Tiba-tiba saja bangsa Suluk disebut-sebut.
Kalau tidak kerana pencerobohan gerombolan bersenjata dari
Tentera Kesultanan Sulu yang dikatakan dari kelompok bangsa ini di Kampung
Landuo, Lahad Datu, mengorbankan ramai anggota Polis Diraja Malaysia, kita tak mahu
ambil tahu pun tentang riwayat bangsa ini.
Kaum Suluk atau Tausūg
berasal daripada kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah).
Kaum ini menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa
pertuturan, sementara agama mereka Islam. Mereka punya budaya
yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang popular adalah pakaian
tradisionalnya iaitu Kuput (kupot), sablay, samrah dan betawi.Masyarakat Malaysia kurang mengenali siapa sebenarnya suku kaum Suluk yang terdapat di Sabah, kerana orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang secara 'harfiahnya' membawa maksud "Orang dari Sulu". Suluk di negeri Sabah tertumpu di kawasan Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Kudat dan Kota Kinabalu.
Perkampungan awal orang Suluk yang masih boleh dilihat sehingga hari ini ialah Pulau Tambisan. Mereka mengamalkan cara hidup orang Melayu. Namun bahasa seharian menggunakan Bahasa Suluk yang bukan sahaja dituturkan oleh penduduk kampung keturunan Suluk malah turut dituturkan dengan fasih oleh suku etnik yang lain seperti Brunei, Kagayan, Bugis, Jawa, Cina dan Arab.
Pulau Tambisan telah melahirkan tokoh pemimpin yang yang terkenal di Sabah antaranya Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin, Senator Datuk Hajjah Armani Haji Mahiruddin, Mantan Timbalan Speaker Dewan Negara Malaysia dan Allahyarham Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan (Tawau). Menurut cerita lisan, Almarhum Sultan Jalaluddin Pablo adalah antara tokoh yang membuka perkampungan di Pulau Tambisan bersama-sama dengan ulamak Arab.
Majoriti Kaum Suluk tinggal di kepulauan Sulu, Filipina. Bangsa mereka amat rapat dengan bangsa Arab. Mengikut sumber dari Salsilah Sulu yang dicatat oleh pencatat sejarah Najeeb Saleeby dalam bukunya The History Of Sulu (Manila: 1908), suku kaum Tausug ini dan bahasanya berasal dari beberapa etnik yang bergabung iaitu Buranun, Tagimaha, Baklaya, Orang Dampuan dan Orang Banjar. Suku kaum Buranan atau Bud anun yang bererti orang bukit adalah salah satu sub etnik orang Dayak yang mendiami kepulauan Sulu.
Suku kaum Buranun telah dislamkan oleh Sharifful Hashim dan orang-orang Bajau yang mengiringi Shariful Hashim dari Johor dan orang-orang Taguimaha ( nenek moyaang orang-orang Bajau Yakan yang mengiringi Raja Baguinda dari Pulau Basilan. Mereka berhijrah ke kepuluan Sulu sehingga terbentuk satu masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat Tausug.
Bangsa Tausūg ini merupakan ahli pelayaran yang cekap, juga pahlawan handal.
No comments:
Post a Comment