Oleh: Rossem
Pertama kali saya mendengar non Muslim menyebut perkataan “
Tahalul siyasi” dalam satu ceramah politik menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 di
Markas Tarbiyah PAS (Putik), Kota Bharu. Non Muslim itu seorang wakil rakyat DAP Pulau
Pinang, sudah lupa namanya. Begitu fasih
sekali sebutannya, sebiji macam orang Arab, sedang saya ketika itu, mahu
menyebut perkataan “Tahalul siyasi” bagaikan nak patah lidah. Itulah kehebatan
orang politik, dapat menyebut dengan mudah dan lancar walaupun istilah itu tersangat asing bagi
mereka. Atau sebelum naik ke pentas, sudah buat home work di rumah dengan
menyebut perkataan itu berulang kali di hadapan cermin.
Sekarang istilah “Tahalul siyasi” tak perlu disebut lagi,
bahkan tak perlu diingati lagi. Tahalul siyasi sudah berkubur. PAS telah
memutuskan terbatal segala bentuk tahalul siyasi dengan DAP kerana
menurutnya, DAP telah melanggar
persefahaman yang terkandung dalam rukun
tahalul siyasi.
Terbaru, tahalul siyasi dengan PKR pula terbatal. Menurut kata kepimpinan PAS, bukan
parti itu yang membatalkan tahalul siyasi tetapi terbatal disebabkan beberapa rukun
perjanjian yang terkandung dalam tahlul siyasi itu telah dilanggar oleh PKR. Contoh mudah, setiap orang yang berwudud, ada
pantang larang menurut hukum fiqah, jika berketut maka batallah air wududnya.
Jika bersentuhan dengan wanita bukan mahram terbatallah wududnya (mahzab
Shafie). Dalam hal ini, DAP dan PKR
telah terkentut atau tersentuh tangannya
dengan kemaluannya atau dengan wanita bukan mahram, maka batallah wudud.
Jika mahu mendirikan solat mesti ambil
wudud semula. Jika masih ada keinginan untuk berbaik-baik, menjalin kerjasama menjelang PRU ke 14
ini, parti-parti politik yang terlibat
boleh memperbaharui tahalul siyasi semula.
Seperti sering disebut, berbalah itu mudah, menjalin
hubungan persahabatan selepas bergaduh itu sukar, lebih-lebih lagi melibatkan
organisasi politik yang besar. Kerana itu orang tua sering berpesan, fikir
dahulu sebelum bergaduh. Kalau lantaran pergaduhan itu akhirnya membawa kepada
percerian, yang jadi mangsa ialah
anak-anak. Kalau si anak itu masih kecil, di bawa oleh ibunya, maka terpisahlah
si anak dengan ayahnya, kasih sayang pun terbuang. Pernah saya menyaksikan rintihan dua orang
anak yang ketika itu, lelaki berusia
tujuh tahun dan adeknya, perempuan 5 tahun, merintih sambil menangis teresak-esak, memegang lutut ayahnya “ Ayah, kami mahu ayah
dan mama kembali hidup seperti dahulu”.
Demikian juga kondisi
yang berlaku hari ini kepada parti politik. Bila kepimpinan (ayah)
membuat keputusan “bercerai” dengan parti komponen yang pernah makan tidur
bersama. Yang menjadi mangsa ialah pengikut-pengikut terutama di peringkat akar
umbi.
Terbaru, ekoran PAS memutuskan tahalul siyasi dengan PKR,
Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meminta agar lantikan
politik dari parti itu di negeri Kelantan meletakkan jawatan serta
merta. Itulah sebaik-baik
keputusan. Maruah diri harus dipelihara.
Orang sudah menceraikan, buat apa masih bertengek di serambi rumah, berundurlah
dengan langkah kesasteria, jangan
pandang belakang. Demikian judul sebuah filem arahan Ahmad Idham.
Namun, secantik mana ungkapan kata, seindah mana ayat yang
disusun pengarang, kesannya kepada
mereka yang terlibat itu sangat besar. Justeru, sebelum membuat keputusan,
lihat dahulu kiri kanan, belakang depan. Kalau lampu belum hijau, jangan jalan,
nanti menimbulkan masalah.
Kerana itu, sering ditekankan, berpolitiklah secara berseni,
sesungguhnya seni itu memikat. Seperti
juga berdakwah, uslub dakwah itu penting. Belajar mengenal sasaran pula lebih penting. Pernah saya menyaksikan seorang kawan, lantikan politik, melemparkan
kata-kata kepada seorang non Muslim, juga lantikan politik, selepas rutin
tazkirah sebelum mesyuarat. “Ah Chong, tazkirah sudah dengar, bila nak masuk Islam?”. Jawab non Muslim “ Nak masuk Islam macamana,
puak-puak mu, besi penutup longkang pun
curi”.
Apa jua perbuatan,
lakukan secara berseni, berhemah
dan bijaksana!
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker