Malaysia
melahirkan ramai pakar teka teki
Suatu malam
yang dingin di Kota Isfahan
beberapa abad yang silam. Nasaruddin berkata kepada isterinya “Beri saya keju
kerana keju merangsang nafsu makan dan membuat mata tak mengantuk” ‘Keju
sudah habis” kata isterinya. “Itu bagus,
sebab keju merosakkan gigi dan gusi” sahut Nasaruddin.
“Kalau begitu,
mana yang benar di antara kata-kata mu itu?” tanya sang isteri. Nasaruddin
menjawab “ Jika ada keju di rumah, yang pertama yang benar, jika tidak ada,
yang kedua yang benar”. Demikinan kepintaran seorang sufi takala memberi argumentasi setiap pertanyaan.
Rupanya di
Malaysia juga ada politikus yang tak
malu berlagak seperti Mullah Nasaruddin. Tentunya ia seorang menteri kabinet. Bila
rakyat bertanya, mengapa harga gula naik, jawab menteri itu “Untuk mengelak
rakyat kena diabetis” .
Rakyat Malaysia yang pintar terus bertanya “ Mengapa
merahsiakan tarikh pilihan raya? - Supaya
rakyat menjadi pakar teka teki.
No comments:
Post a Comment