Oleh: Rossem
Memetik kata-kata penulis terkenal Indonesia, Goenawan Mohamad dalam
sebuah Catatan Pinggir yang amat popular. Beliau berbicara tentang
kejatuhan ketua-ketua negara di beberapa negara Arab pada tahun 2011.
Siapa yang memimpin para pemberontak yang mengempur Tripoli? Siapa
yang mengkomondo ribuan orang yang menjatuhkan Mubarak dari lapangan
Tahrir di Mesir, dan mengerakan demonstran yang menuntut demokrasi di
jalanan kota Hamas di Syria?
Tidak ada. Belum ada. Entah! Mereka ibarat “orkes” tanpa dirigen.
Ertinya sebuah orkestra telah dengan spontan terbentuk lalu para
pemainnya memainkan irama yang dapat memikat orangramai sehingga
orangramai tertarik lalu mendorong mereka bergabung, akhirnya
orkestra bertambah besar dan perkasa.
Demikian halnya dengan perhimpunan Bersih 3.0 kelmarin. Ratusan ribu
hadir, membentuk menjadi sebuah orkestra dengan mengalun muzik
yang sama, irama yang sama, rentak juga sama, dan setiap individu yang
bergabung itu tidak pula bertanya; siapa pemimpin orkestra sehebat
itu.
Jawapannya kerana pengabungan itu bukan atas dasar siapa yang
memimpin atau siapa yang menjadi ketua, tetapi kerana masing-masing
terpanggil setelah melihat di sana terdapat beberapa kepincangan dan
ketidakadilan yang telah dilakukan pemerintah dalam mengurus
demokrasi di negara ini.
Sedang kepincangan itu harus diperbetulkan segera, biarpun terpaksa
melalui jalan raya kerana meja perundingan sudah tertutup.
Mereka datang bukan kerana Ambiga atau A. Samad Said tapi kerana
tuntutan lapan perkara yang tersenarai dalam dokumen tuntutan Bersih
itu bagi mereka sangat bertetapan dengan kehendak hati nurani
masing-masing.
Saya bertanya salah seorang anak muda dari Kelantan, yang ditemui
secara kebetulan di Kota Bharu saat akan berangkat ke Kuala Lumpur “
Untuk apa mahu menyertai Bersih 3.0 ? Terpengaruh dengan Ambiga atau
siapa?. Anak muda itu menjawab “ Saya tak kenal pun Ambiga. Tapi saya
mahu menyertai perhimpunan kerana tak bersetuju dengan perjalanan
demokrasi di negara ini yang dilihatnya tempang.”
Seterusnya anak muda itu menghujah: Malaysia sudah 54 tahun merdeka,
sepatutnya pemilihan parti politik yang akan menerajui negara
dilakukan secara demokratis seperti dilakukan negara-negara lain yang
mengamalkan sistem demokrasi.
Contoh paling mudah, menentukan tarikh pilihanraya. Parlimen
seharusnya menetapkan tarikh pilihanraya, bukannya Perdana Menteri
dengan kuasa mutlak. Apa yang berlaku sekarang rakyat berteka teki
bila masanya parlimen akan dibubarkan untuk membolehkan satu pilihan
raya umum diadakan. Rakyat bosan dan terasa “rugi masa” dengan
kondisi seperti ini.
Kedua, radio, televisyen (RTM) milik kerajaan seharusnya membenarkan
parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya berkempen menerusi
media elektronik seperti diamalkan negara-negara maju kerana RTM
adalah milik kerajaan (Kementerian Penerangan), dimana sumber
kewangannya datang dari rakyat yang membayar cukai tanpa mengira
mereka itu BN atau PR.
Di negara-negara lain, bahkan pemerintah memberikan wang kepada
parti-parti oposisi untuk membiayai mereka berkempen.
Sewaktu berlangsung pemilu (pilihan raya ) Indonesia beberapa tahun
dulu, kebetulan saya berada di Indonesia. Terasa tak mahu keluar dari
kamar hotel kerana asyik menonton acara kempen pelbagai parti yang
disiarkan dilayar televisyen Republik Indonesia silih berganti.
Senario seperti itu tak pernah wujud di Malaysia biarpun sudah lebih
setengah abad negara mencapai kemerdekaan.
Rakyat mahukan pilihan raya yang bersih dan adil. Senarai pengundi
yang meragukan dalam daftar pemilih hendaklah dibuang. Bukti -bukti
yang ditunjukkan Pakatan Rakyat seperti berpuluh-puluh pengundi
menggunakan alamat rumah yang sama hendaklah diambil tindakan
sewajarnya oleh SPR, bukan mendiamkan diri.
Rakyat sebenarnya mahu melakukan transformasi politik untuk
menyelamatkan negara daripada sebarang bentuk pengkhianatan dan
penipuan.
Kerajaan yang sudah diberi mandat selama 54 tahun sudah terlalu lama
membiarkan orang Melayu berada dalam kepompong hidup feudal sehingga
pemikiran dan sikap merdeka dalam erti kata sebenar tidak menjadi asas
dalam menentukan kepimpinan negara.
Di mata penguasa, orang Melayu dianggap sebagai pengundi yang lebih
mudah dibeli dengan rasuah dan fitnah. Lantaran itu orang Melayu
diberikan pelbagai suapan wang tunai oleh kerajaan, disusuli dengan
pelbagai fintah melibatkan lawan politik mereka melalui media cetak,
elektronik dan media baru.
Barangkali umum tidak terasa, bahawa apa yang diberikan kerajaan
kepada rakyat sekarang sebenarnya berunsur rasuah, walaupun atas
nama wang bantuan kepada rakyat miskin.
Sekiranya wang sedemikian dibahagi-bahagikan kepada rakyat selepas
pilihan raya PRU Ke 13 nanti mungkin rakyat dapat menerimanya sebagai
bentuk bantuan ikhlas kerajaan kepada rakyat, tetapi olehkerana
dilakukan sekarang, sewaktu dekat pilihan raya, pemberian itu dinilai
sebagai pemberian “ada udang disebalik batu”.

No comments:
Post a Comment