Wednesday, January 28, 2009

Jadikanlah tragedi Gaza sebagai iktibar


Oleh: Rossem
Sejak berdirinya negara Israel 14 Mei 1948. Serangan dan pembunuhan kejam ke atas umat Arab terutama warga Palestin berlaku sepanjang masa. Yang terbaru ialah serangan ke atas Gaza. Selama 23 hari peluru, bom dan roket tentera rejim Zionis menghujani Gaza. Lebih 1,300 gugur syahid, majoritinya kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Kehidupan rakyat Palestin tidak pernah aman, di mana saja mereka berada sentiasa diburu, sama ada di Gaza atau Tebing Barat, bahkan suatu masa dulu, si Zionis pemakan mangsa itu mencari mangsa sehingga ke pinggir Beirut, Lubnan- seperti berlaku dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai Shabra dan Satilla.

Keganasan Zionis Yahudi tiada siapa upaya menghalangnya. Barat hanya berpeluk tubuh, sementara negara-negara Islam pula sekadar mengutuk. Lebih memalukan ialah tetangganya- negara Arab. Langsung tidak bertindak bagi menghalang rejim pecandu darah itu daripada melakukan pembunuhan kejam dan tanpa peri kemanusiaan.

Negara-negara Arab berbangga kerana adanya Liga Arab. Negara-negara Islam ada Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), tapi kesemua organisasi itu sebenarnya sakit tenat. Hampir tidak berfungsi. Untuk menolong mempersenjatai Palestin jauh panggang dari api, bahkan untuk mengadakan mesyuarat khusus membincangkan pencerobohan Israel pun sesuatu yang amat sukar. Jika berjaya diadakan sekalipun, ia akhirnya menjadi medan ketua-ketua negara Arab berselisih pendapat sesama sendiri.

Menyedari hakikat itu, maka setiap kali berlaku serangan, pencerobohan dan pembunuhan kejam tentera rejim Israel ke atas rakyat Palestin, umat Islam di seluruh belahan dunia mengambil inisiatif sendiri, mengerakkan massa, mengadakan demontrasi, pidato-pidato khusus dan mengutip derma bagi meringankan beban penderitaan yang ditanggung saudara-saudara seakidah di bumi yang hangus terbakar itu.

Kebiasaan seperti ini dilakukan umat Islam di negara-negara non- Arab, seperti di Malaysia, Indonesia, Pakistan, sementara negara-negara Arab, khususnya yang berjiran dengan Israel, untuk rakyat mereka keluar berdemontrasi pun sering dihalangi dengan belantan dan gas pemedih mata, seperti dilakukan pemerintah Mesir dan Jordan.

Di Malaysia demontrasi dan perhimpunan secara aman mengutuk pencerobohan dan pembunuhan kejam Zionis-Israel dilakukan setiap minggu, khususnnya di Kuala Lumpur dan Kota Bharu, digerakkan oleh pertubuhan politik seperti Pas, gabungan Badan-Badan Bukan Kerajaaan (NGO), pelajar institusi pengajian tinggi dan orang ramai yang simpati dengan nasib malang warga Gaza.

Perhimpunan terbesar ialah di Kota Bharu pada 23 Januari lalu. Umum terkejut dengan kehadiran begitu ramai muslimin dan muslimat memenuhi ruang padang Stadium Sultan Mohammad Ke IV sejak jam 7.00 petang. Solat Maghrib berjamaah, zikir munajat, kemudian solat hajat dan Isyak, memohon kepada Allah SWT agar diberi-Nya rakyat Gaza kesabaran dan kemenangan dalam mempertahankan tanah air mereka Palestin daripada diceroboh rejim ganas Israel.

Program Cakna Palestin itu dianjurkan Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin ulamak, di mana Menteri Besar Kelantan sendiri, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan exco-exco serta seluruh kepimpinan negeri hadir bersama rakyat bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada saudara seagama yang menderita di bumi kelahirannya Gaza, sehingga pada malam itu kurang lebih RM1.4 juta berjaya dipunggut dari orang ramai untuk Tabung Cakna Palestin.

Walaupun kita jauh dari bumi Palestin, namun itulah keupayaan kita. Dalam hal ini, teringat kepada kisah burung yang terbang mencari air dari tempat yang jauh, dibawanya air itu dalam paruhnya yang kecil, untuk memadamkan api besar yang sedang marak membakar Nabi Allah Ibrahim as. Tentu tidak masuk akal, bagaimana setitik air dari paruh burung pipit itu boleh memadamkan kebakaran. Namun “sumbangan” itu tetap ada gunanya, meskipun tampak kecil, ia sentiasa dalam “perkiraan’ Allah SWT. Bahkan seribu kali lebih baik dari seekor harimau sarkas. Tampak garang tapi takut kepada gembalanya.

Sunday, January 25, 2009

Umat Prihatin





Oleh:Rossem

Sejak jam 7.00 petang, 23 Januari, Stadium Sultan Mohamad Ke-IX mula dibanjiri umat yang prihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa pembunuhan kejam oleh tentera Zinois Israel selama 23 hari baru-baru ini. Dianggarkan kurang lebih 10 ribu warga Kota Bharu, bahkan dari lokasi yang lebih jauh seperti Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Gua Musang datang untuk sama-sama menyertai Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, exco-exco dan seluruh kepimpinan negeri bermunajat memohon kepada Allah SWT agar memberi kesabaran dan seterusnnya memenangkan jihad umat Palestin terhadap Israel.

Seusai solat Maghrib di stadium, ribuan jamaah sama-sama mengalunkan zikir munajat diketuai ADUN Demit, Ustaz Haji Muhamad Mustafa, kemudian diikuti dengan solat hajat. Dalam teriak tangis itu para jamaah yang terdiri muslimin dan muslimat memohon kepada Allah SWT – agar diberi-Nya kemenangan, kesabaran dan istiqamah kepada umat Islam di seluruh dunia khususnnya umat Palestin dalam jihad mereka melawan Zioins Israel yang zalim lagi biadab.

Pada malam itu ditampilkan seorang wakil Palestin (Hamas), Najis Suris Al-Ghaza untuk berucap. “Kira-kira 1.5 juta rakyat Palestin di Gaza sedia mati syahid dan tidak sekali-kali akan mengangkat bendera putih biar pun diserang secara rakus rejim haram Yahudi” Kata beliau dengan penuh semangat. Laungan takbir pun bergema.

Para pejuang Hamas bersedia meneruskan jejak sebagaimana dialami al Syahid Sheikh Ahmad Yassin, Rentisi dan Said Siam, bekas menteri luar Hamas yang menjadi korban keganasan Israel. “Kami di Gaza yakin dengan janji Allah bahawa Allah SWT pasti memberi kemenangan kepada Islam dengan syarat umat menolong agamaNya”

Pidato pemimpin Hamas itu, walaupun melepasi jam 12.00 tengah malam, kerana ketibaan beliau terlewat, namun para jamaah tidak berganjak dari tempat duduk, terus mengikuti dengan penuh khusyuk melalui jurubahasa.

Selain itu, wakil-wakil dari parti Pakatan Rakyat, kaum juga turut berucap.
Majlis diakhiri dengan pelancaran Tabung Cakna Palestin bertujuan mengutip derma bagi membantu penderitaan rakyat Palestin di Gaza. Sumbangan terkumpul pada malam itu luar biasa- berjumlah RM1.4 juta. Rakyat Kelantan tanpa mengira warna kulit dan agama masing-masing menghulurkan sumbangan ikhlas.

Kerajaan negeri melalui Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Aiseri Alias menyumbang sebanyak RM500,000. Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, derma yang dikutip akan digunakan bagi membantu rakyat Palestin sama ada bantuan ubat, makanan atau apa sahaja keperluan lain.

Program dianjurkan Kerajaan Negeri Kelantan.

Monday, January 19, 2009

Saatnya pemimpin kita kembali kepada al-Quran dan al-Hadits

Oleh : Nur Aminah (Indonesia)

Indonesia merupakan negara paling ramai umat Islam di dunia, 87 peratus daripada penduduknya seramai 220 juta adalah penganut Islam, justeru secara lahiriyahnya, Indonesia seharusnya menjadi negara yang memiliki kekuatan sendiri sehingga disegani dunia. Namun realitasnya tidak demikian. Indonesia menjadi negara yang tidak digeruni Barat yang non-muslim. Jauh sekali menjadi negara tempat umat Islam seluruh belahan dunia mengantung harapan.

Hal ini terjadi, antara lain kerana umat Islam Indonesia kurang konsisten dan tidak mau berpegang teguh dengan al- Qur’an dan al-Hadits. Jika umat Islam kembali melaksanakan ajaran Allah dengan sebaik-baiknya, sesuai dengan al -Qur’an dan Hadits, niscaya Allah akan menurunkan berkah dari langit dan bumi.

Tatanan dunia baru merupakan scenario atau makar orang-orang Yahudi yang dicanangkan 200 tahun yang lalu. Sebagai upaya untuk membentuk Israel Raya bersama negara-negara Eropah. Bagaimana cara mengalah dan memporak-porandakan persatuan umat Islam di seluruh dunia merupakan agenda zionis yang tidak akan berhenti sehingga hari kiamat. Sebahagian daripada agenda besar Yahudi itu sudah pun menjadi realiti kini.

Menoleh sejarah, saat umat Islam di kemuncak keagungannya di era khalifah Abdulrahman di Andalusia. Waktu itu Eropah masih berada dalam zaman gelap. Tertingal jauh di segala bidang. Jangankan teknologi, sedangkan budaya membersihkan diri - mandi dan mencukur rambut pun tercatat dalam sejarah orang-orang Eropah belum mengenalinya.

Setelah para pemudanya dikirim untuk mempelajari segala disiplin ilmu di negara Islam. Baik fisika, matematika, kedokteran teknologi dan lain-lain. Maka Barat beransur-ansur memajukan ilmu yang telah dipelajari itu. Akhirnya lewat teknologi yang ditiru dari umat Islam, pada awal abad 19, pasukan tentera Salib dari Barat (Inggeris, Amerika Syarikat) di lengkapi senjata canggih, mengempur kekhalifahan Islam yang berpusat di Turki, hingga berkecamukan dan kemudiannya berpecah menjadi negara-negara bahagian yang kecil dan lemah.

Kekalahan umat Islam tidak lain disebabkan majoriti ummah membelakangi al-Quran dan al-Hadits. Islam tidak lagi menjadi “way of life “. Kesempatan dari kelemahan umat Islam itu rupanya dipergunakan kaum Nasrani dan Yahudi untuk memukul mundur negara umat Islam, bukan saja di Turki, bahkan di seluruh belahan dunia Islam. Negara umat Islam akhirnya dijajah, sepertimana Indonesia dijajah Belanda selama hampir 500 tahun.

Selagi umat Islam mempraktikkan apa yang dikehendaki al- Qur’an dan al -Hadits dan para pemimpin mengambilnya sebagai sumber hukum tanpa berdolak dalik (bantah), niscaya umat Islam tidak akan jadi seperti hari ini, diinjak-injak dan dihina, diperlakukan sedemikian rupa oleh Zionis Yahudi seperti berlaku ke atas saudara seakidah kita di jalur Gaza, Palestina hari ini, sebaliknya ia akan mejadi kuat dan digeruni, sepertimana pernah mengalaminya di zaman emas- 1500 tahun yang lalu. Era kekhalifahan Rasulullah saw. era Khulafaurrasyidin dan era tabi’in wa tabiut tabi’in.

Kini, kita hanya bisa merenungi, mengenang kembali zaman gemilang umat Islam itu dengan cemas dan penuh harap ”Kapan kejayaan itu bisa diraih kembali…?
Namun kalau kita melihat firman Allah SWT, banyak sekali peringatan Allah SWT tentang kemakmuran, kejayaan, kebinasaan dan kehancuran sesuatu bangsa dan negara. Bahkan Allah SWT berulang-ulang memberikan contoh terhadap umat-umat yang terdahulu. Mereka lebih kuat perawakannya, hebat dalam pembangunan ketamadunan mereka, akhirnya mengalami kehancuran.

Demikian juga umat Islam, termasuk di bumi Indonesia yang tercinta ini. Selama aturan-aturan daripada Allah SWT tidak dipakai, justru diganti dengan aturan-aturan produk manusia yang penuh dengan cacat dan kelemaham atau dengan kata lain, umat Islam Indonesia tidak mau bertakwa dengan sesungguhnya, maka kejayaan dan kemakmuran mustahil bisa diraih. Hingga akhirnya barangkali, kalau Allah SWT sudah murka melihat tingkah laku kita. Allah SWT akan menggantikan kita dengan generasi yang lebih baik menurut cara Allah sendiri. Sebagaimana firman-Nya :

“Dan Tuhanmu Maha Kaya lagi mempunyai rahmat jika Dia menghendaki niscaya Dia memusnahkan kamu dan menggantimu dengan siapa yang di kehendakinya setelah kamu (musnah). Sebagaimana Dia telah menjadikan kamu dari generasi kaum lain.” (Q.S :6:133)

Dan dalam firman-Nya yang lain :”Dan sekiranya penduduk suatu negeri beriman dan bertakwa pasti Kami anugerahkan kepadanya berkah dari langit dan bumi. Akan tetapi mereka mendustakannya maka Kami siksa mereka lantaran usaha yang mereka lakukan.”(Q.S Al “Araf : 96)

Firman Alah SWT di atas sangat jelas, bahwa musibah dan bencana bertubi-tubi yang menimpa negeri ini adalah merupakan kemurkaan Allah SWT atas tingkah laku kita. Tidakkah kita mengambil hikmahnya…? Tiada jalan lain bila kita ingin negeri ini bangkit dari segala keterpurukan, siksa dan ancaman Allah SWT, melainkan hendaknya kita kembali melaksanakan hukum-hukum dan aturan Allah SWT, beriman dan bertakwa dengan sebenar-benarnya. Allah telah mengingatkan kita sebagaimana firmanNya : “Wahai orang-orang yang beriman. Bertakwalah kamu sekalian kepaa Allah dan seharusnya setiap kamu memandang masa depan dari pelajaran masa silam.”(Q.S Al Hasyr : 18)

Selanjutnya bila keimanan dan ketakwaan umat Islam Indonesia benar-benar pasti Allah SWT akan menjadikan kita sebuah pribadi keluarga dan bangsa yang terhormat dan di segani di santreo bumi ini. Bayangkan Indonesia sebagai sebuah negara yang mayoritas Muslim, bahkan paling ramai di dunia, luas wilayahnya, melimpah sumber daya alamnya yang Allah SWT titipkan sebagai negeri tercantik dengan hamparan ribuan pulau di tengah-tengah lautan yang luas. Selain itu iklimnya nyaman dan bersahabat. Subhanallah.

Jika mutu keimanan dan ketakwaan umat Islam Indonesia berbobot maka jangankan keberkahan, makmur, adil dan sejahtera bukan mustahil ada pada negeri ini. Kawasan benua Asia lainnya pun dapat merasakannya. Hal ini telah diakui oleh masyarakat dunia.

Namun bagaimana kenyataannya…? yang terjadi malah sebaliknya. Indonesia tergolong negara yang tertinggal di kawasan Asia dan dunia. Kemakmuran dan kesejahteraan melimpah hanya dimiliki segelintir orang. Seperti para penguasa dan pengusaha yang bermasalah. Sementara rakyat secara umum hidup di bawah garis kemiskinan. Sangat bertolak belakang bila mayoritas rakyat Indonesia hidup sengsara padahal kekayaan alamnya melimpah.

Butuh Teladan
Tentu saja teladan tersebut adalah mencontohi keluarga Rasulullah saw. Sebagaimana pernyataan Rasulullah; Rumahku adalah laksana surga bagiku. Mengapa..? karena keluarga nabi dihuni oleh para pemimpin dan teladan ahli dzikir. Bukan di huni oleh pribadi yang fasik.

Demikian juga bila presiden dan para menteri serta semua pejabat negara dari tingkat pusat sampai desa/kelurahan di pegang oleh para ahli dzikir niscaya untuk mencapai kemakmuran, keadilan dan kesejahteraan baldatun thoyibatun akan tercapai. Sebagaimana janji Allah kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa yakni berkah dari langit dan bumi.

Namun sebaliknya merupakan musibah besar bila suatu keluarga/ bangsa dipimpin oleh orang-orang yang fasik. Orang yang fasik adalah mereka yang mengaku diri muslim, sementara hati dan prilakunya kufur dan jauh dari ahlak islami. Jika kenyataanya demikian slogan “ Rumahku adalah surga bagiku “ hanya manis diucapkan tetapi pahit dalam kenyataan. Slogan yang ada malah bisa jadi “Negeriku laksana neraka bagiku” Naudzubillah. Kemalangan dan kesengsaraan sebuah negeri akan terjadi ketika rakyat dan pemimpinnya telah meninggalkan iman dan terjerembab menyembah selain Allah.

Dalam hal ini Ibnu Kaldun mengatakan “Masyarakat itu tergantung pada keteladanan ahlak / agama pemimpinnya.”
Sebagai contoh : Bagaimana sang ayah akan berwibawa di dengar nasihat dan pidatonya oleh anak-anaknya bila perbuatannya tak seirama. Sang ayah menyuruh anak-anaknya berlaku jujur sementara ia seorang pembohong. Ia memerintah anak-anaknya sebagai penyabar sementara ia pemarah.

Begitu pula dengan para penguasa negara kita . Menyuruh memberantas penyakit KKN sementara ia sendiri menjadi pelaku utamanya. Rakyat diminta bersabar menderita krisis ekonomi sementara mereka hidup serba mewah. Rakyat dipaksa membayar hutang dengan cara menaikkan beban dengan harta kebutuhan hidup sementara para penguasa bermasalah malah terbebas dari lilitan hutang…Begitu kenyataannya…

Akibatnya karena ketidakadilan dan ketidak jujuran para pemimpin dzolim rakyat semakin tertindas dan miskin. Karena tertindas dan miskin akhirnya mencuri - baru mencuri ayam dipukuli babak belur. Sementara para pemerintah dan menteri yang mencuri lewat pena (korupsi) dengan bermilyar-milyar kalau tidak ketahuan tidak bermasalah. Paling-paling kalau ketangkap masuk penjara dan cukup sogok uang dengan beberapa bulan saja di penjara sudah bebas. Enak banget ya….!!kenapa nggak di eksekusi saja biar nggak ada KKN…!

Demikian potret bangsa kita, miskin, tertinggal, bodoh terjajah dan sederet predikat memperihatinkan lainnya. Saatnya kita bangkit dari segala keterpurukan, saatnya kita jemput masa depan yang cerah. Saatnya kita memiliki pemimpin yang bisa membawa perubahan negeri ini. Tidak lain dan tidak bukan melainkan kita kembali kepada firman Allah, kembali malaksanakan hukum-hukum Allah. Kembali kepada Al Qur’an dan Alhadits. Mengambil pelajaran masa silam dalam memandang masa depan jangan sampai kita terperosok jurang berkali-kali…!

Bangkitlah negriku harapan itu masih ada berjuanglah bangsaku jalan itu masih terbentang……seperti yang di nyanyikan SOUHAR (Shoutul Harakah).

Saturday, January 17, 2009

Penyu mula bertelor di Kuala Terengganu

Oleh: Rossem

Di sebuah rumah teres dua tingkat yang sederhana besar tapi agak mewah. Mempunyai ruang tetamu yang selesa di tingkat bawahnya, sebuah ruang dapur yang luas dan sebuah bilik kecil buat orang gaji. Tingkat atas dilengkapi tiga bilik tidur, tandas dan ruang keluarga bersantai. Satu daripada tiga bilik tidur itu digunakan sebagai bilik operasi. Sebuah peta berukuran besar terpampang pada dinding. Peta itu siap ditandai lokasi-lokasi tertentu yang berkaitan.

Rumah itu, samada bahagian luar mahupun dalam bebas dari poster parti. Hal ini sangat aneh; bagaimana sebuah markas parti langsung tidak dipasang poster atau sepanduk parti. Namun itulah realiti yang berlaku di sebuah markas Pas yang diberi tugas khusus di lokasi stratigek di bandar Kuala Terangganu, selama dua minggu berkempan, bagi memenangkan calon Parti Pakatan Rakyat dari Pas, Mohd Abdul Wahid Endut.

Empat malam saya tidur di situ bersama beberapa petugas yang dikirim khas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin bagi membantu jentera kempen Pas. Salah seorangnya mantan pegawai tentera, kami menyapanya sebagai Mejor. Kami membuat kerja masing-masing mengikut kepakaran masing-masing. Selain itu, ramai lagi yang datang membantu pada siang harinya, mereka adalah petuga-petugas lokal, terdiri pesara-pesara kerajaan dari pelbagai profesion.

Para petugas ini sangat menekuni bidang tugas masing-masing. Datang dan keluar, kemudian datang balik untuk merangka strategi guna memenangkan calon dari parti Islam, Mohd Abdul Wahid Endut. Sangat menyentuh nurani ialah para petugas ini melakukan kerja-kerja sukar dan mencabar secara sukarela. Tidak mengharapkan ganjaran material. Melakukannya demi perjuangan Islam, menegakkan keadilan, membantras kerupsi dan penyalahangunaan kuasa, di mana ketiga-tiga elemen itu semakin terhakis di bawah penguasa BN/Umno.

Suatu pagi, saat seorang diri di rumah, sementara teman-teman keluar bertugas, bunyi seseorang memberi salam dari luar rumah memecah suasana hening pagi. “Assalamualaikum”. Kalimah salam itu diulangnya beberapa kali. Saya membuka pintu, beberapa wanita berdiri di pintu pagar yang siap terbuka sambil melempar senyum.

“Saya petugas Parti Keadilan Rakyat (PKR)” Jawapnya ringkas, sambil
menghulurkan sekeping kertas –cara-cara memangkah undi. “Saya juga petugas parti” saya memberitahunya, ia tampak kaget sekali, kerana tiada satu lambang atau lencana parti pun ditampal di rumah itu, panorama ini berbeza sekali dengan pos parti di lokasi lain.
Muslimat PKR kemudiannya beralih kepada rumah lain yang masih belum dilawati di kawasan itu. Mengucap salam, membahagi risalah kepada pemilik rumah. Demikian tugas dijalankan selama ikut berkempen di parlimen Kuala Terangganu.

Melihat kerja keras dan keseriusan mereka menjalankan tugas, saya merasakan kemenangan pasti akan tiba jua. Bahkan situasi seperti ini, bukan berlaku di lokasi ini saja, acara silaturahim berjalan disemua tempat, dalam kawasan bandar, pinggir bandar, dalam Parlimen Kuala Terangganu.

Keringat yang mereka curahkan. Anak-anak kecil yang ditinggalkan di rumah, bahkan wang ringgit yang keluar dari saku sendiri rupanya tiada sia-sia, hasilnya berbaloi. Kemenangan berpihak kepada calon PR, Mohd Abdul Wahid Endut, dengan majoriti besar- 2,631. Wahid mendapat 32,883 undi, sementara Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN) mendapat 30,252 dan Azharudin Mamat (Bebas) 193 undi.

Kini penyu mula bertelor di Kuala Terangganu!

Wednesday, January 14, 2009

Doa penting untuk kemenangan umat Palestin di Gaza

Oleh: Rossem

Nadwa menangis teresak-esak disisi ibunya yang terbaring kaku dengan bahagian badannya berlumuran darah, tiga orang abang dan kakak Nadwa juga terbaring kaku. Kanak-kanak itu baru berusia tiga tahun, belum dapat memahami, kenapa dan bagaimana malapetaka dahsyat ini menimpa diri dan keluarganya. Sementara di sudut-sudut lain bangunan yang tinggal puing itu berpuluh-puluh mayat bergelempangan, antaranya masih bernyawa. Suara mereka yang cedera, mengerang kesakitan sangat jelas kedengaran, tidak putus-putus menyebut nama Tuhan Yang Maha Besar- Allah Akbar.

Pagi itu Nadwa, ibunya dan dua saudaranya bersiap untuk meninggalkan pangsapuri di Gaza, bila secara tiba-tiba beberapa pesawat pejuang zionis Israel mengugurkan bom. Bom itu jatuh tepat di lokasi tempat Nadwa berada. Kanak-kanak itu kini menjadi yatim piatu, dua minggu sebelumnya, bapa Nadwa juga gugur sayhid, angkara bom yang digugurkan dari pesawat pejuang Israel, ketika hari pertama tentera rejim Yahudi itu melancarkan serangan ke atas Genting Gaza.

Banyak lagi kisah-kisah ngeri dan menyayat hati nurani dipaparkan lewat media massa, saban hari., sejak tentera Israel memulakan serangan 27 Disember lalu. Kanak-kanak yang terburai isi perutnya, ibu-ibu yang berlari sambil mendukung anak kecil, orang-orang tua yang keletihan dan mengalami luka-luka bersandar pada tembok bangunan yang tinggal puing, merupakan panorama yang dapat disaksikan di bumi Gaza kini.

Namun, menjadikan Gaza sebagai kilang penyembelihan massa seperti pernah berlaku di Bosnia suatu masa dulu mungkin tidak semudah yang disangka. Pejuang-pejuang Hamas telah menunjukkan keberanian luar biasa bila berdepan dengan tentera Isarel yang memiliki kelengkapan canggih termasuk tank. Kemaran tentera rejim sering saja mendapat tentangan hebat, sehingga terpaksa berundur.

Bahkan, jeneral-jeneral perang Israel terpaksa memberi alasan “Kami berundur kerana tidak mahu tentera kami tertembak sesama sendiri di lorong-lorong sempit Gaza City” Apakah alasan itu boleh diterima akal- mana mungkin sebuah tentera yang terlatih boleh tertembak sesama sendiri! Jawapannya pasti ada penembak-penembak yang kita tidak diketahui siapa. Ini merupakan kekuatan tersembunyi hasil dari doa yang kita mohon kepada Allah SWT Yang Maha Perkasa setiap malam atau setiap usai solat.

Hamas tidak akan mengaku kalah, bahkan bersumpah ia akan mencapai kemenangan “ Saya memberitahu kamu wahai zionis, bahawa selepas perang bodoh selama 17 hari (sehingga 15 Januari) ini, Gaza masih belum musnah dan tidak akan jatuh. Darah yang mengalir tidak akan tumpah dengan sia-sia kerana ia akan membawa kemenangan”

Selanjutnya, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh mengingatkan “darah anak kecil yang syahid dalam konflik ini akan menjadi sumpahan yang akan menghantui Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush seumur hidup”.

Allah SWT telah menolong umat Islam Gaza dalam perlawanannya dengan rejim zalim Israel. Kemenangan itu sudah hampir. Satu khidmat pesanan ringkas (SMS) saya terima daripada seorang teman, Dr Khairuddin, intinya dipetik dari sebuah lama web al-Qassam “ Pergerakan Hamas dilaporkan berjaya membunuh dan mencederakan lebih 360 tentera Israel, termasuk tiga jeneral. Kereta tank mereka telah berundur dari Gaza City selepas Hamas berjaya menembak jatuh beberapa helikopter”

Selanjutnya teman sya itu menyeru “Tingkatkan doa dan munajat anda demi membantu warga Palestin “. Kita juga jangan lupa, berdoa untuk kemenangan jihad ini.

Tuesday, January 13, 2009

Kuala Terengganu, Pilihan Raya Kecil dan keropok lekor Losong





Oleh: Rossem
Track berwarna biru tua mundar mandir di jalan-jalan raya Kuala Terengganu. Dua atau tiga buah dalam setiap konvoi. Kurang setengah jam berlalu, pasukan peronda lain pula akan melewati jalan tersebut. Di dalamnya lima atau enam petugas berunifom tampak siap siaga.
Pergerakan mereka agak luar biasa, semacam satu kerusuhan telah berlaku. Tapi kehidupan warga Kuala Terengganu tampak tidak berubah. Menjalankan tugas rutin setiap hari seperti biasa, bahkan dengan kehadiran anggota polis dalam jumlah yang ramai itu ada yang mendapat manfaat, terutama peniaga-peniaga. Restoran-restoran yang menghidangkan keropok lekur seperti di Losong sentiasa dipenuhi pelangan. Gadis-gadis Terengganu penjual keropok bagaikan keletihan mengukir senyum.
Bukan saja petugas polis, bahkan petugas-petugas parti yang datang dari luar Terengganu, membantu kempen parti masing-masing juga mengambil kesempatan dari masa terluang mereka, menikmati rasa keropok Losong yang terkenal kerana keenakanya.
Petugas-petugas Pas berbisik sesama sendiri; apakah itu restoran “orang kita”? Yang dimaksudkan “orang kita” ialah restoran dimiliki orang Pas, kerana sudah menjadi lumrah, orang Pas memilih kedai atau restoran di mana pemiliknya sama-sama seperjuangan. Begitu juga dengan Umno, mereka memilih restoran milik orang Umno.
Antara dua kelompok ini mudah dikenali, terdapat perbezaan ketara, terutama dari aspek penampilan diri, petugas Pas majoritinya memakai kopiah, tampak lemah lembut, lebih merakyat, sesuai dengan Islam yang diperjuangkannya. Manakala petugas Umno tampak egonis, memperagakan kemewahaan dan kebangsawanan, sesuai dengan parti itu, sebagai penguasa di negeri Terengganu, yang terkenal dengan kekayaan yang bersumber daripada hasil royalti minyak yang terdapat dari perut buminya.
Pertarungan antara Pas dengan Umno pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Terangganu lebih menjurus kepada pertarungan antara dua kelompok dalam masyarakat; iaitu rakyat marhain dan elit. Pendokong Pas termasuk calonya, Haji Mohamad Wahid Endut adalah golongan rakyat kelas kampungan dan menengah, sementara lawanya daripada Umno, Wan Ahmad Farid Wan Salleh adalah golongan elit.
Umum sudah mengetahui keelitan Wan Farid ini sebelum dipilih mewakili BN/Umno pada PRK ini. Sehingga dikalangan Umno sendiri mempertikaikan pemilihan tersebut. Terdapat suara-suara yang tidak senang dengan sikap Wan Farid sebelum ini yang dikatakan tidak mesra rakyat. Hal ini diperkatakan di mana-mana dikalangan Umno Terengganu sendiri, yang kemudiannya menjadi isu utama bagi kempen Pas.
Untuk menangkis serangan Pas, media-media massa, samada media cetak atau televisyen pro Umno menyiarkan saban hari aktiviti Wan Farid bermesra dengan rakyat. Melakukan kunjungan silaturahim ke rumah-rumah warga, beramah mesra dengan kanak-kanak dan orang tua, bahkan sempat bermain aji (dam) dengan penduduk.
Dalam hal ini, saya teringat salah seorang calon yang bertanding kerusi parlimen di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke 10 dulu. Dalam program kempen dari rumah ke rumah. Suatu petang, sang calon singgah di rumah salah seorang warga di desa itu, olehkerana saat itu masuk waktu Asar, lalu ia segera bersolat. Seusai solat ia bersembang sebentar dengan peghuni rumah, memberinya hadiah, kemudan beredar. Di rumah yang lain, ia mengerjakan solat Asar lagi, begitu seterusnnya. Entah berapa kali ia bersolat Asar petang itu tidak diketahui dengan tepat, tapi yang pasti lebih dari satu. Tujuannya agar dilihat orang, bakal wakil rakyat bagi kawasan parlimen ini agamanya kuat, justeru harus dipilih.
Berbalik kepada Kuala Terengganu. Apa yang dimuat dalam akhbar dan disiar di kaca televisyen tentang Wan Farid yang digambarkan sebagai mesra rakyat, itu cuma lakonan. Realitinya tidak begitu. Kata salah seorang warga yang ditemui. Menyedari itu agaknya, Presiden Umno, juga Perdana Menteri Malaysia yang akan bersara Mac ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa turun berkempen di Kuala Terengganu menafikan: Wan Farid sosok yang sombong, kalau sombong masakan saya memilihnya bertanding mewakili BN.
Maknanya, benarlah sepertimana ungkapan umum sebelum ini mengatakan calon BN memiliki ciri-ciri elit atau kebangsawanan pada dirinya. Kalau tidak, masakan Abdullah menafikan. Sebuah lakaran kartun yang disebarkan di sana, dialognya kira-kira begini “ PM nafikan Wan Farid elit, samalah dengan cerita, Di sini tidak ada wang”. Walhal dalam lubang itulah Majnun menyimpan wang. Tujuan ia menulis dan meletakkan papan tanda di situ untuk mengabui mata pencuri semata-mata.
Bagi Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali, Pertarungan Pas-Umno pada PRK Kuala Terengganu ini ibarat pertarungan antara Hamas dengan Fatah di Palestin. Pas ( Hamas) memperjuangkan Islam manakala Umno (Fatah) memperjuangkan nasionalis Melayu.
Risalah, sepanduk, ceramah atau apa juga bahan kempen yang disebarkan di Kuala Terangganu sepanjang tempoh yang dibenarkan selama hampir dua minggu, sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi. Namun “pilihan sebenar” sudah diset dalam hati nurani setiap pengundi. Siapa calon terbaik. Parti mana yang benar-benar releven dengan mereka, semuanya sudah dalam perkiraan mereka.
Yang menimbulkan kemusykilan di kalangan petugas Pas, samada petugas lokal mahupun petugas luar. Mengapa kehadiran polis begitu ramai pada PRK Kuala Terengganu ini. Jumlahnya dikatakan mencerceh 6 ribu, amat luar biasa sekali. Yang berunifom dan premen ada di mana-mana, bercampur gaul dengan orangramai.
Namun jawapan seorang pegawai polis bila ditanya soalan itu: Katakanlah kami (Polis) ada kekuatan sejumlah 6 ribu, tapi kami bertugas dalam tiga sif, bermakna setiap sif cuma dua ribu anggota saja bertugas dalam satu masa. Selebihnya berihat sambil menunggu giliran berikutnya. Jadi hakikatnya tidak ramai.
Apapun, selama berada di Kuala Terengganu banyak kenangan manis yang tidak dapat dilupakan, terutama keropok losong yang terkenal enak, di makan dengan perceh lada, dihidangkan oleh gadis-gadis Terengganu yang cantik molek.

Monday, January 5, 2009

Palestin menjadi puing. Di mana jiran Arab?

Oleh: Rossem

Sebentar tadi aku terima e mail dari anak ku yang dikatakan perutusan langsung daripada Perdana Menteri Gaza, daripada Hamas, Ismail Haniyah. Perutusan yang siap diterjemahkan mengikut bahasa setempat itu ditujukan kepada umat Islam di seluruh dunia. "Kami menghadapi konspirasi jahat zionis Israel dan operasi ketenteraannya. Meski kami di gantung di tiang-tiang gantungan, meski darah kami tersimbah di jalan-jalan, meski serpihan daging-daging dari tubuh-tubuh kami terlekat di tembok-tembok, kami sekali-kali tidak akan tunduk dan menyerah. Demi kemerdekaan Palestin dan kebebasan al Quds. Demi jihad yang kami cintai dan Demi syahid yang kami rindui. Kami katakan: Gaza tidak akan jatuh ke lubang kehinaan, tidak akan meyerah dan tumbang....."
Anak ku itu menangis sebaik saja membaca Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dikirim seseorang kepadanya, kemudian ia memanjangkan pesan itu kepada ku. Hakikatnya bukan air mata ia seorang saja yang tumpah lantaran kebiadapan rejim Zionis, bahkan seluruh umat Islam yang beriman dan pencinta damai menangisi perbuatan Zionis yang bertindak bagaikan orang kehilangan manusiawi.
Menangisi mengenangkan tragedi demi tragedi menimpa umat Islam Palestin khususnya yang mendiami genting Gaza buka hanya baru sekarang, malah sejak lama dulu. Teringat suatu musim haji. Ketika solat Jumaat terakhir sebelum kami berangkat ke Arafah. Imam Masjidil Haram, Mekah, membaca qunut nazilah yang panjang. Isi doanya menyentuh pemasalahan umat Islam masakini di seluruh dunia. Bila tiba tentang isu Palestin, al-Quds dan kebiadapan rejim zionis Israel, tiba-tiba kelancaran doanya tersekat-sekat, sang imam sebak menahan tangis. Saya yang tidak tahu berbahasa Arab, juga ikut menangis , namun saya faham intisari doannya. Tampak jamaah di kiri kanan juga menangis. Demikian hibanya umat ini bila isu Palestin dan al-Quds disebut-sebut dan diulang-ulang.
Sejarah ngerinya yang panjang membalut warga sangat menghiris nurani umat. Al-Quds yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam diinjak-injak oleh kaki kotor Zionis dan tangan-tangan mereka yang berlumuran darah, entah bila akan menemui noktahnya. Sementara tetangga Palestin yakni negara Arab tidak membantu, bahkan diantaranya terdapat pemimpin yang merestui tindakan Israel membumihanguskan bumi Gaza, disebabkan, kononnya genting Gaza ditadbir oleh gerakan Islam (Hamas).
Kebrutalan rejim Zinis Israel keatas genting Gaza kali ini memang amat luar biasa. Dalam masa lapan hari, bumi Gaza yang berpenghuni 1.5 juta itu, terpaksa menerima sebanyak 750 serangan tentera Israel. Kediaman warga, khemah pelarian, pusat-pusat pentadbiran Hamas, kedai-kedai menjadi puing.
Tidak cukup dengan itu, Israel juga telah menghancurkan lapan masjid di Gaza. Masjid Umar bin Al Khattab, Masjid lain yang berhasil dihancurkan adalah masjid Syifa, masjid Al Qassam, masjid Ibad Arrahman, masjid Imad Aql, masjid Abu Bakar As Siddiq, masjid Al Istiqamah, serta masjid Hanifah bin An Nu’man.
Tak cukup masjid, Israel telah menyerang komplek Universiti Islam Gaza. Kelas untuk mahasiswi, dewan peperiksaan serta dewan muktamar telah rata dengan tanah. Jumlah kematian sehingga kini (5 Januari ) 435 orang, kecederaan pula meningkat 2,285 orang. Hospital sudah tidak upaya menampung mereka yang cedera dan bertamah setiap hari.
Malam tadi, kurang lebih jam 12.00 malam, handset yang diletakkan di hujung kepala berbunyi, saya terjaga dari tidur. Satu SMS diterima “ Tolong bacakan: Lailahaillallah, Allahuakbar dan surah al-Ikhlas tiga kali, untuk Masjid Al Aqsa yang sedang dikepung Israel. Sebarkan kepada rakan-rakan Muslim kita…” Terkejut! Walaupun saya tidak sempat menonton Berita Dunia lewat tengah malam di telivisyen Malaysia, namun saya dapat mengagak, tentera darat Israel sudah mula memasuki Genting Gaza. Dan jika benar terjadi, bayangkanlah bagaimana nasib warganya- kanak-kanak, wanita dan orang tua.
Dan melihat suratkhabar pada esok paginya (5 Januari) memang benar tentera darat Israel mula memasuki Gaza – Serangan darat bermula!
Bagaimana reaksi para pemimpin negara-negara Arab? Mereka memilih berdiam diri. Bahkan diantaranya ada yang akan ikut bertepuk tangan bersama Israel sekiranya pergerakan Hamas dan pemimpinnya Ismail Haniyah lenyap di bumi Gaza. Orang itu ialah Mahamod Abbas. Presiden Palestin yang beribupejabat di Tebing Barat.

Saturday, January 3, 2009

Pembantaian umat Palestin, negara Islam sekadar kutuk

Oleh: Rossem

Semasa bekerja di akhbar The Sun dulu, setiap pagi, dalam perjalanan ke pejabat di Petaling Jaya, saya singgah minum teh tarik di sebuah restoran di Jalan Pantai Baru. Ada ketikanya minum bersama seorang teman berbangsa Arab, kelahiran Gaza, Palestin. Ia menetap di Malaysia setelah menikah dengan rakyat negara ini.

“Kami rakyat Palestin dilahirkan untuk berjihad “ Kata pemuda itu dalam bahasa Melayu yang fasih. “Tapi, saudara tinggal di Malaysia, bererti saudara melarikan diri dari medan jihad” Saya mengusiknya. Ia tidak marah kerana kami biasa berseloroh terutama mengenai isu palestin.

Sekarang Gaza, bumi pemuda itu, dibasahi darah untuk sekian kalinya. Saya tidak tahu, apakah keluarga teman saya itu ikut menjadi korban kebrutalan zionis Yahudi, menguggurakan bertan-tan bom lewat pesawat tentera udara ke atas bumi Palestin yang luasnya cuma sekangkang kera. Kelakuannya bagaikan orang terkena histeria.

Selama ini pun, genting Gaza diibaratkan sebuah penjara besar, dihuni 1.5 juta warga Palestin, bahagian tertentu dipagari Isreal dengan tembok tinggi dan dipersiapkan pasukan penembak tepat, untuk menembak sesiapa saja rakyat Palestin yang dilihat cuba membolosi tembok tersebut. Rakyat Palestin di Gaza dibiarkan menanggung derita sendirian, dinafikan hak dan kebebasan, penyedian makanan dan perubatan sangat terbatas, ekonominya dibiarkan merudum, sehingga ada ketikannya pentadbiran Hamas, di Gaza bahkan tidak upaya membayar gaji pekerja.

Warga Palastin yang pada hakikatnya sudah lama menderita dalam penjara besar- Gaza, tiba-tiba dihujani pula dengan peluru dan bom daripada kereta tank dan pesawat tempur tentera Zionis Yahudi, tanpa sedikit pun rasa bersalah, apalagi kesihan belas terhadap anak-anak kecil, wanita dan orang tua. Bayangkan lokasi yang sempit dan sepadat itu, kemudiannya dibom secara membabi buta. Pasti angka korbannya tinggi.

Kini, sudah seminggu (bermula 26 Disember) bumi Gaza di hujani peluru dan bom Israel. Situasi kemanusiannya menjadi lebih parah, bahkan kritikal. Warga Palestin hidup bagaikan telur di hujung tanduk. Makanan semakin berkurang, lori-lori membawa bekalan makanan pula disekat. Hospital untuk menampung pesakit sudah penuh, Pengarah bahagian Kemanusiaan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), John Holmes sendiri mengakui – semua hospital tidak upaya lagi menerima mereka yang cedera yang semakin meningkat.

Amerika Syarikat (AS), bapa kandung kepada Israel, tidak menghalang serangan negara itu ke atas genting Gaza, cuma meperingatkan anaknya : Wahai anak ku, jangan halakan muncung meriam kepada orang awam”. Walhal penghuni penjara besar Gaza itu adalah rata-rata terdiri orang awam, hanya sedikit sekali, apa yag didakwa Israel dan AS sebagai pejuang Palestin yang dituduh telah melancarkan serangan roket melewati perbatasan Israel. Orang awam dan pejuang Palestin itu sebenarnya satu komponen, ibarat kereta dan tayar kereta, tidak dapat dipisahkan!

Akibat serangan gila itu, kurang lebih 414 warga Gaza syahid, sementara lebih 2,000 cedera (sehingga 3 Januari). Turut syahid ialah seorang pemimpin kanan Hamas, Nizar Rayan. Beliau gugur bersama isteri dan anaknya, setelah kediamannya dibedil. Ketua Polis Gaza, Mejor Jeneral Tawfik Jabber juga ikut syahid. Walaupun angka kematian itu tampak kecil, tapi peratusnya sangat besar disebabkan jumlah penduduk Gaza yang sedikit.

Seluruh dunia Islam melancarkan protes keras terhadap kebiadapan rejim zionis Israel. Demonstrasi berlaku di mana-mana, di kota-kota besar dan kota-kota daerah. Di Jakarta, Parti Keadilan Sejahtera (PKS) mengerakkan massa, 200,000 berarak di depan kedutaan AS sambil meneriak Allah Akbar. Tidak terkecuali di Makasar. Di Tehran, ribuan keluar di jalanan. Di Afghanistan, penunjuk perasaan membakar bendera Israel. Bahkan umat Islam Australia yang minoriti juga mengadakan protes besar-besaran terhadap keganasan Israel ke atas warga Palestin.

. Di Kuala Lumpur, seusai solat Jumaat, para jamaah berkumpul menyatakan sokongan kepada Palestin, khususnya pergerakan Hamas yang mengusai genting Gaza. Mengutuk sekeras-kerasnya kebiadapan Israel. Mencela AS kerana mendiamkan diri.
Ummat yang terasa tercabar dengan tindakan rejim pecandu darah itu terpanggil untuk berarak, melaungkan kata-kata berupa kutukan kepada rejim zalim, juga kepada pelindungnya- Amerika Syarikat.

Namun Yang belum memberi reaksi ialah umat Arab. Kenapa jadi begitu? Bukankan ia sebangsa dan tetangga terdekat? Kenapa para pemimpinnya justeru jadi pengecut? Secara psikologinya, bila seseorang berada dalam situsi dan kondisi ketakutan yang keterlaluan, maka untuk mengangkat muka pun menjadi terlalu payah, apalagi mahu mengeluarkan suara keras. Untuk melancarkan serangan ketenteraan tentu jauh panggang dari api. Walhal, sepatutnya untuk mengajar kebiadapan rejim Israel, tiada cara lain- peluru harus dibalas dengan peluru. Besi lawan besi. Bukan mucung meriam lawan penumbuk!

Beberapa Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) saya terima daripada pengirim yang tidak dikenali, antaranya berbunyi: Tiada cara lainkah untuk menghalang serangan Israel ke atas Palestin, selain daripada kutuk…kutuk…kutuk…berarak..berarak…berarak! Saya hanya menjawab “ Kita tidak punya gigi untuk mengigit, yang ada cuma gusi dan gusi bila terkena benda keras pasti berdarah dan sakit”

Namun, walaupun umat Islam hari ini tidak punya gigi, tapi kita punya Allah SWT Yang Maha Berkuasa dan Maha Mendengar. Dia mendengar segala rintihan kita, justeru lakukan apa saja, walaupun sekadar doa. InsyaAllah, kemenangan tetap menyebelahi kita.

Thursday, January 1, 2009

Remaja Islam dan sambutan tahun baru Masehi

Oleh: Rossem

Bangunan yang berkonsepkan senibina Moor itu seakan-akan memiliki magnet sehingga upaya menarik warga kota khususnnya remaja datang beramai-ramai pada setiap akhir tahun Masehi. Imej kubahnya agak terlindung oleh bayangan bangunan-bangunan tinggi melangit yang tumbuh di sekelilingnya. Dulu kubah yang berbentuk bulat itu tampak seperti seorang sedang mengukir senyum, sesiapa yang lalulalang dan terpandang padanya akan terasa keakrapannya, tapi setelah pembangunan Kuala Lumpur semakin pesat, bangunan sekitarnya 10 kali lipat ketinggian darinya, bahkan lebih cantik dan bergaya, maka kubah bulat itu pun tahu merajuk, sudah malas mengukir senyum.

Tampak lebih ketara setelah pusat pentadbiran negara berpindah ke Putrajaya. Bangunan bersejarah itu ditinggalkan sepi dan murum, ibarat isteri tua keriput ditinggalkan suami, setelah sang suami mendapat isteri baru, muda dan jelita

Sebuah jam besar dengan angka latin dipahat di empat penjuru menara bersegi empat Bangunan Sultan Abdul Samad. Setiap sejam ia akan berding dong, ding dong menurut jumlah hitungannya tanpa mengenal rehat. Tiada siapa yang mempedulikan bunyi itu pada hari-hari biasa sebelum ini, namun pada kali ini, pada malam terakhir tahun ini -2008, bunyi detik 12 malam bagai dinanti dengan penuh debar oleh setiap pengunjung yang datang sejak petang.

Majoritinya adalah muda mudi. Biasanya datang berpasangan. Di Dataran Merdeka itu mereka duduk di atas hamparan rumput hijau sambil menonton konsert. Ada seberkas “makna” disebalik bunyi ding dong yang ditunggu-tunggu, dan “makna” itu adalah kekuatan, menjadikan seseorang bersemangat untuk datang dan sanggup berembun sehingga dini hari.

Ding dong, ding dong berbunyi sebanyak 12 kali. Anak-anak muda pun semacam terkena libasan histeria, melompak -lompak, menjerik-jerik, berpeluk-pelukan, ada diantarnya menegok air berbuih, bibir bersentuh bibir. Pesta setahun sekali dianjurkan pemerintah atau agensinya secara percuma, masakan remaja mahu melepaskan peluang!

Sosok-sosok berpesta itu bukan orang lain- majoritinya remaja Melayu beragama Islam. Walhal sambutan tahun baru Masehi bukan amalan orang Islam. Praktik ini tampak menjadi budaya orang Melayu yang sangat mengkhuatirkan, bahkan justeru boleh merosakkan akidah.

Kekhuatiran itu bukan baru sekarang diperingatkan, malah sejak dulu. Sudah berbuih-buih mulut kelompok agamawan berbicara. Sudah kepenatan tangan menulis dan melontar agumentasi, bahawa tidak sepantas itu orang Islam berteriak ye ye dalam pesta sambutan tahun baru Masehi setiap tahun, namun keberkesanannya hampas, ibarat masuk telingga kanan keluar telingga kiri, wal hasil balik hasal, wal hasal balik hasil, itu pasal tak hasil!

Kenapa remaja Melayu Islam di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur mendatangi beramai-ramai di lapangan seperti Dataran Merdeka, Dataran KLCC, Taman Titiwangsa menyambuat pesta tahun baru? Jawapannya; sambil menunggu detik 12 malam, terdapat acara hiburan berbentuk konsert dipersembahkan kepada para pengunjung. Pemuzik-pemuzik berirama keras diundang untuk tujuan itu. Ini merupakan “umpan” yang sangat efektif untuk menarik golongan remaja.
Acara selalunya bermula seawal jam 8.30 malam dan berakhir sebaik saja ding dong, ding dong berbunyi 12 kali atau di setengah-setengah lokasi, hiburan diteruskan sehingga lewat pagi.

Itu acara di lokasi terbuka secara percuma. Sementara di kelab-kelab malam dan disko. misalnya di Jalan Telawi, Bangsar, pelangannya melimpah ke aspal, jalan ditutup, polis mengawal di simpang-simpang jalan.

Seorang teman memberitahu saya; kalau mahu melihat remaja Melayu mabok, pergilah ke Jalan Telawi, duduklah di sana antara jam 11.00 malam ke atas. Anda pasti dapat melihat remaja kita, termasuk wanita memegang tin bir sambil berjalan terhuyung hayang. saya kemudiannya, menyaksi sendiri dari dalam kereta, saat melewati jalan tersebut pada suatu malam tahun baru.

Namun di Kelantan, di negeri yang diperintah oleh Parti Islam-Pas, sejak 1990, tiada pesta tahun baru diadakan, samada di lapangan atau di dalam permis bangunan awam. Remaja Negeri Serambi Mekah tidak kenal, apa itu pesta menyambut Tahun Baru Masehi! Malah cuti tahun baru juga tidak ada dalam kalender Kerajaan Kelantan.

Debar Disember yang ditinggalkan


Oleh: Rossem

Disember sering mengendung malapetaka, kata seseorang. Lalu orang itu memberi fakta: Tsunami menerjah pantai Acheh, jam 7.59 pagi, 26 Disember 2004 dengan ukuran 9 pada Skala Richter. Turut terlibat ialah kepulauan Andaman di Lautan Hindi, Sri langka, Phuket dan Malaysia. Seramai 220,000 terkorban. Semua itu berlaku dalam bulan Disember.

Di Rawalpindi, Pakistan, jam 5.30 petang, 27 Disember 2007 seorang lelaki kurus membunuh Benazir Bhutto yang baru usai berpidato di rapat umum di Taman Liaquat Bagh. Tokoh politik itu yang juga mantan Perdana Menteri Pakistan dan pemimpin Parti Rakyat duduk dalam kereta dengan menjulurkan kepalannya keluar bumbung, satu tembakan terdengar, diikuti dengan letupan bom yang amat dahsyat. Wanita yang baru pulang ke tanah air dari suaka politik di luar negara dan bakal menjadi Perdana Menteri Pakistan untuk kedua kalinya itu rebah – mati bersama 30 yang lain.

Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur, empat orang terkorban, hampir 20 buah rumah mewah rosak teruk. Kerugian hartabenada mencercah jutaan, berlaku pada jam 3.30 pagi, 6 Disember 2008, menjelang Aiduladha- ketika warga sedang nyenyak tidur.

Walhal, sebelum tragedi berlaku, sepertimana dimuat dalam akhbar; warga Bukit Antarabangsa telah pun membuat aduan kepada pihak berwajib berhubung pergerakan tanah yang berlaku, yang dikhuatiri boleh mengakibatkan tanah runtuh, namun, aduan tersebut dikatakan tidak dilayan.

Sebelum ini pun sudah berlaku kejadian tanah runtuh di situ dalam sekala kecil, namun, pihak berkuasa tidak mengambil perhatian serius tentang signal itu. Dan sekarang, ‘hasilnya’ telah pun diketahui umum.

Bila sudah berlaku, seperti biasa, tuding menuding jari pun berlaku, pemaju salahkan PBT dan PBT salahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), namun dalam hal ini, pemerintah bagaikan sebuah institusi kalih peluru. Bijak melepaskan diri dari rasa bersalah dan rasa pertanggungjawaban akibat dari kealpan agensi-agensi yang dilantiknya.

Di Iraq, seorang wartawan stesen telivisyen Al-Baghdadia, Muntadar Al-Zeidi melakar sejarah baru dalam dunia kewartawanan bila membaling sepatu ke arah pemimpin paling angkuh di muka bumi, Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush dalam satu sidang press di negara itu. Turut bersama ialah Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki. Dua pasang kasut yang tidak diketahui jenama dan saiz meluru seperti peluru, kalau tidak kerana sang Presiden pantas mengelak, pasti singgah di muka. Drama aktual itu ditayangkan dalam televisyen Malaysia dalam segmen Berita Perdana pada hari berikutnya. Begitu sekali cekapnya Bush mengelak lontaran dari jarak dekat. Sementara Nuri al-Maliki yang berada disebelahnya bangun dengan mulut terlopong-panik. Cerita gempar dengan separuh lucu itu juga berlaku dalam bulan Disember ( 14 Disember 2008).

Yang meruntun nurani ialah kalimat yang terbit dari mulut wartawan terbabit: ini kucupan perpisahan buat kamu, anjing! Di ikuti dengan kalimah berikut: Ini salam perpiahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh.

Ungkapan itu merupakan difinasi sebenar daripada kekecwaan yang sangat mendalam warga Iraq, setelah bangsa dan negara mereka dimalukan dengan cara yang amat biadad oleh Amerika Syarikat lebih lima tahun lalu, sehingga mendorong pemuda itu sanggup menghadapi risiko –diseksa, dipenjara atau mati.

Seluruh umat Arab, kemudiannya mengelarkan Muntazer sebagai wira bangsa, bahkan seorang warga Mesir menawarkan anak perempuannya untuk dinikahi Muntazer.

Keberanian sang wartawan itu pasti terpahat dalam sejarah bangsa Arab dan Islam, sepertimana kita pernah menemukan kisah-kisah keberanian para pemberani di zaman kekhalifahan Islam di masa silam.

Kisah Muntazer membaling sepatu terhadap Bush ini sepintas lalu seakan-akan membawa kita untuk mengingati kembali kisah-kisah dalam Hikayat Seribu Satu Malam yang sangat masyhur itu. Ada kebenarian, kelucuan dan kejutan. Namun, inilah Kota Bahghad yang kita kenali, menyimpan banyak kisah-kisah aneh sejak dulu, sekarang dan akan datang.

Sepatu lambang kemegahan. Untuk itu, orang sanggup membelanjakan ratusan ringgit semata-mata untuk membeli sepatu berjenama tersohor, memakainya dengan penuh gaya di majlis-majlis berperestej, tapi sepatu juga menjadi lambang penghinaan, bila disalah gunakan, sepertimana dilakukan Muntazer.

Begitu juga dengan penyapu. Ia satu keperluan yang sangat mustahak. Setiap rumah ada penyapu. Tapi penyapu boleh bertukar menajdi satu penghinaan bila disalah gunakan- dijadikan hadiah misalnya, sepertimana pernah berlaku di Selangor suatu masa dulu.