Amanat Tuan Guru dalam sejarah
Sejarah sentiasa berulang! Di zaman
khalifah Abbasyiah, Pangeran Hujaj ibn Yusuf Al-Tsaqafi terkenal zalim. Sesiapa
saja yang menghujah pendapatnya menjadi musuhnya. Musuhnya paling ramai ialah dari kalangan ulama kerana ulama
sering mengeluarkan pendapat yang tak sehaluan dengan paduka pangeran.
Salah seorang daripada ulama itu yang agak berani telah memberi pendapat berupa
kupasan daripada ayat-ayat al-Quran dan
hadis Nabi saw seputar batas-batas iman dan kufur, sehingga ramai yang tertarik
lantas dicetak dan diedar seluruh
negara dengan diberi judul “Amanat Tuan
Guru”.
Mengetahui perbuatan itu, sang paduka
pangeran murka yang amat sangat, kerana ia merasakan amanat itu terkena batang
hidungnya, juga batang-batang hidung pembesar-pembesarnya yang lain.
Lalu Hujaj ibn Yusuf Al-Tsaqafi mengarahkan
seluruh pembesar negara, pemuka agama, media massa , hulubalang belulang dan seluruh lapisan
rakyat termasuk peniaga pasar-pasar malam, penternak unta dan lain-lain menyerang balas dengan menghujah pendapat
ulama itu. Maka keluarlah pendapat yang bermacam-macam. Yang cerdik bercakap,
yang tolol bercakap, yang alim bercakap,
yang jahil tukel juga bercakap, semuanya mengutuk “amanat Tuan Guru”.
“Berikan saya sejam waktu untuk
memperjelaskan kepada rakyat amanat yang menimbulkan kontroversi itu di pentas
terbuka” minta sang ulama kepada pembesar yang bertugas di kantor Hujaj Ibn
Yusuf Al-Tsaqafi.
“Boleh je…tapi rakaman, kita nak tengok
dulu, kalau menguntungkan Paduka Hujaj ibn Yusuf Al-Tasaqafi kita izinkan”
jawab seorang pemuka kerajaan Hujaj ibn Yusuf Al-Tasaqafi dengan sombong.
Kisah itu berlaku di zaman “kisah seribu
satu malam” di Kota Basrah, Baghdad .
Apakah kisah serupa berlaku di negara kita?
No comments:
Post a Comment