“Bahaya” jika ramai rakyat bijak pandai?
Kelmarin berjumpa dengan seorang yang berhenti membaca
suratkhabar! Saya menyapanya ketika ia berjalan melewati sebuah kios suratkhabar tanpa sedikit pun ia menoleh
atau menjeling ke arah suratkhabar yang bergantungan. Kenalan saya itu seperti benci melihat huruf-huruf besar
membentuk headline. Namun, walaupun
kebenciannya membuak-buak mendidih panas seperti bubur di kuali, suratkhabar
tetap dicetak, berita-berita terus diselewengkan tanpa mempedulikan samada rakyat suka atau tidak.
Saya bertanya beliau dengan separuh kekesalan; alangkah ruginya bermusuh dengan suratkhabar,
kerana suratkhabar adalah sumber
maklumat dan informasi, menolak suratkhabar bererti menolak sumber maklumat,
sedang manusia memerlukan maklumat untuk tidak kaku dalam menempuh perjalanan hidup yang panjang dan beragam.
Lalu beliau memberi contoh berita semasa yang mudah “Madun
Buyung, 57, dari Kampung Tabanak, Lahad Datu, keluarga terdekat kepada Kpl
Azman Ampong yang tertembak ketika menjalankan operasi mengepung petualang dari
gerombolan Tentera Diraja Sulu meminta media massa supaya lebih berhati-hati sebelum
menyiarkan laporan mengatakan anak saudara saya itu sudah mati, sedangkan ia hanya mengalami sedikit luka dan
menerima rawatan di hospital”
Itu baru sekelumit dari pemberitaan “salah”
yang dipaparkan suratkhabar, banyak
lagi berita palsu yang menjurus kepada fitnah beragenda terutama terkait politik terbit setiap hari dalam media
Malaysia.
Rakyat dihidangkan hampir setiap hari di dalam akhbar pro
Umno/BN dengan tulisan huruf
besar membentuk headline dengan
megah; PAS, PKR, DAP, Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Haji Hadi, Anwar Ibrahim, Lim
Guang Eng, Karpal Singh digambarkan seburuk-buruk manusia di Malaysia. Petualang
yang mahu menjual bangsa, mengadai agama, dan sederet panjang kata cerca
sehingga sebahagian rakyat Malaysia
mempercayainya.
Emil Salim, seorang mantan menteri Indonesia, mungkin agak naïf ketika ia berkata;
di bawah Menteri Penerangan Harmoko dan
Direktur Jeneral Subrata, rakyat Indonesia tak diharapkan menjadi
pandai. Yang penting adalah patuh dan pasif. Mungkin pemimpin Malaysia
(Umno/BN) juga berfikirian sama. Bagi mereka “bahaya” jika rakyat ramai yang
pandai.
No comments:
Post a Comment