Tuesday, March 12, 2013
CATATAN 8 MAC 2013
Sandiwara Kiram?
Suratkhabar Malaysia 7 Mac, muka depan, tulisan besar membentuk headline dan foto-foto mengerikan. Mayat separuh bengkak dan hitam bergelimpangan di sebuah lubang yang seperti baru digali. Di sudut foto sebaris caption ditulis : Mayat sembilan bandit ditemui dalam sebuah lubang di Kampung Tanduo. Itu hanya di satu lokasi, banyak lagi mayat-mayat ditemui di merata tempat.
Suratkhabar Malaysia 8 Mac, dari sumber Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberitahu 52 Tentera Kesultanan Sulu tewas, antaranya dikatakan berpangkat jeneral, namun belum pasti sama ada jeneral itu ialah adek kepada Sultan Sulu iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetui pasukan menceroboh Sabah.
Kekuatan Tentera Kesultanan Sulu yang didaratkan di Lahad Datu dianggarkan hanya dua kompeni. (satu batalion mengandungi empat kompeni) harus bedepan dengan angkatan polis spara tentera dan bala tentera Malaysia yang memiliki persenjataan canggih dan moden serta disokong pesawat pejuang.
Lalu kita pun bertanya: Apakah Sultan Jamalul Kiram III sudah gila? Tak mungkin orang siuman mengarahkan kira-kira 200 pengikut setianya termasuk Raja Muda (adeknya) untuk mati di Sabah di tangan pasukan polis dan tentera Malaysia.
Dihari yang menyedihkan, Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta seluruh umat Islam mendoakan keselamatan negara. Jangan menuduh mana-mana individu menjadi dalang dalam kasus pencerobohan yang melibatkan kedaulatan dan maruah negara seperti ini. Sebaliknya rakyat diajak berfikir, merenung diri; kalau kita tak suka negara dicerobohi, demikian juga kita tak suka hak-hak kita sebagai rakyat “dicerobohi” pihak tertentu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment