Wednesday, January 16, 2013

CATATAN 2 JANUARI 2013


Harga barang  melampau

Masuk pasaraya, isteri meminta si suami menolak troli, suami pun menolak troli mengekori isteri,  sementara isteri dengan bernafsu serakah  mengambil barangan yang diinginkan dari rak kemudian memasukkan ke dalam troli. Setiap kali barangan dimasukkan, berkerut dahi sang suami, berombak dadanya, kencang denyutan nadinya, terasa sejuk tapak  kaki,  memikirkan berapa wang akan  melayang hari ini, kerana yang akan membayar di kaunter nanti ialah sang suami  bukan isteri. Akhirnya barangan yang dimasukkan dalam troli  tingginya mengalahkan   tukang tolak troli

Kalau dahulu bawa RM100  sudah boleh masuk pasaraya, namun sekarang RM200 belum tentu dapat membawa balik barang yang sama dengan RM100 dahulu.

Menteri kabinet  tak pernah bersuara tentang kenaikan melampau harga barang, kerana mereka tak pernah merasai bagaimana “sakitnya” jadi tukang tolak troli. Tetapi kalau ditanya pasti  ada jawapannya. “Bukankah Kerajaan sudah berikan bonus dan BR1M.  Januari depan mahu bahagi lagi”.  Jawapan dari pemerintah yang egois sememangnya begitu. Kalau  kegelisahan rakyat boleh diamankan dengan wang yang diberikan  lima  tahun sekali menjelang pilihan raya, itu adalah tanggapan itu salah. Rakyat akan menggunakan kuasa yang mereka miliki dan Insyaallah akan menggunakan kuasa itu pada PRU 13 nanti.

No comments:

Post a Comment