Tuesday, March 12, 2013
CATATAN 11 MAC 2013
Permainan dalam waktu kecederaan
(8 Mac 2008 – 11 Mac 2008)
Priiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit! Bukan wisel polis lalulintas untuk mengarahkan mobil bergerak. Bukan wisel pengadil sepakbola untuk memberhentikan permainan setelah tamat masa. Wisel itu, sesungguhnya lebih lebih penting dan berharga daripada tiupan wisel polis dan wisel pengadil sepakbola piala dunia.
Wisel itu datangnya dari seluruh rakyat Malaysia yang keluh kesah dan tak sabar, ditiup serentak dari Johor hingga Perlis, Langkawi hingga Semporna, Sabah, untuk mengingatkan seseorang yang di atas itu, bahawa sebuah kekuasaan secara moralitasnya sudah tamat. Sebuah tahkta harus dikosongkan segera untuk membolehkan pemilihan baru. Dan rakyat berkata lagi: Ini negara demokrasi, bukan negara ikut suka hati. Lima tahun sekali, pilihan raya umum pasti. Jangan ingkari, janji ditepati.
Dalam waktu kecederaan, mengelicik bola masih bisa, sebelum Parlimen terbubar secara automatik tanggal 27 April 2013 mengikut Perlembagaan, tanpa perlu mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan secara rasmi.Tetapi bermain di waktu kecederaan adalah sebuah pasukan yang tidak gah di mata umum. Lemah dari sudut pandang penonton!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment