Pak Pandir moden
Siapa tak kenal Pak Pandir dalam
buku-buku penglipurlara Melayu zaman dahulu, walaupun generasi sekarang sudah
melupainya, namun “Pak Pandir” wujud di semua zaman.
Suatu hari awal Januari 2013, Pak Pandir Moden membuka akaun
facebook dengan menggunakan nama samaran Abdul Moin bertujuan untuk memikat
wanita melalui facebook untuk dijadikan isteri kedua. Tak sampai sebulan ramai
wanita mentagnya untuk berteman kerana
tertarik dengan fotonya yang ganteng, namun foto itu bukan asli dirinya, diambil daripada internet.
Pak Pandir menggunakan facbook
hanya ketika di kantor, di rumah tak pernah dilakukan kerana takut
ketahuan isterinya Mak Andir.
“ Tina, abang akan berjumpa orangtuamu untuk melamar” tulis Pak Andir
buat kekasih alam maya Tina, dikrim lewat pesan
facebook. Pak Pandir mengenali
Tina melalui facebook sudah 4 bulan, mereka saling balas membalas ungkapan, mula-mula bicara basah basi, kemudian
berputik cinta, bergelora rasa
rindu dan mengajak menikah.
“Bang, datanglah. Ini alamat
rumah Tina:
No. 2, Jalan Kecupu Masak,
Kota Buruk.
Seusai meneliti alamat itu, Pak Pandir termenung lama.Dadanya
berombak seperti gelora musim tengkujuh. Kaki tanganya sejuk tiba-tiba, “Ini
rumah aku” keluh Pak Pandir.
Balik ke rumah, isterinya Mak Andir menunggu di muka
pintu dengan senyum lebar “Ini rombongan
untuk meminang Tina kah? tanya isteri
Pak Pandir.
Pak Pandir tak menjawab pertanyan itu , sebaliknya terus
ke bilik “kena dah…rupanya Tina itu isteriku Mak Andir, menyamar menggunakan
nama samaran dalam facebook”
No comments:
Post a Comment