Wednesday, January 16, 2013

CATATAN 31 D1SEMBER 2012

Jenayah yang mengerunkan

Tak salah kalau dikatakan, tahun  2012 adalah tahun kriminalitas di Malaysia. Statistik  kriminal setiap hari  semakin meninggi walaupun statistik  itu cuba dinafikan pihak tertentu tetapi realiti tak dapat ditutup dengan ilusi.

Koran   tabloid  tanggal 31 Disember 2012 melaporkan pada muka depan;  3 dibunuh-  mayat tiga penoreh getah yang ditetak di leher selepas kedua tangannya diikat, ditemui di kebun getah Kampung Chempa, Naka, Kedah. (Sianar Harian 31 Dis), bayi dipijak atas sofa, Kuala Lumpur (Harian Metro-31 Dis), seorang  lelaki maut ditembak dari jarak dekat ketika berbual dengan rakan-rakannya di hadapan sebuah rumah di Jalan Lembah Permai, Taman Brown, Gelugor, Pulau Pinang (Harian Metro 31 Dis),  seorang warga emas parah selepas diserang tiga lelaki di sebuah ladang getah di Jelai, Jempol, Negeri Sembilan (Harian Metro 31 Dis). Berita itu  dimuat dalam suratkhabar hari terakhir tahun 2012 sahaja. Sebelumnya juga  banyak.

Membendung kejadian jenayah adalah tanggung jawab pemerintah, tapi di Malaysia pemerintah seolah berlepas tangan,  sementara tugas mengurus keselamatan diserah bulat-bulat kepada pihak polis. Pemimpin-pemimpin di Putrajaya hanya berfikir, bagaimana mahu mengekalkan kerusi atau menambah kerusi Umno/BN  pada PRU 13 nanti.


No comments:

Post a Comment