Sunday, December 30, 2012

Tahun baru 2013, kriminal dan harapan

Oleh: Rossem

Priiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiip! Tepat jam 12.00 tengah malam, tanggal 31 Disember 2012, wisel berbunyi, menandakan tamatnya tahun 2012 dan kita
pun memasuki gerbang tahun baru Masehi 2013 yang tiada sesiapa dapat meramalkan apa akan terjadi pada tahun itu, apakah langit 2013 terus
mendung atau sinar bakal menerangi alam kehidupan seperti diidamkan setiap orang.

Meretap tangis sampai terkeluar biji mata pun tahun 2012 tidak akan kembali  lagi sepertimana tahun-tahun terdahulu yang telah kita tinggalkan. Abadi ia  di pojok sejarah  untuk renungan dan iktibar. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

Olehkerana setiap  kita menginginkan sebuah kehidupan baru yang lebih baik dari sebelumnya,  maka pengalaman yang dilalui sepanjang tahun 2012 seharusnya  dijadilkan panduan. Mana-mana  yang jelek tinggalkan, ambil hanya yang baik dan menguntungkan.

Lumrahnya dalam masyarakat Malaysia, kedatangan  tahun baru setiap tahun  tidak mendatangkan apa-apa makna dari segi perubahan  sikap dan tingkahlaku seseorang. Minda mereka masih ditakok lama. Keinginan yang didorong nafsu jelek masih kekal  dan berterusan dilakukan. Bahkan ada  orang seperti berlumba-lumba mengulangi perbuatan yang sama tanpa mempedulikan masyarakat membencinya.

Di dada akhbar setiap hari,  terpampan berita tentang kriminal dengan bermacam-macam perilaku sadis, seperti pembunuhan, perampokan, penderaan  ke atas kanak-kanak, penculikan, buang bayi, rogol dan
lain-lain. Perbuatan seperti itu terus bermaharajalela tanpa mengira masa dan ketika. Sama ada tahun baru atau tahun terdahulu.

Sebuah akhbar tabloid yang senonim dengan laporan kriminal memuatkan berita setiap hari  tak kurang lima atau lebih kejadian kriminal yang berlaku seluruh negara. Bayangkanlah, muka  depan terpapar kisah
seorang gadis dijumpai mati dengan leher hampir putus akibat ditetak, muka surat dua nenek mati ditikam perompak yang memecah masuk rumahnya, muka surat tiga pekerja bandaran jumpa mayat kesan sembelih,
muka surat empat,  budak perempuan 10 tahun dirogol, muka surat lima, bayi  dua bulan didera pengasuh dan bermacam-macam lagi. Sementara yang tidak dilaporkan media juga banyak.

Berita yang menakutkan itu berulang setiap hari tanpa ada tanda-tanda ia akan berkurang. sehingga kita merasa lali sendiri dan menganggap kejadian itu perkara biasa. Sehingga  hilang rasa kepekaan, ibarat
kita melihat kecelakaan  jalan raya dengan mangsa tergolek di tepi jalan. Ramai  penunggang motosikal atau kereta memberhentikan kenderaan dan masing-masing keluar melihat. Tetapi  terlalu sedikit yang mahu membantu, selebihnya sekadar mahu bertanya siapa mangsa itu sambil mengeluh;  oh! kesian, kepalanya pecah.

Terjadi   demikian kerana masyarakat kita kurang kepekaan disebabkan  sudah terbiasa dengan pemandangan seperti itu  di  jalan raya Malaysia.

Namun yang kelakarnya, pada muka surat berikutnya, disiarkan kenyataan seorang menteri cabinet dengan katanya: Malaysia tersenarai sebagai Negara paling selamat untuk dikunjungi pelancong.

Baru-baru ini berkesempatan   menonton televisyen setelah tidak bebuat demikian sejak sekian lama. Saya jarang menonton televsyen kerana tiada sumber maklumat yang benar-benar tepat dan boleh diyakini
didapati daripada sumber tv khususnya ruangan “berita”, kerana diketahui di Malayisa, setiap cannel majoriti beritanya  adalah propaganda pemerintah.

Malam itu, sebaik saja buka tv, kebetulan segmen  berita sedang memaparkan seorang meknik  membelasah anak tirinya berusia 2 tahun, memukul badanya kemudian menghempas budak kecil itu ke kerusi  tanpa
sedikit pun rasa belas kesihan terhadap kanak-kanak  yang tak tahu melawan selain menangis ketakutan minta dikasihani.

Sikap tak berperikemanusian   lelaki Melayu bertubuh sasa itu mengingatkan saya apa yang sedang berlaku di Syria sekarang. Tentera rejim Bashar Asad yang haus darah suka membantai kanak-kanak rakyatnya sendiri tanpa belas kesihan. Ada yang dipenggal lehernya, dibedah perut , dicungkil mata dan  bermacam-macam bentuk seksaan, hanya  disebabkan bapa atau salah seorang keluarga  kanak-kanak itu
menyertai pasukan penentang.

Melihat aksi teruk membelasah kanak-kanak 2 tahun seperti seseorang terkena rasukan  iblis yang ditunjukkan di tv itu, terlintas difikiran saya bahawa  orang  Melayu juga tak kalah seperti tentera rejim Bashar Asad, cuma bezanya  pendokong Bahsar melakukan kezaliman kepada rakyatnya menggunakan senjata seperti senapang, bom dan sebagainga. Sekiranya  bapa tiri kanak-kanak   malang itu juga  memiliki senapang yang sama seperti tentera Bahsar, barangkali anak tirinya itu ditembak mati  sebagaimana tentera Bashar menembak kanak-kanak yang tak berdosa.

Kekerasan jenayah tidak hanya berlaku dalam  lingkungan sosial masyarakat, bahkan merebak  ke sektor politik.   Tahun 2012 menyaksikan paling banyak berlaku kekerasan jenayah disebabkan perbedaan politik.

Umno /BN dikatakan mula menggunakan khidmat “samseng” untuk menganggu aktiviti ceramah dan perhimpunan yang diadakan Pakatan Rakyat (PR). Bas yang digunakan  PR di sembur cat merah, dibaling objek  dan sebagainya. Di Pantai Dalam dan Gombak, penyokong PR dipukul ketika sedang mendengar ceramah yang disampaikan pemimpin mereka.  Dan terbaru, kenderaan pacuan empat roda  yang membawa peserta Jelajah Oren dihalang samseng dari memasuki Felda di Negeri Sembilan. Mengakibatkan kenderaan rosak, 2 peserta cedera.

Sementara amaran-amaran yang diberikan pemimpin Umno, misalnya  Dato’ Seri Shahrizat Jalil ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini kemungkinan akan berulangnya tragedi 13 Mei di Negara ini jika BN kalah pada PRU 13 nanti. Amaran itu seolah memberi semangat kepada gerombolan samseng yang sememangnya ramai terdapat dalam masyarakat Malaysia.

Tak tahulah apa akan jadi kepada negara kita yang tercinta ini bila dua elemen samseng yang sudahpun  ujud dalam masyarakat Malaysia bersatu tenaga menghancurkan keharmonian hidup  yang terbina sejak sekian lama.

Teringat ungkapan Ketua Oposisi Malaysia  yang dimuatkan dalam facebook beliau; Tutuplah tahun 2012 dengan cara membebaskan, bukan melupakan, kita harus mampu membebaskan beban fikiran tanpa adanya
tekanan.

Monday, December 17, 2012

Langkawi, Pulau Pinang dan DAP




 Oleh: Rossem
 Dari Pulau Lagenda, Langkawi,  sesudah santai selama dua malam bersama   keluarga besar Urusetia Penerangan Kerajaan Kelatan,  hari ketiga rombongan berangkat pulang dan tiba di jeti  feri Kuala Perlis sekitar jam 5.00 sore. Selepas solat Asar di Masjid al Hussain yang tersergam indah  dengan  tiangnya mencercah laut,  rombongan yang menaiki bas  langsung pulang ke Kota Bharu,  sebaliknya  saya dan keluarga yang  membawa kereta sendiri pulang sendirian.
 
Ketika melewati Seberang Prai kami terasa  keletihan yang amat sangat. Walaupun ketika itu  baru  sekitar jam delapan, malam masih muda, namun kelopak mata  tak  upaya menahan dari serangan mengantuk. Kondisi ini disebabkan kesibukan  yang melampau  saat berurusan di jeti Langkawi dan jeti Kuala Perlis.

Pelancong ke pulau Mahsuri terlalu ramai  di musim persekolahan sehingga di pintu masuk dan keluar   sesak dengan orangramai dan kepenatan  menunggu terlalu lama  mempergaruhi untuk   memandu kereta   pulang ke Kota Bharu yang jauhnya  lebih 500 kilometer di malam hari.

Ketika sampai di Permatang Pauh dan terpandang  ke arah simpang sebelah kanan, teringat bandaraya George Town, tanpa berfirkir panjang kereta kami terus  membelok memasuki jalan ke jambatan Pulau Pinang untuk ke Pulau Muntiara mencari rumah penginapan.

Anak-anak yang tak pernah menjejak kaki di Pulau Pinang masing-masing  keriangan kerana dapat bermalam di Tanjong. Kami cuba  mencari rumah pengenapan di lokasi peranginan tekenal  Batu Feringgi. Setiap kali terjumpa signboard hotel atau rumah penginapan  berhenti dan bertanya di reception. Tak kurang dari sepuluh tempat, namun semua jawapannya sama- tak ada kosong.

Jam sudah hampir 1.00 pagi, penat Langkawi belum hilang, ditambah satu lagi, iaitu penat mencari hotel di Pulau Pinang. Akhirnya kami berhenti untuk istirehat di sebuah pam minyak yang ketika itu saya pun tak pasti lokasinya.  

Lelaki  Cina separuh usia bersama isterinya berhenti untuk mengisi minyak. Ketika itu tiada pengguna lain selain kami berdua. Selepas mengisi minyak, lelaki bertubuh  sasa itu menghampiri kami yang sedang makan mee segera di tepi kereta yang dipakir dalam kawasan setesen  pam. Mee segera itu kami beli di kedai pam sebentar tadi sebelum tutup.

Lelaki itu bertanya “mahu ke mana?” Kami memberitahunya “Kami dari Langkawi, mahu pulang ke Kelantan, tapi kepenatan, puas kami mencari hotel di Batu Feringgi dan Tanjong Bungah tapi tak ada kosong”.

“Kalau hari Sabtu dan Ahad jangan cari hotel di kawasan itu kerana penuh. Di tempat lain masih ada, kalau mahu,  ikut saya”.  Kata lelaki Cina itu. Saya perhatikan dari wajahnya, benar-benar ia mahu menolong, lagipun katanya, ia kesihan melihat kami yang tampak kepenatan, diantara kami yang seramai tujuh orang,  seorang daripadanya  kanak-kanak.

Kami mengekori keretanya yang dipandu perlahan kemudian membelok ke kiri. Hanya  kurang lebih 5 minit kereta itu berhenti di pinggir jalan dan kami ikut berhenti. Lelaki itu turun dari keretanya dan menunjukkan ke arah sebuah rumah teres  yang diubahsuai menjadi rumah tumpangan bertaraf badget.

Awalnya kami keberatan untuk bertanya petugas di kaunter  hotel itu sama ada masih kedapatan  kamar kosong atau tidak. Terasa takut dengan persekitaran.  Lantas saya bertanya lelaki itu; apakah di sini selamat. Beliau segera menjawab “Jangan khuatir, saya jamin di sini selamat”.

Barangkali melihat  kekhuatiran kami, lelaki itu sendiri maju ke kaunter, bertanya  masih ada kekosongan atau tidak. Petugas hotel memberitahu masih ada lagi dua  kamar kosong dengan potongan diskaun istemewa setelah diminta lelaki Cina yang menghantar kami tadi. Kami  ucapankan  terima kasih yang tak terhingga  buat lelaki budiman itu.

Walaupun kepenatan namun rutin saya setiap hari,  di mana saja berada  ialah bangun seawal pagi sekitar jam lima, mandi dan solat Suboh.

 Pagi itu, setelah semuanya siap, saya ke laman rumah tumpangan.  Terkejut, di sepanjang jalan depan rumah sudah ditutup kerana ada pasar pagi, peniaga Cina sedang mendirikan gerai untuk berniaga kain baju, sayur, ikan dan sebagainya seperti pasar malam.

Petugas rumah tumpangan, Teddy Beh, 40an,  yang juga tuan punya hotel badget  itu berdiri di laman hotelnya. Saya bertanya lokasi kami tinggal ini di mana? Jawabnya Jelutong.

Jelutong,  teringat saya akan ahli parlimennya Karpal Singh. Jelutong pada sejarahnya tak pernah dikuasai parti lain selain DAP.

Bila Teddy Beh mengetahui saya dari Kelantan, tiba-tiba wajahnya berubah, kegembiraan tampak terbayang di wajahnya, seperti suatu magnet telah menarik hati nurani dua kaum ini untuk masing-masing menyatakan betapa kita adalah satu keluarga yang terbentuk hasil dari kerjasama erat parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR). Teddy lantas bertanya; bagaimana Tok Guru Nik Aziz?”

Sebelum saya menjawap pertanyaannya, beliau sendiri menceritakan kehebatan negeri  Kelantan yang ditadbir Tok Guru Nik Aziz sejak 1990 sehingga sekarang. Tentang keakraban hubungan kaum dan tentang fitnah Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek  ke atas PAS.

Hanya saya menokok tambah apa-apa yang kekurangan tentang pengetahuannya seputar Negeri Serambi Mekah, sehingga pagi itu saya terasa seperti sedang berbicara dengan penyokong PAS Pulau Pinang, walhal Teddy Beh seorang DAP.

Untuk berkongsi kegembiraan agaknya, beliau  turut memanggil peniaga-peniaga  pasar pagi di depan hotelnya dan memberitahu mereka tentang  saya dari Kelantan,  walaupun percakapannya dalam bahasa Cina namun saya dapat memahami dari bahasa badan bahawa beliau memberitahu teman-temannya saya adalah salah seorang penyokong PAS.

DAP, PKR dan PAS adalah gabungan parti  yang berjuang untuk menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum Ke 13 ini. 

Tak sangka, teman peniaganya  sanggup meninggalkan gerai masing-masing  untuk turut sama sesi “sembang politik” pagi itu menjadikan saya serba salah bahkan  terharu yang mendalam  dengan semangat setia kawan  PR  yang ditunjukkan.

Kebetulan Teddy Beh  tak pernah menjejek kaki ke bumi Kelantan, lantas saya menjemput beliau ke Kelantan  untuk melihat sendiri hubungan kaum yang terbentuk di negeri itu dan insyaallah  saya akan belanja Tedday Beh  sarapan pagi nasi berlauk atau nasi kerabu  di restoran orang Cina yang banyak terdapat di Kota Bharu.




















Monday, December 3, 2012

Seperti apa Kelantan itu?



Oleh: Rossem
 Dua kali hujan turun. Khalayak yang membanjiri Stadium Sultan Muhammad Ke -IV malam 1 Disember 2012 tetap tak  berganjak dari tempat duduk masing-masing. Hujan pertama saat pengacara memulakan ucapan untuk mempersilakan para panelis maju ke pentas khas yang dibina di depan astaka stadium untuk memulakan acara. Hujan kedua takala  wacana masuk pusingan akhir.

Para panelis terdiri Ustaz Azhar Idrus, pelakon Heliza Helmi  dan  artis terkenal Indonesia, Medya Sefira mundur kembali ke kerusi masing-masing di sebelah  pentas, menunggu hujan reda. Hujan yang turun secara tiba-tiba tanpa amaran itu  berhenti 10 minit kemudian, panelis lalu  mengambil tempat di pentas.

 Walaupun malam itu bertembung dengan siaran langsung televsyen perlawanan  bolasepak piala Aff Suzuki 2012, Malaysia – Indonesia namun kehadiran tak kurang dari 10,000 dengan  majoritinya   anak muda.   

Bicara Selebriti siri ke -7 anjuran Kerajaan Negeri Kelantan ini  dihostkan Hari Hiburan Islam (HAI) yang  dipimpin Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan, Haji Ahmad Baihaki Atiqullah upaya  menarik minat  anak-anak muda negeri Kelantan sehingga pada siri terakhir  penutup  tirai 2012 ini kehadiran peminat luar biasa sekali,  namun jumlah kehadiran sudah dapat dijangkakan, justeru penganjur mengubah tempat acara dari  Kelantan Trade Centre atau Balai Islam Lundang  seperti sebelumnya kepada tempat yang lebih luas dan selesa iaitu  Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.  

Publik  memenuhi stadium sejak jam 8.00 malam, mereka kemudiannya  mendirikan solat Insya berjamaah. Hal   seperti ini dianggap  lumrah di Negeri Serambi Mekah yang ditadbirkan ulama lebih 22 tahun dengan  dasar Membangun Bersama Islam.  Setiap kali  berlangsung acara di lapangan, mendirikan solat fardu berjamaah tak pernah diabaikan, kerana itu  antara yang diajarkan  pemimpin kerajaan negeri  kepada rakyat.

Bila menamakan  program  hiburan, ramai beranggapan kerajaan negeri Kelantan tak ada bezanya dengan  negeri-negeri lain  membenarkan hiburan diadakan secara terbuka. Kesangsian itu  dijelaskan  panelis pertama yang tampil berbicara, iaitu Ustaz Azhar Idrus” Hiburan adalah fitrah manusia, justeru ia dibolehkan  selama hiburan itu tidak bercanggah dengan kehendak Islam”.

“Hiburan sesuatu yang signifikin, setiap orang berbeza citarasa. Ada orang terhibur bila dikelilingi anak-anak atau cucu, saat membaca al-Quran, mendengar lagu, melihat panorama alam yang indah permai dan sebagainya. Yang menjadi  kesalahan ialah bila hiburan itu diselit dengan unsur-unsur yang bertentangan dengan Islam”

“ Bank itu tidak salah, ia tempat menyimpan wang paling selamat, yang menjadi kesalahan ialah sistem yang digunapakai iaitu riba.” Kata Ustaz Azhar Idrus atau dikenali juga dengan sapaan  Ustaz Seleberiti atau Ustaz Youtube.

Ustaz Norazaliza atau akrab dengan panggilan Ustaz Ja yang menjadi pengacara gantian malam itu  sebelum diambilalih pengacara  sebenar  yang diundang  khas dari TV Al-Hijrah, Amin Idris,   bertanya Ustaz Azhar; apa rahsia ustaz setiap kali diundang menyampaikan kuliah, sehingga ribuan penonton hadir?”

“Pada awal penglibatan saya dalam bidang dakwah (1999), setiap kali mengajar, hanya  seorang  saja hadir, kemudian bertambah menjadi  dua, tiga dan empat orang. Untuk sampai ketahap sekarang, mengambil masa lama.” Tutur beliau.

“Yang penting  pendakwah harus arif tentang  uslub dakwah.  Untuk mendekati anak muda,  pendakwah harus mengikut rentak mereka, mengambil tahu  keinginan mereka, boleh berbicara  menggunakan bahasa dan istilah mereka, barulah anak-anak muda respet seterusnya  datang mengikuti kuliah yang disampaikan bahkan membawa pula teman-teman mereka”. Ujar Ustaz Azhar.

Selain Ustaz Azhar yang sememangnya sudah  popular di kalangan anak-anak muda, khalayak seperti tak sabar menunggu untuk mendengar bicara dari artis yang pernah berlakon filem Ketika Cinta Bertasbih iaitu artis tinggi lampai dari Indonesia, Medya Sefira.

Dengan mengenakan jilbab labuh berwarna merah pinang masak, Medya, 24, membuka  bicara dengan menyapa khalayak mengguna  dialeg Kelantan “ Nak kecek Kelate, apo kobar?” . Khalayak ketawa!

“Ini pertama  kali saya menjejak kaki di bumi Kelantan, namun sebelum kemari teman artis, Oki Setiana Dewi  pernah memberitahu; Kelantan sebuah negeri yang amat disenanginya, pemimpinnya Islami, warganya peramah” tutur Medya. Temannya Oki Setiana Dewi pernah diundang ke Kelantan untuk program Bicara Selebriti siri ke-5 pada Mac 2012.

Artis  asal Bandung, lulusan   Institut Teknologi Nasional Bandung dalam bidang jurutera ini   baru saja selesai  berlakon  dalam filem Cinta Suci Zahrana yang diangkat dari novel karya novelis terkenal, Habiburrahman El Shirazy  dan disutradarai Chaerul Umam. Filem  ini belum lagi ditayangkan di Malaysia,  namun di Indonesia sudah pun ditayangkan.    

Panelis ketiga, Heliza Helmi, 26. Artis Akademi Fantasia Musim Ke-5,  asal Terengganu,   sangat petah berbicara sehingga penonton merasakan seperti sedang mendengar seorang pakar motivasi  menyampaikan motivasi kepada umum.  

Di akhir Bicara Selebriti, ketiga-tiga panelis diminta mendeklamasi  sajak ciptaan masing-masing. Sajak yang baca Medya Sefira yang berjudul “Seperti apa Kelantan itu?” ternyata sangat menyentuh hati nurani  sehingga khalayak tak berganjak dari tempat duduk,   walaupun ketika itu hujan turun semakin lebat dan Medya mendeklamasi sambil dipayungi petugas HAI.

Kesempatan selama beberapa hari di Kelantan, Medya dan Heliza mengunjungi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasmi JKR 10.

Turut hadir pada malam itu, Exco Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Kelantan, Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan dan Pengarah Urusetia Penerangan Kelantan, Haji Abdul Rahman Yunus.

Friday, November 23, 2012

Doa hak individu. Kenapa takut?

50,000 hadir di Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Kelantan

Ustaz Nik Razi Nik Mat (kiri) memimpin doa
Oleh: Rossem

 Ketika doa yang menakutkan pemimpin dan pendokong Umno/BN itu dibaca, saya berada di luar stadium, tak bersama  jamaah  yang berada di dalam stadium mengamimkan doa, namun  walaupun di luar stadium, inti  dari doa itu dapat didengar dengan jelas bersahutan bersama  ucapan amim yang bergema lebih dari 50,000 jamaah yang hadir persis bunyi guruh dari langit ketika musim tengkujuh.

 Solat sunat hajat dan bermunajat secara berjamaah di lapangan lumrah bagi pendokong PAS terutama di Kelantan sejak dulu, bahkan telah menjadi semacam tradisi bagi  orang  PAS Kelantan bila  timbul masalah yang di luar batas-batas upaya mereka menyelesaikan sesutau hal yang menghalang arus perjuangannya, justeru mereka mengadakan solat sunat hajat berjamaah, memohon langsung kepada Allah SWT agar dimudahkan jalan penyelesaiannya.

 Jumlah  jamaah yang dikerah dan tempat diadakan acara solat sunat  hajat  bergantung kepada keperluan doa, jika pemasalahannya besar, melibatkan ummat dan masa depan perjuangan Islam maka lokasi solat dan munajat diadakan di stadium kerana stadium boleh menampung jamaah yang ramai, sebaliknya  jika   isu  kecil, memadai  di lapangan yang terbatas dengan jamaah yang menimum.

 Sebelum in,  solat  hajat dan munajat yang bertaraf  “stadium” diimamkan   Tuan Guru Dato’ Haji Abdullah Lubok Tapah (Alamarhum), Tuan Guru Haji Hussain (Almarhum), Tuan Guru Dato’ Haji Hashim atau Ayah Sin, mudir Pondok Terosan, Pasir Tumbuh (Almarhum)  dan ADUN Demik, Ustaz Haji Muhamad Mustafa.
Tok Guru Haji Abdullah atau akrab dipanggil Tok Guru Haji Lah seorang ulama terkenal di Kelantan yang dikatakan “masin mulutnya”. Dihormati bukan saja  oleh  pendokong PAS, bahkan  Umno. Allahyarham amat  akrab dengan Sultan Muhammad V. Demikian juga Tok Guru Ayah Sin, doanya dikatakan mustajab. Sekarang tok-tok guru itu sudah  kembali kerahmatullah.

 Sebagai ganti memimpin doa ialah  Ustaz Mohamad Mustafa. Pertama kali ADUN Demit itu memimpin solat sunat hajat ialah menjelang  malam terakhir pilihan raya umum ke 12 (2008) di Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Ramai jamaah mengalir air mata ketika doa dipanjatkan, termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tak dapat menahan sebak, air mata menetes ke pipinya, dimana foto Menteri Besar menangis tersebar meluas, bahkan dicetak sebagai poster. 

Solat hajat dan munajat berikutnya yang bertaraf “stadium” diadakan  malam 16 November 2012 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sempena Majlis Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Kelantan. Solat hajat  dihoskan Dewan Ulama PAS Kelantan. Pemimpin bacaan doa malam itu ialah adek kepada Tuan Guru Nik  Abdul Aziz Nik Mat iaitu Ustaz Haji Nik Razi Nik Mat.

Kurang lebih  50,000 jamaah memenuhi setiap ruang stadium  untuk solat Maghrib, Insya dan sunat hajat. Kehadiran jamaah yang luar bisa pada malam itu antaranya disebabkan sebahagian jamaah  terdiri  perwakilan dan pemerhati Muktamar Tahunan PAS Ke 58 yang datang dari seluruh Malaysia untuk menghadiri Muktamar di Pusat Tarbiyah Islamiyah Islam Kelantan (PUTIK). Mereka turut bersama warga  tempatan mendirikan solat dan bermunajat. Diantara orang luar yang hadir ialah  wakil dari Arab Saudi dan Syria.

Dalam munajatnya, Ustaz Nik Razi memohon  agar Allah SWT  menghancurkan Umno/BN, beliau juga menggunakan istilah KO untuk Umno/BN, seterusnya memohon Allah permudahkan perjalanan Pakatan Rakyat  menuju Putrajaya.

Nik Razi yang juga mantan pensyarah UITM tidak  menamakan individu tertentu dalam doanya, hanya sekadar menyebut nama organisasi  saja. Namun, doa itu ternyata menimbulkan kemarahan pemimpin dan pendokong Umno/BN. Mereka seperti terkena  semburan cili pada mata sehingga   mengeluarkan pelbagai  kenyataan pelik-pelik malah  ada diantara kenyataan itu   mengelikan hati. Semua itu, tidak lain disebabkan    rasa takut yang amat sangat kepada doa.

Mereka takut Allah SWT perkenankan doa penyokong PAS pada malam itu dan akibatnya  Umno/BN benar-benar tumbang. Maka  runtuhlah tempat mereka bertedung selama ini. Tapi mereka lupa bahawa  Umno pernah runtuh di zaman Dr Mahathir dulu. Mahkamah mengharamkan Umno ketika itu sehingga pemimpin Umno terpaksa menubuhkan parti baru iaitu Umno Baru. Mereka yang bersama   Umno Baru masih lagi hidup sehingga sekarang seperti Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak. 

Kalau Umno/BN runtuh, jangan khuatir, pemimpin Umno masih ada, mereka boleh tubuh parti baru dan barangkali parti baru itu lebih diterima rakyat berbanding Umno/BN yang ada sekarang. Justeru jangan menzahirkan sangat perasaan takut kepada  doa yang dibaca  Ustaz Nik Razi dan diamimkan lebih 50,000 jamaah itu.  

Doa yang dilafazkan Ustaz Nik Razi itu terlalu umum justeru ia tidak bercanggah dengan Islam kerana tidak ditujukan kepada pemimpin, ahli-ahli Umno, tetapi kepada organisasi, iaitu organisasi Umno yang jelas tidak berjuang atas dasar Islam, sebaliknya berjuang atas dasar nasionalis.

Masyarakat kita termasuk orang Umno sendiri ada yang  berdoa hancurkan Israel, K.O Israel tetapi tidak pula menjadi kontrversi. Tak ada pula komen dari ustaz-ustaz dari kalangan Umno mengatakan umat Islam tidak dibolehkan berdoa seperti itu. Kemarahan kita yang berapi-rapi kepada rejim Zionis  Israel kerana membunuh rakyat Palestin namun dalam doa tidak pernah disebut nama individu seperti Perdana Menteri Natanyahu. Yang disebut ialah negara atau organisasi kerana kita berlawan dengan negara dan organisasi itu bukan individu.

Salah satu senjata yang ada pada PAS  untuk berlawan dengan Umno adalah doa. Justeru menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din tidak menjadi kesalahan dalam Islam jika PAS berdoa untuk kehancuran Umno kerana Umno musuh politik mereka.





Saturday, November 10, 2012

Saat berdebar-debar bagi politikus



Oleh: Rossem

Pilihan Raya Umum ke 13 diadakan tahun ini?  Ya, nalar kuat  mengatakan begitu kerana  kalau diadakan tahun hadapan pasti akan tercatat dalam sejarah negara, satu-satunya pilihan raya umum di Malaysia diadakan sehingga rapat ke dinding ialah di zaman  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 Bahkan dikhuatiri  akan menjadi bualan umum,  PM  takut untuk menghadapi PRU sehingga terpaksa melambatkan tarikh sampai ke penghujung penggal. 

PRU  1999 di zaman Tun Dr Mahathir juga agak lambat, tapi tidak sampai  kepenghujung penggal seperti sekarang. Dan kelambatan waktu itu seperti  diketahui umum ialah disebabkan Umno menghadapi  krisis politik yang teruk ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno.  Api reformasi kemudiannya menyala, Umno berada dalam posisi cemas kerana sebahagian besar pemimpin dan pendokong parti itu keluar Umno dan menubuhkan parti KeAdilan.

Ketakutan dan kekhuatiran Dr Mahathir untuk mengadakan pilihan raya waktu itu ternyata  munasabah. Parti Umno yang dipimpin beliau  tidak lagi mendapat sokongan majoriti  orang Melayu.  Undi orang Melayu berpecah menjadi tiga iaitu kepada PAS, setia kepada Umno dan parti yang baru ditubuhkan KeAdilan. Pendokong KeAdilan rata-rata daripada kalangan Umno.

Apa pula rasional Najib melambat-lambatkan pembubarkan parlimen seterusnya mengadakan PRU Ke 13?  Barangkali Perdana Menteri ke enam itu terasa khuatir, lebih daripada rasa kekhuatiran  yang dialami Dr Mahathir pada tahun 1999.

Pilihan Raya Umum 1999 menyaksikan pencapaian Umno terjejas. Undi yang diperolehi Umno di seluruh negara merudung. Umno kecundang di Terengganu, sementara Kelantan kekal  di tangan PAS. Akan tetapi  komponen Barisan Nasional (BN) yang lain seperti MCA, Gerakan, MIC dan parti-parti kolosi mereka di Sabah dan Sarawak  tidak terjejas.  Aroma ferormasi yang ditiupkan Anwar Ibrahim hanya terkena Umno saja,  yang lain tak terlibat.

Namun sekarang,  senario politik   jauh berbeza berbanding   1999. Barisan Nasional hakikatnya sudah beratakkan.  Gerakan, MCA tidak lagi mendapat sokong  majoriti orang Cina. Hanya  MIC agak sedikit  pulih kerana  ramai diantara ahlinya kembali menyokong  BN, namun perubahan yang tak diduga ialah senario terbaru politik di Sabah mutakhir ini.

Saya sering bertanya  khabar teman-teman di Sabah  tentang perkembangan politik di negeri Bawa Bayu dari masa ke semasa. Salah seorang teman memberitahu gelombang kebangkitan rakyat di Sabah  dilihat luar biasa terutama saat  kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini di kawasan pedalaman Pensiangan, Keningau, Tenom, Papar, Lahad Datu dan Tawau. Kehadiran  rakyat untuk mendengar pidato Anwar ramai sekali.

Menurut teman saya lagi, situasi dan kondisi seperti ini menyamai suasana yang dilihatnya saat Parti Bersatu Sabah (PBS) menumbangkan kerajaan Berjaya suatu masa dulu.

Sementara di kawasan majoriti Cina seperti Kota Kinabalu dan Sandakan sokongan masyarakat Tiong Hwa  jelas kepada Pakatan Rakyat  Kawasan etnik Kadazan, Dusun, Murut seperti Keningau dan Pensiangan juga turut memberi isyarat  jelas menolak BN.

Hanya  kawasan bumiputera bukan Kadazan Dusun Murut   seperti di libaran, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Semporna dan Tawau yang majoritinya ditandingi Umno masih lagi sukar membuat ramalan. Namun buih-buihnya sudah ada, ombaknya saja belum tampak.

Teman saya itu kemudiannya membuat kesimpulan: Setakat  hari ini bacaan yang dibuat,  Sabah akan tumbang jika pertandingan satu lawan satu.

Senario politik di Sabah agak berbeza dengan Semenanjung. Sabah sejak merdeka melalui Malaysia sudah banyak kali bertukar kerajaan. Pada 1976 Datuk Haris Salleh dan Datuk Salleh Sulung meninggalkan Usno, tubuh Berjaya, menyebabkan kerajaan negeri Sabah yang pimpin Usno tumbang.

1984, Datuk Pairin Kitingan dan Mark Koding pula meninggalkan Berjaya dan menubuhkan Parti Bersatu Sabah (PBS), kerajaan negeri Sabah pimpinan Berjaya tumbang.

1994, Datuk Lajim Ukin dan Robin Balang meninggalkan PBS dengan menyertai Umno, kerajaan negeri Sabah pimpinan PBS pula tumbang. Dan sekarang menjelang PRU 13 (2012) Datuk Lajim  Ukin dan Bumburing meninggalkan Umno, sertai Pakatan Rakyat, nasib Umno belum diketahui, namun daripada urutan fakta itu ternyata ia memberikan gambaran yang menakutkan presiden Umno.

Tiori mudah yang diberikan umum ialah; jika Pakatan Rakyat dapat mengekalkan kerusi yang dimilikinya sekarang dan dengan bantuan kerusi baru dari Sabah, sementara beberapa kerusi Sarawak sebagai bonus,  maka Pakatan Rakyat sudah boleh menduduki Putrajaya.  

Jika ia ramalan itu menjadi realiti ternyata nyawa BN berada  di hujung tanduk. Dan inilah yang sangat mengkhuatirkan Perdana Menteri Najib Razak untuk membubarkan parlimen, seterusnya mengadakan  Pilihan Raya Umum 13.



Friday, November 9, 2012

Penyair Azim Saleh kembali kerahmatullah dalam tidur yang tenang

Oleh: Rossem

Kali terakhir bertemu Allahyarham kurang lebih tiga tahun dulu, ketika pilahan raya kecil Bagan Pinang, Port Dickson,   11 Oktober 2009. Ketika itu saya ikut berkempen mewakili PAS negeri Kelantan dan beliau mewakili PAS kawasan Rembau, Negeri Sembilan. 

Bertemu sahabat lama di lokasi  kempen yang sedang rancak dan panas pasti banyak kenangan pahit  manis yang dikongsi bersama. Ironisnya walupun kami  datang  dari tempat berbeza tapi punya matlamat yang satu;  berkempen memenangkan calon PAS yang berdepan dengan calon Umno, Tan Sri Mohd Isa Samad ketika itu. Itulah kehebatannya.

Sejak  itu tak bertemu lagi, namun hubungan kami  tak pernah putus, sering berkomunikasi  lewat telefon dan facebook.   

Keakraban antara kami adalah  bertitik tolak dari denyut rasa, rentak bicara yang berteraskan persamaan  warna  politik,  selebihnya   kami kebetulan  memiliki minat yang  sama yakni kartun, puisi  dan penulisan.

Sewaktu saya merencanakan mahu menerbitkan buku “Sajaktun dan Khutbah Burung” lantas saya menghubungi beliau lewat  facebook, meminta  beliau menulis kata pengantar. Saya susuli kemudiannya dengan telefon dan beliau bersetuju bahkan melahirkan rasa bangga kerana diberi peluang menulis kata pengantar. Sebelum itu pada tahun 2008 beliau pernah  menulis dua kata pengantar  untuk komik dakwah karya saya masing-masing berjudul; Anakku-Kenalilah Allah dan Menuju Jalan Allah, yang diterbitkan penerbitan  tempat beliau berkerja.

Keesokan harinya, sebuah kata pengantar yang saya minta dititipkan lewat dinding pesan  facebook saya. Bahasanya  puitis.  Membacanya terasa  seperti air sungai yang mengalir  deras.  Saya kaget sungguh  dengan kepantasan beliau menulis demi memenuhi permintaan seorang sahabat, walhal saya tahu, saban hari  beliau sibuk dengan bisnis capal yang diusahakan sejak berhenti kerja sebagai editor di sebuah penerbitan di Kajang, Selangor.

Sehari selepas Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban, 2 November 2012 saya bertanya beliau lewat pesan facebook;  benarkah jumlah yang hadir sehingga mencerceh 30 ribu seperti dilaporkan media, sedang  suratkhabar Berita Harian mengatakan sambutan menghampakan, 10 ribu saja  hadir. Saya bertanya demikian kerana beliau tinggal di Negeri Sembilan, kemungkinannya beliau ikut  sama. Namun jawapan beliau ringkas “Saya di KL, tak dapat  info” .  

Empat  hari selepas itu, pada 7 November 2012, Rabu, juga lewat  pesan di facebook, seorang teman kartunis  Azmie Taha mengkhabarkan “Azim Salleh telah kembali kerahmatullah jam 11.00 malam tadi dalam tidur yang tenang-  Alfatihah”.

Azim Saleh atau nama sebenarnya Salehuddin Ghazali seorang penyair,  penulis bahkan dalam bidang kartun juga beliau dikenali sebagai seorang tokoh yang suka membantu serta memberi galakan dan motivasi kepada kartunis. Walaupun beliau  bukan seorang kartunis, namun ramai dari kalangan kartunis mengenali  beliau secara dekat diatas sifatnya seperti itu.

Allahyarham   menutup usia jam 11.00 malam,  7 November 2012 ketika berusia 53 tahun ( 30.10.1959 – 7. 11. 2012) Al-Fatihah.

Foto: Penulis bersama Penyair Azim Saleh (Allahyarham) ketika di Kota Bharu.

Friday, November 2, 2012

Senang sekali bertemu sutradara dakwah Chaerul Umam

Bersama aktor Ketika Cinta Bertasbih, Kholidi Ashadil Alam


Oleh: Rossem
 Sekitar tahun 60an filem-filem Hindustan  menghantui orang Melayu. Aktor dan atres  seperti Shammi Kapoor, Rejendra, Dev Anand, Hemma Malini dan pelawak Mehmood menjadi sebutan anak-anak muda, bahkan potongan rambut, fesyen pakaian mereka menjadi ikutan. Itulah  kemuncak zaman kegemilangan filem bollywood bagi orang Melayu.

Awal  80an,  filem-filem  Hindustan mula  diketepikan, sebaliknya filem-filem  Indonesia  mengambil tempat di Malayisa khususnya bagi orang Melayu. Filem-filem seperti Si Pitung, Si Pitung Benteng Betawi, Saimun Dasima, Pahlawan Sembilan, filem  bercorak remaja seperti Daun-Daun Berguguran, filem perang seperti Mereka Kembali dan  filem penyiasatan ala bond seperti Jakarta, Hong Kong,  Macau menjadi kegemaran orang Melayu. Penguasa bioskop  untung besar.

Filem boleh menyatukan bangsa yang berpecah. Filem boleh mendekatkan yang jauh. Hubungan yang retak antara dua negara serumpun Indonesia- Malaysia suatu masa dulu dirapatkan kembali lewat budaya. 

Setelah  konfrantsi tamat sekitar  tahun 1963, pertama-tama  yang dikirimkan ke Malaysia oleh Indonesia ialah rombongan kebudayaan yang terdiri dari penyanyi dan penari.  Kalau tak salah, artis   Titik Puspa bersama  pelawak terkenal Bing Slamet. Mereka  mengadakan  konsert  di Kuala Lumpur dengan Radio- Televisyen Malaysia-Indonesia (RTM-TVRI) membuat lintas  langsung.  Diikuti kemudianya rombongan budaya  dari Malaysia terbang  ke negara tetangga Indonesia untuk mengadakan persembahan yang serupa di sana.

Penulis bersama Sutradara Bapak Chaerul Umam di Jakarta
Peminat filem-filem Indonesia di Malaysia waktu itu dapat menghafal  satu persatu nama-nama aktor dan aktres terkenal  seperti Sandy Swardy Hassan, Dicky Zulkarnian, Rahmat Kartolo, Maruli Si Tompel, Widyawati, Rohayu Afendy dan lain-lain.  

Waktu itu majoriti  filem-filem Indonesia berkisah tentang  tokoh perjuangan bangsa menuntut kemerdekaan dari Belanda, namun filem-filem percintaan, kisah   masyarakat dan remaja juga banyak.

Penyebab  utama peminat filem di Malaysia tertarik dengan filem-filem Indonesia ketika itu ialah, filem -filem dari seberang dibikin dalam warna, sebaliknya filem-filem lokal masih berkira-kira dari hitam putih kepada warna. Dalam bab ini, Indonesia mendahului Malaysia setapak ke depan.

 Sementara filem  Islami atau dakwah belum galak seperti sekarang, namun  pada penghujung era kegemilangan  filem layar lebar Indonesia di Malaysia, filem  Al-Kautsar, iaitu satu-satunya filem dakwah sudah ditayangkan di pawagam Malaysia (1977).

filem tersebut  dianggap sebagai filem dakwah yang berjaya dan pernah menerima  penghargaan khusus di Festival Film Asia di Thailand. Al-Kautsar juga dibikin dalam bentuk sinetron (drama bersiri) dan pernah ditayangkan di televsyen Malaysia berbayar pada 2010 berbulan-bulan lamanya.

Menonton sinetron Al-Kautsar membuat    kelopak mata tak mahu berkelip. Perhatian terfokus hanya pada layar televisyen kerana sang sutradara bijak bermain suspensinya sehingga penonton tak sabar untuk menunggu klimik cerita. Demikian setiap malam selama siri itu dimainkan di televsyen  Malaysia.  

Sutradara filem Al-Kautsar tak lain ialah Chaerul Umam,  salah  seorang sutradara senior Indonesia yang banyak menerima  penghargaan baik di dalam mahupun luar negara kerana mutu filem yang dihasilnya amat berkualiti. Beliau  merupakan murid dari sutradara terkenal Indonesia, Asrul Sani, sememangnya terkenal dengan  menyutradarai filem-filem  bernafas Islami  seperti   'Titian Serambut Dibelah Tujuh' dan 'Nada dan Dakwah'. 

Menerima pendidikan dari fakulti  psikologi Universiti Gadjah Mada Yogyakarta. Sebelum ke filem aktif jadi aktor teater di Teater Amatir (1964-1966), lalu ikut Bengkel Teater Rendra (1966-1970). Pindah ke Jakarta pada 1970 dan bergabung dengan Teater Kecil pimpinan Arifin C. Noer (almarhum).

Saat dunia filem Indonesia koma, bahkan ketika sinetron (drama) negara itu dipenuhi dengan cerita-cerita bertema hantu,  lelaki  kelahiran Tegal, Jawa Tengah, 4 April 1943 itu, tetap istiqamah dengan sinetron Islami dengan menampilkan presepsi 'dakwah'-nya.
seperti ,'Maha Kasih', 'Jalan Takwa', 'Jalan Lain ke Sana', 'Astagfirullah'.  Dan tahun-tahun kebelakangan ini menyutradarai filem  boxoffice, baik di negaranya Indonesia mahupun Malaysia iaitu filem 'Ketika Cinta Bertasbih'  yang diangkat dari novel karya Habiburrahman El Shirazy dan terbaru “Suci Cinta Zahrana”.

Pertemuan singkat dengan beliau di Jakarta, 23 Oktober 2012 lalu amat bermakna. Setelah berpuluh tahun mengenali sang sutradara perfileman senior Indonesia itu hanya lewat tulisan yang tertera pada layar lebar atau skrim televisyen, maka pada malam itu, melalui  Program Silaturahim Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin Penolong Exco Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah bersama  Selberiti Islami Indonesia,  di sebuah majlis makan malam di Jakarta,  saya  berpeluang  bertemu beliau.

Ikut hadir pada pertemuan itu ialah aktor dan aktres  “Ketika Cinta Bertasbih”(KCB)  yang memegang peranan sebagai Mass Azzam dalam filem KCB iaitu aktor tinggi lampai, Kholidi Ashadil Alam dan Oki Setiana Dewi.

 Sehari sebelum itu, di Bandung bertemu dengan aktres Medya Sefira dalam sebuah majlis makan malam bersama. Medya Sefira membintangi filem “Suci Cinta Zahrana” juga disutradarai Chaerul Umam. Ustaz Ahmad Baihaki menjemput beliau ke Kelantan sebagai panelis Program Bicara Selebriti yang direncanakan akan berlangsung 30 November 2012.

Kegembiraan terpancar di wajah Kholodi Ashadil Alam bila saya memberitahu beliau, saya yang melakar karikatur yang dihadiahkan penganjur HAI kepadanya saat
mengambil bahagian sebagai panelis Bicara Selberiti  yang berlangsung di Dewan Kelantan Trade Centre tiga bulan lalu. “Alhamdulillah, tak sangka dapat bertemu kartunisnya. Karikatur itu saya simpan baik-baik, malah saya paparkan di wall facebook” tutur beliau.

Benarlah kata orang; filem boleh menyatukan bangsa yang berpecah. Filem boleh mendekatkan yang jauh!




Friday, October 26, 2012

Kunjungan balas ke Indonesia dan meninjau perkembangan filem-filem Islami









Oleh: Rossem
Bicara Selbriti,  sebuah program seni yang cukup terkenal di Kelantan, terutama bagi kelompok anak-anak muda  yang  meminati seni budaya.

Setiap kali diadakan di Balai Islam Lundang atau Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, pasti dewan yang kapalsiti  kurang lebih tiga ribu orang itu penuh sesak sehingga melimpah ke luar.

Berbentuk wacana, dengan menampilkan artis-artis yang dikenal pasti memiliki ciri-ciri keterampilan   yang sesuai  dengan tuntutan Islam, dari aspek pakaian  menutup aurat dan berjilbab.  Juga aktiviti seni yang  dimainkan  seringnya bernafas Islami. Gabungan mantap daripada unsur-unsur ini akhirnya membentuk sebuah kekuatan baru dalam usaha menarik  minat anak-anak muda ke arah mendekati Islam mengikut jalur yang cocok  dengan selera mereka, yakni hiburan.

Rombongan bersama artis Oki Setiana Dewi, aktor Kholidi dan sutradara terkenal, Chaerul Umam di Jakarta.
YB Ahmad Baihaki Atiqullah bersama artis Cinta Suci Zahrana, Meyda Sefira
Bicara Selbriti yang berkonsepkan  hiburan alternatif  Islam (HAI)   sangat  bertetapan  dengan dasar Membangun Bersama Islam yang praktikkan  Kerajaan Negeri Kelantan selama lebih 23 tahun sebaik saja PAS  mengambilalih pentadbiran dari Barisan Nasional tanggal 23 Oktober 1990.

Seperti kata sang akitek kepada pembangunan  dan pengembangan Islam di Kelantan, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan;  berhiburan boleh, asal tidak   bertentangan dengan Islam. Maka, program Bicara Selbriti ini, suka  atau tidak suka,  ia adalah  sebahagian dari kerangka dasar yang digariskan kepimpinan Kerajaan Negeri.

Dasar
Artis Oki Setiana Dewi
dan falafasah yang dipraktikkan ini  telah  membuahkan natijah yang baik. Artis adalah model buat  anak-anak muda, ikon yang mahu dicontohi mereka , justeru dengan menampilkan artis yang bernuasa Islami di atas pentas, mendengar kisah-kisah perjalanan hidup mereka, penghijrahan mereka dari tingkat laku yang non-Islami kepada Islami terutama kisah perubahan   spritual yang sangat menyentuh  nurani,  anak-anak muda  merasakan, mereka juga harus ikut sama berubah!  Inilah  matlamat penganjur HAI sebenarnya.  

Umumnya, konsep hiburan yang digemari anak-anak muda khususnya orang Melayu tidak hanya terbatas dalam ruanglingkup hiburan dari Malaysia saja. Ia merentasi perbatasan negara sehingga ke Indonesia. Terj
Aktor Kholidi
adinya demikian kerana    dua bangsa ini adalah serumpun dengan  memiliki persamaan bahasa dan budaya.

Faktor hiburan berasaskan keserumpunan bangsa ini bukan hanya baru sekarang berlaku, ia  terjalin sejak zaman berzaman dan berterusan sehingga hari ini. Generasi dulu mengenali aktor dan artis Indonesia seperti Dicky Zulkarnain (Almarhum), W.D Muhktar, Ratno Timur, Sukarno M. Nor (Almarhum) dan lain-lain, sementara kalangan artis pula seperti, Widiyawati, Rohayu Afendi, Titek Puspa (sekadar menyebut beberapa nama).  Dikalangan sutradara seperti Wim Umboh dan Teguh Karya.

Sementara nama-nama penyayi seperti S. Affendy, Sam Saimon, Alfian,   
Menyampaikan cenderahati kepada sutradara Chaerul Um
(sekadar menyebut beberapa nama)  sentiasa meniti dari bibir ke bibir generasi orang Melayu di Malaysia dahulu.

Mutakhir  ini tampak lebih menonjol. Stesen televsyen di Malaysia seolah  berlumba-lumba menayangkan filem-filem atau sinatron Indonesia secara bersiri bersilih ganti dengan penampilan aktor dan artis baru.

Antara filem  paling popular dan diminati ramai  di Malaysia ialah filem-filem yang diadaptasi  dari novel karya novelis

Meyda Sefira
terkenal Inonesia,  Habiburrahman El Shirazy, Ayat-Ayat Cinta (2008), Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 (2009), Dalam Mihrab Cinta (2010), dan terbaru Cinta Suci Zahrana (2012) belum lagi ditayangkan di Malaysia.
Habiburrahman El Shirazy bersama Chaerul Umam (Sutradara) dan SinemArt Pictures sudah pun  merilis filem berjudul Cinta Suci Zahrana dan  sudah pun ditayangkan di Indonesia pada idilfitri lalu.
Filem yang juga diangkat dari novel Kang Abik (sapaan akrab Habiburrahman El Shirazy) menceritakan tentang pencarian Zahrana, seorang dosen yang lewat  menikah. Sosok Zahrana dilakonkan oleh artis  Meyda Sefira yang juga ikut bermain dalam filem Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 serta Dalam Mihrab Cinta.
Umum mengetahui, keseluruhan filem-filem  yang diangkat dari Novel Kang Abik bernafaskan Islami yang sangat sesuai dengan selera umum di Malaysia khususnya di Kelantan. Tayangan  khusus “Ketika Cinta Bertasbih” di bawah pengajuran HAI pernah diadakan di Kota Bharu suatu masa dulu dan sekarang sedang berusaha untuk menayangkan filem terbaru Cinta Suci Zahrana.

Novelis Kang Abik  pernah bersilaturahim ke Kelantan dan bertemu Tuan Guru  Nik Abdul Aziz Nik Mat, demikian juga artis Ketika Cinta Bertasbih, Oki Setiana Dewi  pernah dijemput mengambil bahagian dalam program Bicara Selbriti anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dan kesempatan berada di Negeri Serambi Mekah  beliau bertemu Tuan Guru. “Pertama kali aku datang ke Kelantan, lantas aku jatuh cinta pada Tok Guru, seorang yang luar biasa, zuhud dan sentiasa merendah diri” Demikian kata-kata  keramat  Oki saat membuka bicara pada  malam Bicara Selbriti di dewan besar Kelantan Trade Centre, Kota Bharu.

Kemudian disusuli dengan hero Ketika Cinta Bertasbih, aktor Kholidi Ashadil Alam atau sering disapa Mass Azzam dijemput datang ke Kelantan untuk program Bicara Selbriti siri berikutya. Kesempatan di Kelantan, beliau juga bertemu Tuan Guru  Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kekaguman beliau kepada Tuan Guru sehingga sebuah sajak khusus dicipta  dan dibaca pada malam itu.

Yang belum berpeluang bersilaturahim ke Kelantan ialah sosok penting disebalik pembikinan filem-filem Islami Indonesia iaitu sutradara terkenal dan banyak pengalaman, Bapak  Chaerul Umam. Pada ucapan ringkas beliau yang disampaikan saat rombongan Kerajaan Kelantan menemui beliau  di Jakarta baru-baru ini, beliau menyatakan keinginan yang sesungguhnya untuk datang ke Kelantan sekiranya diundang.  

Ketua rombongan Kerajaan Kelantan diketuai Timbalan Exco Penerangan, Pembangunan Matlumat, Sains dan Teknologi, YB Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah  melahirkan rasa terharu dan berterima kasih di atas minat sang sutradara yang mendalam untuk datang ke Negeri Serambi Mekah, melihat dari dekat kesuksesan Tuan Guru mentadbir negeri berlandaskan Islam.

“Yang membezakan Kelantan dengan negeri lain ialah Kelantan ditadbirkan seorang kyai (Tok Guru). Beliau memimpin rakyat mengikut tatacara Islam.  Selain pembangunan material,  aspek spiritual amat  ditekankan” Terang Ustaz Baihaki dalam ucapannya.

Di Bandung, Ustaz Ahmad Baihaki dan rombongan bertemu dengan  Meyda Sefira, artis utama filem Cinta Suci Zahrana. Artis berjilbab asal  Bandung yang tinggi lampai itu bersetuju  menerima undangan Kerajaan  Kelantan  untuk hadir pada Program Bicara Selbriti yang Insyaallah akan diadakan tanggal  30 November 2012 akan datang bergandingan dengan panelis Ustaz Azhar Idrus, Azizul Husni, Haliza dan Amim Idris sebagai moderator.

Kesempatan selama 3 hari di Bandung-Jakarta (21-24 Oktober 2012),  rombongan dibawa melawat studio pembikinan filem-filem adaptasi  karya novelis Kang Abit iaitu SinemArt Pictures di Jakarta Pusat. Disambut oleh Ibu Lily seterusnya diberi taklimat ringkas seusai menonton sinopsis filem Cinta Suci Zahrana.

Kemuncak kunjungan ialah majlis makam malam bersama artis Oki Setiana Dewi, aktor Kholidi dan sutradara Chaerul Umam di sebuah restoran masakan lokal di  Jakarta Pusat dan majlis berakhir dengan acara bertukar-tukar  cenderamata. 

Selain Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah turut bersama rombongan ialah,  Adun Jelawat, YB Abdul Aziz Kadir, Adun Selising, YB Drs. Saiful Bahrin Mohamad, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Ustaz  Abdul Rahman Yunus, Penolong Pengarah UPKN Mohd Azmi Nor dan  Rosidi Semail,  pegawai Penerangan Zon UPKN,  Nor Hashimah Deraman dan pegawai-pegawai dari Unit Media Baru. 

Friday, October 12, 2012

Jejak kartunis rentas sempadan negara


Rossem dan GM Sudarta (kanan) bertukar buku kartun

Oleh: Rossem

Rossem dan Nassirun Purwokatun bertukar karikatur Tambah kapsye
Klaten – Kelantan, bunyinya hampir sama. Mungkin dua tempat itu  ada
kaitan suatu masa dulu, tinggal lagi pengkaji sejarah tak pernah
membongkar rahsia mengapa dua buah tempat yang jaraknya ribuan batu itu
namanya kemiripan. Tempat  lain yang  memiliki nama hampir sama ialah
Ceribon dan di Kelantan  Seribong. Itulah uniknya dua negara serumpun
Malaysia- Indonesia.

Nama-nama lain ialah Kerisek di Jawa Timur. Nama yang sama juga
terdapat di Pattani, Thailand dan di Kemboja. Bahkan ketiga-tiga
tempat itu struktur senibina rumah tradisionalnya memiliki ciri-ciri
yang sama.

Nama Klaten sudah  lama terpahat dalam ingatan, iaitu sejak saya mula
mengenali kartunis terkenal Indonesia, GM Sudarta 20 tahun dulu.

Pertemuan pertama kali di Kuala Lumpur 2000 dan kemudian dituruti dengan pertemuan lain telah membangkitkan  keinginan  suatu hari kalau diizinkan Allah SWT mahu mampir ke rumahnya dan melihat  hasil karya beliau yang diperagakan di studio / galeri miliknya di Klaten.

Allah  memperkenankan hajatan saya. Fantasi berubah menjadi realiti, kerana kebetulan tanggal 5 Oktober 2012  berlangsung acara kembara dan tugasan tak rasmi di Solo-Jogja. Maka peluang untuk ke rumah Sudarta semakin cerah.

Kami menaiki pesawat dari Kuala Lumpur dan mendarat di Bandara Adisucipto, Jogja, dari sana langsung  ke Solo dengan mobil. Di pertengahan jalan antara Jogja- Solo terpandang signboard bertulis “Klaten”, yang mengingatkan saya bahawa di desa inilah tempat tinggal kartunis yang popular dengan karektor Om Pasikom dalam koran Kompas sejak 70an sehingga sekarang.

Setelah tiba di Hotel  di Kartasura, lantas saya telefon GM Sudarta untuk mempastikan bahawa nombor telefon dan alamat yang diberikan kepada saya suatu masa dulu masih berfungsi. Benar, telefon rumah itu masih ada jawapan, suara yang kedengaran masih saya ingat iaitu Sudarta.

Dan bila  memperkenalkan diri, ia masih ingat nama saya, lewat suranya dapat mengandaikan beliau senang sekali dengan panggilan  telefon yang tak diduga dari saya. Kemudiannya saya menyatakan hasrat mahu ketemu beliau. Lantas ia bertanya; kapan?

Sudarta  menyatakan mahu ke hotel tempat saya menginap pada hari Jumaat, namun hari Jumaat pagi kami harus berangkat ke Jogja. Olehkerana Klaten itu lokasinya ditengah-tengah perjalanan antara Solo-Jogja, saya beritahu akan mampir di rumahnya saja. Beliau bersetuju.

Saya memberi super telefon untuk beliau menelefon langsung Pak Sudarta kerana sebagai warga lokal beliau lebih arif tentang lokasinya di Klaten. Akhirnya perjalanan kami lancar. Kurang lebih 40 minit kemudianya mobil sudah tiba di depan rumah Pak Sudarta sang tanpa supir  bertanya sesiapa dijalanan.

Rumahnya bagus  sekali, struktur senibinanya bercirikan senibina tradisional Jawa yang kemiripan senibina tradisional Melayu Kelantan. Cuma menurut Sudarta, laman rumahnya konbanasi antara Jawa dan Japan.

Sangat terpesona dan takjub melihat gaya susunatur peralatan kerusi meja dan gaya hias lukisan di dinding rumahnya yang berwarna koko dan putih susu sehingga pengamatan lama terfokus kesesuatu objek seperti sang singa lapar menenung tajam mangsa. “Kerusi yang kita duduk sekarang ini, bahkan peralatan lain yang terdapat di rumah ini daripada  peralatan terpakai” tutur Pak Darta dengan suara amat  lembut kepada saya.

Kemudian beliau mengajak  ke studio miliknya yang terletak  bersebelahan rumahnya. Bangunan itu   sederhana besarnya, tapi diperkayakan dengan  ciri-ciri  rekabentuk taradisional lokal  sepertimana rumahnya.  Melihat struktur bangunan pada posisi luar yang sangat menarik dan klasik sudah cukup menghadirkan kepuasan pada hati sesiapa yang memiliki jiwa seni dan sentimental.

Bertata rapi  pada dinding ialah puluhan lukisan hasil karya Sudarta yang dibuat dengan  cat minyak dan acrylic  lama dan baru,  dan lukisan itu  keseluruhannya  bertemakan kartun  dengan makna yang mendalam.

GM Sudarta memang kartunis hebat.  Nama besar dalam industri kartun Indonesia bahkan Asian dan Japan. Saya mula mengenali  karya-karya beliau  sejak tahun 90an lewat koleksi buku kartun yang diterbitkan penerbitan Kompas. Beliau juga pernah mengirim koleksi  kartun  yang dihasilkan langsung kepada saya di Malaysia.
Dan saat bersilaturahim kelmarin, sebuah koleksi kartun yang terbaru berjudul “40 tahun Om Pasikom” setebal 272 muka surat telah dihadihkan kepada saya.

GM Sudarta, pria kelahiran Klaten, 20 September 1945 menjadi terkenal setelah bergabung dengan Harian Kompas pada 1967. Kemudian mencipta watak Om Pasikom yang dimuatkan dalam koran tersebut. “Pembaca dan peminat setia masih bisa menemui Om Pasikom lewat koran Kompas dengan kekerapan  seminggu sekali walaupun saya sudah pesiuntutur Sudarta.

Seperti dicatat pada kulit belakang buku itu; selama  40 tahun, Om Pasikom menyindir, mengkritik pembaca tanpa pernah menimbulkan amarah individu yang menjadi sasarannya, namun  daripada pengamatan  saya lewat  koleksi “40 tahun Om Pasikom” , kartun-kartun yang dihasilkan sedekad  ini  pastinya ramai terutama pemimpin negara yang kebakaran janggut dan panas cubing telingga kerana kartun atau karikatur Pak Sudarta ibarat  mata pisau yang bertelanjang,  menghiris sesiapa saja.

Selama beberapa hari  menjejaki kartunis di sekitar Solo. Selain GM Sudarta ialah Nassirun Purwokatun. Pria asal Purwokarto  ini ternyata  punya kehebatan tersendiri. Selain berkartun bisa bersajak berpuisi. Bait-bait puisi yang dihasilkan kemudian dimuatkan dalam facebook saban hari ternyata telah mengikat saya untuk menjengok, membaca  dan like facebook beliau setiap hari.

Puisi-puisinya ringkas, kemas  tapi  punya kekuatan tersendiri sehingga  pembaca terasa seperti dipaksa  untuk membacanya,  kemudian berfikir mencari makna disebalik makna yang dilontarkan.

Menariknya, beliau telah menghasilkan buku “sajaktun” iaitu konbanasi antara sajak dan kartun dengan judul “Sajak dari Republik Kartun”. Justeru, buku “sajaktun” karya saya  itu bukanlah buku pertama seumpama itu diterbitkan. Di Indonesia, Nassirun Puwokartun sudah memulainya. 


Sunday, October 7, 2012

Perkenal Kelantan Rentas Sempadan



Oleh: Rossem
Berada di Kota Solo, Indonesia  terasa seperti berada di Kota Bharu, Kelantan,  terutama melihat  budaya dan cara hidup masyarakatnya yang hampir kemiripan  dengan orang Kelantan terutama golongan wanita  lebih ramai daripada lelaki menjalankan perniagaan berjualan di bazar-bazar utama seperti pasar Klewer di tengah kota.

Ramai peniaga-peniaga  wanita menjual pelbagai  macam produk keluaran tempatan seperti tekstil khususnya batik. Pembeli akan  melewati lorong-lorong sempit antara ribuan unit kios untuk memilih barangan yang dinginkan.

Kondisinya sama seperti Pasar Siti Khadijah, Pasar Buloh Kubu, Bazar Tok Guru, Bazar Tengku Anis.  Penjual menunggu pelangan di hadapan kios yang ukurannya hampir menyamai Bazar Tok Guru, Kota Bharu.

Kalau di Kota Bharu ada  beca, di Kota Solo juga ada beca, berbeza hanya pada rupa dan bentuk  beca saja.   Di Kelantan tukang beca di posisi tepi, sementara di Solo tukang beca mengayuh dari belakang dengan penumpang di depan.

Jumlah beca di Kota Solo beratus kali lipat berbanding  Kota Bharu disebabkan keperluan kepada kenderaan seperti itu masih tinggi dan pelancong juga tertarik untuk menimba pengalaman menaiki beca keliling kota. Disamping beca, kereta kuda juga digunakan untuk mengangkut penumpang dengan harga lebih mahal berbanding  beca.

Jumlah penduduk kota bersejarah ini satu juta  pada siang hari dan malam hari berkurang sehingga 40  persen kerana mereka  yang bekerja di Solo pulang ke rumah masing-masing  di luar kota pada malam hari.   
Rumah dan bangunan di Solo juga hampir kemiripan rumah  tradisional Melayu  Kelantan terutama pada  rekabentuk  bumbungnya. Malah bangunan Setiausaha Kerajaan  Negeri Kelantan yang menempatkan pejabat Menteri Besar, Exco-Exco  dan pegawai pentadbir negeri jelas menunjukkan ciri-ciri persamaan itu.

Masjid tertua di  Kampung Laut yang sekarang dipindahkan ke Nilam Puri satu lagi contoh nyata  bahawa Kelantan  hakikatnya telah sekian lama ditempiasi pengaruh Jawa dalam merekabentuk bangunan.

Sesuatu yang menarik ketika  berada di Kota Solo ialah setiap kali masuknya waktu solat fardu suara azan kedengaran dari corong-corong masjid yang banyak terdapat di kota. Azan Suboh lebih  jelas kedengaran kerana ketika itu alam masih dibalut sunyi, warga belum keluar menjalankan aktiviti rutin. Situasi  ini mengingatkan  Kota Bharu dengan sapaan azan yang jenuh dari segenap penjuru setiapkali masuknya waktu solat.  

Berada di Kota Solo atau Surakarta  dua hari tanggal 3 -4 Oktober 2012 sangat bermakna, kerana  Solo menjadi sorotan  umum di Indonesia sekarang. Solo menjadi bahan berita utama hampir setiap hari di semua suratkhabar di Indonesia kerana kebetulan  warga Solo,  Joko Widodo atau Jokowi  terpilih menjadi gubernur Jakarta  hasil  kemenangan beliau  pada pemilu 29 September lalu.

Hal ini diberitahu Pengarah Umum Radar Solo  merangkap editor akhbar Jawa Pos cabang Solo, Ananto Priyanto saat  bersilaturahim ke pejabat beliau di Solo, pada  pagi  3 Oktober,  setelah sebulan kami memohon keizinnya.  Pihak  Rada Solo merespons, dan  menerima  kami dengan tangan terbuka. 

Melakukan kunjungan ke kantor Rada Solo merupakan agenda Kembara Solo –Jogja 2012 yang kami rencanakan sejak Julai 2012. Bertujuan menjalin ukhwah Islamiyah sesama pengamal media Kerajaan Negeri Kelantan (Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan) dengan media popular Indonesia  Jawa Pos.

Hampir dua jam berdiskusi bersama editor senior, Ananto Priyanto di kamar mesyuarat  Rada Solo terkait dengan perkembangan media antara dua negara dan isu-isu semasa. Beliau  memberikan  respons pelayanan yang sebaiknya. Walaupun kedatangan kami tidak secara rasmi namun tetap   mesra, telus dan bersahabat, bahkan tanpa diduga, berita kunjungan kami berserta fotonya dimuatkan dalam  akhbar Jawa Pos hari berikutnya.

Saat berucap, Ananto Priyanto menyebut, akhbar Jawa Pos yang beredar ke seluruh Indonesia sebanyak 300 ribu naskah setiap hari bersedia menerima sumbangan berita, artikal dari Malaysia khususnya Kelantan. Penyumbang boleh mengirim langsung kepada alamat email yang diberikan. “Tak sukar kerana Jawa Pos juga ada akhbar online” tutur beliau.

Hal sedemikian tentunya sangat bermanfaat  bagi kami dalam rangka menyebarluaskan informasi tentang Kelantan ke persada  internasional khususnya negara tetangga Indonesia. Kerana sepertimana di sebut Ananto Priyanto, informasi terkait Kelantan amat minimum  di  sini, kalau ada pun berbau negatif.  

Hakikatnya, ramai rakyat Indonesia yang mahukan  informasi sebenar tentang Negeri Kelantan   yang ditadbir  Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan konsep Membangun Bersama Islam namun mereka sukar memperolehinya.

Diakhir majlis,  kami menghadiahkan beberapa buku yang diterbitakan Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan kepada Ananto Priyanto, semoga buku itu dapat dijadikan sebagai bahan rujukan bila menulis tentang Malaysia khususnya Kelantan.