Wednesday, January 16, 2013

CATATAN 11 JANUARI 2013


Ditakdirkan Umno tumbang, orang Umno mahu ke mana?

Tak salah melontarkan pertanyaan demikian,  kerana kita diajari bahawa yang dinamakan mahkluk itu akan musnah, yang awal akan berakhir, yang hidup akan mati, yang kekal abadi hanya Allah SWT.

Setiap yang berlaku seringnya Allah menghadirkan tanda-tanda terlebih dahulu, sebelum hujan turun langit mendung, sebelum taufan Sunomo menyerang pergerakan angin luar biasa di lautan lepas dikesan, sebelum manusia menemui ajal, tanda-tanda tertentu pada badan dan tingkahlaku seseorang  dapat diketahui bagi mereka yang arif. Demikian sunahtullah!

Organisasi politik dan institusi pemerintah    juga tak terkecuali, pasti akan tiba suatu saat ajalnya tiba.  Namun  ajal tak datang  secara tiba-tiba, sebaliknya menerusi proses masa yang agak panjang. Ketika proses masa berjalan itulah menjelmanya pelbagai tanda-tanda awal yang diperlihatkan Allah SWT bagi  mereka yang berfikir bertujuan agar setiap orang bersedia mencari alternatif  lain untuk menggantikan yang bakal hilang.

Lihat saja parti-parti dunia yang dulunya perkasa seperti parti Kongres di India, parti Golkar di Indonesia, mereka memerintah puluhan tahun, akhirnya kecundang di tangan parti-parti yang sebelumnya mereka anggap  remeh   seperti tikus melawan  gajah.

Umno juga ibarat warga emas yang uzur, penyakitnya datang silih berganti. Rakyat mengetahui penyakit yang dihidapi parti itu sudah lama , tetapi menjelang PRU 13 penyakitnya dapat dikesan satu persatu sehingga tampak dengan jelas seperti doktor pakar melihat penyakit pesakit melalui mesin scan atau x ry, wujud  ketumbuhan di sana sini- parah sekali. Oleh Umno diusahakan  pelbagai ihktiar, diberi  ubatan dan suntikan namun keberkesanannya sangat tidak memberangsangkan.

Seperti juga pesakit, bila sudah sampai tahap  kronik, ubat  tidak lagi berguna,  kondisi badan tidak dapat  menerima  suntikan dan ubatan, bahkan makanan, minuman juga ditolaknya.

Dan ketika itu berkumpulah kaum keluarga, sanak saudara, terutama waris terdekat untuk menyaksikan detik terakhir keberangkatan “orang tuanya” pulang ke pesemadian dengan teriak tangis.

Analisis politik mengatakan;  kedudukan Umno/BN sekarang 50-50.  Justeru  sebagai sebuah parti yang membentuk  kerajaan, angka itu  mengambarkan kelemahan yang ketara, bahkan tidak pernah  berlaku dalam sejarah 60 tahun Umno/BN memerintah Malaysia diberikan kedudukan 50-50. Selalunya 70-30 atau kurang.

Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, negara sudah 12 kali melalui proses pilihan raya umum.  Pada kempen pilihan raya umum sebelumnya kelompok oposisi yang belum benar-benar bersefahaman hanya sekadar meminta pengundi  mengundi untuk  menjadi  pembangkang yang baik di parlimen. Kemudian pada PRU 12 meningkat  setingkat lagi iaitu  mahu menafikan majoriti  dua pertiga dan ternyata berhasil.

Hanya baru kali ini (PRU 13) gabungan parti-parti  oposisi yang lebih mantap mengklimkan mahu  menduduki  Putrajaya, dan usaha ke arah  mencapai matlamat itu bermula  beberapa tahun lalu, dan momentum itu terus  kekal.  

Perhimpunan Kebangkitan Rakyat #KL112  di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, sore 12 Januari 2013  menambahkan  satu lagi bukti,  rakyat benar-benar mahu melakukan perubahan segera, dan jawapannya hanya dengan menumbang kerajaan Umno/BN.

Sehingga ada orang  mengatakan; Pakatan Rakyat (PR) sekarang ibarat kapal berada di muka kuala. Pelayaran melewati sungai yang berbengkok- bengkok, kawasan yang cetek dan bongkah-bongkah batu serta  air terjun yang berbahaya   sudah diharungi dengan jayanya.

Umno/BN dilihat dalam kondisi cemas,  namun kelengkapan perang mereka masih utuh,  jentera  perang masih upaya  meneruskan bedilan  hebat. Saban hari ada saja tembakan baru, isu baru, malah isu lapok yang sudah basi seperti “Amanat Haji Hadi” pun  digunakan,  hanya sekarang sedikit  reda kerana barangkali mereka tidak menjangkakan senjata itu memakan Umno sendiri.

Generasi muda Umno barangkali tak tahu, “Amanat Haji Hadi” yang didendangkan 31 tahun  dulu bertujuan untuk menyedarkan orang Umno/Islam  ketika itu yang mengatakan  sistem politik tidak terdapat dalam ajaran Islam. Politik suku agama suku menjadi mainan  pemimpin dan pendokong Umno setiap kali berceramah. Hasilnya, sesudah amanat yang kontroversi itu maka hari ini tiada lagi orang Umno berani mengatakan politik suku agama suku.

Umum mengetahui,  tugas menyampaikan dakwah bukan hanya terletak di bahu PAS saja, seharusnya mufti-mufti dan alim ulama terutama dari  Umno turut  melakukannya, tapi mereka mendiamkan diri. Sebaliknya bila Tuan Guru Haji Hadi Awang memberitahu tentang  batas-batas iman dan kufur,   dituduh   Haji Hadi sesat, bukan  berterima kasih. 

Sesiapa terketut, batallah wududnya. Tiada siapa yang marah dengan kata-kata itu. Semua mengakui jika terkentut mesti ambil semula wudud,  orang Umno boleh terima orang PAS, PKR boleh terima, tapi bila mengatakan “ Sesiapa menghina hukum Islam, batallan imannya” hanya orang PAS saja boleh terima, sebaliknya Umno menolak dengan marah.  Mengapa terjadi demikian? 


No comments:

Post a Comment