Oleh: Rossem
Sebelum ini kalau ada
berita artis masuk PAS disiarkan media massa dianggap janggal. Umum akan berkerut dahi, memikirkan kenapa artis
boleh masuk PAS?
Artis-artis juga
ketika itu tak berani mendekati PAS, khuatir periuk nasi mereka tak berasap. Namun setelah tahap
kesedaran rakyat Malaysia semakin melonjat,
satu demi satu keburukan UMNO/BN
terungkai, dengan pemimpinnya yang korup, salah guna kuasa dan sebaginya, maka golongan artis mula berani untuk menyatakan “tidak” kepada UMNO/BN,
sekaligus bergabung dengan PAS tanpa ragu-ragu.
Bermula awal 2000
bila seorang penyanyi 80an,
Akay Hai menyertai PAS. Artis yang bergelar ustaz ini kemudiannya
diberi peluang berceramah di atas pentas
PAS. Ternyata penampilannya yang agak
berbeza, iaitu berceramah sambil
mendendangkan lagu telah berjaya menarik sokongan anak-anak muda kepada PAS.
Sehingga penganjur mengelar program beliau sebagai
“Konsert hiburan alternatif”. Program
itu kemudiannya diadakan di seluruh Kelantan dan luar Kelantan.
Sebelum itu, di era refomasi (1998-1999)
penyanyi lagu bluse terkenal Ito pernah beraksi di pentas Keadilan dan
PAS bersama Nasir Jani sang direktor filem.
Keberadaan Akay Hai dalam PAS tak lama, sekitar tahun
2010 penyanyi lagu-lagu berunsur ketuhanan itu ditawarkan slot
dakwah di televisyen berbayar.
Sejak itu beliau tidak lagi
beraksi di atas pentas PAS.
Namun sumbangan beliau kepada “hiburan alternatif” yang
dikehendaki PAS tak pernah dilupakan. Beliau dianggap sebagai pelopor atau pembuka
denai kepada artis-artis sekarang mendekati Parti Islam.
PAS kini tidak
lagi sebuah parti sesuai untuk tok-tok lebai atau ustaz-ustaz
seperti anggapan sesetengah pihak. Semua lapisan masyarakat termasuk artis atau
selebriti telah bersama PAS.
Bahkan, artis sanggup menghadapi resiko kemungkinan akan kehilangan
rezeki kerana menyokong oposisi. Bahkan mereka tidak menolak untuk tampil
berceramah di pentas-pentas PAS seluruh negara.
Tsunami penghijrahan
artis ke dalam PAS ini bermula setahun lalu (2011) bila artis, pelawak dan
penulis lirik terkenal Bob Lokman bergabung dengan PAS.
“PAS akan ku jadikan wadah perjuangan untuk memperkenalkan
Allah SWT kepada mereka yang belum kenal kekuasaan-Nya” kata Bob Lokman saat ia mula terpaut hati dengan
PAS.
Sejak itu artis-artis dari pelbagai profesion, pelakon,
penyanyi, pelawak dan gitaris mula menyertai PAS dan sebahagianya sudah
pun ditampilkan di atas pentas Pakatan Rakyat sebaris dengan
penceramah terkenal dari kalangan politikus, ustaz, bahkan bersama Mursyidul Am
PAS sendiri, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Tuan Guru
Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gitaris Sam kamikaze, Zuar XPDC, Iwan, Mel Wings, Renggo
Arrow, Katarina Ross, Pak Long, dan
beberapa artis lain sudah sering kali beraksi di atas pentas PAS terutama di
Kelantan. Begitu juga pelakon drama terkenal Mustafa Kamal dan Maya Karem sering hadir pada majlis-majlis PAS atau majlis anjuran Kerajaan Negeri.
Mengejutkan banyak pihak ialah penyanyi terkenal dan juara lagu 1990 Wan Aishah Wan Arifin
atau nama glamor Aishah bergabung dengan PAS April lalu.
Penyanyi suara lunak yang popular dengan lagu “janji
manismu” itu agak istimewa kerana pada Himpunan Hijau Ke Putrajaya
yang berlangsung di Alor Setar, Kedah, telah di beri penghormatan untuk berucap
di depan ratusan ribu penyokong PAS dari seluruh negara mewakili kelompok
artis. “ Bimbinglah kami, jangan pandang serong kepada kami golongan artis”
kata Aishah dengan sayu.
Diikuti selepas itu
ialah penyanyi Dayangku Intan yang menyertai PKR. Dayang ketika berceramah di kg. Mahligai
dalam Dewan Undangan Jelawat menyebut “Kerajaan
yang dipimpin UMNO/BN melayani rakyat seperti seorang kaya yang
sombong melayani orang miskin. Mereka berasa bangga bila dapat
menghulurkan sedikit wang kepada orang miskin dan diketika yang sama menyuruh
si miskin menuruti segala kehendak
mereka.
“Benar, walaupun kita orang miskin, tapi kita ada maruah. Saya bukan menolak pemberian BR1M
(RM500) dan lain-lain bantuan. Ambillah…, kerana itu wang kerajaan, tapi jangan
meletakkan taraf rakyat begitu hina, sehingga boleh dibeli dengan wang
ringgit”. Kata Dayangku dalam ucapannya di hadapan ribuan hadirin yang memenuhi
tanah lapang di UPU Kg. Mahligai.
Menyertai PAS bukanlah satu keputusan yang mudah bagi
hero filem epik Melayu Leftenan Adnan, Hairie Othman (41) bahkan beliau
mengakui tindakan yang diambilnya itu mengundang risiko dalam dunia lakonannya
yang diceburi selama 20 tahun.
Namun bagi Hairie, keputusan yang dibuat adalah keputusan yang paling tepat walaupun beliau yakin akan hilang pekerjaan selepas menyertai PAS.
Namun bagi Hairie, keputusan yang dibuat adalah keputusan yang paling tepat walaupun beliau yakin akan hilang pekerjaan selepas menyertai PAS.
“Perjuangan PAS yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah adalah
faktor utama mendorong saya menyertai PAS”
kata beliau.
“Apabila saya memilih bersama PAS, ramai rakan artis
bertanya kenapa mengambil keputusan ini kerana menganggap saya tidak akan mendapat tawaran berlakon lagi. Saya beritahu
mereka, saya yakin rezeki Allah ada di mana-mana. Keputusan ini bukan paksaan
mana-mana pihak”
Hairie menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Program Himpunan Hijau dan Ceramah Perdana yang berlangsung di Taman Dahlia, Johor Bahru (29 Jun 2012).
Malah Hairie mengakui sejak menyertai PAS beliau tidak lagi menerima tawaran berlakon dan kondisi ini seperti sudah dijangka, namun tidak sekali-kali mematahkan semangatnya untuk bersama-sama parti pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Artis Abby Abadi menjadi bualan ramai.
Peminat -peminat beliau di seluruh negara memberikan ucap tahniah melalui facebook kepada pelakon yang pernah memegang watak Insp.
Aliza dalam drama bersiri Gerak Khas kerana bergabung dengan PAS.
Dan ketika berceramah di Kg. Gunong, Jelawat, 2 Jun 2012, kehadiran orangramai amat luar
biasa. Walaupun suaranya sedikit serak lantaran terlalu sering diundang berceramah namun khalayak,
muda dan tua tidak berganjak untuk melihat
dari dekat pendatang baru di atas pentas PAS.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan saat
bersilaturahim ke pejabat Menteri Besar
Kelantan, Kota Darulnaim, 1 Julai 2012
dan bertemu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan,
pada awalnya mempunyai masaalah peribadi, dan langsung memohon kepada Allah SWT ketika berada di Makkah agar Allah SWT
ditunjukkan jalan yang benar, yakni jalan yang harus ditujunya dalam saat genting seperti ini.
ditunjukkan jalan yang benar, yakni jalan yang harus ditujunya dalam saat genting seperti ini.
Sebelum ini pernah menghadiri program lain termasuk anjuran
Barisan Nasional, namun ianya berbeza dengan anjuran PAS yang lebih terasa diri
dekat dengan Allah SWT
Dalam pertemuan itu Abby meminta Tuan Guru mendoakan beliau agar terus istiqamah dengan perubahannya ini.
Selain Hairie dan Abby, turut menyertai PAS ialah Leman Raja Lawak dan pelakon drama Gerak Khas, Zulkifly Ismail.
Dalam pertemuan itu Abby meminta Tuan Guru mendoakan beliau agar terus istiqamah dengan perubahannya ini.
Selain Hairie dan Abby, turut menyertai PAS ialah Leman Raja Lawak dan pelakon drama Gerak Khas, Zulkifly Ismail.
Penghijrahan tak lain kerana kesedaran berpolitik mereka cukup tinggi, rasa tak puas hati kepada UMNO/BN sudah tak tertahan lagi. Kezaliman yang dilakukan UMNO/BN kepada rakyat, contohnya menafikan hak rakyat Kelantan ke atas royalti minyak, sehingga tergamak mendaratkan minyak melalui Thailand (Songhkla) yang jaraknya 270 kilometer berbanding 150 kilometer daripada pantai Bachok, Kelantan, memberi kesan sekaligus membuka mata rakyat Malaysia di atas pengkhianatan mereka kepada orang Melayu yang majoriti di Kelantan.
Begitu juga dengan projek lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai. Menurut perlembagaan tanggungjawab membina lebuhraya adalah dibahu kerajaan pusat, tapi tak dilakukan, sedangkan lebuhraya itu sangat penting. Pusat telah mendiskriminasikan hak rakyat Kelantan yang 95 peratusnya Melayu. Justeru Kerajaan Kelantan mengambil keputusan membina sendiri lebuhraya tersebut. Anehnya, inisiatif kerajaan PAS Kelantan itu menjadi bahan sindiran UMNO.
Kezaliman yang dilakukan UMNO/BN itu rupanya telah membuka mata golongan professional termasuk artis menyertai perjuangan PAS. Seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad : Yang cerdik masuk PAS!
Mau mendapatkan pelayanan yang baik dan ramah???
ReplyDeleteModal Kecil bisa mendapatkan hasil yg luar biasa...
Untuk yang lagi galau, yang lagi bosan tidak tahu mau ngapain, tenang,,sekarang ada bett288.com yang akan menghibur kalian sekaligus mengisi hari-hari kalian dengan games" online yang pastinya tidak akan mengecewakan kalian deh...dan tentu nya juga masih banyak lagi bonus tiap bulan nya buruannn,,,,yuk ikutan gabung bersama 288betting.com
Tersedia berbagai game di dalamnya :
* Sportsbook
* Kasino
* Togel
* Poker
* Number Games
* Slots
Kunjungi Situs Kami !!
Dapatkan Bonus Rollingan TO Sebesar 0,5% / Hari
Bonus Referral Sebesar 20% Seumur Hidup
dengan minimal deposit hanya Rp. 20.000 dan minimal withdraw Rp. 50.000
Info lebih lanjut silahkan hubungi CS 24/7 melalui :
* Livechat
* Whatsapp : +855888278896
* Facebook : Stefanie Huang
Salam Sukses bett288.com
SITUS JUDI ONLINE TERPERCAYA DAN TERLENGKAP DENGAN PELAYANAN CS YANG RAMAH