Wednesday, March 20, 2013

CATATAN 19 MAC 2013

Membuat kenyataan tidak tepat juga dosa besar

Panorama menarik di sebatang jalan di Kota Bharu. Sebuah billboard dengan tulisan besar “ 7 dosa” bersama sebaris ayat dipetik dari kata-kata Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat dipasang. Billboard itu menarik perhatian setiap pengguna jalanraya yang lalu lalang sejak ia dipasang kelmarin.

“ Sejak bila dosa pahala ada dala...m kamus UMNO? Selama 23 tahun UMNO berdosa kepada rakyat Kelantan, hari ini tiba-tiba UMNO berbicara tentang dosa pahala?” Ungkapan Tuan Guru yang ditulis di billboard itu biarpun ringkas tapi sarat dengan makna yang mendalam, dan boleh dibaca dengan baik walaupun sedang memandu kereta.

Tuan Guru merespons ucapan Datuk Seri Najib Razak ketika Perdana Menteri Malaysia berucap di Tanah Merah sehari sebelum itu dengan mengatakan “ 7 dosa besar PAS (PR) terhadap rakyat Kelantan” Antara dosa-dosa yang disebut Najib ialah; PAS membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, membenarkan pemimpin DAP membotakkan Kawasan Tanah Tinggi Lojing, PAS gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan dan mempermainkan matlamat perjuangan parti.

Dakwaan Perdana Menteri itu sudah pun dijawab dengan keras oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato’ Nasaruddin Daud: Dosa besar pertama ialah perbuatan syirik, yakni menyengutui Allah dengan sesuatu. Meragui dan mempersendakan hukum Allah atau mengatakan ada hukum lain lebih baik dari hukum yang ditetapkan Allah. Ujar Nasaruddin.

Derhaka kepada ibu bapa. Misalnya ketika hidup bapanya pernah berjanji akan membayar royalti kepada negeri Kelantan kerana minyak dijumpai di negeri itu, tiba-tiba anaknya telah memungkiri janji. Ini juga termasuk bab mendurhakai ibu bapa, selain dosa tidak amanah.

1 comment:

  1. Hukum Allah SWT perlu diutamakan...
    Sy sedih melihat org yg sy syg seakan memuja pimpinan kerajaan hari ini...butakah mata hati mereka ketika melihat kenyataan pemimpin kesayangan mereka yg bijak pandai itu berucap dan menjatuhkan hukum ke atas Pas dan PR???? Malah seakan tdk percaya pembaca berita mampu menyebut dgn lancar kata2 dusta tersebut....sebak sgt d dada kerana xmmpu mmbuka mata org yg disayangi....

    ReplyDelete