Bukan salah pedagang non-Melayu
Sesiapa memandu dari Pantai Timur
ke Kuala Lumpur lewat lebuhraya Karak pasti
bertemu dengan Kampung Banjar yang terletak antara Greenwood dan Batu Caves. Sementara masjid berwarna
hijau yang sederhana besarnya tampak dengan jelas jika memandu menyusur jalan Batu Caves
- Selayang. Dan bendera bulan purnama serta KeAdilan berkebar megah di
bumbung-bumbung rumah warga terutama menjelang pilihan raya seperti sekarang.
Itu panorama enam tahun dulu, ketika saya tinggal berhampiran. Kampung
Banjar. Setelah pulang ke kampung dan sesekali-sekali datang ke Kuala
Lumpur, perkampungan Melayu itu sudah hilang dari pandangan.
Sisa-sisa pun tak tertinggal habis dimamah jentera berat. Kemudian tangan-tangan yang rakus membina
kondominium yang harganya RM300,000 ke atas, lalu kita pun bertanya: Ke mana perginya orang
Melayu (Banjar) yang membuka perkampungan itu dulu? Masih ada lagikah mereka di
sini atau sudah berundur jauh ke pendalaman.
Atas nama pembangunan
negara, orang Melayu tidak pernah menghalang rumah-rumah mereka dirobohkan untuk
dibangunkan bangunan lain yang dikatakan tersusun dan moden. Lagi pun mereka sedar
tanah yang diduduki tanah kerajaan.
Ketika warga kampung Banjar melangkah longlai
meninggalkan perkampungan itu 6 tahun dulu untuk mencari lokasi baru, sempat toleh ke belakang, memberitahu
sang penguasa yang bengis: Tolong abadikan nama “Banjar” di pusara ini, agar
anak-anak cucu bangsaku tak lupa
sejarah datuk nenek mereka pernah ke mari membuka perkampungan, membanguan gobok-gobok papan, pernah tidur, mandi manda dan solat
berjamaah di sini. Namun suaranya tak
didengari, permintaannya tak diendahkan, akhirnya Kampung Banjar hilang seperti
hilangnya Taman Ghazali Safie dari peta Kuala
Lumpur (depan NST) dan
Kampung Haji Abdullah Hukum di
Jalan Bangsar.
Apa salah dan dosa Haji Abdullah Hukum ? Salahkah kalau pusat
belibelah terkenal Mid Valley itu dinamakan Abdullah Hukum
Valley sempena nama tokoh yang membuka perkampungan itu suatu masa
dulu?. Bangsa Melayu tak sekali-kali menyalahkan pedagang non- Melayu kerana
memilih nama Inggeris dengan meminggirkan nama berbaur Melayu, kerana parti
yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu itu sendiri memakai nama orang putih; United Malays
Nasional Organisation.
No comments:
Post a Comment