Oleh: Rossem
Ketawa sendirin membaca tulisan dari buku Catatan Pinggir,
Goenawan Mohamad yang ditulis tahun 2001 untuk majalah Tempo. Beliau memetiknya
dari seorang sejarawan yang kurang terpelajar, katanya; Indonesia mempunya dua
katogeri pemimpin negara. Katogeri pertama presiden yang menggemari barang yang
hidup. Katogeri kedua adalah presiden yang menggemari barang mati yang dibayangkan
hidup.
Katogeri pertama ialah Sukarno, ia menyukai perempuan (hidup). Soeharto menyukai sapi yang belum mati. Dalam
katogeri kedua, Habibie, ia menyukai kapal terbang yang bisa terbang
melayang-layang seperti burung. Abdulrahman Wahid atau Gus Dur menyukai makam.
Makam adalah tempat persemadian orang yang sudah mati, tapi katanya , di
makam itu, boleh memanggil ruh-ruh si mati.
Saya tak tahu, apakah katogeri serupa berlaku ke atas
pemimpin Malaysia. Sejarah hanya mencatatkan, Tunku Abdul Rahman bapak
kemerdekaan, Mengemari sukan lumba kuda.
Lumba kuda dikaitkan dengan judi. Tun Abdul Razak Hussain bapak
pembangunan. Rakyat miskin tak bertanah dibawa ke hutan, diberi sebidang tanah untuk
dibangunkan rumah dengan 10 ekar tanah
ladang. Hutan ditebang dan dibersihkan, ditanam dengan getah dan kelapa sawit. Akhirnya
peneroka hidup senang dan sebahagiannya kaya raya. Tun Hussain Onn meninggalkan
sejarah yang baik dan mulus.
Tun Dr Mahathir
Mohamad sering bermimpi berada di kota New York, Paris, Tokyo. Dalam mimpi itu
ia berjalan mundar mandir seorang diri di tengah-tengah kota metropolitan dengan mendongak ke atas, tak pernah ia
melihat ke bawah. Yang tampak olehnya ialah bangunan tinggi mencercah awan. Terjaga dari tidur, teringat tanah kosong dan tanah setingan yang
masih banyak terdapat di Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama lain. Beliau mendirikan
bangunan di tanah kosong dan setingan menandingi bangunan-bangunan yang dilihat
dalam mimpinya di negara-negara maju. Mimpinya menjadi kenyataan.
Kegemaran lain ialah menjatuhkan mereka yang tak
didisukainya. Ia akan melakukan apa saja sehingga orang yang dibenci itu jatuh
tersungkur. Sesudah bergelar mantan Perdana Menteri, sifat itu terbawa-bawa. Menyesali pengganti-pengganti yang dilantiknya
sendiri antara satu lagi sifat jelek
yang tak dapat dibuang.
Teringat kisah seorang lelaki yang mengilai seorang
perempuan, kegilaan yang luar biasa,
tepuk tangan sebelah, kerana perempuan langsung tak berminat dengan lelaki itu.
Tidur si lelaki terganggu, wajah perempuan datang dalam mimpi dan igauan. Dirayu dengan baik tak berhasil, dengan cara
ugutan juga tak berhasil. Akhirnya cari bomoh pengasih. Malangnya tak menjadi.
Si perempuan tetap dengan pendiriannya; tak menerima cinta lelaki itu. Kalau lelaki itu bersandar kepada qadha dan qadar Allah. Cukup setakat itu. Barangkali
jodohnya tak ada. Kalau dilakukan juga, khuatir termasuk dalam katogeri mereka
yang melampaui batas. Allah sangat murka kepada hamba-hambaNYA yang melampui batas.
Bagaimana dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi?. Mata terpejam
pun dikatakan tertidur, ratu cantik menyentuh bahu dikatakan skandal, Tingkat 4 lebih berkuasa dari perdana
Menteri . Nasib Pak Lah ialah kekuasaannya ketika media baru mula berkembang,
rakyat pula mempercayai blog dan wapsite. Namun disebalik itu kebenaran tetap ada.
Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri di zaman
media baru menguasai masyarakat, kalau di zaman Pak Lah hanya blog, email. Sekarang lebih canggih dan pantas, facebook, twitter, instagram, wahtsApp, youtube bisa diakses melalui telefon bimbit yang boleh dibawa ke
mana-mana. Telefon bimbit sekaligus berfungsi sebagai kamera, bisa merakam foto
dan video. Kotak dipunggah masuk ke dalam pewasat terbang pun sempat dirakam,
kemudian menjadi viral di internet. RM2,6bilion masih belum ada jawapan yang
menyakinkan rakyat.
Politik Malaysia semakin menarik. Tan Sri Muhyiddin Yasin
dan Mukhriz Mahathir dipecat dari Umno, sementara Shafie Afdal digantung
keahlian parti. Pemecatan itu diputuskan Majlis Tertinggi Umno yang
bermesyuarat di sela-sela 10 terakhir
Ramadan, ketika umat Islam beriman melipatgandakan
ibadat mereka, memburu ganjaran pahala yang dijanjikan Allah
SWT, dan dalam 10 malam terakhir ada
lailatur qadar, yakni malam lebih baik dari seribu malam. Mengapa mereka
memilih tarikh pemecatan itu pada penghujung Ramadan tidak selepas adilfitri?
Reaksi awal ialah, ADUN Sulabayan dari BN, Jaujan Sambakong
mengumumkan beliau keluar daripada Umno. Diikuti Pengerusi Tetap Umno Semporna,
Datu Eranza Datu Saribu turut keluar parti bersama-sama dengan 19 ahli
jawatankuasa dan akar umbi Umno Semporna. Parlimen Pagoh dan DUN Jerlun tunggu
reaksi selanjutnya.
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker