Seperti apa politik Malaysia hari ini?
Di pinggir kota
itu dibangun sebuah pasar ikan yang besar
untuk kemudahan warga membeli ikan dan
keperluan dapur. Maka pelbagai jenis ikan dijual. Hiruk pikuk penjual dan
pembeli membentuk menjadi sebuah irama muzik sumbang mengetuk gendang
telingga sehingga ada ketikanya amat menyakitkan. Tapi, itulah realiti sebuah nyanyian
pasar ikan terutama di kota-kota besar.
Di pasar ikan yang lembab dan henyir itu, dengan posisi gerai
bersentuhan antara satu sama lain sehingga puluhan gerai membentuk menjadi deretan
panjang yang rapi, penjual mempromosi ikan-ikan
mereka kepada setiap orang lalu
lalang, dengan mendakwa; ikan mereka adalah yang terbaik dan segar. Ketika
mempromosi itu tidak pernah terjadi sang
penjual memburuk-burukkan ikan peniaga lain. Itu kehebatan si penjual ikan yang tidak
dimiliki politikus di Malaysia.
Menyambung lagi tentang pasar ikan. Di negeri Kelantan (Malaysia)
terdapat dua pasar ikan dengan dua jenis
ikan yang berbeza. Majoriti rakyat negeri
itu memilih ikan segar dari Tok Bali yang baru diturunkan daripada kapal nelayan yang
mendarat di pelabuhan Tok Bali setiap
hari. Dan satu lagi ikan lama yang datang dari negara tetangga, tetapi disapu
bedak dan gincu sehingga tampak segar bugar seperti baru naik ke darat. Rasanya
amat tidak enak.
Dan segelintir warga ada yang tertipu, terbeli ikan lama
disebabkan terpengaruh dengan wajahnya
yang tampak baru dan segar, promosi yang hebat serta canggih, lewat televisyen, suratkhabar, sedangkan isinya bila menyentuh lidah terasa
loya dan nak termuntah!
No comments:
Post a Comment