50,000 hadir di Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Kelantan |
Ustaz Nik Razi Nik Mat (kiri) memimpin doa |
Oleh:
Rossem
Ketika
doa yang menakutkan pemimpin dan pendokong Umno/BN itu dibaca, saya berada di
luar stadium, tak bersama jamaah yang berada di dalam stadium
mengamimkan doa, namun walaupun di luar stadium, inti dari doa itu
dapat didengar dengan jelas bersahutan bersama
ucapan amim yang bergema lebih dari 50,000 jamaah yang hadir persis
bunyi guruh dari langit ketika musim tengkujuh.
Solat
sunat hajat dan bermunajat secara berjamaah di lapangan lumrah bagi pendokong
PAS terutama di Kelantan sejak dulu, bahkan telah menjadi semacam tradisi
bagi orang PAS Kelantan bila timbul masalah yang di luar
batas-batas upaya mereka menyelesaikan sesutau hal yang menghalang arus
perjuangannya, justeru mereka mengadakan solat sunat hajat berjamaah, memohon
langsung kepada Allah SWT agar dimudahkan jalan penyelesaiannya.
Jumlah
jamaah yang dikerah dan tempat diadakan acara solat sunat hajat
bergantung kepada keperluan doa, jika pemasalahannya besar, melibatkan
ummat dan masa depan perjuangan Islam maka lokasi solat dan munajat diadakan di
stadium kerana stadium boleh menampung jamaah yang ramai, sebaliknya
jika isu kecil, memadai di lapangan yang terbatas
dengan jamaah yang menimum.
Sebelum
in, solat hajat dan munajat yang bertaraf “stadium”
diimamkan Tuan Guru Dato’ Haji Abdullah Lubok Tapah (Alamarhum),
Tuan Guru Haji Hussain (Almarhum), Tuan Guru Dato’ Haji Hashim atau Ayah Sin,
mudir Pondok Terosan, Pasir Tumbuh (Almarhum) dan ADUN Demik, Ustaz Haji
Muhamad Mustafa.
Tok
Guru Haji Abdullah atau akrab dipanggil Tok Guru Haji Lah seorang ulama
terkenal di Kelantan yang dikatakan “masin mulutnya”. Dihormati bukan
saja oleh pendokong PAS, bahkan Umno. Allahyarham amat
akrab dengan Sultan Muhammad V. Demikian juga Tok Guru Ayah Sin, doanya
dikatakan mustajab. Sekarang tok-tok guru itu sudah kembali
kerahmatullah.
Sebagai ganti memimpin doa ialah Ustaz Mohamad Mustafa. Pertama kali ADUN Demit
itu memimpin solat sunat hajat ialah menjelang malam terakhir pilihan
raya umum ke 12 (2008) di Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Ramai jamaah mengalir
air mata ketika doa dipanjatkan, termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul
Aziz Nik Mat tak dapat menahan sebak, air mata menetes ke pipinya, dimana foto
Menteri Besar menangis tersebar meluas, bahkan dicetak sebagai poster.
Solat
hajat dan munajat berikutnya yang bertaraf “stadium” diadakan malam 16
November 2012 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sempena Majlis Himpunan
Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Kelantan. Solat hajat dihoskan Dewan
Ulama PAS Kelantan. Pemimpin bacaan doa malam itu ialah adek kepada Tuan Guru
Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Ustaz Haji
Nik Razi Nik Mat.
Kurang
lebih 50,000 jamaah memenuhi setiap ruang stadium untuk solat
Maghrib, Insya dan sunat hajat. Kehadiran jamaah yang luar bisa pada malam itu
antaranya disebabkan sebahagian jamaah terdiri perwakilan dan
pemerhati Muktamar Tahunan PAS Ke 58 yang datang dari seluruh Malaysia untuk
menghadiri Muktamar di Pusat Tarbiyah Islamiyah Islam Kelantan (PUTIK). Mereka
turut bersama warga tempatan mendirikan
solat dan bermunajat. Diantara orang luar yang hadir ialah wakil dari Arab Saudi dan Syria.
Dalam
munajatnya, Ustaz Nik Razi memohon agar Allah SWT menghancurkan
Umno/BN, beliau juga menggunakan istilah KO untuk Umno/BN, seterusnya memohon
Allah permudahkan perjalanan Pakatan Rakyat menuju Putrajaya.
Nik
Razi yang juga mantan pensyarah UITM tidak menamakan individu tertentu
dalam doanya, hanya sekadar menyebut nama organisasi saja. Namun, doa itu
ternyata menimbulkan kemarahan pemimpin dan pendokong Umno/BN. Mereka seperti
terkena semburan cili pada mata sehingga mengeluarkan
pelbagai kenyataan pelik-pelik malah
ada diantara kenyataan itu mengelikan hati. Semua itu, tidak
lain disebabkan rasa takut yang amat sangat kepada doa.
Mereka
takut Allah SWT perkenankan doa penyokong PAS pada malam itu dan akibatnya Umno/BN benar-benar tumbang. Maka runtuhlah tempat mereka bertedung selama ini.
Tapi mereka lupa bahawa Umno pernah runtuh di zaman Dr Mahathir dulu.
Mahkamah mengharamkan Umno ketika itu sehingga pemimpin Umno terpaksa
menubuhkan parti baru iaitu Umno Baru. Mereka yang bersama Umno
Baru masih lagi hidup sehingga sekarang seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Kalau
Umno/BN runtuh, jangan khuatir, pemimpin Umno masih ada, mereka boleh tubuh
parti baru dan barangkali parti baru itu lebih diterima rakyat berbanding
Umno/BN yang ada sekarang. Justeru jangan menzahirkan sangat perasaan takut
kepada doa yang dibaca Ustaz Nik
Razi dan diamimkan lebih 50,000 jamaah itu.
Doa
yang dilafazkan Ustaz Nik Razi itu terlalu umum justeru ia tidak bercanggah
dengan Islam kerana tidak ditujukan kepada pemimpin, ahli-ahli Umno, tetapi
kepada organisasi, iaitu organisasi Umno yang jelas tidak berjuang atas dasar
Islam, sebaliknya berjuang atas dasar nasionalis.
Masyarakat
kita termasuk orang Umno sendiri ada yang
berdoa hancurkan Israel,
K.O Israel tetapi tidak pula menjadi kontrversi. Tak ada pula komen dari ustaz-ustaz
dari kalangan Umno mengatakan umat Islam tidak dibolehkan berdoa seperti itu. Kemarahan
kita yang berapi-rapi kepada rejim Zionis
Israel
kerana membunuh rakyat Palestin namun dalam doa tidak pernah disebut nama
individu seperti Perdana Menteri Natanyahu. Yang disebut ialah negara atau
organisasi kerana kita berlawan dengan negara dan organisasi itu bukan
individu.
Salah
satu senjata yang ada pada PAS untuk
berlawan dengan Umno adalah doa. Justeru menurut Timbalan Mursyidul Am PAS,
Datuk Dr Haron Din tidak menjadi kesalahan dalam Islam jika PAS berdoa untuk
kehancuran Umno kerana Umno musuh politik mereka.
No comments:
Post a Comment