politik pula Malaysia mula berperan di arena internasional. Mahathir bahkan muncul sebagai jurucakap dunia ketiga. Kondisi ini mencabar kepimpinan Indonesia di bawah Soeharto.

Percanggahan tentang status Sipadan dan Ligitan muncul ke permukaan secara serius untuk pertama kali. Mulanya disepakati kedudukan status quo untuk pulau-pulau ini, tapi kemudian Malaysia membina fasiliti pelancongan di pulau berkenaan. Akhirnya perselisihan disepakati untuk diselesaikan oleh Internasional Court of Justice (2002), kemudian ternyata perselisihan ini dimenangkan oleh Malaysia. Berbagai masalah sempadan muncul pada masa Mahathir ini, yang terus diwarisi oleh Abdullah Badawi (Perdana Menteri kelima) dan Najib (Perdana Menteri keenam).

Migrasi dari Indonesia ke Semenanjung sudah biasa sejak dahulu. Pada zaman Tun Razak, Malaysia menjemput guru dan dosen dari Indonesia. Tapi corak migrasi pada zaman Mahathir, Abdullah Badawi dan Najib berbeda. Yang datang adalah pekerja-pekerja kasar, kurang terdidik, dan miskin dari perdesaan, yang bekerja di sektor perladangan, pembangunan di perkotaan, dan sebagian lain bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka adalah dari kelas bawah, yang dipanggil dengan sebutan “Indon” oleh orang Malaysia.

Tapi yang lebih serius daripada itu adalah masalah migran gelap, yang berperan sebagai punca masalah sosial di Malaysia. Tahun 1981 diduga ada 100,000 migran gelap dari Indonesia, tahun 1987 mencecah 1 juta orang. Sekarang (2011) diduga 2 juta orang. Efek negatif dari migran ini adalah jenayah: pencurian, perompakan, pembunuhan dan sebagainya. Tiga puluh enam persen dari banduan di penjara Malaysia adalah migran dari Indonesia. Pemulangan migran gelap dilakukan berkali-kali.

Bagi Indonesia pula, masalah migran Indonesia adalah tentang perlakuan kasar majikan terhadap pembantu rumah, pemberian gaji yang kecoh oleh majikan, dan perlakuan kasar dan menghina oleh polisi dan relawan Malaysia terhadap migran Indonesia. Masalah ini menjadi salah satu punca hubungan tidak harmoni antara kedua
negara.

Ada kecenderungan semangat bangsa serumpun makin terhakis di Indonesia, kerana kekcewaan atas sikap “aroganasi” saudara serumpun di Malaysia.

Tok Guru, penulis blog dan hudud


Oleh: Rossem

Malam 15 Januari 2011. Di sebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur. Dewan utama yang terletak di lantai dua sesak dengan tetamu. 10 buah meja makan dengan tiap-tiap satunya disediakan 10 buah kerusi yang dibalut kain berwarna putih telor tersusun rapi. Dari 10 buah meja itu, sebuah diantaranya agak istemewa dari aspek hiasannya, iaitu meja khusus untuk VIP. Semuanya siap sedia untuk satu upacara yang julung kali diadakan.

Sebentar, seorang tua bertongkat dengan diiringi pengiring dan penyambut tetamu masuk ke dalam dewan. Langakhnya sangat perlahan dan berhati-hati, tampak sangat keudzurannya. Jurugambar berebut-rebut memotret dari segenap sudut.

Seorang novelis terkenal, Azizi Abdullah mengambarkan dalam blognya; aku melihat orang tua itu terketar-ketar saat berjalan menuju meja VIP yang terletak di depan pentas utama. Tapi aku salut, dalam kondisi seperti itu pun, beliau sanggup datang. Walhal pada siang hari ada program di Terengganu, seusai program langsung berkereta ke Kuala Lumpur selama 4 jam semata-mata untuk bertemu kami. Orang seperti ini tak ada dalam UMNO”.

Malam itu melakar sejarah, pertama kali Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, exco-exco, dan sebahagian wakil rakyat PAS Negeri Kelantan mengadakan pertemuan silaturahim dengan penulis-penulis blog dari seluruh Malaysia. Kurang lebih 150 penulis blog, pengiat Facebook dan Twistter datang bertemu Tok Guru, beramah mesra dan berdialog, dalam rangka untuk mendekatkan hubungan dengan Kerajaan Negeri.

Dulu media sosial seumpama ini dianggap sampah, kini blog, facebook, twistter mula diiktiraf sebagai media baru, efektif, mudah, murah dan cepat sampai kepada sasaran pembaca. Artikal, foto dan komentar yang yang siarkan dalam blog, facebook dan youtube boleh mempengaruhi publik. Isu-isu yang lontarkan menjadi bahan perbualan ramai, bahkan ada orang tertentu yang kebakaran janggut lantaran ulasan yang dikemukakan sang penulis terkena batang hidung mereka.

Kini blog, facebook, twister dan youtube menjadi sebuah media yang digeruni. Peranannya menyibarkan sesuatu opini kepada masyarakat sangat berkesan, misalnya
dalam postmorten beberapa pilihan raya kecil yang lalu, khususnya di Kelantan, diantara sebab-sebab berlaku kemerosotan undi dipihak PAS ialah tidak mendapat sokongan yang menyeluruh dari penulis-penulis blog.

Menyedari ini, makanya kerajaan Kelantan melalui agensinya iaitu Urusetia Penerangan Negeri lalu menganjurkan perjumpaan yang julung kali dengan pengendali bolg, facebook dan Twiter bertempat di sebuah hotel, di ibu negara Kuala Lumpur.

Sebelum ini, UMNO telah mengadakan perjumpaan dengan penulis blog, namun kehadiran peserta dikatakan cuma sekitar 100 orang. Kemudian setelah diselidiki, dikenalpasti 30 peratus adalah pengendali blog pro Pakatan Rakyat (PR).

Permintaan dari pengendali-pengendali blog untuk datang bertemu Tuan Guru Nik Abdul Aziz di luar jangkaan. Olehkerana program ini terbatas kepada maksima 150 orang saja, maka pihak penganjur terpaksa melakukan seleksi. Hanya yang terpilih awal saja dijemput. Dalam ucapan aluan, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Haji Hassan benjanji, di hari mendatang akan menganjurkan perjumpaan dengan skala yang lebih besar.

Pengendali blog yang hadir antaranya; Ibnu Hashim, Azizi Abdullah, Cina Islam, Penarik Beca dan sederat panjang lagi. Sebaliknya pengendali blog terkenal seperti Mohd Sayuti Omar, Syed Hussain Alatas, A.Kadir Yasin saya tidak nampak.

Yang sedikit mengecewakan, pada malam itu, kurangnya soalan-soalan panas dilontarkan kepada Tok Guru dan exco-exco kanan yang siapa sedia di atas pentas untuk menjawab soalan yang bakal dikemukakan. Sedang Tok Guru sememangnya bersiap sedia untuk memberi jawapan dan ulasan. Soalan tentang perjumpaan Tok Guru dengan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak seperti heboh diperkatakan baru-baru ini langsung tidak ditanya.

Hanya pertanyaan Azizi Abdullah dari Kedah agak sedikit panas “Saya hadir atas tiket blogger yang mahu mencemuh kepimpinan Pas Kelantan kerana nada memperjuangkan syariat Islam berbeza dari tahun-tahun 60an, 70an, 80an, 90an dan apa lagi setelah bersama DAP, PKR. Hudud tidak pernah saya dengar sekarang”.

Kemudian Azizi mengaku kepimpinan ulama negeri Kelantan bijak dengan maqasid syariyahnya, pendekatan hikmahnya. “Saya terkedu apabila Tuan Guru menjelaskan. Kalau tak mampu menanggung beras seguni, jangan tinggal semuanya. Bawa sekadar mampu,”

Tuan guru juga menyebut “Ketika bersama Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dulu, DAP minta kita gugurkan Islam. Kita kata kalau gugur bukan lagi parti PAS, dan mereka kata mereka mahu keluar, mereka buat sungguh tetapi mereka datang balik, sedang kita tidak berubah pendirian. Dalam konvensyen Pakatan di Pulau Pinang baru-baru ini, Karpal Singh sudah tidak kata lagi langkah mayat saya kalau PAS mahu melaksanakan syariat Islam”

Sunday, January 16, 2011

Presiden Zine El Abidin Ben Ali dan kita

Oleh: Rossem
Kanser pembunuh dalam senyap. Kata pakar penyakit. Mereka merumuskan sedemikian kerana kanser pada awal serangannya, mangsa tidak mengalami rasa sakit yang ketara, hanya setelah penyakitnya matang, barulah diketahui, namun ketika itu segala-galanya sudah terlambat, ubat tidak lagi berkesan.

Kekecewaan rakyat juga seperti kanser, ia pembunuh senyap yang sangat ditakuti pemerintah, lebih-lebih lagi kekecwaan itu tidak pernah diluahkan. Sehingga tiba saatnya ia meletup seperti gunung berapi mengeluarkan debu panas lantas membaham apa saja yang berada disekitarnya. Ketika itu tiada lagi upaya pemerintah menahannya selain pasarah kepada takdir.

Banyak pemerintah di dunia ini ditumbangkan akibat dari tindakan rakyat yang gelisah dan kecewa oleh sesuatu tindakan pemimpinnya yang berterusan. Kesabaran rakyat tidak selamanya bertahan, ada batas waktu. Sampai saat rakyat akan membuat keputusan sendiri secara drastik.

Apa yang berlaku di Tunisia menarik perhatian kita dan seharusnya menjadi pengajaran kepada setiap kerajaan di dunia, termasuk Kerajaan Malaysia yang diterajui Barisan Nasional (BN). Protes rakyat di negara Arab Tunisia itu bertolak dari kegelisahan rakyat yang dihimpit rasa kekecewaan mendalam kepada pemerintah negaranya yang dipimpin Presiden Zine El Abidin Ben Ali kerana kegagalan elit-elit politiknya menanggangi masalah kenaikan harga barang mutakhir ini, sehingga dengan kenaikan berterusan itu membebankan rakyat yang rata-rata miskin.

Pemerintah awalnya memandang remeh terhadap protes rakyat. Kerana rakyat Tunisia sebelum ini tidak pernah menunjukkan reaksi sedemikian rupa. Tapi Ben Ali dengan keegoannya tidak cuba membaiki kondisi rakyat negaranya yang sudah bertahun-tahun hidup dihimpit kegelisahan, kekecewaan dan kesusahan akibat kenaikan harga barang setiap masa. Akhirnya rakyat memutuskan keluar ke jalan raya, berdemontrasi, bertempur dengan tentera dan polis.

Demonstrasi besar-besaran dicetuskan sebulan lalu apabila seorang pemuda, Mohamed Bouazizi, cuba membunuh diri selepas polis menghalangnya daripada menjaja buah dan sayur-sayuran di sekitar kota untuk menyara hidup.

Akhirnya kuasa rakyat menjadi pemenang, sang Presiden melarikan diri ke Arab Saudi. Menamatkan pemerintahan kukubesinya selama 23 tahun.

Lalu tukang-tukang tulis lucuan di Mesir pun menulis “Pesawat Ben Ali menghampiri Sharm el-Sheikh (kediaman Presiden Hosni Mubarak di pusat percutian Laut Merah), bukan untuk menurunkan penumpang, tapi mengambil seorang lagi penumpang”. Penumpang yang dimaksudkan ialah Presiden Hosni Mubarak. Kerana kondisi yang sama (kenaikan harga barang) juga berlaku di Mesir.

Nasib baik di Malaysia tidak ramai penulis lucuan secara spontan seperti itu. Kalau ada, pasti ayatnya ditambah menjadi “ Pesawat itu kemudiannya terbang ke Timur, singgah di Putrajaya, mengambil seorang lagi penumpang”.

Kerana apa yang dialami majoriti rakyat Tunisia itu sebenarnya sama dengan apa yang dirasai majoriti rakyat Malaysia yang rata-rata gelisah dan kecewa dengan kenaikan harga barang keperluan asas sejak mutakhir ini. Daripada bahan bakar (minyak) hingga keperluan dapur seperti gula, bawang, susu, sabun, minyak masak dan lain-lain. Sedang hal ini tidak dirasai elit-elit politik kerana mereka punya banyak wang.

“Rakyat dapat menerima kenaikan harga barang ini kerana ia berlaku di seluruh dunia”. Hujah elit-elit pemerintah (BN) bila ditanya puak oposisi di Dewan Rakyat.

Kerajaan BN senang sekali kerana rakyat umumnya tidak mempedulikan kenaikan itu, sebaliknya menjalani kehidupan seperti biasa. Rasa kekhuatiran rakyat akan keluar ke jalan raya memprotes besar-besaran, bahkan tidak terlintas langsung di fikiran mereka yang berada di Putrajaya.

Realitinya kerajaan BN merasakan berada dalam posisi selamat dengan isu ini. Seperti juga tanggapan elit-elit pemerintah Tunisia pimpinan Ben Ali sebelum ditumbangkan rakyat 15 Januari 2011. Yang yakin dan percaya isu kenaikan harga tidak mungkin mengugat posisi pemerintahannya. Namun harus diingat, kegelisahan dan kekecewaan rakyat yang disembunyikan di dalam hati itu lebih berbahaya kerana akhirnya akan pecah jua, seperti kanser, pembunuh mangsa dalam senyap.

Mungkin pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti!