Friday, March 15, 2013
CATATAN 15 MAC 2013
Dari primitif ke dunia baru.
Seorang muda, putih kulitnya, terbujur kaku di tengah-tengah garisan putih sebuah jalan raya di pagi Jumaat yang cerah di desaku. Sebuah speda motor yang remok berada di sisi, sementara mobil yang tercabut bumppernya berdekatan. Beberapa orang berlari ke arah mangsa kecelakan. Darah membasahi bahagian muka. Sukar untuk dikenali.
Lokasi di persimpangan Jalan Perol via Jalan Pasir Puteh sering terjadi kecelakaan. Ramai pengguna jalan raya maut. Ada beberap faktor, antaranya persimpangan itu tak dilengkapi lampu isyarat. Kedua pengguna jalan raya yang datang dari Kota Bharu mahu membelok ke Jalan Perol kurang jelas penglihatannya, banyak imej yang menghadang penglihatan.
Yang paling ketara sekarang ialah bendera berwarna biru tua dengan logo dacing di pasang di setiap tiang lampu letrik di tengah divider dengan jumlah yang banyak. Bendera itu berkebar di sekitar itu sejak enam bulan lalu. Setiap kali rosak diganti baru.
Lalu fikiran pun melayang ke negara-negara maju yang tidak membenarkan persikataran negara mereka dirosakkan oleh bendera parti politik yang pelbagai menjelang pilihan raya. Contohnya negara Turki, Negara bekas Daulah Uthmaniyyah itu melarang dipasang bendera parti di sepanjang jalan raya negara itu. Pemerintah hanya membenarkan dipasang billboard berskala besar saja dan di lokasi tertentu saja.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mencadangkan, jika Pakatan Rakyat berkusa nanti, kita akan keluar dari kepompong primitif itu kepada dunia baru yang lebih maju.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment