Tuesday, March 12, 2013
CATATAN 13 MAC 2013
Politik di Malaysia untuk orang-orang tolol!
Kata lelaki itu di suatu pagi di sebuah kedai kopi. Saya tak faham maksud kata-katanya itu sehingga ia melempar bayangan maknanya: Politik di Malaysia bertingkat-tingkat, untuk orang yang tinggal di kota lain, untuk orang kampung lain, professor lain, buruh lain, petani lain.
Lalu orang itu membuat misalan yang keras “Seperti juga syaitan, untuk mengoda orang jahil, memadai dikirim syaitan-syaitan yang kurang ilmunya, untuk mengoda orang alim, syaitan yang dikirim harus berpangkat jeneral, dan uslud goda juga pastinya berbeda”.
Lelaki itu menyambung “ Kempen politik kepartian di Malaysia juga demikian, tak sama antara warga kampung dengan warga kota yang lebih benyak terdedah sumber maklumat tepat dan terkini. Di kampung tukang-tukang kempen Umno, memadai dengan hanya mengatakan undi PAS haram, kerana PAS berkawan dengan DAP yang non Muslim. Umno menentang penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu, sebaliknya PAS bersetuju.
Hujah itu diterima warga desa dari kalangan orang Melayu, mereka menelan bulat-bulat, walaupun yang disampaikan tukang-tukang karut Umno itu realitinya adalah fitnah kubro. “Dosa fitnah itu lebih berat dari membunuh” Demikian firman Allah SWT dalam al-Quran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment