Angka Tujuh
Angka tujuh angka bertuah? Terpulang kepada pentafsiran seseorang,
namun dalam masyarakat Melayu dahulu kala angka-angka tertentu dipilih
untuk dijadikan asas dalam mengingati atau merayakan sesuatu hal
penting dalam kalender kehidupan mereka. Misalnya, seseorang meninggal
dunia, hari ketiga, ketujuh dan ke empat puluh adalah tarikh yang
diperingati khusus ...sehingga tetamu yang datang bertahlil pun dihidangkan jamuan khusus yang berbeda dengan hari-hari biasa.
Dalam hikayat seribu satu malam juga mementingkan urutan angka. Angka
40 dijadikan asas kepada sekumpulan penyamun yang mahu menyamun rumah
orang kaya Kasim Baba seperti diceritakan Almarhum Tan Sri P. Ramlee
dalam filem “Ali Baba dengan 40 penyamun”.
Pemimpin di
Putrajaya juga gemar akan angka! Angka yang dipilih ialah tujuh. Kita
tak tahu apa kekeramatan angka tujuh baginya sehingga meminati angka
itu demikian rupa. Dua bulan lalu pemimpin itu datang ke Kelantan
dengan membawa tujuh dulang janji untuk rakyat Kelantan.
Kelmarin , pemimpin itu datang lagi ke Negeri Indah Berpagar Syariat,
Tadahan Wahyu, Serambi Mekah. Sewaktu berucap di Tanah Merah, angka
tujuh juga ditekankan, bukan tujuh janji, tapi tujuh dosa besar PAS
terhadap rakyat dan umat Islam Malaysia ditelanjangkan. Antara
dosa-dosa yang disenaraikan kononnya; PAS membenarkan penggunaan
kalimah Allah oleh bukan Islam, membenarkan pemimpin DAP membotakkan
Kawasan Tanah Tinggi Lojing, PAS gagal menunaikan janji kepada rakyat
Kelantan dan mempermainkan matlamat perjuangan parti.
Orang
Kelantan pun sedih, terguris hatinya. Dalam kondisi dada bergelombang
sebak nyilu, lalu dicapai sebuah kitab lama di atas almari usang di
sudut rumah, sudah lama kitab kunig itu tak buka, berjudul “Dosa-dosa
besar yang menghalang dari masuk syurga” Dalam urutan nombor tujuh
ditulis: Dosa fitnah lebih berat dari membunuh. Menyebabkan pelakunya
tak tercium baur syurga.
Sungguh....di saat menonton imej pemimpin itu di kaca televisyen, diiringi dakwaan 7 dosa besar itu, amat terguris hati ini walaupun Kelantan bukanlah negeri asal kelahiran saya..Hanya Allah S.W.T yg menjatuhkan hukum, apakah dia tdk punya akal memikirkan itu...Allahhuakbar
ReplyDelete