Wednesday, January 16, 2013

CATATAN 7 JANUARI 2013


Tanda-tanda orang gila

Tanda-tanda orang gila, antaranya gemar mengutip sampah atau barang-barang terbuang yang dijumpai di jalanan. Bagaimana pula kalau sebuah suratkhabar  mengutip berita-berita sampah kemudian memuatkan dalam akhbar ?

Tak  perlu terkial-kial  mencari jawapannya,  pertanyaan itu dijawab  tadi malam(6 Januari)  oleh Exco Pendidikan dan Dakwah Kerajaan Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah ketika berceramah memberi penjelasan isu fitnah “PAS  gadai tanah” dan “Amanat Haji Hadi”.  Jawapan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan itu  ialah “gila”.

Kebetulan wartawan daripada suratkhabar yang dimaksudkan   turut hadir.   Tak pasti kedatangan beliau  untuk membuat liputan seputar majlis ceramah  PAS atau tujuan lain.

“Sampai hati Ustaz Nik Amar kata  suratkhabar aku gila”  ujar wartawan,  sedih. Namun wajahnya tak menampakkan seperti orang marah, barangkali kebiasaan mendengar lontaran  berupa kutukan seperti itu menjadikan beliau lali ibarat orang sakit yang sudah biasa dengan jarun suntikan oleh doktor.

Realitinya, suratkhabar penyambung  lidah Melayu itu  seperti sudah kehilangan wibawa yang parah kerana sikapnya suka mengutip apa saja ditemuai yang bisa  diolah menjadi  berita bertujuan  memukul PAS (PR). Siapa saja yang sanggup memberi komen tentang Isu Tanah atau Amanat Haji Hadi misalnya pasti kenyataan serta fotonya dimuatkan dalam akhbar  pada keesokan harinya. Malah kedua-dua isu tersebut juga dicanang oleh akhbar penyambung lidah Melayu itu biarpun sebenarnya  bukan  isu. 

Kewujudan akhbar itu di Singapura di era penjajajahan  Inggeris  puluhan tahun dulu merupakan sebuah asset penting yang menjadi kebanggaan orang Melayu, tiada orang Melayu ketika itu  mencemuhnya,  sebaliknya memberi sokongan  tak berbelah bagi di atas peranannya membela orang Melayu, tetapi malang bagi akhbar itu sekarang bertukar menjadi sebuah akhbar pengadu domba, pencetus fitnah sesama orang  Melayu. Maka tak peliklah kalau sekarang orang Melyu hilang selera untuk membaca akhbar itu. bahkan untuk membelek di tempat umum  pun terasa malu.

No comments:

Post a Comment