Kisah orang
miskin
Pak Kob, lelaki separuh abad tinggal di hujung desa dengan
mengerjakan sawah secara pawoh. Sangat daif dan miskin. Kenderaan untuk
bergerak ke sana
ke mari hanya basikal tua. Terlintas
juga untuk membeli motosikal kapcai terutama untuk berulang alik ke masjid tapi
tak mampu. Anak-anaknya yang seramai empat orang tak dapat membantu
kerana mereka juga tergolong orang susah, kaih pagi makan pagi.
Yang dapat dibanggakan tentang Pak Kob ialah meskipun miskin,
kesetiaan kepada Umno tak pernah goyang. Dari muda teng-teng sampai tua
bangka parti cap Dacing itu yang dipangkah setiap kali pilihan raya.
Suatu hari dalam Januari lalu, Pak Kob didatangi seorang penghulu PAS dan menawarkan Skim Al
It’aam. Mulanya Pak Kob marah-marah
kepada penghulu itu dan bertanya balik “Skim Al It’aam tu binatang apa?. Kamu jangan cuba mempengaruhi keluarga kami”
“Skim itu adalah pemberian beras percuma 10 kilo setiap bulan
sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan kepada orang miskin” beritahu penghulu.
Wajah Pak Kob tiba –tiba berubah, matanya merenung tajam Tok
Penghulu, keegoan yang berpuluh-puluh tahun berkarat biru dalam hati nuraninya
terbang bersama angin mounsun musim tengkujuh. Pak Kob tertarik dengan skim
yang ditawarkan. Maka pada hari itu, lembaran sejarah baru pun tercatat, Pak
Kob mendaftar nama dengan mengisi
borang sebagai penerima sumbangan beras setiap bulan.
Walaupun Pak Kob diberi sumbangan 10 kilo beras setiap
bulan, Tok Penghulu PAS tidak pula memaksanya mengisi borang masuk PAS. “Pak
Kob berhak memilih parti politik mana yang Pak Kob suka sesuai dengan praktik
demokrasi di negara ini”. Kata Penghulu.
Tetapi Pak Kob
sendiri telah membuat keputusan mahu
menjadi ahli PAS. Bagi Pak Kob,
PAS adalah wadah perjuangan
sebenar untuk Islam dan bangsa
Melayu.
Pada awalnya memang terasa berat untuk meninggal Umno yang
sudah menjadi darah daging. Tapi olehkerana, barangkali Allah SWT sudah memberinya petunjuk, maka perasaan sayangkan
Umno itu hilang seperti angin yang membawa bau busuk, beredar angin, bau busuk
pun hilang.
No comments:
Post a Comment