Wednesday, January 16, 2013

CATATAN 15 JANUARI 2013


Jangan pandang remeh ceramah kelompok wanita Umno

Seorang penceramah wanita Umno, separuh usia,  menangis teresak-esak di suatu  sesi ceramah kelompok yang diatur di sebuah kampung  terpencil. Beberapa suri rumah  yang hadir juga tak dapat menahan sebak  ikut menangis. Kecuali seorang  hadirin yang  agak keras hatinya dapat mengawal emosi dan  bertanya sang penceramah.“Kenapa kakak menangis ?”

“Saya tak tahu   ke mana akan pergi  sekiranya  Umno/BN tumbang  pada PRU13 ini dan tidak lagi menjadi kerajaan” kata penceramah itu dengan suara tersekat-sekat sambil tangan menyapu tetesan air mata yang singgah dipipi gebunya dengan tisu.

“Kalau Umno kalah, PAS menang, nak takut apa?” salah seorang yang hadir  tadi bertanya.

“ Kalau Umno/BN tumbang, yang menang ialah DAP” beritahu penceramah bersungguh-sungguh dan yakin.   
 “ DAP tak bertanding di Kelantan Kak“ kata wanita yang keras hati itu..

Mendengar hujah demikian  tiba-tiba  penceramah wanita Umno itu bertambah kuat isak  tangisnya sambil berkata “ Kakak sedih salah seorang dari hadirin berani bertanya soalan itu,  menunjukkan diantara kita sudah termakan dakyah PAS, justeru membuatkan saya sukar untuk meneruskan ucapan pada sore ini”.

No comments:

Post a Comment