Sunday, January 23, 2011

Tok Guru, penulis blog dan hudud


Oleh: Rossem

Malam 15 Januari 2011. Di sebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur. Dewan utama yang terletak di lantai dua sesak dengan tetamu. 10 buah meja makan dengan tiap-tiap satunya disediakan 10 buah kerusi yang dibalut kain berwarna putih telor tersusun rapi. Dari 10 buah meja itu, sebuah diantaranya agak istemewa dari aspek hiasannya, iaitu meja khusus untuk VIP. Semuanya siap sedia untuk satu upacara yang julung kali diadakan.

Sebentar, seorang tua bertongkat dengan diiringi pengiring dan penyambut tetamu masuk ke dalam dewan. Langakhnya sangat perlahan dan berhati-hati, tampak sangat keudzurannya. Jurugambar berebut-rebut memotret dari segenap sudut.

Seorang novelis terkenal, Azizi Abdullah mengambarkan dalam blognya; aku melihat orang tua itu terketar-ketar saat berjalan menuju meja VIP yang terletak di depan pentas utama. Tapi aku salut, dalam kondisi seperti itu pun, beliau sanggup datang. Walhal pada siang hari ada program di Terengganu, seusai program langsung berkereta ke Kuala Lumpur selama 4 jam semata-mata untuk bertemu kami. Orang seperti ini tak ada dalam UMNO”.

Malam itu melakar sejarah, pertama kali Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, exco-exco, dan sebahagian wakil rakyat PAS Negeri Kelantan mengadakan pertemuan silaturahim dengan penulis-penulis blog dari seluruh Malaysia. Kurang lebih 150 penulis blog, pengiat Facebook dan Twistter datang bertemu Tok Guru, beramah mesra dan berdialog, dalam rangka untuk mendekatkan hubungan dengan Kerajaan Negeri.

Dulu media sosial seumpama ini dianggap sampah, kini blog, facebook, twistter mula diiktiraf sebagai media baru, efektif, mudah, murah dan cepat sampai kepada sasaran pembaca. Artikal, foto dan komentar yang yang siarkan dalam blog, facebook dan youtube boleh mempengaruhi publik. Isu-isu yang lontarkan menjadi bahan perbualan ramai, bahkan ada orang tertentu yang kebakaran janggut lantaran ulasan yang dikemukakan sang penulis terkena batang hidung mereka.

Kini blog, facebook, twister dan youtube menjadi sebuah media yang digeruni. Peranannya menyibarkan sesuatu opini kepada masyarakat sangat berkesan, misalnya
dalam postmorten beberapa pilihan raya kecil yang lalu, khususnya di Kelantan, diantara sebab-sebab berlaku kemerosotan undi dipihak PAS ialah tidak mendapat sokongan yang menyeluruh dari penulis-penulis blog.

Menyedari ini, makanya kerajaan Kelantan melalui agensinya iaitu Urusetia Penerangan Negeri lalu menganjurkan perjumpaan yang julung kali dengan pengendali bolg, facebook dan Twiter bertempat di sebuah hotel, di ibu negara Kuala Lumpur.

Sebelum ini, UMNO telah mengadakan perjumpaan dengan penulis blog, namun kehadiran peserta dikatakan cuma sekitar 100 orang. Kemudian setelah diselidiki, dikenalpasti 30 peratus adalah pengendali blog pro Pakatan Rakyat (PR).

Permintaan dari pengendali-pengendali blog untuk datang bertemu Tuan Guru Nik Abdul Aziz di luar jangkaan. Olehkerana program ini terbatas kepada maksima 150 orang saja, maka pihak penganjur terpaksa melakukan seleksi. Hanya yang terpilih awal saja dijemput. Dalam ucapan aluan, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Haji Hassan benjanji, di hari mendatang akan menganjurkan perjumpaan dengan skala yang lebih besar.

Pengendali blog yang hadir antaranya; Ibnu Hashim, Azizi Abdullah, Cina Islam, Penarik Beca dan sederat panjang lagi. Sebaliknya pengendali blog terkenal seperti Mohd Sayuti Omar, Syed Hussain Alatas, A.Kadir Yasin saya tidak nampak.

Yang sedikit mengecewakan, pada malam itu, kurangnya soalan-soalan panas dilontarkan kepada Tok Guru dan exco-exco kanan yang siapa sedia di atas pentas untuk menjawab soalan yang bakal dikemukakan. Sedang Tok Guru sememangnya bersiap sedia untuk memberi jawapan dan ulasan. Soalan tentang perjumpaan Tok Guru dengan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak seperti heboh diperkatakan baru-baru ini langsung tidak ditanya.

Hanya pertanyaan Azizi Abdullah dari Kedah agak sedikit panas “Saya hadir atas tiket blogger yang mahu mencemuh kepimpinan Pas Kelantan kerana nada memperjuangkan syariat Islam berbeza dari tahun-tahun 60an, 70an, 80an, 90an dan apa lagi setelah bersama DAP, PKR. Hudud tidak pernah saya dengar sekarang”.

Kemudian Azizi mengaku kepimpinan ulama negeri Kelantan bijak dengan maqasid syariyahnya, pendekatan hikmahnya. “Saya terkedu apabila Tuan Guru menjelaskan. Kalau tak mampu menanggung beras seguni, jangan tinggal semuanya. Bawa sekadar mampu,”

Tuan guru juga menyebut “Ketika bersama Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dulu, DAP minta kita gugurkan Islam. Kita kata kalau gugur bukan lagi parti PAS, dan mereka kata mereka mahu keluar, mereka buat sungguh tetapi mereka datang balik, sedang kita tidak berubah pendirian. Dalam konvensyen Pakatan di Pulau Pinang baru-baru ini, Karpal Singh sudah tidak kata lagi langkah mayat saya kalau PAS mahu melaksanakan syariat Islam”

No comments:

Post a Comment