Masih belum bertamadun kah bangsaku?
Saya tak tahu, apakah hal seperti
ini juga berlaku di negara-negara maju dan
bertamadun seperti Amerika Syarikat,
Inggeris, Perancis dan Jepun!
Pemerintah membahagikan wang sejumlah RM100
kepada murid sekolah, sebelum menyerahkan wang seorang ahli politik kampungan
berucap di hadapan murid dan ibu bapa masing-masing yang dikumpulkan disebuah
dewan besar sekolah.
Nada ucapanya turun naik, ada
ketika tinggi dan bengis seperti orang
sedang marah, dan ada ketikanya perlahan
seperti berbisik-bisik. Keseluruhan ucapanya memburuk-burukkan musuh politik tertentu.
Di sebuah sekolah di Kelantan. Sedutan
ucapan ceramah Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
ditunjukkan lewat skrin besar, diselangseli dengan komentar politikus bertaraf
kampungan tadi. “Inilah wajah pemecahbelah
bangsa Melayu dan mengadai Islam
kepada non-Muslim” ujarnya sambil mulut menjueh.
Ulasan yang diberikan bergelumbang najis kebencian yang keterlaluan kepada seorang tokoh politik
lawan yang tidak sehaluan dengan perjuangannya. Bukan tak boleh melemparkan
tuduhan seperti itu terutama dalam kontek merealisasikan kempen pilihan raya
umum yang semakin hampir, tetapi tidak sesuai dengan tempat dan
khalayak yang hadiri murid sekolah dan
ibu bapa serta di sekolah. Kalau di lapangan terbuka untuk ceramah
politik, loh silakan!
Lalu akal kita pun berbisik dan bertanya “
Masih belum bertamadun kah bangsaku ini?”
No comments:
Post a Comment