Saturday, June 16, 2012

Perjalanan seorang murabi. Almarhum Ustaz Yahya Othman


Oleh: Rossem

Ribuan orang  dengan wajah-wajah  sedih  berjalan perlahan di bawah sinar suria pagi,  dengan  segumpal awan meneduhi menjadikan suasana di tanah perkuburan pagi itu tidak terlalu panas seperti pada hari-hari biasa di musim panas yang mencengkam. 

Di kiri kanan jalan ke permakaman orangramai berdiri sejak pagi untuk memberi penghormatan terakhir buat sang murabbi  yang pergi mengadap Rabbnya. Kereta-kereta dipakir di kiri kanan jalan sehingga beberapa kilometer. 

Di desa yang aman inilah tempat  tinggal  seorang murabbi yang sangat dikasihi, kini  telah pergi meninggalkan  semua. 

Almarhum Datuk Ustaz Yahya Othman, 73, mantan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS menutup usianya jam 6.30 sore Khamis, tanggal 14 Jun 2012, di Kampung kediamannya Labok, Machang, kurang lebih 30 kilometer dari Kota Bharu melalui Jalan Kuala Krai.

Sebelum disemadikan di tanah perkuburan, solat jenazah pertama jam 8.30 pagi diadakan di rumahnya diimamkan Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud atau lebih akrab dipanggil Ustaz Daud Iraqi. Sementara solat kali kedua di Masjid berdekatan rumahnya diimamkan Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Abdul Aziz Nik Mat.

Pemergian tokoh murabbi  dari Partai Islam Semalaysia (PAS) ini ditangisi bukan saja anak-anak tarbiyahnya yang ribuan, yang kini sebahagiannya menjadi pemimpin parti dan kerajaan, bahkan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tak upaya menahan sebak sehingga matanya berkaca.

Sesiapa yang mengenali Almarhum pasti teringat bagaimana ia mambangun umat dengan program tajnid (pembinaan kader-kader dakwah PAS) yang ternyata sangat berkesan, sesuai dengan ilmu dan pengalamannya sangat luas yang diperolehi ketika  menuntut di Timur Tengah dan pernah diasuh secara sistematis  oleh Ikhwanul Muslimin.

 Sepanjang hidupnya Almarhum telah  mewakafkan diri untuk perjuangan Islam semenjak zaman muda sehinggalah tubuhnya mula disengat penyakit namun masih tidak menguzurkan diri di medan amal Islami.
Beliau merupakan  anak didik kepada Sheikh Kamal Saniri, tokoh Ikhwanul Muslimin  yang telah mengalami pemenjaraan dan akhirnya mati syahid akibat disiksa oleh regim Mesir ketika itu. Jika menziarahi bumi Jordan, biasanya Dr Muhammad Said Hawwa (anak Sheikh Said Hawwa) akan menjemput beliau di bandara. Beliau mempunyai kenangan kolektif bersama Sheikh Said Hawwa dan tokoh-tokoh besar Ikhwan yang terbuang di merata tempat, termasuk akrab dengan Dr Kamal Helbawi dan Dr Mohamad  Mehdi Akif.

Kali akhir saya melihat beliau ketika bersama mantan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Mesir,  Dr Mehdi Akif  pada  suatu majlis di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, saat tokoh Ikhwanul Muslimin itu bersilturahim ke Kelantan awal 2012. Beliau tampak uzur ketika itu, namum kerana meraikan sahabat lama dan seperjuangan,  digagahi untuk hadir. 

Selepas menamatkan sekolah dasar, pada 1947 dikirim kedua ibubapanya belajar di  Darul Ulum al-Diniyah, Makkah (tamat 1958), seterusnya ke Universiti Al-Azhar Asy-Syarif (BA Syariah wal Qanun) (MA Politik Islam).

Manakala masyaikh guru-guru beliau ialah antaranya;  Al-Musnid Dunya Syeikh Yasin bin Isa Al-Fadani Rahimahullah (Guru yang paling dikasihi dan dicintai),  Syeikh Hassan Masyath Rahimahullah,   Al-'Allamah Syeikh Al-Maliki Rahimahullah (Mufti Makkah, ayah kepada Al-'Allamah Al-Muhaddis Prof Dr. Abuya Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki), Syeikh Amin Qtubi Rahimahullah,  Al-'Allamah Sheikh Abdul Kadir Al-Mandiliy Rahimahullah, Syeikh Dr Mustafa As-Sibai'e Rahimahullah (Ketua IM Syria). Sempat menadah kitab Jami’ al-Imam Abu Hanifah di Masjid Abdul Kadir Jailany, Iraq

Beliau juga seorang  pencinta sastera dan bahasa. Menguasai syair-syair karya Taha Hussien, Mustafa Rifaie, al-Manfaluti dan sebagainya. Digelar ulat buku kerana ketekunan dan minat yang mendalam  terhadap buku, sehingga sanggup membelanjakan wang saku yang dihantar oleh ibubapanya semata-mata untuk membeli buku. Bahkan sanggup menahan lapar dan dahaga demi untuk memiliki sesebuah buku yang diminatinya.

Ketika menuntut di Mesir, beliau  dilantik sebagai Penolong Setiauasa Jawatankuasa Belia Negeri Kelantan di Mekah ketika berusia 15 tahun,  Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan di dalam Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Mesir pada tahun 1961,  Setiusaha Biro Pendidikan pada tahun 1962 dan wakil pelajar Malaysia dalam Kelab Pelajar Asing Antarabangsa (tahun 1963). 

Sekembalinya ke tanah air beliau menjadi seorang pendidik yang gigih dan merupakan Pengasas Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra (Kias), pengasas Maahad Dakwah wa Imamah, pengasas dan pengarah Institut al-Nur.

  Jasa beliau  disebalik  penubuhan  Maahad Tahfiz Pulai Condong,   Maahad Darul Quran Machang dan pelbagai institusi pendidikan Islam di Kelantan tetap tercatat dalam lipatan sejarah perjuangan umat Islam khususnya dalam bidang pendidikan..

Manakala dalam politik Islam ( PAS). Allahyarham merupakan mantan  ahli Majlis Syura Ulama’ (pernah jadi setiausahanya yang pertama) selain pernah menjadi Ahli Jawatankuasa  PAS Pusat dan  Dewan Ulama’ PAS Pusat, juga  Yang Dipertua PAS Machang selama kurang lebih  20 tahun.

Pada pilihan raya 1990 beliau menang kerusi  Banggol Judah  dan dilantik  Exco Pendidikan  Kerajan Negeri Kelantan.  Satu  jawatan yang sangat sinonim dengan latarbelakang beliau sebagai seorang pendidik yang punya jaringan luas di peringkat antarabngsa khususnya di Timur Tengah. Sebelum itu pernah bertanding di Parlimen Pasir Puteh,1978. PAS  menobatkan beliau sebagai Murabbi PAS sepanjang zaman.

Beliau banyak menghasilkan kertas-kertas kerja dalam sektor tarbiyah Islamiyyah. Antara karyanya yang popular dan sentiasa dijadikan rujukan oleh sekalian ahli-ahli PAS yang beristiqamah dalam aktiviti-aktiviti parti ialah; Amal Jamai (Pengertian dan Tuntutannya) dan juga Himpunan Kertas Kerja Tarbiyah.

Menurut cerita anak saudaranya, Kamaruddin Omar, 56,  sore  semalam Allahyarham memanggil seorang pembantunya, Ustaz Rosli Ismail bagi menulis kata-kata akhir bagi menyiapkan bukunya yang sedang dikarang, termasuk pesan dan wasiat. Tak lama seusai menyampaikan pesan beliau tiba-tiba menghempus nafas di sisi isteri dan puterinya Suraya yang tinggal bersama di rumah.

Empat buku terakhir yang siap dicetak diletak di masjid antaranya Taujid Tarbiah Gerakan Islam dan Himpunan kertas kerja tarbiah.

 Almarhum meninggalkan seorang balu, Habshah Hussin Rahimin dan empat puteri  iaitu Dr Salwa, Najwa (guru), Suraya dan Nidana (dosen).

Turut merakam ucapan takziah Ikhwanul Muslimin Mesir melalui laman webnya. Semoga ruhnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dan beramal solih. Alfatihah.
(dari beberapa sumber)

3 comments:

  1. Mau mendapatkan pelayanan yang baik dan ramah???

    Modal Kecil bisa mendapatkan hasil yg luar biasa...

    Untuk yang lagi galau, yang lagi bosan tidak tahu mau ngapain, tenang,,sekarang ada 288betting.com yang akan menghibur kalian sekaligus mengisi hari-hari kalian dengan games" online yang pastinya tidak akan mengecewakan kalian deh...dan tentu nya juga masih banyak lagi bonus tiap bulan nya buruannn,,,,yuk ikutan gabung bersama 288betting.com

    Tersedia berbagai game di dalamnya :
    * Sportsbook
    * Kasino
    * Togel
    * Poker
    * Number Games
    * Slots

    Kunjungi Situs Kami !!
    Dapatkan Bonus Rollingan TO Sebesar 0,5% / Hari
    Bonus Referral Sebesar 20% Seumur Hidup
    dengan minimal deposit hanya Rp. 20.000 dan minimal withdraw Rp. 50.000

    Info lebih lanjut silahkan hubungi CS 24/7 melalui :
    * Livechat
    * Whatsapp : +855888278896
    * Facebook : Stefanie Huang

    Salam Sukses 288betting.com

    SITUS JUDI ONLINE TERPERCAYA DAN TERLENGKAP DENGAN PELAYANAN CS YANG RAMAH

    ReplyDelete
  2. TetehQQ Agen Dominoqq Sareng Poker Online Modal Leutik Untungna Gede

    Agen Judi Online Terpercaya dan Terbaik di Indonesia
    Menyediakan berbagai macam permainan Judi Kartu Online Terlengkap

    1 ID untuk 9 Game Permainan yang disediakan oleh TetehQQ

    * POKER ONLINE
    * DOMINO99
    * BANDAR Q ONLINE
    * ADUQ ONLINE
    * CAPSA SUSUN
    * SAKONG
    * BANDAR66
    * BANDAR POKER ONLINE
    * PERANG BACCARAT

    LINE : tetehQQ
    LinkTree : https://bit.ly/LinktreeTQ
    WHATSAPP : +855.1734.6262
    Livechat : TetehQQ Livechat

    Kunjungi Juga Situs Bola & Casino Online Terlengkap :

    ituCasino - Judi Casino - Judi Bola - Judi Poker - Judi Domino QQ

    * ituBola - Judi Casino - Judi Bola - Judi Poker - Judi Domino QQ


    #judipoker #agenpoker #dominoqq #bandarqq #situsjudionline #situsjudidominoqq #situsjudibandarq
    #agenjudionline #agenjuditerbaik #situsjuditerpercaya #tetehqq #cstetehqq #agenpokeronline #agenjudi
    #situsjudionline #judionlineindonesia #daftarakunjudi #taruhanonline
    #situsjudi #bandarjudi #judionline #websitejuditerpercaya #webresmi

    ReplyDelete