Ulama “terompah
kayu”
Sekitar 90an,
di Kelantan, antara penceramah PAS paling diminati ialah Almarhum Ustaz Bunyamin Yakob. Hujahnya
mantap. Orang kampung mudah menerimanya.
Kaedah
penyampaian menggunakan bahasa orang
kampung. Kaya dengan lojika berkias
bersulam humour menerjah nurani mendamparkan kebenaran sehingga Umno
terbungkam.
Antara pernah
disebut Almarhum ialah tentang kemunculan ulama Umno lima tahun sekali menjelang Pilihan Raya Umum
(PRU). Almarhum mengelarnya sebagai
“ulama terompah kayu”. Ketika itu, saya
tak berapa kisah dengan istilah itu, anggap ia sebagai lucuan politik tanpa
berusaha mencari makna disebalik gelaran yang bunyinya mengaibkan.
Hari ini, dalam
tahun 2013 baru tampak dengan jelas,
kata-kata Almarhum 20 tahun lalu itu
menjadi kenyataan. Umno melibatkan
“ulama” ini dalam setiap kempen mereka terutama
melibatkan negeri Kelantan.
Ustaz-ustaz
yang diketahui sebagai menyokong Umno
telah dinaikkan pangkat kepada ulama, yang
muda bergelar ulama muda. Ijazah “ulama”
dianugerahkan oleh suratkhabar dan
televisyen propaganda Umno/BN tanpa
majlis konvokesyen.
Media akan memetik
kata-kata “ulama” itu untuk memburukkan PAS dan
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi
Awang.
Kelmarin Media
Meloya mewawancara “ulama” lima tahun sekali itu,
meminta opini mereka tentang PAS. Maka jawab sang “ulama” itu dengan megah
“Haram menyokong PAS”. Sebelum ini ulama yang sama mengatakan “Haram berkawan
dengan DAP” . Kambing, lembu, kerbau, ayam pun ketawa berdekeh-dekeh. Yang tak
ketawa hanya katak, kerana katak sependirian
dengan minda media meloya.
Seorang ulama
muda mengaku mewaklili minda pondok. Ia antara orang paling sibuk, sejak diberi tugas
menyampaikan ceramah kepada penerima
BR1M sebelum pengagihan wang (cek). Inti
ceramahnya memburuk-burukkan kerajaan Kelantan. Baginya kerajaan Kelantan yang
dipimpin ulama itu hudoh luar dan dalam. Tok Guru Nik Aziz itu bukan ulama,
hanya seorang ahli politik biasa.
Dalam serius
ada lucu! Minda pondok memberitahu
orangramai pernah belajar menadah kitab di Pondok Terosan, Pasir Tumbuh. Tapi ubat yang dipasarkan tak laku, pembohongannya terbongkar. Orang
pertama yang hairan dengan ulama muda Umno itu ialah Adun Pasir Tumboh, Ustaz
Ahmad Baihaki Atiqullah “ Saya warga pondok Terosan, di lahir dan dibesarkan di
persekitaran pondok Terosan, tapi tak
pernah berjumpa dengan pemuda ini. Malah sesudah dicheck senarai nama pelajar
pun tak jumpa”. Tutur Baihaki.
Ulama terompah
kayu- gelaran berkias yang diberikan Almarhum
Ustaz Bunyamin itu memang tepat. Terompah kayu yang diletakkan di masjid, digunapakai hanya ketika mengambil wuduk,
kemudian diletak balik di rak, tak sesipa yang inginkan kerana tak sesuai
dipakai untuk tujuan lain.
No comments:
Post a Comment