Wednesday, January 16, 2013

CATATAN 1 JANUARI 2013


Amanat Haji Hadi

Senjata lapok  yang pernah digunapakai 31  tahun dulu iaitu “Amanat Haji Hadi” kini  ditembak kembali ke  kubu PR. Umno/BN terpaksa menggunakan peluru  berkarat biru itu kerana stock senjata mereka  berkurang,  sedang senjata yang dimiliki PR masih banyak malah  jauh  lebih moden dan   berkuasa tinggi. Bahkan kubu konkrit yang dibina bawah tanah pun bisa hancur bila digugurkan keatasnya nanti.

Aksinya  seperti tentera yang kehabisan peralatan  perang, asal ternampak saja bahan yang difikirnya bisa dijadikan senjata lantas  diambil untuk digunakan. Mereka tak peduli, sama ada senjata itu masih releven atau tidak dengan medan peperangan ketika ini.  Akhirnya  perbuatan itu  mengundang ketawa publik.

 Realitinya, tidak  ada  lagi pemimpin atau penyokong PAS yang mengkafirkan Umno. Namun tak  dinafikan,  30  tahun yang lampau pernah ada  seorang atau dua ahli PAS  yang melafaz kata-kata seperti itu, tetapi mereka sudah lama meninggalkan PAS dan  masuk  Umno.  Nama-nama seperti Ustaz Mohd Nor Deris, Ismail Jerat, Haji Lah Getting dan Mustafa masih belum luput dari ingatan.

Sekarang PAS berkawan dengan non-Muslim, justeru amat aneh kalau ada lagi suara menuduh parti itu mengkafirkan sesama Muslim!


No comments:

Post a Comment