Sunday, December 20, 2009

Perbalahan antara songkok dengan kopiah

Oleh: Rossem

Politik tidak dapat menyatukan sebuah bangsa besar. Kata George Weigel. Politik hanya menjadikan bangsa besar itu berpecah belah, porak peranda dan persengketaan berterusan. Kata-kata ahli fikir abad lalu itu memang benar. Barangkali dituju kepada bangsa-bangsa di Asia dan Afrika, setelah beliau melihat bangsa dan negara di dunia ketiga itu berpecah belah disebabkan berlakunya persengketaan akibat perbezaan politik yang berpanjangan.

Hal yang sama tidak berlaku di negaranya- Barat. Apa yang terjadi di negara membangun cuma perbalahan politik pada musim-musim tertentu seperti pilihan raya, kemudian kembali bertaut dan menjalin kerjasama, bahu membahu membangun negara.

Malaysia termasuk dalam lingkungan negara-negara dunia ketiga. Negara seperti dimaksudkan George Weigel barangkali. Berdasarkan realiti dan pengalaman ritual memang tepat, di negara ini dan bangsa ini, perbalahan disebabkan perbezaan politik bagaikan tiada noktah. Berterusan tanpa mengira waktu. Di musim pilihan raya mahupun luar pilihan raya serupa saja suhu kepanasannya.

Saya tidak sekali-kali menyatakan perbezaan opini dikalangan rakyat itu tidak baik. Perbezaan opini itu sebenarnya sehat. Mereka yang mahukan fikiranya sentiasa cerdas dan matang harus melewati proses pertentangan pendapat dengan orang lain. Hanya perbezaan opini yang disertai dengan emosional yang ekstrem saja sering memicu keresahan dan akhirnya menimbulkan kompleks dalam masyarakat.

Tujuan politik ialah untuk membangun negara, sekaligus membantu rakyat. Politik (siasah syariah) juga sebahagian ajaran Islam. Yang ditentang hanya ketaksuban yang melampau oleh para pendokong parti-parti politik sehingga sikap dan tindak tanduknya itu terbawa-bawa dalam kehidupan bermasyarakat.

Demokrasi mengkehendaki wujudnya seberapa banyak perbezaan pendapat di kalangan rakyat, kemudian rakyat memilih mana satu yang cocok dengan mereka. Namun demokrasi juga menurut Scoretes banyak cacat celanya. Sehingga sang filasuf Yunani kuno itu pernah menyebut “Kenapa saat memilih nahkoda kapal tidak mengikut suara terbanyak (demokrasi)?”.

Dikalangan orang Melayu perbalahan disebabkan perbezan politik tidak boleh ditutupi dengan tapak tangan. Ia sudah menjadi bualan umum. Mungkin dipermukaan tampak sedikit reda tapi di dasar ada arus bawah yang deras. Dalam kondisi tertentu, bila-bila masa boleh merosakkan struktur tebing. Bahkan keseluruhan wilayah bangsa.

UMNO dan Pas sinonim dengan politik bangsa Melayu. Kewujudan dua buah parti politik Melayu berbeza ideologi itu ternyata telah menjarakkan hubungan sesama umat Melayu. Masyarakat kampung menerima kesan paling banyak. Barangkali kerana kejahilan mereka dalam politik, sehingga dua kelompok itu saling bercakaran. Fenomena ini berterusan, manakala titik noktahnya belum tampak. Di kotak fikiran kita sering bertanya; bila dan bagaimana untuk mewujudkan sebuah bangsa Melayu yang bersatu padu, digeruni dan dihormati etnik-etnik lain. Mungkin inilah yang dimaksudkan George Weigel - bangsa yang punah kerana politik!

Saya terbaca sebuah sajak yang separuh lucu tapi sarat dengan sindirin tajam, ditulis penyair terkenal Nawawee Mohammad dan dimuatkan dalam media arus perdana tanggal 8 Februari 1998. Sajak itu diberi judul Songkok dan Kopiah.

Songkok dan kopiah itu asalnya sekapal
darjat mereka tidak pernah berubah,
berdiri sama tinggi duduk sama rendah,
tetapi berbalah-cekah tak sudah-sudah.

Berungkap nasihat menyengat
songkok selalu mengingatkan.
“Jangan lembik seperti kopiah,
tapi keras macam songkok”

Penuh yakin kopiah menjawab,
“Biar lembik asalkan putih.
Jangan keras apalagi hitam.
Sudahlah hitam sucimu diragukan.
Biar tak cantik jangan tak bersih”

Sindir songkok lagi,
“Jangan hidup seperti kopiah,
sesuai untuk pelikat bersandal getah,
sudahlah selekeh nilai amat rendah.”

Kopiah merendah menjawab tajam,
“Sehina-hinaku pernah juga mandi
menjamin kekal bersih dan suci,
untuk dijunjung mukmin merata-riti.
Semulia-muliamu sepanjang hidup
pernah mandi walaupun sekali.
Kalau ada, itu gila punya kepala.”

Tambah kopiah lagi.
“Hitam songkok sehitam tahi cicak
hanya umpama sang gagak,
walaupun dimandi air emas sekalipun
mustahil hitammu bertukar putih.
Putihku jika disabun dibilas-bilas
bertambah lagi berseri putih berseri.”

Dengan lembut songkok mengakui,
“Walaupun tidak pernah mandi,
aku sering ditayamun si berus
supaya kelihatan kemas terurus.
Selainnya aku sentiasa dijaga
daripada ditempiasi sang hujan
menjamin selalu keras dan kering
walau terpaksa menyemak dinding.”

Kopiah senyum menelan alasan
kemudian meminta fatwa bagaimana
amalan tayamun ala songkok
ketika hujan mencurah-curah?


Perbalahan antara songkok (UMNO) dengan kopiah (PAS) hingga saat ini mustahil bakal selesai, kerana songkok perjuangannya nasionalis, manakala kopiah landasan perjuangannya Islam.

Wednesday, December 2, 2009

Kolonel Sanders, Kolonel Gaddafi dan Kolonel Mat

Oleh: Rossem

Di sebelah pasar Siti Khatijah, Kota Bharu. Sebuah kedai makanan segera berwarna merah berdiri megah. Ia antara kedai paling ramai dikunjungi pelangan terutama remaja. Di depan pintunya berdiri kaku seorang tua berjanggut putih, melempar senyum. Tapi ia cuma sebuah foto suralis berukuran manusia yang dilekatkan pada sekeping board. Saolah-olah mengucapkan selamat datang. Orang tua itu sudah lama meninggal dunia.

Itulah foto Kolonel Harland Sanders (1952), pesara tentera Amerika Syarikat
(AS) yang mengusahakan makanan segera. Ayam goreng yang menggunakan resepi ciptaan sang Kolonel akhirnya menjadi makanan segera paling digemari di seleuruh dunia. Pasarannya sehingga meliputi 80 peratus negara, termasuk Malaysia. AS telah menakluki negara ini hanya dengan bersenjatakan ketulan ayam beresipi istimewa hasil ciptaan Kolonel, tanpa perlu menggunakan rudal, meriam dan bom.

Sejak mula memperkenalkan ayam goreng berempah pada 1952 (sudah 57 tahun), sehingga hari ini, rahsia resepinya tetap terpelihara. Tidak pernah jatuh ke tangan orang lain. Ada orang cuba menirunya tapi tidak sama. Dalam blog juga tidak ada. Bagaimana Kolonel belajar menyimpan rahsia?. Mungkin ia belajar lewat pengalamannya sewaktu dalam tentera.

Tidak seperti ahli politik kita, rahsia penting pun boleh jatuh ke tangan musuh dalam sekelip mata. Belum melangkah keluar bilik mesyuarat, orang di luar bilik sudah tahu keputusannya. Jari-jari mereka sepantas kilat mengirim Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada teman-teman. Pagi besok rahsia itu sudah sampai di warung-warung kopi. Lebih pantas daripada kueh mueh yang dihantar penjual.

Kakitangan di Pebadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) patut belajar menyimpan rahsia daripada Kolonel Sanders. Tapi sudah terlambat, rahsianya banyak tiris. CEOnya diminta letak jawatan. Namun kepada orang tertentu yang lain, kesempatan untuk belajar menyimpan rahsia masih belum tertutup. Oleh kerana sang kolonel itu sudah lama mati, maka anak-anak mendiang boleh membimbng, membantu mengajari mereka. Bukan dituju kepada PMBK saja, bahkan sektor lain juga.

Kolonel adalah pangkat tentera! Seluruh angkatan tentera di dunia ini menggunakan nama pangkat yang sama, sama ada tentera komunis atau sebaliknya. Di AS memanggilnya kolonel, di China atau Rusia juga kolonel. Di negara-negara Arab kolonel, di Malayisa juga kolonel.

Dalam katogeri pegawai, yang paling rendah adalah leptenan muda, manakala yang paling tinggi ialah jeneral. Maka Kolonel posisinya antara keduanya -ditengah-tengah. Kandati pun ditengah, ternyata ia lebih terkenal berbanding pangkat yang lain.

Seperti kolonel yang satu ini. Namanya gah di seluruh dunia, kerana sering menimbulkan kontroversi. Suka memicu kemarahan Paman Sam. Sosok itu tidak lain Kolonel Muammar Gaddafi. Ketua negara Republik Rakyat Libya. Kolonel dalam angkatan tentera Libya itu, 20 tahun lalu telah melakukan rampasan kuasa yang berjaya. Sekarang antara salah seorang ketua negara paling lama memerintah di dunia

Tapi anehnya, pangkat tenteranya itu tidak pernah naik. Kekal sebagai Kolonel seperti dulu. Walhal kalau ia mahu pangkat jeneral atau field Mahshal sakalipun tiada siapa yang menghalang. Apa rahsiannya sehingga Muammar Gaddafi sehingga sekarang mahu pangkatnya kekal sebagai Kolonel, bukan jeneral?.

Kerana kolonel itu suatu pangkat yang boleh menimbulkan rasa gerun orang lain. Mereka yang berpangkat lebih tinggi terasa dikejar kolonel, sehingga menimbulkan rasa cemburu. Posisinya ditengah-tengah juga bermakna ia boleh menyiku yang di bawah, juga menjeling yang di atas. Ia boleh memerhatikan yang di atas, juga yang di bawah. Barangkali itulah sebabnya Gaddafi tidak mahu dinaikkan pangkat.

Di Malaysia sekarang heboh tentang Kolonel Mat. Siapa Kolonel Mat itu? Kalau Pak Mat yang berkerja sawah di Padang Pak Amat atau Mek Jah gelang separuh lengan yang berniaga di pasar Siti Khatijah menyebut demikian, pasti tiada siapa yang ambil peduli. Tapi oleh kerana ia keluar daripada lisan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Pas merangkap Menteri besar Kelantan maka nama itu menjadi nama besar, masuk suratkhabar dan menjadi perhatian umum.

Siapa sebenarnya Kolonel Mat ini? Sampai sekarang publik masih tertanya-tanya, siapa Kolonel Mat yang dimaksudkan Tok Guru. Adakah Kolonel Mat itu wujud atau tidak. Yang menjadi tanda tanya dan menimbulkan kemuskilan umum kerana selama ini Tok Guru tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi mengambarkan tentang individu tertentu yang cuba menganggu gugat posisinya sebagai Menteri Besar Kelantan. Justeru bila beliau menyebut Kolonel Mat orangnya, maka tercetuslah satu isu besar di negeri Serambi Mekah, bahkan di Kuala Lumpur.

Tok Guru barangkali seperti ulamak-ulamak silam, suka menggunakan bahasa kiasan sewaktu menyampaikan kuliah atau menyampaikan sesuatu untuk umum yang berbau politik. Mulah Nasarudin Hoja, seorang tokoh sufi terkenal sekitar tahun 600an hijrah misalnnya, semua inti pengajarannya menggunakan bahasa kiasan. Bahkan tersangat humoris. Tapi itulah praktik difikirnya sangat releven dalam memberi latihan-latihan kerohanian kepada murid-muridnya. Tokoh-tokoh sufi lain yang mengambil pendekatan yang sama ialah Bakri Mustafa, Injili Charush, Korogulu, Keloglan dan sederet panjang lagi.

Saya teringat suatu masa dulu, bahkan sekarang pun. Orang Kelantan, terutama golongan tua; bila mereka tidak tahu, perkara buruk telah terjadi kepada seseorang, ternakan dan tanaman. Mereka tidak mengatakan tidak tahu, sebaliknya menggunakan perkataan lain mengantikan tidak tahu itu. Mislanya; Kelmarin anak ayam ada lima ekor, tapi hari ini tinggal tiga, yang dua ekor lagi ke mana? Mereka menjawab; dua ekor lagi dimakan “benda”. Walhal binatang yang bernama “benda” itu tidak wujud di dunia. Tujuan mereka mengatakan demikian, kerana tidak mahu berbohong, sedangkan mereka tidak nampak siapa yang memakan anak-anak ayam itu, mungkin dimakan helang atau biawak.

Barangkali Tok Guru Nik Abdul Aziz juga menggunakan pendekatan sedemikain. Kolonel Mat itu hanya seperti “Benda” sebagai gantinama kepada sosok lain. Yang mungkin juga wujud atau mungkin juga tidak!

Thursday, November 26, 2009

Padang Arafat; cinta Adam Hawa bersemi




Oleh: Rossem

Ada orang bertanya; di muka bumi ini di mana tempat mengembirakan sekali bagi anda? Saya jawab, Mekah dan Madinah terutama di musim haji. Kenapa tidak di tempat lain. Di tempat lain gembiranya berbeda, ia hanya seperti ilusi mimpi yang muncul dalam sekelip mata, kemudian berlalu atau seperti awam berarak kemudian hilang entah ke mana. Berbeza dengan dua kota suci itu, memandang fotonya saja sudah bisa membangkitkan aura, keinginan dan semangat, apa lagi bila sudah menjejakkan kaki di kota Nabi Allah Ibrahim itu. Pasti air mata mengalir tanpa disedari. Seberkas kenangan abadi dalam hati nurani paling dalam akan bersemadi. Ingatannya tidak mudah luput meskipun bertahun-tahun berlalu.

Kemuncak ibadah haji ialah di Arafat. Saya masih bisa mengingati situasi dan kondisi di sana biarpun sudah empat tahun berlalu. Manusia Muslim yang berpakaian ihram tampak bagaikan gelombang samudera putih bergerak dalam satu saf yang besar melewati tanah gersang yang berbukit-bukit dengan satu matamat, Menyahut panggilan Allah SWT.

Arafat melambangkan awal kehidupan manusia di muka bumi. Di dalam riwayat Nabi Adam a.s dikatakan: Setelah turun ke bumi Adam bertemu dengan Hawa di Padang Arafat. Di tempat itulah mereka saling berkenalan.

Adam turun ke bumi kerana diusir dari syurga setelah mengingkari perintah Allah. Kenapa demikian? Walhal di syurga hidupnya sarat dengan kesenangan, kemewahan, kenikmatan, kepuasan.

Ada sesuatu yang diinginkan Adam a.s di Syurga, yang tidak bisa diperolehinya, iaitu berkasih sayang dengan Hawa. Justeru Adam sanggup meninggalkan negeri (syurga) limpahan kemewahan itu dan sebagai gantinya Allah SWT meletakkannya dalam dunia yang penuh dengan “penderitaan, ketamakan, pembunuhan”.

Itulah awal kehidupan manusia (Adam) yang memiliki kesedaran, suka memberontak, memiliki tanggungjawab. Adam diusir daripada syurga. Ia kesepian. Dunia ini adalah penjara bagi dirinya. Ia menerima hukuman terhadap pemberontakannya. Lalu bertaubat dan taubatnya diterima Allah SWT.

Apakah hubungan haji dengan semua ini? Haji melambangkan pertaubatan manusia, termasuk kesedaran dirinya yang mencakup perasaan terasing dan terbuang. Sebagai akibatnya timbullah tekad untuk “kembali” kepada Allah.

Peralihan “Adam yang berada di syurga” menjadi “Adam yang berada di dunia” merupakan pencerminan dari karekter dan tingkah laku manusia pada zaman sekarang. Suka memberontak, agresif dan sering terjebat dengan bujukan syaitan dan Hawa.

Percikan cinta yang pertama sekali dalam pertemuan Adam dengan Hawa menyebabkan mereka saling memahami. Itulah petanda pertama dari pengetahuan! Adam mengetahui isterinya mempunyai jenis kelamin yang berbeza, tapi mempunyai naluri yang sama dengan dirinya sendiri.

Adam bertemu dengan Hawa (yang memiliki jenis kelamin yang berbeza). Mereka bertukar pendapat dan akhirnya saling memahami. Kehidupan “individual” mereka berakhir dengan terciptannya sebuah keluarga. Keluarga kecil itu kemudian menjadi besar dan terus membesar, membesar sehingga hari ini anak cucunya memenuhi setiap ruang muka bumi ini.

Ibadat haji, menjadikan diriku banyak berfikir tentang kebesaranMu dan KeagunganMu. Ibadat haji tidak sekadar rukun, sebaliknya tersirat makna. Jika mahu ditulis atau dibahaskan seputar makna dan falasafahnya, pasti tidak akan habis perbahasan itu. Sesungguhnya berada di dua kota suci, Mekah dan Madinah, terutama saat mengerjakan haji, pasti meninggalkan kesan yang mendalam kepada kita, kerana setiap yang dilakukan itu sarat dengan falasafah bagi mereka yang mengetahuinya.

Selamt mengerjakan haji semoga mendapat haji mabrul.

Thursday, November 19, 2009

Bola sekarang di kaki UMNO?



Oleh:Rossem

Sebuah email dari seberang dikirimkan kepada saya bertanya seputar bai’ah: Jatuh talak tiga terhadap isteri Wakil Rakyat PAS sekiranya mengkhianati parti. Saya ingin mendengar langsung dari anda seputar itu.

Terkejut sekali membacanya. Begitu pantas berita itu sampai keribaannya. Saya dan beliau rupanya mengetahui tentang bai’ah yang bunyinya sangat menakutkan itu dalam masa serentak.

Dalam dunia global seperti hari ini, walaupun teman saya itu berada di Indonesia, sementara saya di Malaysia, namun jarak yang jauh itu sedikit pun tidak menghalang untuk sama-sama berkongsi maklumat secara serentak. Internet tidak pernah mengenal sempadan yang boleh menghalang seseorang daripada mengetahui hal-hal yang berlaku di tempat lain, walau ribuan kilometer jarak sekalipun. Apalagi kalau beritanya itu berstatus keji, jelek atau berunsur fitnah yang terkait dengan Islam.

Seperti apa yang ditulis pada email itu. Berita seputar bai’ah dipetik daripada agensi berita Indo-Asian Service (IANS), Khamis, 7 November. Intinya, sebuah berita yang mengambarkan betapa jeleknya Parti Islam Semalaysia (PAS), sehingga sanggup berbai’ah menceraikan isteri sebagai satu upaya menghalang seseorang wakil rakyat mereka keluar parti atau mengkhianati perjuangan.

Seumur hidup saya, selama mendampingi PAS, tidak pernah mendengar lafaz bai’ah sedemikian. Hanya baru sekarang cerita itu terdengar di telinga. Saya cuba mencari sumber beritanya, rupanya ia terbit daripada lisan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama), Major Jeneral Jamil Khir Baharom. (saya kenal rapat dengan beliau kerana rumah kami di Kuala Lumpur berdekatan, sering bertemu di masjid Syaidina Hamzah, Batu Muda). Kemudian kenyatan beliau disiarkan dalam akhbar.

Di mana pula sang menteri memperolehi maklumat itu? Saya cuba mencari akar tunjangnya. Rupannya daripada lisan wakil rakyat PAS sendiri, iaitu Ahli Parlimen Shah Alam, Selangor, Khalid Samad. Dalam satu pengakuan beliau, kemudian pengakuan itu dipetik akhbar. Sementara Jamil Khir hanya memberi respons keesokan harinya.

Kalau pengakuan daripada Ahli Parlimen PAS sendiri maka berita itu pasti benar. Bai’ah mungkin adalah pengalaman langsung daripada beliau. Saya bingung, bagaimana isteri yang dicintai dijadikan sebagai cagaran dalam sebuah perjuangan kepartian. Apakah bai’ah seperti ini pernah dilakukan Rasulullah saw dan para sahabat baginda sebagai pengikat kesetian kepada perjuangan Islam. Ha-hal seperti itu menerjah minda saya, lalu cuba mencari jawapan yang sahih sepantas mungkin.

Kalau Rasulullah saw tidak melakukan, tapi PAS melakukan bai’ah dengan lafaz sedemikian bermakna perbuatan itu tidak selari dengan yang dikehendaki Islam, akibatnya pasti tidak baik kepada PAS, kemungkinan tidak disenangi golongan ibu-ibu. Pasti kaum wanitanya akan benci dan perlahan-perlahan meninggalkan parti. Jika perkara ini berlaku, PAS akan rugi kerana majoriti pengundi parti itu ialah kaum wanita.

Pemimpin PAS pertama yang memberi reaksi ialah Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau menafikan wujudnya lafaz bai’ah dengan menyebut jatuh talak tiga kepada isteri sekiranya Wakil Rakyat itu keluar parti. “Ia tidak pernah dibuat di Kelantan” Katanya. Walaupun bai’ah atau akur janji itu memang wujud, tapi lafaznya bukan seperti itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, setelah diarahkan pucuk pimpinan telah melakukan penyiasatan terperinci mengklimkan bahawa PAS sejak menyertai pilihan raya beberapa dekat lalu, tidak pernah ada bai’ah seperti itu melainkan bai’ah rasmi yang dibaca bagi memastikan calon wakil rakyat tidak mengkhianati parti.
Bai’ah rasmi itu hanya menyebut mengenai laknat Allah terhadap mereka yang khianat terhadap perjuangan parti dan langsung tidak menyatakan selain itu.

Lafaz itu berbunyi “Bismillahirrahmanirrahim. Wallhi Wabillahi Watallahi. Bahawa saya Sipolan bin Sipolan yang diamanahkan oleh PAS untuk bertanding dalam pilihan raya bersumpah dengan nama Allah bahawa sama ada saya menang atau saya kalah di dalam pilihan raya ini saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti. Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan ini maka saya akan dilaknat oleh Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat”.

Isu bai’ah pun noktah. Tidak dapat dipanjangkan oleh musuh-musuh PAS yang mahu melihat agar parti Islam itu tampak jelek di mata umum. Ia ibarat tali sudah tersimpul pada hujungnya. Hakikatnya umum telah memahami bahawa PAS memang tiada membuat bai’ah seperti yang didakwa itu secara rasmi. Kemungkinan hanya dilakukan Wakil Rakyat tertentu dengan sebab-sebab tertentu di luar pengetahuan kepimpianan parti itu.

Namun isu lain dicari buat mengantikan isu bai’ah itu. Lalu ditemui seberkas lagi yang ternyata lebih hangat.

Terkini dan terkejut. Tiba-tiba media melaporkan; Tok Guru menunaikan ibadat haji tahun ini dengan tajaan ahli korporat. Sehingga Tok Guru kerkecil hati lantas membatalkan terus hasrat menunaikan ibadat haji pada tahun ini dengan serta merta.
Kebelakangan ini PAS diserang pelbagai isu secara bertali arus. Daripada isu Kerajaan Perpaduan, EGM yang bertukar kepada seminar, isu Dr Hassan Ali, JAIS /Dr Asri, bai’ah, isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) diziarahi pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Namun, antara yang paling brutal ialah perang antara Kickdefila dengan PMBK. Ia sangat mengkhuatirkan, kerana banyak pendedahan yang dibuat sang bloger itu dalam blognya. Peluru yang ditembaknya sering mengenai sasaran kerana Syed Azidi merupakan “orang dalam” yang pernah bekerja dengan Kerajaan Negeri Kelantan sejak 2006 di PMBK, bahkan ia bertanggungjawab langsung dengan Exco Kelantan Dato’ Haji Husan Musa. Publik akan akan tetap mengatakan Kickdefilla berada dalam posisi “benar” selama PMBK tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bloger itu demi untuk membersihkan namanya.

Benarlah seperti kata orang; sekarang bola berada di kaki UMNO!

Thursday, November 12, 2009

Banjir: Kebijaksanan negara jiran memudaratkan kita.




Oleh: Rossem

Hujan lebat pun turun!

Dulu, ketika hujan seperti itu berterusan empat atau lima hari, siang dan malam. Pasti kita akan menemuai dua wajah yang berbeza. Wajah senyum dan wajah duka. Senyum kerana hujan sudah turun dan sebentar lagi akan banjir. Duka kerana petaka banjir, rumah, tanaman, ternakan, musnah ditengelami air.

Yang senyum adalah kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa tentang petaka banjir, yang difikirnya cuma, banjir suatu pesta bermain air yang ditunggu-tunggu. Boleh berenang dan berakit. Sementara yang berduka adalah orang dewasa terutama ibu bapak. Mereka mengeluh, akibat banjir sesuatu yang berharga seperti rumah, ternakan, tanaman, akan rosak, mati, hilang dan sebagainya. Bahkan akan kehilangan sumber pendapatan dan kerugian besar. Juga dikhuatirkan, anak-anak ditelan air banjir yang deras seperti sering diberitakan dalam akhbar.

Pencarian rezeki pastinya kendala. Yang punya kebun getah tidak dapat menorah. Yang berkerja kontraktor tidak boleh beroperasi, yang berniaga kecilan-kecilan tidak dapat meneruskan perniagaan. Kecuali yang bergaji tetap, tidak terjejas rezekinya. Barangkali!

Tapi kebelakangan ini, banjir yang melanda desa-desa di daerah Meranti, Pasir Mas, luar biasa hebatnya. Walaupun hujan hanya turun kurang lebih selama tiga hari berturutan di negeri Kelantan, namun perkampungan di sepanjang Sungai Golok itu sudah bertukar menjadi sebuah tasek yang luas. Sesiapa yang melihatnya, tidak percaya bahawa tasek itu sebelum banjir mengamok adalah sawah padi dan lokasi permukiman warga yang hidup aman damai.

Kenapa terjadi begitu? Saya bertanya kepada salah seorang warga di desa itu, apakah sebelumnya banjir besar seperti ini pernah melanda perkampungan di sini? Jawapan yang diterima “Hanya dalam lima tahun kebelakang ini, banjir datang dengan sekala yang besar. Sebelumnya banjir tetap ada, tapi tidak sebesar sekarang”

Rupanya, banjir besar melanda desa-desa dalam daerah Meranti, seperti Kg. Kubang Pak Hitam, Kg. Siput, Tok Rusa, Kg. Maghribi, Kg. Lancang, Jejawi, Bongor, Jeram Perdah, Kg. Kelawar dan Bongor Nyiur adalah akibat daripada tindakan pemerintah Thailand membina benteng penahan banjir di sebelah negaranya, iaitu sepanjang Sungai Golok dari pekan golok sehingga ke Kg. Mundok, perbatasan antara Malaysia-Thailand lima tahun lalu. Sejak itu, setiap tahun air banjir yang melimpahi Sungai Golok tidak lagi memasuki Negera Gajah Putih itu, sebaliknya menghala ke Malaysia sehingga menjadikan daerah sempadan itu bagaikan sebuah tasek besar, seperti yang berlaku sekarang.

Tindakan pemerintah Thailand menyelamatkan negaranya dan membiarkan negara jiran dilanda musibah dianggap umum sebagai kebijaksanaan sepihak. Sehingga orang Meranti yang saya temui mengungkapnya secara sinis; Pemerintah Malaysia juga bijak, tapi kebijaksanaan itu kurang sedikit daripada Thailand. Dengan bahasa mudah ia berkiah; saya tidak takutkan isteri, cuma tidak berani. Saya tertawa sendiri mendengar sinis itu.

Banjir, menjadikan permukiman itu lumpuh total. Kereta, motosikal, terpaksa diparking di kawasan tinggi di luar perkampungan terlibat. Begitu juga dengan lembu kerbau, kambing, harus dicari lokasi lebih tinggi untuk menempatkan binatang ternakan itu. Sekolah ditutup. Kerja rutin warga terhenti. Hanya dengan boat saja boleh berhubungan dengan kawasan lain.

Dalam kondisi seperti ini, harapan warga hanya satu; ada tangan-tangan ikhlas yang sudi menghulurkan sumbangan berupa makanan asas seperti beras, ikan sardin, garam, gula dan kopi. Tanpa bantuan, untuk meneruskan kehidupan menjadi sukar. Justeru setiap mangsa banjir sangat mengharapkan insan yang sudi menghulur bantaun..
Di sini, kanak-kanak juga berwajah duka, tidak seperti tadi digambarkan. Bila hujan turun dan berlaku banjir, kanak-kanak dan remaja meneriakkan ye ye lantaran boleh berpesta banjir. Di sini, seperti ibu bapa mereka, berwajah teduh, termagu di beranda loteng rumah melihat air bah yang memenuhi halaman rumah. Dengan dapur tidak berasap. Mereka menunggu sebuah harapan; kalau-kalau ada wakil rakyat datang menjengok, melihat nasib diri.

Tanggal 11 November 2009 saya mengikuti ADUN Meranti, merangkap Speaker Kelantan, YB Ustaz Haji Nassuruddin Haji Daud dan ADUN Ayer Lanas, YB Usataz Haji Abdullah Haj Ya’kub untuk bersilaturahim ke rumah-rumah warga mangsa banjir di kawasan DUN Meranti. Kebetulan Ustaz Haji Abdullah berasal kawasan ini. Mereka ternyata sangat gembira sekali dengan kedatangan Wakil Rakyat mereka. Sambil menghulurkan sumbangan bantuan seadanya.

Saya “malu sendiri” dengan YB Nassuruddin, kerana beliau sendiri yang memandu boat merentasi “tasek” banjir untuk ke perkampungan menemuai dan bertanya khabar mangsa. Pernah boat kami berpusing dan merempuh longgokkan sampah saat melewati air deras. Namun kemahiran beliau mengemudi, akhirnya boat yang memuatkan empat penumpang itu kembali stabil, dan menerus kan perjalanan.

Sunday, November 8, 2009

Zaman Inggeris tauliah, selepas merdeka pun tauliah


Oleh: Rossem

Tentang larangan mengajar agama di tempat-tempat tertentu sudah wujud sejak sebelum merdeka. Dan waktu itu tentunya atas titah kolonial Inggeris. Surat khabar Utusan Melayu tanggal 10 Mei 1955 bersamaan dengan 18 Ramadhan 1374 (harga 15 sen) mencatatkan: Syarahan -syarahan politik di bangunan Majlis Agama Islam (MAIK), Masjid-masjid, surau-surau di negeri Kelantan adalah ditegah mulai 1 Mei yang lalu. Demikian pemberitahuan MAIK kepada semua pertubuhan politik, iman masjid, surau dan orang ramai. Kecuali setelah mendapat kebenaran pihak Majlis.

Titah larangan ini tidak saja berlaku di Negeri Kelantan bahkan di negeri-negeri lain di semenanjung termasuk Selangor. Ia sudah dikuatkuasakan lebih 60 tahun namun larangan itu masih berkuatkuasa sampai sekarang walaupun Malaysia sudah merdeka.
Ceramah politik , walaupun politik Islam tidak dibenarkan di Masjid dan surau. Dan sehingga saat ini kita tidak nampak bila larangan itu akan ditarik balik. Walhal politik Islam (siasah syariah) tidak terpisah dari Islam.

Fungsi masjid sebelum merdeka dan selepas merdeka dihadkan kepada peribadatan ritual semata-mata. Ceramah-ceramah yang disampaikan guru-guru agama hanya berkisar seputar ibadat itu, manakala untuk mengetahui politik Islam secara mendalam harus ke tanah lapang, bentang tikar dan duduk sambil mendengar pidato yang disampaikan penceramah PAS.

Kalau siasah syariah tidak terpisah dari Islam, justeru kenapa tidak dibenarkan mempelajarinya di Masjid? Jawapannya sangat mudah. Kerana sistem sekular yang menjadi anutan pemerintah tidak mahu politik (walaupun politik Islam) dibawa masuk ke dalam masjid. Masjid itu suci, jangan dikotori dengan sampah politik. Kerana bagi mereka, politik adalah kotor, bergelumbang dengan korupsi dan penyalahgunaan kuasa.

Jadinya, masjid dan surau hanya untuk tempat ibadat ritual semata-mata. Itu pun ada batas tertentu. Sesiapa mahu mengajar di masjid, surau dan di rumah-rumah persendirian ditetapkan harus dengan kebenaran Jabatan Agama Islam Negeri. Dengan kata lain perlu ada surat tauliah. Tanpa surat tauliah boleh ditangkap dan dihukum.
Sedangkan setiap umat Islam disarankan Nabi SAW: Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.(Riwayat al-Bukhari).

Isu tauliah panas kembali dengan penahanan Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd. Asri Zainal Abidin, saat sedang memberi kuliah agama di rumah seorang ahli korporat di Uky Heigt, Ulu Klang, Selangor tanggal 2 November 2009. Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak menahan beliau setelah mengintip aktiviti Dr Asri sekian lama. Dan kesalahan mudah yang boleh dikenakan kepada doktor alumni universiti Jordan itu ialah mengajar tanpa tauliah, kerana sememangnya Dr Asri tidak punya tauliah.

“Isu tauliah mengajar agama adalah isu lapuk yang diwarisi sejak zaman penjajah” Demikian kata Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya. Mufti penganti Dr. Asri itu menganggap tauliah itu satu peraturan bersifat dua mata yang boleh “membunuh tuannya” jika disalahgunakan, malah lebih parah jika digunakan pihak tertentu yang berselindung di sebalik posisi sebagai penemuduga atau penyemak kelayakan sebelum diberikan tauliah.

Mereka yang menapis pemberian tauliah perlu telus dari segi prosedur kerana mereka bertindak bagi pihak jabatan agama dan Ketua Agama Negeri berkenaan. Apa benar wujud standard dalam proses pemberian tauliah sehingga mereka yang berkelulusan agama dari institusi Islam yang diiktiraf perlu ditapis dan diselidik?
Adakah lojik mereka yang lebih rendah kemahirannya menilai kelayakan orang yang lebih tinggi kemahirannya?

Setiap tindakan hendaklah perlu ditekankan bagaimana untuk memastikan praktik Islam di Malaysia menepati kehendak al-Quran dan Hadis.Dan setakat yang ketahui, Dr Asri, setiap bicaranya masih berkisar dalam ruang lingkup al-Quran dan Hadis. Sementara Majlis Fatwa Kebangsaan pun tidak pernah memutuskan bahawa apa juga ajaran yang disampaikan mantan mufti Perlis itu sesat.

Justeru ramai yang kecewa dengan penahanan Dr Asri termasuk Perdana Menteri Datu Seri Najib Tun Razak, sehingga sebahagiannya mensifatkan penahanan itu sebagai bersifat dendam peribadi pihak tertentu yang mahu mengaibkan pihak lain melalui permainan salah guna kuasa.

Kekecewaan umum itu terbit dari rasa keanehan yang mendalam, bagaimana seorang bertaraf mufti, berpelajaran tinggi sehingga memiliki ijazah kedoktoran di bidang pengajian al-Quran dan Hadis sesuka hati diperlakukan seperti orang lain.

“Sewaktu berjawatan mufti Perlis pun, saya adalah satu-satunya mufti yang tidak diizinkan berceramah, kuliah dan mengajar di Selangor. Saya masih tertanya-tanya, apakah kayu ukur yang dipakai JAIS bagi membolehkan saya memperolehi tauliah” Ungkapan itu beberapa kali diluahkan Mantan Mufti itu setiap kali ditanya wartawan.

Justeru dalam hal ini, sesuai dengan perkembangan waktu dan semangat zaman, setiap Jabatan Agama Islam Negeri, terutama JAIS perlu gubal garis panduan sebenar atau perbaharui peraturan lapok supaya memudahkan seseorang yang layak untuk menjadi pensyarah atau mengajar agama. Kerana cara yang digunapakai sekarang sangat mengelirukan, bahkan boleh menjadi bahan lucuan dalam masyarakat. Kita tidak mahu, Islam berada dalam persepsi yang kurang enak di mata umum khususnya non Muslim.

Thursday, November 5, 2009

JAIS, Dr Maza dan Wahabi

Oleh: Rossem

Seorang lelaki yang mendakwa “Rasul Melayu” ditangkap di Ulu Klang, Selangor. Pria yang sudah melewati 59 tahun itu dicekup pengguat kuasa agama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di rumah anak perempuannya setelah JAIS memburunya hampir setahun. Akhirnya sang rasul palsu itu dijatuhkan 10 tahun penjara, denda RM16,500 dan enam sebatan. Pengikut-pengikutnya, yang barangkali jumlahnya juga ramai terkedu dan berdukacita. Anak lelakinya berusia 30an menunjukkan simbol lucah kepada hakim saat sang hakim menjatuhkan hukuman terhadap bapaknya. Lantas sang anak itu juga ditangkap dan dipertuduhkan menghina mahkamah, selain sedang mencari bukti untuk tuduhan selanjutnya yang terkait dengan ajaran sesat.

Hari ini (2 November 2009), Mantan Mufti Perlis Darul Sunnah (Dulu Indera Kayangan), Dr. Mohd Asri Zainal Abidin ditahan saat memberi ceramah agama di sebuah Banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Klang. Kurang lebih 100 orang hadir mendengar kuliah tersebut termasuk dua orang wakil Rakyat Selangor dari PAS. Setelah dibawa ke Mahkamah dan menunggu lebih tiga jam, namun tiada pertuduhan dibacakan ke atasanya, lalu beliau dilepaskan dengan bon.

Sangat aneh, tangkapan yang kononnya dirancang bertahun tapi kertas pertuduhan tidak siap. Publik mula mempersoal JAIS. Kredibiliti jabatan agama mula dipersoalkan. Siapa dibelakang “pemetasan teater” hebat itu. Apakah ianya satu bentuk serangan untuk memburuk-burukkan imej kerajaan PR atau agenda pihak tertentu untuk menjatuhkan Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang mutakhir ini di himpit kontroversi, menjadi misteri sehingga hari ini.

14 NGO Islam mengemukakan protes lewat media. Sementara individu-individu yang prihatin tidak putus-putus menulis menyatakan kekesalahan mereka di atas penahanan ulamak muda yang idea dan saran-sarannya semakin diminati ramai.

Ternyata, Oktober dan November bulan panas di Selangor. Bulan menuding jari ke arah JAIS. Pastinya kepada sosok yang bernama Datuk Mohamed Khusrin Musnawi serlaku pengarah. Seberkas pertanyaan dituding ke arahnya: Kenapa Dr Asri atau nama penanya Dr Maza ditangkap. Dan kenapa rasul Melayu dibiarkan begitu lama untuk menangkapnya. Pemburuan rasul Melayu itu hampir menyamai dengan kisah Ayah Pin di Terengganu. Ayah Pin yang licik itu sehingga saat ini masih bebas. Jabatan Agama Islam Terengganu (JAIT) masih belum bertemu atau sengaja mengelak daripada bertemu dengan penyebar ajaran sesat itu. Namun kepada JAIS, sekalung bunga untuknya, disebabkan kerja keras kakitangannya, akhirnya Rasul Melayu berjaya diberkas seterusnya didakwa di mahkamah.

Terbukti, dalam hal “tangkapan” JAIS lebih ke depan dari JAIT. Publik sangat menghargainya. Namun tangkapan yang dilakukan ke atas sosok yang bernama Dr Maza pula membingungkan banyak pihak. Apakah tangkapannya disebabkan Doktor Falasafah dari Universiti Jordan itu tidak memiliki tauliah mengajar agama dari JAIS atau inti ceramahnya terkandung insur-unsur yang bercangah dengan Islam atau membawa ajaran sesat? Publik semacam tidak sabar menunggu untuk mengetahui jawapannya. Dengan kata lain, pertuduhan apa sebenarnya yang bakal dikenakan terhadap mantan Mufti itu di mahkamah syariah nanti?

Kesalahan rasul Melayu sangat jelas. Menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan syariat Islam. Pengikutnya tidak perlu mendirikan solat lima waktu, puasa, haji dan sebagainya. Justeru tangkapan terhadapnya menjadi wajar.

Sedangkan DR. Maza, daripada sudut pandangan dan praktiknya yang terkesan ialah wujudnya ajaran-ajaran kemiripan Wahabi terutama lewat tulisannya di koloumn akhbar, blog, seminar dan kuliah (ceramah). Barangkali atas faktor inilah makanya sekelompok tertentu umat Islam di Malaysia tidak menyenanginya dan minta dipantau seterus diambil tindakan oleh pihak berwenang.

Lalu kita pun ingin melontar seberkas pertanyaan. Apakah Wahabi itu sesat? Kalau jawapannya “sesat”. Bagaimanana umat Islam Malaysia yang menunaikan ibadat Haji di Mekah mengerjakan solat berjamaah, sedangkan imam di sana adalah Wahabi.

Dalam hal ini, saya teringat seorang pembenci ekstrem aliran Wahabi di Kelantan suatu ketika dulu. Suatu saat dia ke Mekah menunaikan haji. Sewaktu di Tanah Suci dia solat bersendirian di Masjidil Haram, kerana tidak mahu berimamkan imam Wahabi, begitu juga di Masjid Nabawi di Madinah, dia pergi lambat di Masjid kerana mahu mengelak dari solat berimamkan orang Wahabi. Akhirnya siapa yang rugi. Pasti diri sendiri, disebabkan ketaksuban kepada guru tertentu secara semborono.

Bahkan ramai dikalangan jamaah haji Malaysia yang saya perhatikan sewaktu ke Tanah Suci dulu tidak pergi solat berjamaah di Masjidil Haram, mereka solat sendirian atau bersama keluarga di hotel penginapan. Namun saya tidak pasti kenapa mereka berbuat begitu, lantaran uzur atau apa.

Sekiranya Wahabi “tidak sesat” justeru kenapa diambil tindakan kepada penceramah seperti Dr Maza itu. JAIS boleh mengelak tidak mahu terjebat dengan isu Wahabi yang pastinya panas dan boleh mengheret pemasalahan lebih besar dalam masyarakat dengan pertuduhan itu cuma kerana Dr Maza mengajar tanpa tauliah di Negeri Selangor. Tapi publik pasti tidak puas hati selagi isu Wahabi tidak dikaitkan, kerana umum mahu tahu, bagaimana kondisi dan posisi Wahabi sebenarnya di mata ulamak Malaysia. Publik mahu penjelasan yang total.

Bahas seputar Wahabi pastinya panjang. Walhal asas pengajaran Wahabiyah yang berkembang di Semananjung Arab pada akhir abad 18 Masehi adalah semata-mata bertujuan memurnikan akidah umat Islam ketika itu yang banyak dirosakkan oleh praktik-prakik yang tidak sejalur dengan apa yang diajari dan diamalkan Rasulullah
saw.

Cuma kebetulan, tegak berdirinya pemerintah Al Saud yang didokong Syeikh Muhamad Abdul Wahab (Wahabi) di Arab Saudi itu mendapat dokongan dan bantuan British yang berkesudahan dengan tumbangnya kekhalifah Islam Uthmaniyah yang berpusat di Turki. Maka dari sudut pandang politik, gerakan Wahabi ini ternyata telah memberi titik hitam dalam sejarah panjang kekhalifah Islam.

Sunday, October 25, 2009

Pak Din juga pejuang?


Oleh: Rossem

Kecapetan masih terasa. Badan masih lemah. Panorama Kg Bagan Pinang dengan deretan rumah-rumah tradisonal Melayu Negeri Sembilan dan banglo moden berbaris di sepanjang jalan yang sempit masih terbayang di ruang mata. Rumah Pak Din masih segar dalam ingatan. Juga wajah Pak Din yang sangat bersahabat.

Pak Din atau nama sebenar Jamaluddin sangat bejasa kepada sebuah perjuangan yang dimunculkan dalam sebuah masyarakat yang belum mengenali apa itu perjuangan Islam. Di tengah-tengah masyarakat seperti ini, hal-hal yang melibatkan hukum Islam terutama soal politik kenegaraan sering dihujah dengan seribu argumentasi yang mengeliru dan membingungkan oleh kaum sekular. Pak Din melewati detik-detik pahit seperti itu dengan sabar dan istiqamah. Ia sedar bahawa membantu perjuangan Islam akan berdepan dengan risiko, dileceh masyarakat dan diawasi para pemuka serta pendokong partai sekular, namun beliau tidak mahu kepatahan sayap dalam melebarkan ruh Islam terhadap lingkungannya. Biar seribu risiko, namun Pak Din tidak takut, apalagi mundur!.

Pak Din telah mendahului masyarakat di desanya Bagan Pinang dalam memahami apa erti kesyumulan Islam. Menurutnya Islam dan siasah tidak pernah terpisah walau sedetik. Ia tetap menyatu. Seperti penyatuan ombak Selat Melaka dan pantai Port Dickson pada setiap saat.

Dalam rumah Pak Din, yang separuh batu dan separuh kayu, sederhana tapi kemas, mantan tentera darat Malaysia itu mengantungkan potret Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pada dinding ruang tamu. Wajah ulamak itu seolah-olah merenung kami saat saya berbicara dengan Pak Din.

Potret Tok Guru itu tampak sedikit pudar warnanya. Mengambarkan usia pembikinannya. Dirakam saat mula menjadi Menteri Besar Kelantan-1990. Barangkali sudah lama tergantung di situ. Sekaligus memberitahu kita bahawa minat pesara tentera berusia 63 tahun pada sang tokoh itu bukan hanya baru setahun dua ini, pastinya sama usianya dengan potret itu dikeluarkan.

Saya telah menghadiahkannya sebuah potret baru Tok Guru yang berukuran lebih besar, siap dengan fremnya sekali, bagi mengantikan potret yang sedikit lusuh. Beliau senang sekali dengan hadiah itu, lantas dipeluknya saya. Namun saya bisikkan “ Exco Penerangan, Pembanguan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Dato’ Hassan yang meminta saya sampaikan kepada Pak Din”.

Di Malaysia hanya sebuah saja parti politik yang mengambil Islam sebagai dasar perjuangannya, iaitu Parti Islam Semalaysia (PAS). Parti itu telah memenuhi tuntutan Islam yang mengkehendaki agar urusan pemerintahan negara tidak terpisah dari agama. PAS telah berjuang untuk membetulkan persepsi salah ummah selama ini bahawa “agama suku dan politik suku” yang sekian lama ditanamkan kaum kolonil Inggeris yang menjajah Tanah Melayu ke dalam minda umat Melau /Islam selama kurang lebih 500 tahun adalah sebuah doktrin yang salah menurut Islam. Dan Pak Din telah mendahului yang lain dari kalangan warga di desanya dalam memahami Islam menurut sirah Rasulullah saw. Beliau kemudianya menjadi pendokong setia PAS! Seorang pemberani disaat orang lain dalam lingkungannya takut untuk mengklaimkan diri mereka sebagai Orang PAS.

Untuk apa menyertai PAS? Kerana matlamat penubuhan parti itu sangat jelas. Firman Allah SWT yang bermaksud “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)” (Q. Ali-Imran 3:104)

Pelaksanaan amar makruf dan nahi mungkar tidak akan terlaksana jika umat Islam tidak mempunyai kuasa (Kerajaan), kerana kerajaan saja yang dapat melaksanakan perintah dan larangan, apalagi untuk mempraktikkan perundangan Islam, oleh kerana itu, kita memerlukan kuasa kerajaan, maka untuk mendapatkan kuasa kerajaan haruslah lewat jalur politik. Tanpa politik, sesebuah jamaah Islamiyah hanya akan menjadi jamaah dakwah seperti ABIM atau Jamaah Tabligh saja, malah untuk mewujudkan jamaah seperti itu pun perlu berdaftar mengikut undang-undang negara ini.

PAS di Negeri Sembilan baru bertatih. Sedangkan di Kelantan sudah lama bertapak. Di Kelantan ditubuhkan ekoran daripada penubuhan PAS Pusat di Butterworth 1951 sebagai cetusan semangat perjuangan Islam yang dipelopori Pertubuhan Hizbul Muslimin di Gunong Semanggol, Perak, dan perjuangan Islam yang dipelopori MASYUMI di Indonesia ketika itu.

Nama Gunong Semanggol sangat sinonim dengan perjuangan Islam. Sehingga penjajah Inggeris pernah mengingatkan “bahaya dari gunung”. Yang dimaksud “gunung” ialah Gunong Semanggol, di Perak.

Dan Pak Din dari Bagan Pinang, juga asalnya dari Gunong Semanggol, Perak. Isterinya saja tempatan. Justeru tidak hairan semangat “Gunong Semanggol” masih melekat dalam jiwanya, sehingga merelakan halaman rumahnya digunakan Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan sebagai tapak Pameran Kenali Kelantan 2009 selama 10 hari, meskipun masyarakat sekitarnya khususnya dari UMNO melihatnya bagaikan harimau mahu menerkam.

Pak Din bertuah, sepanjang 10 hari itu rumahnya dikunjungi tetamu yang sebelum ini tidak pernah terbayang bahawa suatu hari akan bersilaturahim ke rumahnya. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Haji Ahmad Yakob, Exco-Exco seperti Dato’ Haji Husam Musa, Dato’ Haji Mohd Amar Abdullah, Dr Mohamed Fadzli Dato’ Hassan, Haji Abdul Fattah Mahmood, Mejor (B) Md. Anizam Abd Rahman, Haji Che Abdullah Mat Nawi dan Hjh Wan Ubaidah Omar. Juga beberapa Wakil Rakyat dari Kelantan.

PAS memerlukan lebih ramai sang pemberni seperti Pak Din untuk kelangsungan perjuangan Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Wednesday, October 21, 2009

Tahniah SBY. Semoga Malaysia-Indonesia tambah akrab

Oleh: Rossem

Akhirnya Susilo Bambang Yudhoyono (SBY), mantan jeneral, 60, diangkat menjadi Presiden Republik Indonesia bagi penggal kedua untuk tempoh 2009 -2014. Pasangan duetnya, Boediono pula sebagai Naib Presiden. Keduanya memenangi pilihan raya presiden dan naib presiden yang berlangsung 8 Julai lalu.

Pada pemilihan tersebut, saingannya, Megawati Soekarnoputri - Prabowo Subianto dan Jusuh Kalla-Wiranto kalah. SBY- Boediono menang besar.

Rakyat Malaysia merasa lega dengan kemengangan SBY, seorang pemimpin yang cool, tidak cepat emosioal. Kemenangan itu sekurang-kurangnya memberi impak lumayan buat hubungan antara dua negara serumpun bangsa dan budaya, yang mutakhir ini sedikit suram.

Hari ini (20 Oktober 2009), berlangsung majlis angkat sumpah dan pemasyhuran Presiden SBY, disaksikan lebih 220 juta rakyat Indonesia lewat siaran langsung oleh hampir semua stesen televisi Indonesia. Tambah menarik, majlis keramat itu dihadiri Perdana Menteri Malayia (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak. Kehadiran PM di tengah-tengah suhu kebencian mendalam sebahagian rakyat Indonesia terhadap Malaysia sekurang-kurang bisa menjernihkan kekeruhan hubungan antara dua negara.

Sebuah foto, SBY bersalam dengan Najib yang disiarkan dalam Koran Malaysia, Utusan Malaysia dengan masing-masing melontar senyum, memberi makna yang mendalam bahawa, dua rumpun bangsa yang seagama, sebudaya dan sebahasa ini tidak bisa dipisahkan meski dengan terjahan tsunami apa pun dan sampai kapan pun.

Makna disebalik gengaman tangan dan senyuman itu ialah sebuah pengakuan bahawa kita tetap bersaudara, walaupun terdapat wajah-wajah hodoh yang cuba mengadu domba, memicu persengketaan.

“Kehadiran saya amat dialu-alukan dan diterima dengan tulus ikhlas. SBY sendiri mengucapkan terima kasih dan memberitahu sebagai balasan Malaysia menjadi negara pertama akan dilawati iaitu tanggal 11 November ini” Ujar Najib setelah ditanya media.

Malaysia dan Indonesia sentiasa mencari jalan dalam menyelesaikan sebarang isu berbangkit. Problem yang dihadapi kini ialah hubungan antara rakyat berikutan terdapat kelompok kecil yang terpengaruh dengan liputan media, sedangkan hubungan antara kepimpinan kedua-dua buah negara serumpun sememangnya dalam kondisi baik dan selesa.

Hakikatnya persengketaan yang disebabkan perebutan budaya antara dua negara sangat menyedihkan kita, kerana Indonesia dan Malaysia, seperti kita ketahui, merupakan dua negara yang saling berkongsi budaya dan adat resam satu sama lain. Tidak wujud tiru-meniru atau pengambilan hak pembudayaan tradisi antara masyarakat kedua-dua negara ini.

Misalnya, masyarakat Indonesia asal Sumatera Barat yang telah berhijrah ke Negeri Sembilan beratus-ratus tahun dulu, bebas mempraktikkan adat istiadat mereka. Masyarakat Jawa yang berhijrah ke Selangor dan Johor juga demikian. Bahkan, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengariskan bahawa satu-satu kaum yang berhijrah antara satu perbatasan dengan perbatasan yang lain, berhak membawa budaya dan cara hidup tradisi, samada menerusi bahasa, muzik atau pembudayaan lain.

Oleh itu soal budaya tidak seharusnya dipermainkan oleh media Indonesia sehingga Malaysia tampak sebagai sebuah negara yang hanya bersifat mempertahankan hala tuju pembudayaan sendiri.

Dengan perlantikan SBY memimpin bangsa Indonesia, rakyat Malaysia mengharapkan situasi dan kondisi hubungan antara dua bangsa serumpun bisa dijernihkan kembali. Kerana kita tahu, SBY seorang yang sentiasa mendepani keakraban. Kita tidak mahu mengulangi sejarah persengketaan panjang dan meletihkan seperti berlaku di era Presiden Sukarno- 1960an.

Thursday, October 15, 2009

Jangan tanya siapa menang, tanyalah siapa kena pukul.


Oleh: Rossem

Kumpulan pemuda bermotorsikal itu melewati jalan-jalan sempit di Kg Bagan Pinang, Port Dickson setiap petang, sambil membawa bendera besar yang belambang bulan purnama, saya melihat sendiri aksi mereka saat berdiri di situ, di hadapan tapak pameran “Kenali Kelantan 2009” anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.- lokasinya di tengah-tengah perkampungan tradisional Melayu Bagan Pinang. Bendera hijau dengan lingkaran buatan berwarna putih berkibar megah di tiup angin sejuk dari pantai Port Dickson ketika bendera kemegahan PAS itu diarak.

Mereka bukan Mat Rempit, bukan juga pelumba haram. Mereka adalah para pendokong PAS yang terpanggil untuk menyatakan bahawa “kami adalah sebahagian dari perjuangan anda”.

Kenapa justeru menyatakan sebahagian dari perjuangan anda? Kerana para pembawa bendera bermotorsikal itu terdiri non-Muslim, dari kalangan pemuda-pemuda India yang benci kepada Barisan Nasional (BN). Mereka bangga dan telah menjadi pendokong PAS (PR). Aksi ahli kelab penyokong PAS itu berjaya menarik perhatian khususnya petugas parti PAS dari Kelantan yang turut datang berkempen di Bagan Pinang selama 10 hari.

Sokongan dari etnik India terhadap PAS sangat terserlah di kawasan pilihan raya kecil Bagan Pinang, kecuali di kawasan perladangan, kerana gerakgeri mereka sentiasa diperhatikan dan cuba dihalang daripada mendekati petugas Pakatan Rakyat (PR). Selain konvoi bermotosikal, mereka juga ikut hadir pada setiap ceramah parti tersebut. Terserlah juga ialah sokongan peringkat akar umbi dari kaum Cina, walaupun mereka tidak banyak terlibat dalam berkempen, namun setiap kali bertemu petugas PAS di pinggir jalan atau pos parti, diangkat ibu jari tanda sokongan.

Yang sedikit mendukacitakan ialah sokongan daripada orang Melayu tempatan tehadap parti PAS tersangat menimum. Di dalam Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang terdapat 13 ribu pengundi, 70 peratus adalah orang Melayu. Tapi cawangan PAS hanya ada empat buah saja. Sementara Ketua-Ketua Cawangan, setiausaha, jawatankuasa, bahkan Yang Dipertua Kawasan ramai diantaranya dipegang bukan penduduk asal Negeri Sembilan. Kebanyakannya asal Kelantan dan Kedah yang bekerja atau berkahwin dengan penduduk tempatan dan menetap di kampung tersebut. Juga terdapat dari kalangan bekas-bekas tentera yang memilih menetap di Bagan Pinang selepas tamat perkhidmatan.

Kelemahan diperingkat akar umbi itu menyebakan petugas PAS tidak dapat membuat culaan terhadap pengundi di kawasan masing-masing. Hal ini sangat menyukarkan mereka menjalankan tugas berkempen sepanjang 10 hari dari 2 sehingga 10 Oktober lalu.

Yang mengerakkan kempen rata-rata petugas-petugas PAS dari luar yang didatangkan ke Bagan Pinang. Petugas-petugas ini meskipun punya pengalaman luas dalam uslub kempen kerana pernah menjalankan tugas yang sama di tempat-tempat lain sebelum ini, namun tanpa pandun tepat daripada jentera parti tempatan pasti tidak dapat menjalankan tugsan dengan sempurna dan menepati sasaran. .

Petugas luar, lebih banyak melakukan kempen secara rambang, terutama dalam program dari pintu ke pintu. Cara demikian pasti merugikan masa, memandangkan tempoh berkempen yang singkat-hanya 10 hari. Sasaran yang harus diutamakan ialah pengundi “atas pagar”. Namun oleh kerana sistem culaan yang sudah lama dipraktikkan oleh PAS dan ternyata sangat berkesan itu terabai di sini, maka jentera kempen tidak dapat mengenal pasti siapa individu di atas pagar dengan tepat supaya mudah didekati.

Kelemahan-kelemahan ini sememangnya terserlah sejak awal kempen lagi, ditambah pula dengan undi pos yang pastinya memihak kepada BN, justeru kekalahan PAS pada PRK Bagan Pinang tidaklah memeranjatkan. Sesuatu yang sudah dijangka, dan pihak PAS menerima kekalahan itu dengan berlapang dada. Ia satu cabaran dan ransangan baru untuk bekerja lebih kuat di hari-hari mendatang.

Selanjutnya, pilihan raya kecil Bagan Pinang menyaksikan berlakunya provoksai yang melampau, sehingga PRK itu tercemar dengan pergaduhan. Ia berlaku setiap hari, seolah telah dirancang. Petugas-petugas PAS dipukul tanpa sebab, bendera dan lambang parti tu di koyak dan dibakar di beberapa tempat. Serangan ke atas pos-pos Bulan Purnama berlaku serentak di lokasi yang kurang kawalan, menyebabkan parti itu terpaksa mengerahkan lebih ramai petugas untuk menjaga pos-pos mereka. Serta mengiringi petugas-petugas al nisa dan muslimat saat bersilaturahim ke rumah-rumah warga.

Budaya samseng yang dipraktikkan UMNO telah meletakkan PRK Bagan Pinang yang terburuk pernah dialami dalam siri-siri pilihan raya kecil atau pilihan raya umum dekad ini. Hal ini mengingatkan kita kepada era 60an atau 70an, yakni era Pemuda Tahan Lasak mengugut dan menakut-nakutkan pengundi lawan agar jangan keluar mengundi, sehingga jambatan (gertak) pun dibakar.

Dua tiga hari terakhir kempen adalah saat kritikal, setiap petugas PAS diterjah kekhuatiran akan kemungkinan diserang bila-bila masa. Beberapa teman yang tiada berkesempatan ke Bagan Pinang lalu mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) bertanya; apakah PAS kemungkinan akan menang? Saya jawab “ Kami di sini tidak memikirkan parti mana akan menang. Yang kami fikirkan ialah siapa yang akan kena pukul atau tumbuk selepas ini”.

Begitulah bila demokrasi sudah dicemari oleh tangan-tangan yang mengagungkan demokrasi itu sendiri. Yang difikirkan adalah kemenangan cuma!

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H

Dari Rossem

Ramadhan pergi meninggalkan kita. Perpisahannya sangat berat. Ibarat berpisah dengan seorang kekasih yang sangat disayangi. Tahun depan bertemu lagi? Itu juga belum tentu, kerana manusia itu hidupnya ibarat berteduh di bawah sepohon pokok rendang daripada panas terik matahari. Bila matahari condong, panasnya akan terkena dan kita pasti tidak dapat menghindarinya lagi.

Di akhir Ramadhan seperti ini, hati kita terasa sangat kerdil bila mengingatkan kebesaran dan kekayaan Allah SWT. Barangkali disebabkan selama sebulan kita sangat dekat denganNya, makanya hati nurani pun jadi bersih kayak sehelai kain putih. Jalan berfikir kita pun jadi mudah. Terutama dalam mengkoreksi diri, mencari natijah yang terbaik untuk perjalanan hidup seterusnya.

Merenung ke dalam diri. Rupanya seseorang yang bernama manusia itu, yang dikatakan gagah, hebat dan igonis, namun jika diukur dengan keluasan alam raya ini, fizikal manusia itu cuma sebesar hama atau sebesar habuk paling halus. Contohnya, seseorang yang berdiri di depan rumah, ia tidak bisa dilihat oleh orang yang berada di belakang rumah. Yang berada di kota, tidak bisa dilihat orang yang berada di desa. Apa lagi yang berada di Malayisa, ia tidak bisa tampak orang yang berada di Sulawesi atau di mana-mana belahan dunia. Kerkerdilan itu hanya bisa terjelma bila kita sering mendampingi Yang Maha Hebat, yakni Allah SWT.

Belum lagi diukur dengan planet-planet yang berada di luar lingkaran bumi seperti Zahrah, Nuptune,Pluto dan sebagainya. Jika diukur dengan cakarwala yang disebut sebagi keluaga matahari itu pasti puluhan kali lipat kekecilan kita sehingga kuasa mikroskop yang tercanggih sekalipun tidak bisa membesarkan imej seorang manusia.

Menyedari kerkerdilan itu rupanya mengangkat derjat kita ke satu tingkat pemikiran; siapa sebenarnya kita di sisi Allah SWT.

Asal kejadian manusia adalah dari setetes air mani lelaki bercampur dengan air mani perempuan. “Sesungguhnya Kami ciptakan manusia daripada setetes mani yang bercampur, yang Kami hendak mengujinya (dengan ) perintah dan larangan, kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat” (al-Quran. S:al-Insan ayat 2).

Ayat selanjurnya “Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dari saripati yang berasal dari tanah. Kemudian Kami jadikan air mani (yang) disimpan dalam tempat yang kukuh. Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang, lalu tulang itu kami bungkus dengan daging, kemudian Kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain.” (al-Quran: S al-Mu’minuun, ayat 12,13,14).

Allah SWT menjadikan manusia tiada lain melainkan supaya lisan manusia itu berbicara, memberitahu pada yang tidak tahu, bahawa Tuhan itu wujud. Makhluk itu tidak terjadi sendiri melainkan ada pembuatnya. Ada kuasa yang menciptakannya. Dan kuasa itu tentulah yang Serba Maha. Dialah Allah SWT. Tuhan semesta alam.
Kalau bukan makhluk yang bernama manusia, maka siapa lagi bisa berbicara tentang kewujudan Allah SWT? Tentang Kemahabesaran Allah SWT? Tentang kehebatan Allah SWT? Sedangkan gunung, lautan, gurun pasir, tasek, sungai, pokok tidak punya lidah untuk berbicara tentang itu.

Manusia punya lidah, dengan lidah dapat membentuk lesan. Dengan tangan dapat menulis ungkapan. Semuanya boleh dimanfaatkan untuk menyampai sesuatu, sama ada yang hak dan batil. Alangkah ruginya bila lesan dan pena digunakan untuk menyampaikan yang batil. Dan bukan sedikit manusia yang telah tergelincir lidahnya saat bebicara. Wahai Ali, kuasailah lesan mu dan biasakan dia mengucapkan yang baik, benar, bertanggungjawab, kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari kiamat yang melebihi ketajaman lesannya. Demikian wasiat Rasulullah saw pada Sayadina Ali RA.

Tentang bicara, selanjutnya Rasulullah saw berwasiat pada menantu dan sepupunya Sayadina Ali RA; Wahai Ali, hendaklah engkau sentiasa jujur dalam bicara, dan menjaga perbicaraan dan amanat, dan hendaklah berjiwa sosial dan menjaga perut. Jangan berdusta kerana dusta itu menghitamkan muka dan bila seseorang sentiasa berdusta ia dinamakan pendusta di sisi Tuhan, dan bila ia benar maka ia akan dinamakan di sisi Allah sebagai orang yang benar. Sesungguhnya dusta itu akan menjauhkan iman.

Di hari raya aidilfitri yang mulia ini marilah kita merubah paradegma kita daripada yang tidak baik kepada yang lebih baik. Jadilah kelmarin itu sebagai madarasah, agar kehidupan di hari mendatang lebih terjamin dan kita tidak lagi akan mengeluh; oh! Aku tersilap.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H. Maaf zahir batin.

Friday, September 18, 2009

Hari terakhir Ramadhan: Marilah koreksi diri

Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Perpisahannya sangat berat. Ibarat berpisah dengan seorang kekasih yang sangat disayangi. Tahun depan bertemu lagi? Itu juga belum tentu, kerana manusia itu hidupnya ibarat berteduh di bawah sepohon pokok rendang daripada panas terik matahari. Bila matahari condong, panasnya akan terkena dan kita pasti tidak dapat menghindarinya lagi.

Di akhir Ramadhan seperti ini, hati kita terasa sangat kerdil bila mengingatkan kebesaran dan kekayaan Allah SWT. Barangkali disebabkan selama sebulan kita sangat dekat denganNya, makanya hati nurani pun jadi bersih kayak sehelai kain putih. Jalan berfikir kita pun jadi mudah. Terutama dalam mengkoreksi diri, mencari natijah yang terbaik untuk perjalanan hidup seterusnya.

Merenung ke dalam diri. Rupanya seseorang yang bernama manusia itu, yang dikatakan gagah, hebat dan igonis, namun jika diukur dengan keluasan alam raya ini, fizikal manusia itu cuma sebesar hama atau sebesar habuk paling halus. Contohnya, seseorang yang berdiri di depan rumah, ia tidak bisa dilihat oleh orang yang berada di belakang rumah. Yang berada di kota, tidak bisa dilihat orang yang berada di desa. Apa lagi yang berada di Malayisa, ia tidak bisa tampak orang yang berada di Sulawesi atau di mana-mana belahan dunia. Kerkerdilan itu hanya bisa terjelma bila kita sering mendampingi Yang Maha Hebat, yakni Allah SWT.

Belum lagi diukur dengan planet-planet yang berada di luar lingkaran bumi seperti Zahrah, Nuptune,Pluto dan sebagainya. Jika diukur dengan cakarwala yang disebut sebagi keluaga matahari itu pasti puluhan kali lipat kekecilan kita sehingga kuasa mikroskop yang tercanggih sekalipun tidak bisa membesarkan imej seorang manusia.

Menyedari kerkerdilan itu rupanya mengangkat derjat kita ke satu tingkat pemikiran; siapa sebenarnya kita di sisi Allah SWT.

Asal kejadian manusia adalah dari setetes air mani lelaki bercampur dengan air mani perempuan. “Sesungguhnya Kami ciptakan manusia daripada setetes mani yang bercampur, yang Kami hendak mengujinya (dengan ) perintah dan larangan, kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat” (al-Quran. S:al-Insan ayat 2).

Ayat selanjurnya “Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dari saripati yang berasal dari tanah. Kemudian Kami jadikan air mani (yang) disimpan dalam tempat yang kukuh. Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang, lalu tulang itu kami bungkus dengan daging, kemudian Kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain.” (al-Quran: S al-Mu’minuun, ayat 12,13,14).

Allah SWT menjadikan manusia tiada lain melainkan supaya lisan manusia itu berbicara, memberitahu pada yang tidak tahu, bahawa Tuhan itu wujud. Makhluk itu tidak terjadi sendiri melainkan ada pembuatnya. Ada kuasa yang menciptakannya. Dan kuasa itu tentulah yang Serba Maha. Dialah Allah SWT. Tuhan semesta alam.
Kalau bukan makhluk yang bernama manusia, maka siapa lagi bisa berbicara tentang kewujudan Allah SWT? Tentang Kemahabesaran Allah SWT? Tentang kehebatan Allah SWT? Sedangkan gunung, lautan, gurun pasir, tasek, sungai, pokok tidak punya lidah untuk berbicara tentang itu.

Manusia punya lidah, dengan lidah dapat membentuk lesan. Dengan tangan dapat menulis ungkapan. Semuanya boleh dimanfaatkan untuk menyampai sesuatu, sama ada yang hak dan batil. Alangkah ruginya bila lesan dan pena digunakan untuk menyampaikan yang batil. Dan bukan sedikit manusia yang telah tergelincir lidahnya saat bebicara. Wahai Ali, kuasailah lesan mu dan biasakan dia mengucapkan yang baik, benar, bertanggungjawab, kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari kiamat yang melebihi ketajaman lesannya. Demikian wasiat Rasulullah saw pada Sayadina Ali RA.
Oleh: Rossem
Tentang bicara, selanjutnya Rasulullah saw berwasiat pada menantu dan sepupunya Sayadina Ali RA; Wahai Ali, hendaklah engkau sentiasa jujur dalam bicara, dan menjaga perbicaraan dan amanat, dan hendaklah berjiwa sosial dan menjaga perut. Jangan berdusta kerana dusta itu menghitamkan muka dan bila seseorang sentiasa berdusta ia dinamakan pendusta di sisi Tuhan, dan bila ia benar maka ia akan dinamakan di sisi Allah sebagai orang yang benar. Sesungguhnya dusta itu akan menjauhkan iman.

Di hari raya aidilfitri yang mulia ini marilah kita merubah paradegma kita daripada yang tidak baik kepada yang lebih baik. Jadilah kelmarin itu sebagai madarasah, agar kehidupan di hari mendatang lebih terjamin dan kita tidak lagi akan mengatakan; oh! Aku tersilap.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H. Maaf zahir batin.

Thursday, September 17, 2009

Sedih melepaskan Ramadhan pergi

Oleh: Rossem

Ramadhan yang sangat kita cintai akan meninggalkan kita. Kalaulah Ramadhan itu diibaratkan seorang kekasih, pasti pemergiannya akan diiringi dengan isak tangis. Itulah difinasi sebenar yang dialamai orang-orang yang beriman saat hari-hari terakhir bulan Ramadhan. Sedih dan pilu menyentap emosi, sehingga tidak sedar air mata menetes membasahi pipi, buat melepaskan Ramadhan pergi.

Madrasah Ramadhan 1430 akan menutup pintu, tapi kerinduan untuk bertemu kembali pada tahun-tahun mendatang tidak pernah luput dari hati nurani. Hanya Allah SWT saja yang dapat merealisasikan harapan kita. Hanya kepada Dia saja kita memohon, agar dipanjangkan usia, dapat bertemu lagi dengan kekasih yang sangat dicintai-Ramadhan Al Mubarak.

Mengimbas peribadatan kita selama sebulan di bulan Ramadhan, sesungguhnya sangat bermakna dan mengembirakan. Siang hari kita berpuasa, menahan lapar dan dahaga, menahan nafsu syahwat, mencermati tutur kata dan tingkah laku, mengawal emosi amarah. Maka pada sebelah malamnya kita mendirikan solat sunat tarawih berjamaah, witir, tahajud dan tadarus al-Quran selain solat-solat fardu yang lain (qiyamul-lail).

Sementara 10 terakhir Ramadhan kita berburu Lailatul Qadr. Yakni malam yang lebih baik dari seribu bulan. Allah SWT berfirman bermaksud “ Malam qadr itu lebih baik dari seribu bulan” (Q.S. al-Qadr. 87:3). Sementara Rasulullah saw pula bersabda bermaksud “Barangsiapa yang menegakkan ibadah pada (malam) lailatul qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka akan diampuni akan dosanya yang telah lampau.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Semuanya dilakukan secara ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan untuk mendapat ridhaNya, selain memperolehi ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT berbanding bulan-bulan selain Ramadhan.


Sepanjang bulan Ramadhan kita mendatangi masjid-masjid, surau, musalla dan khemah di dataran stadium yang disediakan kerajaan negeri, sehingga penuh sesak, bahkan ada sesetengah sehingga melimpah ke luar. Pemandangan ini sungguh sangat mengembirakan, tapi pertanyaannya, ke mana mereka setelah Ramadhan berakhir. Padahal solat tarawih hanyalah sunnah, sedang solat lima waktu adalah fardu yang wajib dilaksanakan secara berjamaah (bagi kaum lelaki yang mampu dan tiada keudzuran).

Selama sebulan dalam bulan Ramadhan, tutur bicara kita sangat cermat, tiada umpat mengumpat, tapi malangnya, sebaik saja melepasi Ramadhan tabiat lama pun hidup kembali, budaya mengumpat pun menjadi-jadi. Sepatutnya selepas keluar dari madrasah Ramadhan kita akan berubah daripada dahulunya kurang baik kepada yang lebih baik.

Namun kita tetap saja optimis. Usaha yang dilakukan kerajaan negeri Kelantan tanpa jemu ini akan membuahkan hasilnya insyaallah. Dan sebenarnya, sekarang pun sudah tampak keberhasilannya itu, antaranya, kadar celik agama bagi masyarakat Kelantan adalah tertinggi!

Akhirul kalam, setelah sebulan kita berpuasa, hari kemenangan pun tiba. 1 Syawal merupakan hari Aidil Fitri. Marilah kita merayakan hari raya Aidil Fitri itu perbanyakkan memuji Allah SWT, menziarahi sanak saudara serta bermaafan.

“Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin”

Friday, September 11, 2009

Kenapa rakyat Indonesia membenci Malaysia?

Oleh: Rossem

Terkadang kita hairan, kenapa mereka sering membangkitkan soal kebudayaan Indonesia yang dikatakan diciplak Malaysia, misalnya tarian Pendet Bali, dan sebelumnya lagu Terang Bulan, yang menjadi lagu kebangsan Malaysia, padahal lagu yang asal keroncong itu diberi izin Almarhum Presiden Soekarno pada awal 1960an untuk digunakan oleh Malaysia. Hal ini diakui sendiri waris pencipta lagu tersebut, Aden Bahri, anak kepada pencipta lagu tersebut, Alamarhum Saiful Bahri.

Tarian Pendet pula, Malaysia sendiri mengaku, sebuah syarikat periklanan yang dilantik (dari Singapura) telah salah memetik tarian tersebut, kemudian dimasukan dalam iklan promosi Malaysia yang disiarkan saluran Discovery Channel. Discovery Channel sudah pun memohon maaf di atas kesilapan tersebut.

Selanjutnya perlu diingat, bukankah budaya Malaysia-Indonesia itu sebahagiannya mempunyai ciri-ciri yang sama atau ada kemiripan antara satu sama lain. Hal ini disebabkkan latar belakang budaya negara serumpun bangsa itu saling kait mengait. Sejarah dan peta besar Nusantara itu sendiri merangkumi dua buah negara itu yakni Indonesia, Malaysia, selain Singapura, Brunai Darulsalam, Selatan Filipina dan Selatan Thai.

Di Malaysia, budaya Indonesia di bawa dan dikembangkan oleh orang -orang Jawa, Bugis, Minang, Acheh, Banjar yang berhijrah ke Malaysia lebih sedekad lalu. Pastinya mereka membawa bersama budaya mereka. Rekabentuk rumah di Negeri Sembilan misalnya rata-rata berbentuk rumah gadang di Tanah Ranang. Ini disebabkan asal usul orang Negeri Sembilan itu adalah etnik Minang dari Sumatera Barat, Indonesia, yang berhujrah ke Malaysia sebelum penjajah Inggeris.

Dua buah negeri di Malaysia iaitu Johor dan Selangor adalah majoriti penduduknya etnik Jawa. Bugis terdapat di Johor dan Pahang, bahkan Perdana Menteri Malaysia sekarang leluhurnya dikatakan orang Bugis. Mantan Naib Presiden Pas dulu, Dr. Daeng Sanusi Mariot juga orang Bugis. Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zaid Hamidi orang Jawa. Sementara Menteri Penerangan, Komunikasi.Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim orang Minang.

Etnik Acheh banyak terdapat di Pulau Pinang dan Kedah. Mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Junid orang Acheh, isterinya anak kepada pahlawan Acheh (Indonesia), Almarhum Daud Baruweh. Tengku Adnan Mansur mantan Setiausaha Agung UMNO juga dari etnik Acheh.

Hanya di negeri Kelantan dan Terengganu tidak ramai masyarakat yang berasal dari negara seberang Selat Melaka itu, namun hubungan dua buah negeri ini, terutama Kelantan dengan Tanah Jawa sudah terjalin lama sebelum penghijrahan orang-orang Jawa ke Selatan dan tengah Semenanjung (Johor dan Selangor).

Arsitektur tradisional Melayu Kelantan sangat dekat dengan arsitektur Islam di Jawa, contohnya masjid Kampung Laut (sekarang di Nilam Puri) yang hampir menyamai reka bentuknya dengan masjid-masjid lama seperti Masjid Agung Demak dan Masjid Menara Kudus di Jawa. Bahkan yang tampak ketara ialah bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Kota Bharu, yang menempatkan pejabat Menteri Besar Kelantan dan exco-exconya. Bumbung yang berlapis itu mengingatkan kita akan kreton-kreton kesultanan Jawa di Jokjakarta.

Justeru, kita hairan, bila ada segelintir warga Indonesia yang buta sejarah, lalu marah-marah kepada Malaysia kononnya Malaysia menciplak budaya mereka. Sehingga kelompok ini sanggup berdemonstrasi di depan kedutaan Malaysia di Jakarta, melontar telur busuk, bahkan yang lebih dahsyat kumpulan Bendera dengan bersenjatakan bambu runcing, mengadakan sekatan jalan raya dikota Jakarta, menahan kenderan yang lalu lalang sembil meminta kad pengenalan, konon mencari Rakyat Malaysia.


Saat kempen pilihan raya presiden Indonesia, kebetulan saya berada di Indonesia. Sewaktu di hotel saya menonton televisyen sigmen berita. Ditunjukkan setiap hari ribuan wajah-wajah bengis dari aktivis parti Golkar menunjuk perasaan di Makasar, Sulawesi, bakar bendera Jalur Gemilang, kerana membantah pencerobohan Malaysia di Ambalk. Sehingga saya terfikir; apakah saya selamat keluar dari bilik hotel dan bersiar-siar di Kota Medan. Wajah-wajah yang histeria itu mempamirkan kebencian mereka yang mendalam kepada Malaysia bagaikan dirasuk syaitan.

Antara isu yang sering dipanaskan ialah kes penderaan pembantu rumah Indonesia oleh majikannya, padahal kes seperti itu stastiknya terlalu kecil berbanding dengan hampir dua juta pekerja Indonesia yang bekerja di Malaysia. Di sisi lain, media mereka jarang melaporkan puluhan rakyat Indonesia melakukan jenayah di Malaysia. Seolah-olah mereka mahu menutup kejahatan yang dilakukan itu dan memberitahu yang datang ke Malaysia itu baik-baik belaka.

Namun saya percaya majoriti rakyat Indonesia tidak sejelek itu, mereka masih dapat mengawal kewarasanya. Hanya sebilangan kecil yang terpengaruh dengan media negaranya, juga mereka yang ada agenda tertentu yang didalangi orang ketiga atau yang menerima upah, melakukan tindakan yang boleh merosakkan hubungan antara dua negara serumpun bangsa.

Kalau ikut hati panas, Malaysia juga boleh menamatkan izin bekerja bagi Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia dan menghalang kemasukan baru. Juga memberhentikan pengambilan drama-drama Indonesia untuk siaran televisyen Malayisa. Tapi untuk apa? Rakyat Malaysia masih berfikiran waras!.








.

Saturday, September 5, 2009

Buku dan kita



Oleh: Rossem

Kata Ajib Rosidi (kebetulan nama sasterawan itu sama dengan nama ku Rosidi) : Aku hidup di negera yang termasuk dunia ketiga yang rakyatnya tidak membaca. Bukan saja tidak membaca sastera tetapi tidak membaca teks apa pun jua. Hal ini bisa kelihatan kalau kita bandingkan jumlah halaman yang tercetak setiap tahun dengan jumlah penduduk yang terus meningkat. Kian lama perbandingannya bukannya kian banyak yang membaca, melainkan sebaliknya. Bangsa Indonesia termasuk bangsa yang paling rendah budaya bacanya di dunia. Dan kian lama kian rendah juga.

Namun Ajib Rosidi tetap juga menulis buku, sehingga kini lebih dari seratus judul buku dalam bahasa Indonesia dan Sunda diterbitkan. Tapi menurut Ajib; aku kira tidak ada yang membacanya. Jadi tidak ada pengaruhnya dalam masyarakat. Yang membaca buku ku ialah orang-orang yang tidak punya wewenang dalam menentukan kebijaksana pemerintah. Buku-buku tidak laku di pasaran. (Tidak ada yang menjadi best seller, kalau di cover buku ditulis best seller dengan tinta emas, itu sengaja penerbit masukan agar tampak menarik dan hebat). Maka walaupun aku menerbitkan ratusan judul buku, aku tidak bisa hidup dari honorarium buku-buku itu. Di Indonesia orang mungkin hidup dari menulis kolom di surat khabar atau majalah, tapi tidak mungkin hidup dari honorarium buku. Kecuali satu dua orang yang paling top.

Kenapa terjadinya demikian? Maka penulis terkenal itu berkata lagi: kerana bangsa kita masih hidup dalam budaya lisan. Membaca dan menulis belum membudaya. Televisyen, VCD sudah menjadi industri tapi penerbitan buku baru jadi industri bagi orang-orang yang dapat bekerjasama dengan para pejabat yang berwewenang dalam pembelian buku teks buat sekolah-sekolah. Bagi mereka buku tak ubah dengan sepatu iaitu hanya semacam komoditas yang menghasilkan untung, tidak perlu difikirkan bahawa buku itu merupakan karya budaya yang akan mempunyai pengaruh kepada jiwa dan mental orang yang membacanya.

Lo! kalau begitu, sama saja dengan Malaysia. Buku bagi masyarakat Malaysia ibarat lembaran kertas comot yang tidak menarik minat masyarakat. Walhal pelbagai cara dan kaedah dilakukan penerbit buku untuk melariskan jualan. Dengan teknologi yang semakin canggih, cover design buku-buku direka begitu rupa oleh para pereka grafik yang punya kreativitas yang terkini, namun hakikatnya pencapainnya dari sudut tarikan pembacanya masih jauh daripada membanggakan. Bukan salah penulis dan pereka grafik tapi disebabkan budaya membaca tersangat kurang dalam masyarakat Malaysia.

Terkadang kita malu sendiri dengan turis dari Barat yang mengunjungi Malaysia, tabiat membaca mereka amat tinggi, di dalam bas, mobil atau di mana saja mereka berada, buku tidak terlepas dari tangan. Membaca sudah membudayai mereka.

Namun, mutakhir ini kemajuannya sudah sedikit sirna, kalau diukur pada setiap pesta buku yang diadakan, di mana pengunjungnya semakin ramai. Itupun fokus mereka hanya kepada buku-buku tertentu yang ditulis penulis-penulis yang punya nama besar dalam masyarakat seperti buku-buku yang membicarakan politik dan agama yang diangkat daripada kuliah Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Prof. Dr. Yusuf al Qaradhawy (luar negara).

Sementara novel remaja juga jualannya sedikit melegakan. Remaja-remaja perempuan sangat mengemari gerne ini berbanding remaja lelaki. Di pasaran banyak sekali novel-novel yang berkisar tentang cinta remaja, diolah dari pelbagai sudut. Dan majoritinya ditulis oleh penulis wanita.

Selain itu, mutakhir ini novel religi pula menjadi trend baru. Novel bertemakan cinta wanita - pria yang diselitkan dengan nasihat-nasihat religi menjadi tarikan baru pemburu novel. Ditulis para novelis muda yang berpendidikan agama dengan perkataan “cinta” sebagai judul.

Tampaknya pengaruh novelis terkenal Indonesia, Habibulrahman El Shirazy , di mana novel-novel yang dihasilkanya rata-rata memakai judul “cinta”, seperti Ayat-Ayat Cinta, Sejadah Cinta, Ketika Cinta Bertasih, telah menjadi ikutan novelis-novelis muda Malaysia. Seorang lagi novelis muda Indonesia yang gemar memakai judul “cinta” ialah Ravianty Doni. Penulis wanita asal Minang itu menghasilkan karya yang diberi judul Cintaku Bersemi Di Padang Arafah. Ia pernah beremail dengan saya dan menurutnya sekarang sedang menyiapkan novel berikutnya yang juga dititipkan perkataan “cinta” pada judulnya.

Buku-buku politik hanya bermusim, bila ada isu besar dan bersifat nasional, penulis-penulis buku politik mengambil kesempatan untuk membuat duit. Bagi penulis dari kelompok ini, ia merupakan bonus, sepertimana kakitangan kerajaan dan swasta memperolehinya setiap akhir tahun.

Nama-nama besar dalam dunia penulisan politik Malaysia seperti Mohd. Sayuti Omar, Syed Hussain Al-Attas, Norzah Haji Kepol (satu-satunya penulis politik wanita di Malaysia), Lutfi Othman, Haji Subki Latif, Ustaz Reduan Mohd Nor (sekadar menyebut beberapa nama) akan bersengkang mata menyiapkan tulisan mereka sepantas mungkin, membuat lay out dan mengirim ke percetakan kayak orang mengejar keretapi, kerana isu-isu politik seringnya tidak lama terapung dipermukan. Ia mudah basi, jika dihidangkan makanan yang sudah basi pasti tiada siapa menjamahnya.

Buku-buku puisi amat menyedihkan, tiada penerbit yang mahu menerbitnya selain Dewan Bahasa Dan Pustaka, itu pun justeru mereka menerbitnya demi memeliharakan kesusteraan Melayu semata-mata, sebuah amanah yang diserahkan negara ke atas pundaknya. Namun kita angkat tabek kepada beberapa penyair yang menerbit dan memasar sendiri buku koleksi sajak mereka. Antaranya penyair tersohor, Leo AWS. Penerbitan miliknyanya, Pustaka Dewan Beta sudah menerbitkan puluhan judul buku sajak karya sendiri , juga teman-teman penyairnya.

Namun realitasnya, secara umum ialah minat membaca dikalangan kita masih rendah. Dalam satu kampung misalnnya, belum tentu kita akan ketemui seorang kaki buku atau ulat buku, di mana deretan buku yang pelbagai gerne tersusun dalam almari di ruang tamu atau di sudut-sudut kamar tertentu. Kecuali ia seorang penulis, maka mahu atau tidak mahu buku harus akrab dengannya.

Maka benarlah seperti kata Ayib Rosidi, masyarakat Inonesia adalah bangsa dunia ketiga yang malas membaca buku. Masyarakt Malaysia juga demikian Pak!

Tok Guru Nik Abdul Aziz bercakap dari sudut kaedah


Oleh: Rossem

Saya banyak menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari teman-teman, juga daripada orang yang tidak dikenali. Intinya marah-marah kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran kenyataannya tentang ahli UMNO kafir dan isu Syurga neraka bukan hak mutlak Allah SWT semata-mata.

Isu ahli UMNO kafir dan UMNO seperti Islam Palestin reda setelah Tok Guru memberi penjelasan. Tok Guru menafikan dalam kenyataannya menggunakan perkataan “ahli”. Yang disebutnya adalah “penyokong” UMNO. Ahli dengan penyokong adalah berbeda. Para penyokong PAS juga ada yang kafir, makan babi dan sebagainya, kerana sebahagian mereka terdiri non-Muslim seperti ahli Kelab Penyokong PAS. Begitu juga dengan UMNO, ramai penyokong parti nasionalis Melayu itu non-Muslim seperti pribumi Sabah dan Sarawak misalnya.

Tentang Islam Palestin, Tok Guru tidak menyebut perkataan “Palestin” dalam sidang media itu. Yang disebut Tok Guru adalah Islam plastik. Yakni Islam tiruan yang praktiknya bukan bersumberkan al-Quran, al-Sunnah dan ijmak ulamak. Ini menurut Tok Guru yang menjadi amalan parti UMNO selama ini.

“Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO” Demikian transkrip lengkap Tok Guru pada sidang media itu.

Anehnya isu panas ini reda sebaik saja pilihan raya kecil Pematang Pasir, Pulau Pinang berakhir, dengan kemenangan diraih calon PAS, Ustaz Saleh Man dengan majoriti besar. Lalu kita pun bertanya: Rupanya isu itu diapungkan oleh media pro UMNO dengan cara kotor, yakni memburukkan Mursyidul Am Pas dengan isu agama bertujuan memancing undi agar pengundi memilih BN.

Bagaimana pula tentang syurga neraka yang dikatakan bukan mutlak Allah SWT. Ada yang mengirimkan sms bertalu-talu kepada saya memberi komentar yang berani. Antara bunyinya “ Ungkapan itu datangnya dari orang yang bertuhankan diri, yang merasakan amal ibadatnya dapat membeli syurga, solat dia dapat menolak neraka Allah! Iktiqad itu adalah iktiqad Jabariyah. Padahal terang-terang Allah bersifat Jaiz (harus). Solat seribu tahun pun kalau Allah SWT kata neraka…nerakalah!”

Sambungnya lagi “Jangan berangan-angan dengan amal. Allah SWT tahu apa yang kita amalkan. …Segala-gala dari Dia. Semua Dia tahu..Macamlah Allah itu tidak tahu apa yang kita lakukan. Malulah kepada Allah SWT… Berzikir kerana Allah, disebabkan Allah SWT mengkehendaki kita berzikir, maka kita pun berzikir. Kita merasa kita hebat kerana banyak berzikir…sedangkan Allah mahu menyelamatkan kita daripada lalai. Maka kita cetuskan zikir! Jangan berangan-angan wahai orang-orang yang hidup bertuhankan diri….”

Setelah saya meresponsi beberapa kali sms teman saya yang saya kenal sebagai seorang sangat arif tentang tahuhid, selanjutnya ia menjawab “ Saya tak peduli siapa yang ungkapkan, sama ada Nik Aziz atau siapa. Tapi pendapat seperti itu Jabariyah namanya. Dalam bab ini kita keluar sebentar dari politik, kalau tidak susah mahu diskusi. Kalau tidak, berhenti saja diskusi. Ini bab akidah tuan…jangan tersilap cakap, ibarat mahu minum milo tapi minta teh. Bila teh sampai lalu terkejut. Aku ada minta teh ke?” Marahnya berapi. Teman lama saya ini bekerja di salah sebuah media arus perdana di Kuala Lumpur, milik UMNO, yang tentunya sangat mempercayai apa saja yang dilaporkan media.

Rupanya kenyatan Tok Guru itu hanya diresponsi satu hari saja oleh beberapa sosok yang bergelar ustaz dari UMNO, antara Ustaz Nakaie Haji Ahmad. Yakni pada hari kedua selepas pernyataan itu tersiar dalam akhbar. Selepas itu dan sehingga sekarang tidak lagi kedengaran komen-komen atau ulasan dari sang bijak pandai bahkan mufti. Saya menunggu untuk mengetahui komen mereka, namun hampa.

Hanya teman lama saya yang disebut tadi saja memberi komentar separuh emosional lewat sms. Walaupun saya beberapa kali memperingatkan beliau bahawa, jangan sekali-kali mengangkat bahan media secara sebrono untuk berbahas, sebaliknya teliti terlebih dulu, apa maksud sebenar diucapkan Tok Guru. Namun teman saya tetap mengatakan bahawa Tok Guru bermaksud demikian. Tampaknya seperti ia mendahuli si tukang cakap.

Awalnya saya juga terkejut dengan kenyataan Tuan Guru itu. Kenapa dibilangnya begitu, tapi setelah mengetahui ianya permainan media pro UMNO untuk kempen PRK Permatang Pasir, lalu saya membuat kesimpulan bahawa berdebat seperti itu tidak mendatangkan apa-apa manfaat, kerana inti sebenar yang dimaksud Tok Guru itu tidak diketahui dengan detil oleh pengirim sms tersebut.

Ibarat kita menyebut “ Saya gemar makan gulai sayur kacang panjang sebab sedap” Namun perkataan itu kalau diambil separuh dan ditinggalkan separuh maka maknanya ikut berubah. Misalnya “saya gemar makan sayur kacang” dibuang. Hanya perkatan “panjang itu sedap” saja diambil. Lo! Pasti maknanya berbeza. Itulah yang sering terjadi bila seseorang melaporkan ucapan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kerana mereka sebenarnya ada matlamat politik untuk dimanfaatkan lewat laporan yang disengajakan itu.

Di sisi lain, Tok Guru sering bercakap dari sudut kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudu’ amalan solat tidak diterima. Jika tolak Islam bermakna kufur. Orang kufur tidak masuk syurga. Ini bukan soal Tok Guru mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan tapi kaedah Islam yang diajar Rasulullah saw itu demikian!

Friday, September 4, 2009

Krisis dalaman UMNO-BN Terengganu semakin parah


Sekeping kartun bisa menceritakan segala...

Tuesday, August 25, 2009

Penatnya UMNO menghadapi Tok Guru


Oleh: Rossem

Bulan Ogos, bulan mencerca Tok Guru!. Bunyinya seperti sebuah jadual yang siap diatur atau seperti program yang tercatat dalam kalender tahun melawat Malaysia, dengan acara-acara yang menarik untuk setiap bulan. Atau juga seperti kebiasaan yang dilakukan sesebuah syarikat: Setiap bulan sosok-sosok terbaik dari segi pencapaian tugasnya akan dipilih menjadi karyawan terbaik untuk bulan tesebut. Maka sekeping foto dengan senyum melebar pun akan dilekatkan pada dinding pejabat untuk tontonan ramai.

Ogos adalah bulan Tok Guru! Sebagai bulannya, potret Menteri Besar Kelantan itu pun dimuat pada lembaran akhbar arus perdana setiap hari, tapi bukan untuk sanjungan. Sebaliknya seberkas kritikan tertuju ke arahnya. Daripada orang politik dan cendekiawan yang diminta opini semuanya menembak Tok Guru. Gegerannya bagaikan guruh membelah langit.

Sepanjang bulan itu atau mungkin sehingga ke bulan berikutnya, sebahagian besar para pemimpin dan cendekiawan UMNO akan mengkritik Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran kenyataannya bahawa penyokong UMNO tidak masuk syurga kerana parti itu mengamalkan Islam plastik.

Islam plastik? Bunyinya pun sangat menakutkan. Sehingga barangkali tidak tergamak si tukang tulis UMNO untuk memasukkan ungkapan itu dalam tulisan mereka di akhbar, lalu perkatan plastik diganti dengan Palestin. Plastik dengan Palestin itu bunyinya hampir sama, apalagi sekiranya Tok Guru Nik Abdul Aziz yang menyebutnya, kerana umum sedia maklum, pertuturan Tok Guru yang usianya sudah melewati 70an itu amat perlahan. Bagi wartawan yang tidak sering dengan Tok Guru mungkin mereka sukar untuk menangkap makna disebalik ungkapan yang dituturkan.

Bila plastik ditulis Palestin bererti sebuah negara yang bernama Palestin telah tersentuh maruahnya. Rakyat Palestin lebih-lebih lagi pemimpin mereka dari kelompok Hamas yang sangat akrab dengan Pas mungkin akan marah. Kalau hal ini terjadi, maka ia sangat mendukacitakan, sedangkan maksud Tok Guru bukan Palestin tapi plastik.

Ekoran kejadian itu, Tok Guru mahu menyaman media yang terlibat termasuk sebuah stesen televisyen. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Rais Yatim yang menjaga televisyen pun marahnya seperti orang kebakaran janggut “Nik Aziz boleh mengemukakan sebanyak mana pun saman yang dia nak, mungkin lebih panjang dari serbannya."

Perkataan “lebih panjang dari serbannya” sangat menyentuh nurani umat Islam kerana dalam masyarakat Islam, serban adalah satu pakaian yang mulia yang tidak sepatutnya di hina. Perbuatan menghina serban yang juga pakaian Rasulullah saw ini sudah keterlaluan. PAS melalui lidah Mohamed Hanipa Maidin akan mengemukakan saman atau sang menteri memohon maaf.

Salah lapor ucapan Tok Guru ini sangat lumrah. Pada Jumaat, pagi, tanggal 21 Ogos, di kuliah rutinnya di Dataran Ilmu, Kota Bharu, kebetulan saya ikut hadir bersama ribuan para jamaah. Tok Guru di penghujung kuliahnya menyebut “Hari ini saya merasa puas, kerana dapat meluahkan perasaan saya dalam isu dibangkitkan UMNO ekoran kenyataan - ahli UMNO tidak masuk syurga” Tok Guru dengan penuh semangat mengulas kenyatan-kenyataan yang didakwanya sebagai salah lapor oleh media. Dan berjanji akan mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman akhbar yang terlibat menyiarkannya.

Sebelum itu, dalam kuliahnya, beliau menceritakan tentang siapa sebenarnya penyebar ajaran sesat di Malaysia. Tok Guru kemudiannya memberi contoh pergerakan Al Arqam. Pertubuhan yang dipimpin Ustaz Ashaari Muhamad itu telah dikatogerikan oleh pemerintah Malaysia sebagai salah satu ajaran sesat, begitu juga dengan ajaran Ayah Pin. Walhal UMNO juga menurut Tok Guru sebagai sesat, kerana parti itu menolak hukum Islam dalam pentadbiran negara. Menolak Hudud dan memisahkan Islam daripada politik negara adalah bercangah dengan syariat Islam . UMNO mengambil nasionalisme menjadi dasar perjuangannya. “Bukankah itu satu bentuk ajaran sesat?” Kata Tok Guru.

Justeru kenapa berlakunya double standard seperti ini, di mana Al- Arqam dan ajaran Ayah Pin dikenakan tindakan, sebaliknya UMNO dibiarkan.

Walaupun Tok Guru berkali-kali memberitahu bahawa kenyataannya telah sengaja diputarbelitkan media pro UMNO untuk tujuan tertentu, namun pernyataan Tok Guru bagaikan tidak diendahkan. Ayat yang diucapkannya telah ditokok tambah sehingga umum memahami- penyokong UMNO tidak layak meraih syurga menurut persepktif Tok Guru.

Namun, umum mengetahui, sosok yang bernama Tok Guru Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat itu bila membuat teguran atau kritikan terhadap sesuatu praktik ummah yang difikirnya bertentangan dengan Islam tidak pernah mengkritik individu secara langsung, sebaliknya yang dikritik adalah dasar parti atau pertubuhan. UMNO sejak dulu memang menjadi sasaran kritikan keras Nik Aziz disebabkan dasar yang dibawa parti Melayu terbesar itu ialah nasionalisme.

Nasionalisme bagi Tok Guru tersangat buruk. Suatu doktrin yang ditentang sejak dulu. Status bangsa di matanya tersangat rendah. Melayu, Cina, India atau Inggeris tiada nilai di sisi Allah SWT, menurutnya. Sebaliknya Islam yang menjadi hitungan. Justeru di mana-mana pun bila Tok Guru bercakap, hal seperti ini ditekankan tanpa mempedulikan samada khalayak pendengar suka atau tidak.

Selepas ini mungkin lebih banyak lagi serangan ke atas Tok Guru. Atau serangan itu semata-mata bertujuan meraih undi UMNO untuk Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir tanggal 25 Ogos lalu.

Tuesday, August 18, 2009

Siapa pengkhianat Melayu?


Karikatur bisa menjelaskan ketimbang seribu patah perkataan.

Friday, August 7, 2009

WS Rendra (1935 -2009)

Pertama kali bertemu Rendra, saat dia diundang membaca puisi di Dewan Kelana Jaya, Selangor, Malaysia, sekitar awal 2000. Ketika itu api reformasi yang ditiupkan Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menyala. Di sore itu, di dewan itu, di hadapan ribuan pendokong setia reformasi dan peminat sastera, WS Rendra membaca puisi dengan gayanya yang mempersonakan. Penonton terpaku sekaligus teruja dengan sang pemberani dalam dunia sastera itu mendendangkan puisi yang mengkritik ketiadakadilan pemerintah, mengkritik praktik korupsi yang melebar dalam masyarakat khususnya dikalangan petugas pemerintah. Penyalahngunaan kuasa yang tidak terbendung. Meskipun ditulis dalam situsi dan kondisi negaranya, Indonesia namun penonton terasa seperti ditujukan kepada pemerintah Malaysia juga.

Demikian kehidupan sang penyair. Baik sedang berkarya atau tidak. Seorang penyair masuk dalam konteks realitas karena kepedulian akan panggilan kharismatik dari alam sekitarnya, dari debu, kerikil, lava, angin, pohon, kupu-kupu, margasatwa. Dari yatim piatu, orang-orang papa, lingkungan kampung halamannya, lingkungan bangsanya, lingkungan kemanusiaannya. Ia harus selalu peduli. Tetapi tidak cukup cuma peduli, karena harus dikaitkan dengan perintah dan larangan Allah. Apa pun, termasuk bersyair, harus menjadi ruang ibadah. Harus mengaitkan dengan kehendak Allah. Kita buat, misalnya, sajak mengenai pelacur, mengenai singkong, atau mengenai perahu. Itu juga religius selama dikaitkan dengan meraih kehendak Allah.

Kalimat di atas adalah sepenggal dari pendermaan buah pikir seniman terbaik tahun 60-an, WS Rendra. Baginya, proses kreatif dalam menulis sebuah karya sastra adalah misteri. Dia mengatakan waktu untuk menulis dalam kehidupan hanya 2-3 persen. Beberapa jam selesai. Selebihnya menyiapkan diri untuk hidup secara kreatif, menjaga daya cipta, dan daya hidup.

Si burung merak ini adalah seorang penderma pikiran yang tidak pernah menangis tak kala menghadapi kekuasaan politik. Dia sempat dijebloskan ke penjara pada 1978, dan mendapat represi pelarangan tampil di berbagai tempat.

"Saya menangis untuk masalah-masalah lain. Dulu saya pernah diminta membaca sebuah sajak. Lalu ada rekan mahasiswa yang menangis, terharu. Saya pun ikut menangis. Saya juga gampang menangis kalau membaca riwayat Nabi Muhammad. Indah sekali. Membayangkan pengorbanan Nabi yang tidak mementingkan diri sendiri. Tidak ada agama Islam, kalau tidak ada Nabi. Saya juga menangis kalau mengenangkan Asmaul Husna," tutur Rendra saat diwawancara wartawan Republika, Iman Yuniarto F, di kediamannya pada Oktober 2006.

Cahaya Islam dalam Karya Sastra Rendra

Sejak masuk Islam, Rendra mengganti namanya menjadi Wahyu Sulaiman Rendra. Rendra mengaku tahu alasan kenapa dia tertarik dengan Islam, tetapi dia sendiri tidak mengerti mengapa memutuskan masuk Islam. "Saya sebetulnya takut sekali terhadap masyarakat Islam. Tapi saya sudah lama tertarik kepada Alquran. Lihat saja. Apa ada kitab suci yang menjelaskan konsep ketuhanannya dalam kalimat yang singkat seperti Alquran?" tanyanya.

Sewaktu Rendra kuliah di Amerika Serikat (kuliah teater), saat itu sedang populer-populernya filsafat eksistensialisme. Kemudian, dia membaca kalimat, Demi waktu, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Rendra terkesan.

Menurutnya, tidak ada kitab suci yang mengatakan bahwa manusia akan selalu merugi dalam perkara waktu. "Lihat. Apa pun bisa kita budayakan, termasuk ruang. Tetapi kita tidak bisa membudayakan waktu. Apa bisa kita menghentikan hari? Dengan teknologi setinggi apa pun, magic setinggi apapun, tidak bisa kita membuat hari Rabu tidak menjadi Kamis. Termasuk saya, tidak bisa menolak kelahiran saya. Saya tidak bisa memilih untuk lahir pada abad ke-22 atau lahir zaman Majapahit," jelasnya.

Menurut Alquran, kita akan selalu merugi soal waktu. Tapi, Alquran juga menyodorkan solusi. Disebutkan hanya orang-orang tertentu yang akan selamat. Yakni yang beriman, beramal saleh, saling berwasiat dalam kesabaran dan kebenaran. Alquran tidak menyebut yang selamat adalah orang yang Islam, orang yang kaya, orang yang pintar atau orang yang sehat.

Ketika ditanya hubungan antara Islan dan karya sastranya, Rendra menjawab, "Intinya kita berwasiat dalam kebenaran. Mudahan-mudahan."
Bagi tokoh Muhammadiyah, Ahmad Syafii Maarif, Rendra adalah pengingatnya dalam beragama. Pada awal 1970, ia pernah berharap Rendra yang kala itu sudah bernama besar akan masuk Islam dengan penuh kesadaran dan kebebasan. Ketika itu, Syafii dan Rendra belum saling mengenal. Tapi, ternyata, harapan Syafii terkabul, Rendra beralih memeluk Islam.

Lebih dari 30 tahun kemudian, Syafii dan Rendra bersua dalam sebuah rapat Akademi Jakarta. Lalu, mereka berdua menunaikan shalat Maghrib di Taman Ismail Marzuki (TIM). ''Setelah rampung, doa saya singkat saja, BM dengan khusyuk masih mengangkat tangan. Dalam hati kecil saya berkata, jangan-jangan BM lebih beriman ketimbang saya,'' tulis Syafii dalam rubrik Resonansi di Harian Republika 7 Agustus tepat dua tahun lalu. BM dalam tulisannya adalah Burung Merak, nama julukan Rendra.

Syafii mengaku, sejak kecil ia dididik untuk melakukan ibadah harian, namun jarang sekali berdoa panjang sesudah shalat. Tidak demikian halnya dengan Rendra yang berdoa lama pada Maghrib itu. ''Saya yang sudah menjalankan shalat sejak usia Sekolah Rakyat, boleh jadi barulah beragama pada tataran ritual formal, sementara BM beragama dengan getaran hati,'' ungkap Syafii.

Mantan Ketua PP Muhammadiyah itu pernah menulis kolom ''Faktor Islam'' dalam sebuah majalah. Kolom itu mendapatkan tanggapan dari Rendra: ''Tetapi belum pernah terjadi sepanjang sejarah demikian banyak orang Barat tertarik dengan Islam seperti sekarang ini dan bahkan sebagian menjadi Muslim, sekalipun pemeluk agama ini sedang dihujat di mana-mana dikaitkan dengan terorisme.''

Kecenderungan Rendra untuk kian religius tampak saat ia menerima gelar doktor honoris causa dari Universitas Gadjah Mada tahun lalu. Wartawan bertanya tentang rencananya setelah mendapatkan gelar doktor kehormatan itu. Lalu, Rendra berkata, ''Ini lho mematangkan hidup kerohanian saya yang masih mentah sampai sekarang,'' katanya.
"Demi cahaya-Mu, duhai ya Allah, kami berdoa demi Mustafa, bapak tawanan dan para hina, ke hadirat-Mu wasilah kami pada Mustafa. Begitu pula pada warganya tajuk mahkota. Tetapkan iman bersama mati. Semoga didapat apa diminta apa diarah. Jagalah kami dari laku yang nista, laku yang rendah."

Syair ini meluncur dari mulut Rendra saat menampilkan Shalawat Barzanji, sebuah pertunjukan yang digagas Republika pada 2003. Inilah drama musikal yang bersumberkan skenario Kasidah Barzanji, sebuah pertunjukan teater terbesar pada era 70-an.

Ada beda besar bagi Rendra antara Shalawat Barzanji dan Kasidah Barzanji. "Kini Shalawat Barzanji saya pentaskan setelah saya menjadi seorang Muslim," katanya saat hendak pentas.

Rendra sempat ragu menampilkan Shalawat Barzanji. Namun, hasratnya kian kuat setelah bertemu dengan dukungan Republika. Ia kemudian merasa Shalawat Barzanji lebih dapat ia hayati karena pertunjukan yang menampilkan keteladanan Nabi Muhammad saw itu ia lakoni dalam keadaan diri sebagai Muslim.

"Ada dorongan kerinduan akan Nabi Muhammad saw sebagai teladan. Nabi adalah orang yang tanpa keajaiban, penuh kesederhanaan, dan kerendahan hati, tapi sukses memimpin umatnya keluar dari kegelapan zaman jahiliyah. Itu yang mendorong saya kembali mementaskan naskah ini," tuturnya.

Rendra merasa, setelah masuk Islam, ia seperti dimanjakan oleh Allah. "Saya diperkenankan menghayati keimanan Islam dan tidak habis-habisnya bersyukur. Saya sering memikirkan apa yang bisa saya lakukan untuk mengimbangi kebaikan Allah sehingga kehidupan saya bisa lebih berguna," paparnya.
WS Rendra (74 tahun) yang dikenal dengan sebutan si Burung Marak, meninggal dunia pada Kamis (6/8) malam, di Rumah Sakit Mitra Keluarga, Depok, Jabar.

Pria bernama lengkap Willy Sulaeman Rendra (Willibrodus Surendra) ini lahir di Solo, Jateng pada 7 November 1935. Beberapa bulan terakhir ini, rendra sering masuk rumah sakit akibat menderita gangguan jantung. Dia juga secara rutin menjalani cuci darah akibat gangguan kesehetan yang dideritanya.