Keajaiban dalam perjuangan Islam sentiasa ada!
Keajaiban dalam perjuangan Islam
sentiasa ada! Tengku Razaleigh Hamzah merupakan tokoh politik Umno yang berjaya
merampas Kelantan dari tangan PAS di era
pemerintahan Datuk Asri Haji Muda. Putra raja berjiwa rakyat itu menggunakan
pengaruh, kekuatan, kebijaksanaan dan
tipu daya yang licik akhirnya pada tahun 1978 kerajaan PAS Kelantan tumbang
setelah memerintah selama 16 tahun. Lalu putra raja itu disanjung sebagai wira
penyelamat Kelantan.
Keajaiban dalam perjuangan Islam
sentiasa ada, hanya orang Melayu mudah lupa! Tepat jam 1.05 pagi, Ahad, 21
Oktober 1990 tokoh yang merampas Kelantan iaitu Tengku Razaliegh atau akrab Ku
Li mengembalikan semula Kelantan kepada PAS, setelah sang bangsawan itu keluar
Umno kerana berselisah faham dengan Presiden Umno ketika itu Dr Mahathir
Mohamad, lalu menubuhkan Partai Melayu Semangat 46, kemudian membentuk gabungan
bersama PAS dalam Angkatan Perpaduan
Ummah (APU) untuk melawan parti lamanya Umno/BN. Gelombang tsunami politik Kelantan yang
ditiup Ku Li itu memberi pikulan K.O
kepada Barisan Nasional (BN) tanpa meninggalkan sebarang kerusi buat mereka.
Keajaiban dalam perjuangan Islam
sentiasa ada! Keresahan pemimpin dan pendokong PAS menyerang kembali bila Datuk Seri Anwar Ibrahim
meletak jawatan Presiden ABIM dan sertai Umno. Dalam konteks Kelantan, kejayaan awal Anwar ialah merampas Dun Semerak
dari tangan PAS dalam satu pilihan raya kecil. Lalu PAS menilai kekuatan yang
ada pada Anwar bisa mengancam masa depan politik PAS.
Keajaiban dalam perjuangan Islam
sentiasa ada! Krisis politik dalam rumahtangga Umno kembali bergelora (1998/1999) dengan Anwar Ibrahim yang ketika itu
Timbalan Perdana Menteri dipecat Dr Mahathir. Anwar lalu bersama PAS dalam
Pakatan Rakyat (PR). Kekuatan PAS jadi berganda.
Dan sekarang sedang menuju distinasi idaman, Putrajaya.
Keajaiban dalam perjuangan Islam
insyaAllah akan berlaku lagi selepas ini!
No comments:
Post a Comment