Episod baru di majlis penyampian BR1M di Kelantan
Lain lubok lain ikan, lain menteri lain ragam! Pagi itu tanggal
24 Februari 2013, langit Bachok redup,
cuaca kurang panas, tapi khalayak yang memenuhi dewan Sekolah Menengah Beris Pancur
dari jam delapan pagi sehingga lewat sore keluh kesah seperti orang
kepanasan. Sebahagianya bertindak bangun
duduk, keluar masuk, mundar mandir seperti orang menunggu keretapi yang tak
kunjung tiba. Kalau tidak kerana
sesuatu yang amat berharga bakal diterima pagi itu, pasti tiada siapa sanggup
menunuggu sehingga lebih lima
jam hari bekerja.
Tiga penceramah tampil silih berganti, diakhiri dengan
seorang menteri yang menjaga pitih negara- Awang Adek Hussin. Sebelum
membahagi-bahagikan wang BR1M (RM500) kepada warga miskin dalam Dun Tawang, si
Awang berceloteh panjang, terkadang terselit kelakar dibuat-buat.
Bertanya Awang Adek kepada warga miskin penerima BR1M dengan megah “ Siapa mahu Datuk
Seri Najib Razak kekal Perdana Menteri Malaysia, angkat tangan”.Tak sampai dua puluh orang daripada
ratusan hadirin angkat
tangan tanda bersetuju.
Awang Adek bertanya
lagi “ Siapa mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia?” Ramai mengangkat tangan, antaranya yang duduk di saf
paling depan dan paling hampir dengan
Awang Adek sehingga menteri pitih itu terkejut, pucat lesi mukanya.
“Pakcik, makcik, adek kakak, mungkin tersalah dengar soalan
saya tadi” kata Awang Adek dengan senyum kambing sehingga mendorongnya mengulangi lagi sekali soalan sama “ Siapa mahu Datuk
Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia?” Orang yang sama terus memberi reaksi dengan mengangkat tangan
tanda bersetuju Anwar Ibrahim menjadi
Perdana Menteri Malaysia
jika PR menang PRU13 nanti. Si Awang terbungkam.
Sementara yang lain ketawa berdekeh-dekeh melihat esisod
baru telah muncul di pentas penyampian BR1M musim kedua di Dun Tawang yang disampaikan seorang bergelar menteri kabinet Malaysia.
Selain itu, di Dun yang sama, cerita lain pula menyusul. Setiap sampul surat yang yang berisi BR1M telah disertakan
bersama selembar kertas “bodoh” bertulis
Akur Janji.
“Dengan ini aku bersumpah dan berjanji, Wallahi, Wabillahi,
Watallahi. Aku akan mengundi BN dalam pilihan raya akan datang, dan saya akan
kerja dan membantu Umno untuk menyatukan
umat Islam bersama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, bukan untuk
berpecah sesama Islam sepertimana Hj. Abdul Hadi b. Awang supaya orang-orang
Islam @ Melayu di Malaysia berpecah
@hancur”.
Warkah Akur Janji itu ditemui penerima BR1M 21 Februari itu mengingatkan kita betapa
hinanya orang-orang miskin di mata Umno. Pemberiannya bukan mengalir dari hati nurani yang ikhlas demi membantu warga miskin terutama orang Melayu, tetapi
dari hati kotor yang sarat persangka buruk kepada bangsa ini, maka benarlah
seperti kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat; Umno
meletakan taraf manusia itu seperti ayam, lembu.
CATATAN 28 FEBRUARI 2013
Bukan kami tak sayangkan Umno, tapi kami lebih sayangkan bangsa Melayu/Islam
Memetik kata-kata penulis Goenawan Mohammad dalam sebuah Catatan Pnggir yang masyor tentang orang miskin. Katanya “ Seorang
pribumi di Samoa (kepulauan Samoa) terkejut bila diberitahu tentang nasib orang
miskin di kota London. Si Samoa takjub. Bagaimana, ya? Tak
punya makanan ? Tak punya teman? Ia tak dapat membayangkan!”
Di mata rakyat Indonesia
juga pasti tak bisa bayangkan , bahkan mungkin tak mempercayai, jika dikatakan
kepada mereka; miskin tegar di Malaysia
suatu angka yang menakutkan, majoritinya terdiri orang Melayu (pribumi).
Menurut statistik, kemiskinan tegar yang melibatkan isi
rumah ialah, Bumiputra 96.7
peratus, non-Bumiputra 1.8 peratus.
Sementara pemilikian ekuiti orang Melayu beberapa tahun lalu hanya 18.9
peratus. Diketika yang sama terdapat 82 agensi kerajaan diwujudkan untuk
membantu orang Melayu, tapi orang Melayu terus ketinggalan. Kini terdapat
360,000 ribu pengangguran di Malaysia,
sedangkan terdapat 2 juta pekerja asing.
Siapa patut disalahkan?
Lalu teringat kisah Raja Roma dahulu kala: Apabila Julius
Caesar dibunuh oleh rakan karibnya (senator) Brutus, orang pun bertanya Brutus,
kenapa berbuat demikian, jawab Brutus “ Bukan aku tidak sayangkan Ceaser, tapi
aku lebih sayangkan Roma”.
Jawaban rakyat Malaysia hari ini “ Bukan kami tak
sayangkan Umno, tapi kami lebih
sayangkan bangsa Melayu / Islam (Pribumi)”!
No comments:
Post a Comment