Al-kisah Pak Ku
Seman Fakta
Mahkluk haiwan,
Lembu, kerbau, kambing di padang dan ayam itek di bawah rumah Pak Ku Seman (bukan nama sebenar) ketawa berkikit-kikit
ketika petani separuh abad itu memberitahu isterinya; tanah seluas satu juta hektar
di negeri Kelantan sudah dimiliki orang asing.
Berlakunya pertukaran hak milik itu bermula sejak PAS memerintah negeri Kelantan
selama 22 tahun.
Maklumat itu
Pak Ku Seman kutip dari surat
khabar pro Umno/BN yang memetik kata-kata adek kepada katak perkasa yang
tinggal di tebing sungai terbesar di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Adek kepada katak perkasa
itu baru saja usai julang sepanduk dan
meneriak yeh! Yeh! bersama
teman-temannya memprotes kerajaan
Kelantan kerana menyerah hak milik tanah kepada orang asing dan pelabur luar.
Pak Ku Seman walaupun orang kampung yang kerjanya buat bendang dan menorah
getah tapi tak sebodoh disangka. Ia tak telan bulat-bulat setiap berita yang bersumberkan
suratkhabar pro Umno/BN. Dikunyah dulu selumat-lumatnya.
Bahkan, sejak akhir-akhir ini Pak Ku
Seman sudah pandai menyebut fakta. Bila bercakap hujahnya berfakta, sehingga
teman-temannya mengelar Pak Ku Seman Fakta. Seluruh warga Kampung Jering Patah
kenal dengan Pak Ku Seman Fakta.
Berita tentang perpindahan hak milik tanah
kepada orang asing itu pun dibaca dari suratkhabar
pembungkus nasi berlauk yang di beli tadi pagi di gerai Mak Jah. Sesudah makan,
kertas pembungkus nasi itu mahu dibuang ke dalam tong sampah, tiba-tiba terpandang berita aneh itu lalu dibacanya.
Sebenarnya sudah
lama Pak Ku Seman tak membeli suratkhabar penyambung lidah fitnah itu kerana katanya boleh
menumpulkan fikiran dan membantut pertumbuhan kercerdasan akal. Pak Ku Seman sering berpesan kepada
anak-anaknya agar menjauhi akhbar yang memuatkan berita-berita fitnah.
Keseluruhan keluasan
tanah di negeri Kelantan ialah 1.5 hektar (1,492,200 hektar), dikatakan 1 juta hektar daripadanya sudah berpindah
milik kepada orang asing dan pelabur luar. Sisanya hanya 500 ribu hekhtar saja.
“Kalau nak
fitnah pun biar munasabah” Kata Pak Ku Seman kepada isterinya. Kemudian mereka
berdua ketawa berdekah-dekah diikuti dengan sahutan ketawa dari lembu, kerbau,
kambing, ayam dan itek.
Sebelum ini pun
Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohammad pernah mengeluar
kenyataan mendakwa Kelantan jual tanah kepada orang asing dan pelabur luar,
malah dikatakan tanah rezab Melayu
semakin terhakis. Barangkali adek katak hanya
memanaskan gulai basi yang pernah dimasak chefnya dulu.
“Kelantan masih
mengekalkan 85 peratus daripada 1.5 juta hektar keluasan negeri sebagai tanah
rezab Melayu, manakala bukan rezab Melayu 15 peratus” kata Pak Ku Seman sambil menghirup kopi panas yang buat
isterinya.
“Hakikatnya
Kelantan satu-satunya negeri yang berjaya pertahankan tanah rezab Melayu,
kerana ada undang-undang yang menghalang
bertukar milik, tak boleh cagar. Pelaburan tanah pula atas dasar pajakan 66 atau 99 tahun, sementara penama tetap
Kerajaan Negeri –orang Melayu” kata Pak
Ku Seman kepada isterinya. Kalau didepan umum tentu berganda semangatnya.
“Jadi, kalau
nak berbohong pun, biar munasabah. Saya malu bila lembu, kerbau, kambing, ayam
dan itek peliharaan kita ketawa mendengarnya” keluh Pak Ku Seman. Isteri
kesayangannya tersenyum.
No comments:
Post a Comment