Oleh: Rossem
Kumpulan oposisi di Malaysia ibarat kereta tua terkandas di
tengah jalan. Tak nampak di mana distinasi. Jalan sudah ditutupi kabus tebal yang menghalang penglihatan, akhiranya
bergeseran dan berlanggar sesama sendiri. Supir atau pemandu kereta keluar dari kereta,
menuding jari , menyalahkan satu sama
lain. Masing-masing mendakwa mereka mengikuti arah yang betul. Egonistik menebal dalam jiwa.
Kepada pengikut, mereka
bermotivasi dengan hujah-hujah yang lunak bersandar dalih-dalih kitab dan
pengalaman masa lampau sehingga bisa
mencairkan pendengar terutama dari kalangan akar umbi. Pengikut akur dengan apa sahaja yang diberitahu.
Selaku ahli PAS saya pastinya merasa sedih atas kekalahan
PAS di kedua-dua PRK iatu Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Tetapi selaku seorang
ahli jamaah Islam, saya gembira dan bersyukur “DAP” tak menang dikedua-dua PRK
itu. Kata Ustaz Mokhtar Senik . Ini hujah PAS mula-mula saya jumpa di facebook.
DAP juga yang kena!
Kita bukan sekali
kalah tetapi sudah berkali-kali. Kekalahan perkara biasa bagi kita. Kemenangan
yang hakiki ialah di akhirat nanti. Ayat-ayat seperti itu sering kita dengar
setiap kali PAS mengalami kekalahan dalam pilihan raya dan dalam PRK ini ayat itu
juga berulang.
Pendokong PAS mengangguk-angguk
kepala tanda setuju dengan alasan dan hujah yang diberikan pemimpin mereka , seperti
burung-burung mendengar khutbah hud hud di zaman Nabi Sulaiman as, kepala
mereka pun terkulai, mereka mengerti betapa sulitnya sekepul debu untuk
merenggangkan busur panah. Betapa sengsara pun,
memutuskan untuk menempuh jalan panjang, kendati pun tak pasti berapa lama hatta ratusan tahun akan
terus mengembara melintasi gunung dan lembah demi lembah dan sebahagian besar
hidup mereka mengalir lalu diperjalanan itu. Mereka terpersona dengan nasihat
Hud hud.
PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar tak ubah seperti sukan
gusti “WW Wrestling Champion”. Tiga
pengusti bertarung untuk mengalahkan dua pencabarnya. Ketika dua pengusti saling bantai membantai satu sama lain lalu
kedua-duanya pengsan, loceng berbunyi, pengadil mengangkat tangan pengusti yang
seorang lagi sebagai juara. Umno/BN
menang dengan majoriti besar ketika kedua-dual
parti lawan, PAS dan Amanah bergelut sesama pembangkang separuh mati
Hari kedua, pagi,
selepas keputusan diumumkan tadi malam, bertemu seorang kawan yang baru
balik menyertai kempen PAS di Kuala Kangsar. Katanya dua kali beliau ke sana
dalam tempoh 14 hari. Sedih melihat sebahagian tukang kempen PAS melontar
kata-kata tak sepatutnya kepada petugas
–petugas Amanah, antaranya; berselongkol dengan DAP, pemecahbelah undi,
walhal Parti Amanah ada hak untuk bertanding kerana Malaysia
negara mengamalkan demokrasi, sesiapa
saja boleh menyertai pilihanraya kalau ada kemampuan dan cukup syarat.
Sebelum penaman
calon, PAS awal-awal lagi sudah menutup
pintu , tak mahu berunding dengan Amanah.
Nasib orang Amanah sejak dulu
dirundung malang. Ketika dalam PAS,
mereka tak disenangi golongan ustaz,
sehingga diwujudkan “Geng Ustaz”
bertujuan meminggirkan golongan ini. Rupanya setelah golongan ini keluar PAS dan membentuk parti politik baru,
serangan tak juga berhenti, malah lagi agrasif.
Keputusan dikedua-dua PRK itu tidaklah memalukan Amanah. Sebagai parti yang
usianya tak sampai setahun jagung, dengan cawangan yang sedikit, jentera parti yang serba kekurangan mampu
mendapat tempat kedua di Sungai Besar. Satu pencapaian yang besar berbanding
parti-parti serpihan PAS yang pernah wujud sebelum ini seperti Islah, Akim dan
Bebas Bersatu. Di Kuala Kangsar juga dapat mengutip undi sehingga 4,883 (PAS
5,684). Ramai yang menduga, Amanah akan
hilang diposit seperti ketika menyertai PRN Sarawak.
Diukur daripada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar terbukti Amanah bukan lagi parti yang layak untuk bahan
“ejakan dan gelak ketawa” . Siapa yang dapat memberi jaminan, pada PRU ke 14
nanti tidak berlaku pertembungan tiga penjuru seperti yang berlaku itu. Jika berlaku, hasrat rakyat yang mahu melihat
BN tumbang hancur berkecai. Kemungkinan Kelantan juga terlepas dari gengaman
PAS.
Nasi sudah manjadi bubur. Amanah sudah masuk gelanggang. Sebaik-baik jalan,
jangan tutup pintu rundingan, banyakkan
dialog dan perbincangan. Perbalahan antara PAS dan Amanah ialah
perbalahan adek beradek. Amanah membawa diri kerana adek beradek lain benci. Perbezaan pendidikan
menjadikan mereka berbeza cara berfikir dan perbezaan itu sehingga tak dapat
mengawal emosi. Seperti juga dalam
sebuah keluarga, sekiranya si abang bergaduh
dengan adeknya, si adek keluar rumah membawa diri, maka ayah jangan
menampakkan diri menyebelahi si abang, sikap itu menambahkan kemarahan si adek. Jalan terbaik ialah ayah seharusnya pujuk si adek kembali ke
rumah. Budaya orang Melayu, sekeras-keras mana hati sesorang kalau dipujuk,
gosok belakang, dia akan mengalah dan pulang ke pangkuan keluarga. Si ayah
hendaklah lontar jauh-jauh sifat egonistik yang menebal dalam dadanya.
Pencapaian Amanah itu diharapkan dapat membuka
mata ramai orang dan kembali berfikir secara matang, Lupakan slogan parti
politik matang yang dicanangkan.
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker
link slot terpercaya
ReplyDeletelive slot
new slot
pasang slot
situ slot terpercaya