Kisah
saudagar permaidani
Menariknya pada hujung tahun 2012 ialah kisah saudagar permaidani dari Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Kisah itu datangnya secara tiba-tiba, mengingatkan kita kepada kisah permaidani terbang dalam cerita seribu satu malam (SSM) yang masyhor. Dalam cerita SSM saudagar permaidani sering terbang bersiar-siar mengelilingi Kota Baghdad dengan permadani terbang sambil menjengok ke bawah. Tampak dengan jelas apa yang berlaku di bawah termasuk keadaan istana khalifah. Perbuatan tak disenangi khalifah, tetapi baginda tidak menzahirkan ketakutan, sebaliknya mengambil sikap membisu seribu kata seolah-olah perkara itu tak pernah berlaku. Tapi sebenarnya mesin berfikir baginda tak tinggal diam, berputar ligat mencari jalan bagaimana mahu menjawab pernyataan itu nanti.
Allahyarham Tan Sri P. Ramlee juga menggunakan permaidani terbang dalam filem Laksamana Do Re Mi ke Negeri Pasir Berdengung untuk berjumpa Raja Pasola. Kenapa permaidani menjadi pilihan Seniman Agung itu. Ramai bersetuju bahawa permaidani adalah lambang hebatan, kemegahan dan pengaruh seseorang. Pemilik gedung permaidani secara otomatis punya pengaruh dan kuasa tertinggi yang bisa menandingi menteri bahkan upaya menyelesaikan masalah menteri bila dipinta.
No comments:
Post a Comment