Wednesday, January 16, 2013

CATATAN 14 JANUARI 2013


Mereka mengelirukan kalimah Allah

40  tahun lampau, ketika  kanak-kanak, masih ingat desaku   Peringat yang damai. Warganya  multi- etnik. Melayu, Cina hidup harmoni. Sebahagian  orang Cina memakai kain pelikat   dan bersemutar ( serban) seperti orang Melayu, turun ke sawah tanam padi, dan sebahagian lagi  berniaga.

 Dari kalangan kaum Cina yang membentuk 25 peratus warga Peringat salah seorang dikatakan  generasi pertama berhijrah dari benua China ke Kelantan membuka   kedai ubat Cina di pasar Peringat (pasar lama),  lelaki yang sudah lama arwah itu  akrab dengan sapaan  Tok  Goh Sa. Nama sebenar tak diketahui. Sedang perkataan “Tok” itu   bukan nama Cina, tapi panggilan beradat orang Melayu Kelantan kepada orang lebih tua tanpa mengira kaum.

Setiap kali beliau   keluar dari  kedainya dan duduk santai di halaman, jika kebetulan kami disitu, tak lepas peluang datang menghampirinya semata-mata  mahu mendengar bicara  beliau  yang terlalu pekat kecinaan-melayunya. Masih ingat, perkataan yang sering disebut ialah  “Tuhan nallah”. Lucu bunyinya,  seorang non-Muslim menyebut “Tuhan nallah (Allah)” Tetapi kemudiannya kami menjadi lali, warga desa juga demikian.

Sebenarnya bukan Tok Goh Sa saja yang menyebut nama Tuhan  dengan kalimah Allah, ramai lagi non-Muslim termasuk penganut agama Sikh, Bahai, menyebut nama Allah, bahkan penganut  agama Qadiani (Ahmadiah) juga terang-terangan menyebut nama Allah.  Rumah ibadat Qadiani di Kg.  Nahkoda, Batu Caves, Selangor malah menamakan Baitulrahman. (Qadiani yang diasakan Mirza Gulam Ahmad diisytiharkan Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai non-Muslim).

Penggunaan Kalimah Allah  mengantikan God atau Tuhan dalam Bible menjadi isu besar sekarang. Kerajaan Umno/BN melarang daripada digunapakai, kecuali bagi negeri Sabah dan Sarawak. Lebih keras ialah kata-kata Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (Maij), Datuk Nooh Gadot bahawa pihak yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan masyarakat non-Muslim dan Bible bahasa Melayu boleh jatuh kufur dan murtad. (Sinar Harian -13 Januari 2013)

Berasaskan kata-kata Nooh Gadot itu,  pihak yang membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi negeri Sabah dan Sarawah telah  jatuh kufur dan murtad sekiranya dikalangan mereka itu orang Islam. Siapa orang itu?  Tentu  bukan orang PAS kerana dua buah negeri itu diperintah Umno/BN.

Bagimana pula dengan penganut agama lain seperti Qadiani, Sikh, Bahai?


No comments:

Post a Comment