Pemuda itu usianya sekitar 30an, menemui
saya, katanya, mahu bertanya tentang “Amanat
Haji Hadi” yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Saya bertanya; siapa
yang menghangatkan amanat yang sudah sejuk
basi itu kepada kamu?. “Saya mengetahuinya
dari laporan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, tapi tak faham maksud amanat itu”. Pemuda itu
mengaku terus terang tak faham dengan “Amanat Haji Hadi” yang siarkan pada muka
depan akhbar sepanjang minggu akhir Disember dan awal Januari 2013 kerana ketika
isu kontroversi itu meletup 31 tahun
lampau, sang pemuda baru pandai merangkak.
Belum tahu membezakan antara makanan dengan najisnya sendiri.
Setelah saya menceritakan inti “Amanat Haji Hadi” baru pemuda itu faham. Anak
matanya merenung tajam ke arah saya sambil bibirnya mengukir senyum. “Hebat
Haji Hadi” ujarnya dengan bangga.
Realitinya, generasi muda
sekarang (31 tahun ke bawah) tak tahu apa-apa seputar amanat yang diletupkan semula
oleh mereka yang bijak tapi sebenar tolol, justeru ramai dikalangan mereka ingin tahu lantas
merujuk kepada yang arif dan pastinya yang arif itu dari kalangan pendukung
PAS, kerana apa-apa juga yang bersumberkan dari televisyen dan akhbar
propaganda Umno/BN majoriti rakyat Malaysia tidak mempercayainya lagi.
Hakikatnya isu ini amat merugikan Umno/BN, sebaliknya yang mengaut keuntungan ialah PAS!
No comments:
Post a Comment