Aneh bunyi kata-kata itu
Tolong jangan politikkan isu ini! Aneh bunyi kata-kata itu.
Ia berulangkali menyebutnya, diikuti
televisyen dan suratkhabar memanjangkan kalimat untuk sekalian rakyat mengetahui agar dipatuhi.
Apakah orang itu sedar di bumi mana ia berpijak ketika ungkapan
itu dilafazkan?.
Kita pun tak tahu, tetapi kalau di Malaysia segala-gala adalah politik.
Politik seperti iklan minuman coco-cola yang
pernah kita tonton di televisyen suatu masa dulu:
Minum bola, makan bola, tidur bola. Dan kita pun senyum lebar selepas
menonton iklan itu kerana demikian realitinya.
Sebiji buah kelapa
tertanggal dari pelepah, lalu jatuh dan menimpa seseorang yang kebetulan lewat
di bawahnya dan ditakdirkan meninggal, wakil rakyat akan dipersalahkan. Kenapa Wakil
Rakyat tidak memaklumkan kepada Majlis daerah untuk menebang pohon itu. “Kamu gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat,
PRU13 ini akan pilih lain Yang Berhormat.” Kata keluarga si mati.
Jalanraya tetanggal aspal akibat terlalu lama berendam air banjir juga wakil rakyat dipersalahkan.
“Motosikalku masuk lopak, rem berlipat tiga, nyaris maut, Wakil Rakyat kawasan ini makan gaji buta?”.
Kata mangsa kemalangan dengan marah.
Hakikatnya politik sudah membudayai rakyat Malaysia
sekian lama. Guru paling setia ialah televisyen dan suratkhabar, maka jangan
salahkan rakyat, bila rakyat berkata “itu politik” .
No comments:
Post a Comment