Iktibar dari suratkhabar lama
Membaca suratkhabar penyambung lidah Melayu
yang dijumpai dalam fail simpanan ketika
membelek-belek timbunan fail lama di galeriku pagi ini bertemu sebuah
keratan akhbar tanggal 21 Januari 1987
dengan judul “Tunku (Tunku Abdul Rahman Putra) sifatkan sebat kerana minum arak
hukuman lapuk”.
“Saya rasa ia satu hukuman lapuk, tidak
lagi sesuai dengan keadaan hidup hari ini” kata Tunku dalam saatu kenyataan
terkait dengan keputusan Mahkamah Syariah Kota Bharu menjatuhkan hukuman sebat
ke atas pekerja buruh selepas didapati bersalah kerana meminum arak.
Menariknya rasional Tunku: Di zaman lampau,
pria dan wanita mengendalikan kehidupan secara terasing, dengan kaum pria pergi
bekerja sementara wanita tinggal di rumah mengendalikan rumahtangga. Tetapi
hari ini mereka sama-sama bekerja, bergaul bersama dan memanglah boleh dijangka
bahawa perhubungan yang akrab itu membawa kepada hubungan seks. Sebaliknya jika
wanita tidak bekerja ada rumahtangga akan kebuluran. Justeru hukuman di bawah
undang-undang syariah amat berat dan mengenakan hukuman sebat pula tentulah tak
dapat diterima. Hal ini juga menyebabkan pelancong menjauhkan diri dari negara
ini.
“Hukuman sedemikian memberi gambaran kepada
mereka (pelancong) seolah-olah negara
ini ketinggalan zaman dan penduduknya kolot dan bukan distinasi menarik untuk
dilawati”. Tambah Tunku.
Penghinaan terhadap hukum Islam oleh Umno
bukan hanya berlaku sekarang, bahkan dulu kini dan selama-lamanya.
No comments:
Post a Comment